Keputusan Mahkamah Nukilan DSN

Feb 10th, 2010 | By Admin | Category: Rencana, nizar

Oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin

Asalamalaikum dan salam sejahtera.

Keputusan penolakan rayuan saya oleh 5 orang hakim mahkamah persekutuan di Putrajaya pagi tadi (9 Feb 2010) telah diduga dan ramai rakyat Malaysia jua mengagakkan yang sama. Namun keputusan yang mengiyakan keputusan mahkamah rayuan terdahulu, tidak sekali menghalalkan rampasan kuasa kerajaan PR oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009. Ia juga tidak mengesahkan/ menghalalkan kerajaan BN yg diterajui oleh YB Zambry Kadir.

Apa yang jelas, hakim telah mengenepikan segala prinsip perlembagaan dan dahuluan (precedents) yang dibuat terdahulu oleh ramai hakim terulung dalam kes yang seakan2 sama sebelum ini. Kita menerima dengan terbuka hati dalam kesedihan kerana keputusan ini cukup berisiko tinggi di masa akan datang bagi negara Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Keputusan ini cukup merbahaya kepada masa depan falsafah dan doktrin ini.

Implikasinya ialah Yg di Pertuan Agong atau Sultan berkuasa memecat dan melantik sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri atau MB tanpa ke Parlimen atau DUN. Sistem pilihanraya juga boleh tercemar. Ini yang dikhuatiri akibat keputusan tesebut.

Apapun kita tetap percaya bahawa mahkamah hanya mentafsir undang2 dan penentuan siapa kerajaan dan siapa MB mesti ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya bebas dlm pembubaran DUN. Saya merayu agar semua penyokong PR khususnya di Perak agar bertenang dan bersabar dlm menghadapi masa yang getir ini. Yakin dan percayalah bahawa pasti ada hikmah dan barakah dalam ketentuan pagi tadi. Jangan kita bertindak melulu dan liar serta membuat sesuatu provokasi. InshaAllah kita akan atur strategy bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana masih ada 2 kes di mahkamah tinggi KL dan mahkamah session Ipoh untuk menentukan status dan kedudukan 3 ekor katak yg melompat tempoh hari. Kita terus berdoa.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga dan rakyat Perak yg menyokong PR dan akan trus menyokong PR demi keadilan dan kebenaran terlaksana di Perak. Saya juga bermohon banyak kema’afan dan keampunan kepada semua jika terdahulu ada terkeluar kata2 atau perwatakan yang tidak disengajakan. Lawan tetap lawan bagi memulihkan demokrasi dan memberi semula hak kepada rakyat Perak yang mana hak tersebut telah di rampas oleh UMNO BN. Tertanya juga kadang2 bahawa masih ada tangan2 ghaib yang menghantui kebebasan hakim sehingga tergamak sedemikian rupa!!

Selamat berjuang. Hidup Rakyat.!!

Tags:

Afiat

20 comments
Leave a comment »

  1. demokrasi dah terlucut tanpa seurat benang pun semasa pemerintahan UBN. ini ke yg dema kata rakyat didahulukan?

  2. Sorry Mat, gua kena pinjam ruang sedikit just in case it doesn’t get thru in Kadir Jasin’s blog. Thanking you in advance and regards as always.

    [[ Khas pesanan dari saya kepada saudara Abu Bakar(ab) mengenai krisis di Perak dan keputusan mahkamah.

    Kalau rakyat dan kerajaan dipandukan Perlembagaan M'sia, maka kelima hakim Persekutuan secara terus terang telah melanggar Perlembagaan dgn memutuskan bahawa Zambri layak menerajui jawatan MB kerana

    Article 72(1) of the Federal Constitution:

    The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

    Budak sekolah darjah 6 saya yakin dapat membaca dan memberi makna kepada ada yg diwartakan Article 72(1) Perlembagaan Persekutuan tetapi hakim-hakim UMNO tidak, langsung tidak lalu mencari alasan yg jauh memesong dari apa yg tertakluk Perlembagaan negara.

    Soal Nizar atau Zambri sebagai MB tidak patut dibicara langsung atau dibawa utk permerhatian mahkamah (mahkamah dan segala isinya boleh dibeli, dipaksa, diugut dan macam-macam lagi maka Perlembagaan Persekutuan mengelakkan segala kecelakaan dgn cukup mantap dan teratur). Jelas keputusan mahkamah sudah langgar segala syarat yg tertakluk pada Perlembagaan.

    Inilah yg menjadi persoalan dan lihat betapa terdesak pembesar-pembesar UMNO hinggakan Perlembagaan diketepikan, keputusan terjamin kerana hakim-hamim bersekutu sudi buat yg salah.

    Sayang seribu sayang, inilah detik detik permulaan satu negara lingkup. Hancus satu M'sia ditangan UMNO, bangkit abang-abang, Pakchik, Makchik sekelian, bangkit sebelum terlambat. ]]

  3. Teruskan perjuangan DS, saya sebagai anak muda kagum dan tercabar dgn perjuangan DS dalam mencari kebenaran dan menegakkan keadilan buat semua rakyat Perak.. Setiap sesuatu ada waktunya, pasti ada hikmah yg besar di atas ujian dan cobaan Allah swt ini… Kepada mereka yg kecewa dan mungkin putus asa… sekarang adalah masa utk terus gempur dan tunjukan kekuatan dan ukhuwah kita semua dalam menghadapi UMNO & BN… Kemenangan semakin hampir!! Hidup PR!

  4. kalah pilihanraya bagi siapa yang mengusai pusat pemerentahan - tiada masalah lagi
    pilihanraya sekadar satu ‘exercise’ bagi menjadi ’stamp’ pengesahan kuasa yang ada
    tak lulus disitu ada dua lagi ‘exercise’ lain
    mahkamah dan sultan / raja / gebenor / yang dipertua
    from now - no problem at all to become ‘a leader of country’

    3 M - media - machinery - money - yang ni dah jadi rahsia umum
    apa apa pun - yang perlu berhati hati sekarang ni

    itu sebagai amaran awal - tsunami keatas keputusan kehakiman penasihat PKR
    ‘jangan sampai pisang berbuah dua kali’
    ‘jangan sampai terjatuh dalam lubang yang sama dua kali’
    ‘jangan sampai terjerat dengan jerat yang sama dua kali’

    apa apa pun ‘ingat lah ‘jerat tak pernah lupa kepada pelanduk - cuma pelanduk yang selalu lupakan jerat’
    adakah pelanduk akan terjerat di ‘ jerat dan tempat yang sama ??’
    tunggu dan hati hati

  5. harap semua dapat terima keputusan ini dengan hati yang terbuka.perjuangan kita masih belum selesai.harap dato seri nizar bersabar.setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya.sesungguhnya ALLAH MAHA ADIL dan MAHA BERKUASA terhadap segala sesuatu.

  6. Law of the jungle..rabbit kot (not court)..

  7. Bila DSN sendiri menulis ‘katak’ tanpa kurungan terhadap orang yang mengkhianati amanah mereka, harap yang lain tu terjemahkan sifat kita sebagai muslim. Menentang kebatilan dengan kuasa yang ada pada kita; mengundi selain mereka lebih afdal dari hanya membenci perbuatan mereka.

  8. Tak ramai yang tahan bila diuji dengan wang ,kedudukan dan wanita itu lah yang berlaku di Perak.

  9. salam dato’ seri…

    Saya menanti keputusan dari bekas SU dato seri saudara wan ahmad junaidi. saya amat terkejut dgn keputusan yang diumumkan oleh hakim mahkamah berkenaan. Namun terdapat beberapa persoalan yang amat membimbangkan saya. Faktor utama yang saya fikirkan adalah sejauh mana ketelusan dato’ seri dalam memimpin saf pakatan rakyat terutama isu berkaitan Islam dan melayu. Kita telah mengetahui bahawa sebelum keputusan mahkamah, dato seri zambry telah mengadakan solat hajat dan bacaan yassin. Beliau juga menyerahkan takdir nya kepada Allah s.w.t. Begitu juga dengan saf pakatan rakyat yang lebih hebat lagi dgn doa dari tok guru yang warak serta solat hajat di kawasan mahkamah diimamkan oleh ustadz norazli.

    Kita mengetahui sememangnya wajib kepada kita sebagai umat Islam untuk menyerahkan segalanya kepada Allah. Umum tahu bahawa setiap kali kita bersembahyang jumaat, maka setiap kali juga imam akan berdoa memohon kepada Allah supaya negara kita dipimpin oleh pemimpin yang beriman dan soleh.

    Persoalan yang bermain difikiran saya sekarang ialah, apakah doa kita kini tidak dimakbulkan oleh Allah? Sekiranya kita dipihak yang benar, maka sewajarnya doa kita dimakbulkannya, tetapi mengapa berlaku sebaliknya? kita boleh kata bahawa zambry dan umno boleh mengubah keputusan mahkamah, tetapi harus diingat apakah kuasa yang mampu melawan kuasa Allah?

    Saya terus berfikir dan berfikir. Sehingga kini masih tiada jawapan apakah kita dipihak yang benar atau mereka?

  10. xpelah dato’ seri…….dua tahun bukan masa yang panjang…kita tunggu depa next GE…salam hormat

  11. salam pembaca dan roshidi ahmad …ada 7 perkara diberikan oleh allah kepada hamba2nya..selain mukjizat kepada rasul..karomah,sihir terdapat satu lagi yg kita lupa ‘istidroh’ ..allah beri pd mereka yg meminta dan berusaha walaupun mereka itu jelas melanggari hukum allah..sy nk ajak saudara berfikir lebih luas kepada adab berdoa dan doa2 yg diterima oleh allah..salah satunya ,mereka yg tidak melakukan dosa kecil berterusan..apa dia dosa berterusan yg kita tak nampak? yg ni nak kena tanya tok2 guru..kenapa isteri ahli jamaah pas semuanya bertudung tp isteri pemimpin yg mengaku dirinya islam tidak bertudung? rasanya semua yg mengakudirinya beriman kepada allah mengatetahui sehelai rambut wanita diliht oleh lelaki yg ajnabi akan menyebabkan dia akan diseksa selama 70,000 tahun dlm api neraka..dan para suami yg membenarkan isteri mereka tidak bertudung juga akan menerima dosa kering setiap hari..adakah mereka merasakan diri mereka beriman…jd soalnya disini..’istidroh’ allah memberi apa yg kita minta tp pemberian tu tanpa keredhaan allah..sahbat bertanya kepada rasulullah ‘wahai rasulullah boleh kita kenal dianatar ahli syurga dengan ahli neraka? rasulullah menjawab..boleh melalui pekerjaan mereka..aukamaqol.

  12. Saudara Roshidi (pemberi komen di atas)..

    Soal berada di pihak yg benar atau tidak..DAN doa dimakhbul atau tidak, bukanlah boleh dijadikan ‘pedoman’ untuk mengenalpasti sesiapa “di pihak yg benar” (atau sebaliknya). Ini bab Qadha’ dan Qadar’ yang rahsianya tidak dapat diketahui oleh manusia. Kita peru ‘mengaji’ selanjutnya, jangan membuat andaian sendiri bersabit dengan takdir Tuhan. Hakikatnya..orang kafir juga diberikan kemewahan dunia, kemenangan..pencapaian tinggi dalam pa jua bidang..dll…sepertimana kita saksikan di dunia ini. Sesiapa saja yang dikehendaki..diuji Allah dgn ujian2 tertentu..Bukan soal “berada di pihak yang benar” atau sebaliknya.

    Kalau anda berfikir bahawa pihak yg benar mesti dimakhbulkan doanya mungkin tidak tepat. Kita lihat para nabi dan rasul (contohnya)..mereka juga diuji dengan penderitaan yang berat, ada yg dicampak ke dalam api, ke buang ke dalam telaga, terkena penyakit teruk dan berbagai2 ujian getir, cedera dan sebagainya.
    Ada yang gagal dalam berdakwah..contohnya berpuluh2 tahun berdakwah..akhirnya 3 atau 4 orang sahaja yang berjaya jadi pengikut seruannya.. Adakah mereka “tidak berada di pihak yang benar ??”

    Hikmahnya ujian2 Allah TIDAK dapat di ‘baca’ (difahami) manusia dengan mudah. Manusia juga tiak dapat mengetahui apa yg akan berlaku esok, lusa, bulan depan, tahun depan..sepuluh tahun lagi.. bahkan seminit lagipun.. tiada siapa yang tahu…

  13. Saudara Roshidi

    Allah itu maha adil, dia akan tunaikan semua permintaan baik org ISLAM atau pun bukan ISLAM. Samada org kufur mahupun org munafik tetap dia kabul kan.

    Allah bagi kemenangan/kejayaan kepada seseorang yg munafik/kufur/kafir dsbnya ialah kerana ALLAH bagi peluang kepada dia utk kembali kepada Jalan ALLAH. Supaya dia berfikir semua ini terjadi diatas kehendak ALLAH dan semoga dia mensyukuri pemberian ALLAH. Sebab itu ALLAH dah jelaskan, kita sendiri yg mengubah takdir kita.

    Dan kenapa doa2 org yg beriman dan dijalan benar tidak dimakbulkan. Sebenarnya ALLAH akan makbulkan jua, cuma sabar sekejap.. sebab kadang2 ALLAH suka melihat hambanya merayu, berdoa, menadah tangan kepadanya dan dikhuatari jika beri kejayaan waktu ini akan membuat kita lalai. Tidak lengkap iman seseorang jika tidak diuji.

    Jika semua doa org yg beriman ALLAH kabulkan… mana nak rasa kemanisan iman.

    jangan patah semangat dan kecewa. Setiap yg berlaku ada hikmahnya bagi org2 yg bersabar

  14. Wahai manusia munafik, mengapalah masih mempertikaikan keputusan Mahkamah semalam. Kalau keputusan semalam memihak kepada Nizar, Mahkamah betul tetapi pabila berlaku sebaliknya kamu semua kata Mahkamah telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Kanu semua bacalah komen YB Zulkifli Nordin, katanya kejatuhan Pakatan diPerak adalah disebabkan DAP. Pemimpin2 DAP telah memainkan dan memperlembukan Nizar, kamu semua masih tak sedar ke???. Memang kamu semua buta hati le……

  15. DAP PAS PKR bukannya bernaunsakan perkauman . Sedangkan Umno MCA MIC bernaunsakan assobiyah kaumiyyah rasis dan dengan rasis spt cetusan perkauman Njaib-LeeKimsai dan yang terkini Nasir peg. khas najib; retorik satu malaysia Barangkali ada orang yang buta mata dan buta hati masih lagi hidup dengan rasis! sedang Nabi telah MENGHARAMKAN ASSOBIYYAH DAN KUBURKANNYA 1400TAHUN YANG ; namun masih ada orang yang menentang LARANGAN NABI dan diperbodohkan Umno yang gabra dengan kekuatan PAS DAP PKR yang lebih baik daripada Umno MIC MCA yang tuduh menuduh bongkar rahsia masing-masing spt kes PKFP ? Inilah Umno kehabisan modal utk menyerang ‘Good Governance” kerajaan Pakatan yang diiktiraf Akauntan Negara dan ‘Transparency International .

  16. Nabi telah MENGHARAMKAN ASSOBIYYAH KUBURKANNYA 1400 TAHUN DAHULU ! Namun ada manusia yang MENENTANG NABI dan mengorekkembali bangkai perkauman rasis kerna Umno memang hidup dengan rasis spt yang terkini Nasir peg khas najib retorik satu malaysia. Tenyata Umno tiada hujjah untuk memburuakkan PAS DAP PKR yang bernaunsakan UNIVESALITAS dan KEADILAN SEJAGAT yg dikiktiraf ‘Good Governance ‘ oleh Akauntan Negara dan International Transparency adalah lebih baik daripada sandiwara rasis perkauman UBN ! Inilah kemunafikan Umno yang hidup dengan rasis! tinggalkan LARANGAN NABI!

  17. teman masih berlandaskan kebesaran Allah, sedari awal teman menjangkakan bahawa ada seribu satu kebaikan yg tidak ternilai daripada episod ini, biarlah zambri&angkatannya ketawa besar atas kelicikan mereka memperdaya segalanya….tetapi kebesaran/kekuasaan Ilahi mereka sesekali tidak dapat lari, hari2 seterusnya saya percaya zamberi&ammeno ….akan terus memtertawakan kepada mereka yg mereka fikirkan bodoh…tak mengapa, inilah perjuangan, inilah pengorbanan, namun teman tetap berpegang kepada ketentuan Ilahi bahawa tiada satu di dunia ini akan kekal abadi …tunggulah giliran masing2

  18. Anak jati Perak..aku rasa kerosakan yg telah ditinggalkan UmNgok/ Be End seratus kali lebih dasyat dgn ‘kejahatan’ yang dilakukan DAP ! Kalau tak percaya..hang ambik ballpen dan sehelai kertas kosong… Senaraikan ! Cubalah !

    Yang kata “DAP memperlembukan Nizar”….hanya hang (orang UMNO) yang kata begitu. Sipa yang kata begitu ??? (HANG ! dan beberapa ejen UMNO dan dacing karat je…)

  19. Pls do vu: Absolute Monarchy in WORLD PEACE ! http://www.youtube.com ( Search: nasharrawy) tq Peace B Upon U!

  20. Salam saudara…

    Terima kasih kerana menyedarkan saya atas keterlanjuran kata-kata yang saya tulis sebelum ini. Kejahilan saya berkenaan qadha dan qhadar yang ditetapkan Allah telah meyesatkan saya sehingga mempertikaikan keputusanNya. Sesungguhnya setelah membaca komen saudara saya mula sedar kemenangan mereka ini ada hikmahnya. Pada saya sesungguhnya Allah masih memberi peluang kepada mereka untuk kembali ke jalan Allah sebagaimana yang diberi kepada umat-umat nabi-nabi yang terdahulu. Sesungguhnya setiap yang baik itu datangnya dari Allah.

    Lawan tetap Lawan!
    Allahuakbar!

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.