Rencana

Polifiksyen 1.6: Berfikir Diluar Kotak

Mar 4th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Kah..kah..kah. Pak Kulup gelak sakan.” Aku ingatkan Kung Fu Tze tu bijak sangat. Dengan budak-budak pun dia tak boleh jawab.” kata Pak Kulup.

“Betui!!” aku kata. “Apa yang Pak Kulup cakap tu…sebiji macam budak-budak tu cakap. So…kita jangan ingat seseorang tu pandai semua. Ada masanya depa pun bodoh macam kita.



Umno kasi ahli

Mar 3rd, 2010 | By Admin | Category: Arif Abdull, Rencana, utama

Tindakan pemimpin Umno mengharamkan ahli-ahlinya daripada bercakap tentang perkara ini adalah jelas memberi gambaran bahawa betapa rendahnya minda dan tahap pemikiran ahli-ahli Umno. Jelas sekali proses menutup mulut ini menunjukkan bahawa hanya beberapa kerat pemimpin tertinggi mereka yang mampu memikirkan apa yang terbaik untuk mereka, sedangkan ahli-ahli Umno seolah-olah tidak berupaya memikirkan buruk atau baik sesuatu perkara.



PKR Perlu Ambil Iktibar Sejarah Parti Negara

Mar 2nd, 2010 | By Admin | Category: Rencana

PKR, jangan sesekali kita nafikan, sebuah parti yang mempunyai ‘aura’ dan iltizam juang, jika hendak dibandingkan dengan Parti Negara ataupun Semangat 46. Tetapi kegagalan PKR mengambil iktibar daripada sejarah,sama sekali tidak akan menafikan potensi parti itu untuk turut sama ditelan zaman sebagaimana Parti Negara dan Semangat 46.



Warkah buat saudara Anwar

Mar 1st, 2010 | By Admin | Category: Rencana, utama

Saya tidak pasti apakah surat terbuka saya ini akan dibaca oleh saudara atau tidak. Putri sulung saudara, Nurul Izzah Anwar dalam satu kesempatan pertemuan di Parlimen tidak lama dahulu, ketika saya ke sana atas urusan kerja, memberitahu saya yang banyak tulisan saya yang mengkritik saudara telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap keluarga saudara. Atas sebab itu, saya tidak kecil hati jika saudara tidak mahu membaca tulisan ini.



Polifiksyen 1.5: Seminar Kepimpinan.

Mar 1st, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Saya minta Tuan-tuan datang pukul 8.30 sebab program mula jam 9.00. Tapi jam 9.00 baru hangpa mai!! pukul sepuluh baru start. Kita hafal surah Al-Asr, kita faham maksud ayat tersebut…tapi kita sendiri tak buat. Kita dah rugi satu jam. Dalam satu jam, kita boleh menoreh sebanyak 30 pokok getah. Kalau setiap pokok getah menghasilkan 300 gram getah, 30 pokok sudah menghasilkan 9 kilo. Kalau sekilo berharga 4.50, kita boleh mendapat RM40.50. Tetapi apabila kita mempersia-siakan masa, kita sudah kerugian RM40.50!!



Polifiksyen 1.4: Strategi dan Pendekatan

Feb 27th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Politik bukan lagi milik ahli politik. Politik adalah milik rakyat.

Kemenangan bukan lagi milik parti politik, tapi milik rakyat.

Kuasa bukan lagi milik pemimpin politik, tetapi milik rakyat.

Biar kita buat apa yang orang lain cakap.

Bukan kita cakap tapi tak buat.”



Anwar Dalam Bicara 7

Feb 26th, 2010 | By Admin | Category: Amin Ahmad, Rencana

Amat menarik untuk diperhatikan bila kemahuan para peguam Anwar meneruskan bicara dan menangguhkan permohonan mereka bagi menyingkirkan hakim. Sudah menjadi rahsia umum di Malaysia bagaimana rakyat semakin hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman apabila melibatkan isu politik.



Polifiksyen 1.3: Pemantapan Kepimpinan

Feb 26th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Golongan Kedua ialah Babi Buta. Yang ni dok setuju apa saja keputusan yang dibuat oleh Pengerusi. Pengerusi belum habis cakap, depa dah setuju. Apa saja keputusan yang dibuat oleh Pengerusi, semua setuju. Depa wala’ membabi buta. Pengerusi cakap membabi buta, depa pun setuju membabi buta.