Manfaatkan Kekalahan DS Nizar

Feb 9th, 2010 | By Admin | Category: Rencana, cyberboron

Oleh Cyberboron

Walau apa pun yang kita rasa nak kata, DS Nizar telah sah kalah. Panel lima hakim yang celaru kearifan telah sebulat suara memutuskan mereka tak berdaya untuk menyanggah tuan besar politik 1 Malaysia. Mereka mungkin merasakan Tuhan sedang bercuti hari ini.

Seksyen 16 atau seksyen 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang dikononkan ’sepatutnya begini’ dan ’sepatutnya bukan begitu’, hanyalah madah lacuran untuk justify kehendak tuan pangkat dan tuan gaji yang disembah. Mulai hari ini, istilah ‘vote of no confidence’ bolehlah dibuang terus daripada kandungan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri-negeri. Khir Toyo dan Mahdzir Khalid bolehlah merangka usaha memujuk dan menculik ADUN Pakatan Rakyat dan bawa berjumpa Sultan. Selepas itu anak Toyo dan anak Khalid akan jadi MB semula. No problem kalau TS Khalid dan DS Azizan mengadu ke mahkamah. Malaysia dah ada precedent untuk kes ini. Tak payah undi dalam Dewan Undangan Negeri. Cukup sekadar di Balai Rong Seri.

Sabor je lah. Kebangangan seperti hari ini bukanlah yang pertama kali dalam sejarah politik dan kehakiman Malaysia. Dan pasti bukan yang terakhir. Pejuang keluhuran undang-undang dan pencinta budaya politik demokratik telah sekian lama mengharung episod duka seperti hari ini. Besok lusa sudah terjadual episod baru yang sama pilu dan lebih duka. Kes DSAI mungkin yang terdekat. Kes Teoh Beng Hock akan menyusul. Kes royalti minyak Kelantan macam haramjadah. Altantunya mampos katak. Orang Kedah kata kes kerusi DUN Kota Seputeh macam ‘pelaq’.

Di sebalik semua keharamjadahan itu, UMNO masih kekal jadi pilihan majoriti orang Melayu. Menurut kajian terkini Merdeka Centre, 63 peratus orang Melayu masih sokong UMNO. Pakatan Rakyat dapat 37 peratus saja. Apa ceritanya ni?

Suka atau tak suka, penggerak dan pendokong politik Pakatan Rakyat mesti mengakui bahawa kempen UMNO memang berjaya. Jangan terus pujuk hati untuk syok sendiri berkata “UMNO dapat tarik sikit je..”. Be real. Mainan perkauman yang ditiup oleh UMNO ke telinga orang Melayu ada kesannya. Melayu bengap jenis UMNO totok dah tentu semakin setia. Melayu ala-ala educated sikit pun tersampuk sama dengan jampi mentera perkauman UMNO. Alangkan mufti lagi terbengong, inikan pula Melayu 1 Malaysia yang tak pernah khatam sebarang bidang pengajian.

63 peratus orang Melayu percaya bahawa kalau Pakatan Rakyat menang dan memerintah negeri atau negara, kuasa sebenar adalah ditangan DAP. Bila disebut DAP, maksud sebenarnya ialah kaum Tionghua. Senang cakapnya orang Cina. Akibatnya habislah Melayu. Ke hutan rimba dan ke gunung-gananglah sekelian bangsa Melayu. Dan … Melayu yang 63 peratus tu percaya bulat-bulat. Orang Melayu perlu waspada. Orang Melayu perlu peka. Orang Melayu perlu bangkit. Orang Melayu mesti pertahankan nasib bangsa. Jangan biarkan orang Cina menjajah kita, bla bla bla.

Memanglah kita ada berjuta hujah untuk menangkis dakyah perkauman UMNO itu. Kita boleh bentangkan matematik kerusi parlimen dan kerusi dun untuk menunjukkan seruan UMNO itu adalah hujah bodoh tahap gaban. Bahkan sebenarnya kita dah bentangkan beribu bukti pengkhianatan UMNO terhadap hak dan kepentingan orang Melayu. Kita dah dedahkan fakta tentang tanah Melayu dan harta negara yang digadai oleh UMNO. Berjuta trillion perkataan dah ditaip oleh penulis, wartawan, bloggers dan petugas penerangan parti yang menelanjangkan rompakan siang hari oleh UMNO. Hasilnya, berlakulah pertambahan kecenderungan dan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Tapi pertambahan itu hanya sedikit. Dan proses peralihan kecenderungan itu sangat perlahan. Follow-up tak berapa berdaya. Sebahagian yang beralih datang itu mungkin pula boleh kembali ke pangkuan UMNO.

Kita bukannya kekurangan hujah. Isu sentiasa ada. Isu yang dah lama pun masih boleh laku bahkan boleh laris. Isu baru sentiasa ada dan terus datang atau terbongkar. Kalau dinilai pada ucapan dan pidato pemimpin-pemimpin PR, apatah lagi dalam penulisan oleh sekelian professional yang pakar-pakar belaka sama ada dalam PAS, PKR atau DAP, sebenarnya kita ada idea yang hebat dan berpotensi. Tetapi, yang bernas dan yang hebat itu kurang diterjemahkan di medan sebenar. Tak kelihatan di lapangan. Tak merakyat.

Maka di hari ‘kekalahan rakyat’ ini, elok sangatlah kalau kita dapat berbisik ke dalam diri mengajak jiwa untuk mengerah akal supaya melahirkan idea yang real. Jom berpencak di dalam gelanggang sebenar. Di tengah-tengah kehidupan rakyat. Jiwai senak dan sengal kehidupan mereka yang sebenar. Jadikan prihatin kita menyangkut periuk dan poket rakyat. Sebenarnya hati Melayu mudah disentuh. Kadang-kadang tanpa perlu berbelanja walau sekupang.

Tags:

Afiat

28 comments
Leave a comment »

  1. Salam Ustaz
    Benar .. hati Melayu mudah disentuh tanpa mengeluarkan belanja walaupun sekupang. Tapi sejauhmana pimpinan PR merealisasikannya. Bukankah lebih berkesan jikalau jumpa pengundi sorang2 dari jumpa mereka angkut semua pimpinan. Hah, hanya pandai cakap dan pandai hukum. Ambik hati tak pandai …

  2. aku kata dari dulu..kalau Pakatan nak perintah make sure paling minimum 50% sokongan Melayu masuk..kalau 1998 boleh samapi 60%..tak la ni ble buat!!kaum lain kena faham sama utk pakatan perintah tanpa sokongan kaum melayu memang mustahil!!

  3. mengakui bahawa kempen UMNO memang berjaya.
    —————————————————————————
    bUKAN KEMPEN umno BERJAYA !!! Ialah WANG RINGGIT DUIT MONEY LUI $$$ DOLAR RAI PESO BATH RUPIAH yang berjaya !!!! Barang inilah jadi penentu jadi kuasa !!! Ini realasasi !!! Manusia bukan hebat sangat klu bukan duit yg tolong dia, dia boleh buat sesuka hati??? HAHIKAT ” NO MONEY NO TALK, YOU PAY, I APPROVED” !!!!

  4. Pemimpin PR kena rajin berdamping dgn rakyat ,bukan hanya ahli parti yang ada maksud tertentu..

  5. segalanya bermula dari dalam PR sendiri… apabila berjaya ramai org bawah di anak tirikan.. jasa mereka diketepikan… Lumrah manusia walaupun tidak meminta.. tapi walau pun sedikit mereka masih ingin dihargai.. lihat ape terjadi pada reformis zaman 98… ke mane mereka menghilang… adakah mereka benar2 dihargai…

    masih ingat lagi.. apabila seorang sahabat ditangkap kemudian dibicarakan kerana menyertai perhimpunan yang dikatakan haram di zaman 98.. mane pimpinan yg selame ni disanjung.. sekurang2nya hantarlah wakil sebagai tanda sokongan.. bukan wang ringgit yg dipinta… hanya sedikit perhatian harus diberikan…

    PR marahkan UBN kerana fenomena kronisme dlm UBN yg berleluasa.. tapi tanpa kite sedari apabila 5 negeri dimenangi PR… ape yg terjadi… sape kroni aku.. aku akan jaga… sapa bukan kroni main jauh-jauh…

    Kesimpulannya… pimpinan PR harus muhasabah diri….

  6. Kegagalan paling utama PR ialah menonjolkan keMELAYUan dan keISLAMannya. Itu yang menyebabkan gagal mendapat sokongan padu dikalangan orang melayu termasuk dikalangan ahli PAS, ahli PKR (melayu) dan golongan atas pagar. PR kelihatan didominasi oleh DAP. PR harus melakukan sesuatu sekiranya masih berminat untuk memiliki undi melayu untuk PRU yang akan datang.

  7. kecelaruan orang Melayu dalam memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat adalah berpunca daripada idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh puak2 tertentu… idea inilah menjadi punca utama orang melayu & bukan melayu meluat utk memberikan amanah kpd pemimpin PR lagi … ini juga punca besar mengapa anak muda makin malas turun ke bawah menggerakkan jentera parti … aduhai pemimpin ….

  8. itulah umnongok..perang saraf mereka memainkan isu perkauman dan agama.itulah modal mereka.apa yang penting PR mesti rapatkan saf,perkukuhkan dan muhasabah.InsyaAllah pd PRU-13 nanti PR akan berjaya.
    Hari ini kita hilang Perak, Esok lusa InsyaAllah akan diganti dengan Putrajaya…

  9. Salam Ustaz.Lama tak dengar berita. Tulisan tuan elok dibaca oleh semua melayu. Pemimpin PKR kena keluarkan sedikit belanja untuk adakan program mendimpingi rakyat. Kawasan yang belum dimenangi tu,ahli-ahli PKR mesti cergas sikit,giatkan kempen,dapatkan fakta-fakta dan sebarkan. Jangan dok tunggu pemimpin atasan datang buat ceramah aje….Pemimpin peringkat negeri mesti tambah budget untuk latih gurka-gurka di bawah.

  10. Jikalau keputusan memihak kepada Nizar mesti artikel nie tajuk lain kan….

    pelik betul kalo perkara yang tidak menyebelahi pihak sana pasti akan dicanang dan diwarwarkan pelbagai tuduhan.

    tetapi jikalau keputusan menyebelahi pihak sana senyap saja. Satu ungkapan terima kasih pun tidak diucapkan. Hanya mengembangkan hidung dengan memaklumkan memang sendiri dapat keputusan macam itu.

    terbaru, Makanan yang telah dimuntah ingin dimakan semula. Makin pelik dibuatnya. Lebih-lebih lagi kata-kata itu diluahkan oleh orang yang duduk diatas.

  11. Saya berjaya bercakap dengan salah seorang kawan saya dari Penang. Beliau ni agak mahir jugak selok belok politik Penang ni. Saya terus tanya pasal kes demo di Penang baru-baru ni. Saya kata dahsyat punya marah puak2 tu sampai bakar gambar Guan Eng.
    Dia cakap jangan tertipu dengan aksi-aksi agresif puak-puak tu. Dia kata kepala-kepala demonstrans tu adalah kroni-kroni Nor Mat Yaakob. Masa Pak Lah tengah kuat, puak2 786 tu jadi sangat rapat dengan Koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon dok bagi depa projek sampai tak mau.

    Koh Tsu Koon pun tau Nor Mat Yaakob ni satu negeri dan kabel kuat dengan Pak Lah. Jadi, demi menjaga hubungan mereka, kepala-kepala demonstran ni diberikan banyak projek-projek dan kontrak-kontrak. Mereka macam buaya kenyang sepanjang Penang diperintah BN.
    Dia kata lagi, Melayu-melayu UMNO Penang pun tak suka puak2 ni. Sebab tu demo di Penang minggu lepas, mana ada nampak muka Melayu sangat. Kalau ada pun Ibrahim Ali je. Ramai Melayu UMNO menyumpah puak2 ni sebab dulu, diorang ni yang monopoli projek dari kerajaan negeri.

    Masa Nor Mat Yaakob kempen 2008 dulu pun, puak2 ni yang dah kenyang dapat kontrak, bukan nak tolong kawasan lain sangat. Semua tertumpu di kawasan Nor Mat Yaakob bertanding. Last-last bila result keluar, semua tergolek dog, tinggal Nor Mat Yaakob je yang menang.

    Jadi, kawan saya kata demo di Penang tu bukan demo Melayu tetapi demo 786. Jadi, dia sendiri pun “tak lapaq nak turun”.

    Dia juga bagitau, puak2 786 yang demo tu juga sering sponsor Cikgu Azmi dan Teras. Ada kepala2 demo tu selalu bagi duit kat CIkgu Azmi untuk aktiviti-aktiviti TERAS. Tu yang semenjak PR menang, kita lihat Cikgu Azmi ni slow sangat dalam menyerang UMNO.

    Dalam isu Kalimah Allah baru-baru ni pun, CIkgu Azmi bersengkongkol dengan UMNO dan NGO2 UMNO walaupun hukum tak berapa jelas samada ia haram atau tidak.
    Saya kata saya ada dengar cerita Cikgu Azmi selalu dapat derma dari kepala-kepala 786 ni. Tapi, saya akan cuba cari bukti lagi.

    Kawan saya kata, dia sendiri pun bengang dengan UMNO Penang. Dalam keadaan kalah pun, masih nak bergaduh sesama sendiri. Selama ni pun bukannya Melayu terbela di Penang.

    Semenjak dari dulu lagi, bila ada orang-orang yang baik dan bijak serta berkelayakan masuk UMNO, orang itu akan dicari jalan supaya ditendang keluar dari parti. Kalau tiada salah, mereka akan buat cerita kononnya orang ini datuknya anak haram, nenek anak haram. Cerita2 fitnah ni diulang-ulang untuk buat orang2 yang baik dan layak ni “fed-up” dan menarik diri.

    Tinggalah orang-orang yang tidak berguna dalam UMNO Penang yang terus memimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian.

    Kawan saya kata lagi, siapa di kalangan kepimpinan UMNO Penang yang kita nampak layak untuk memimpin UMNO Penang sekarang ni? Tiada langsung. Semua hempeh. Semua ada kes. Semua tak boleh pakai.

    Oleh kerana itulah, dalam keadaan UMNO kalah macam ni pun, mereka tak boleh bangkit kembali. Mereka lebih suka bergasak sesama sendiri berebut projek2 Persekutuan dari mencari jalan membina UMNO semula.

    Penghabisan dia kata, dia pun dah jadi NGO, tak mahu terlibat dalam UMNO Penang. Lantak la apa nak jadi.

    Lepas tu saya minta diri sebab ada urusan di rumah.

    Tulang Besi

  12. Apa tak berjayanya? Selama ini UMNO mendidik rakyat supaya jangan mengguna akal fikiran. Rata-rata orang Melayu - mungkin termasuk juga ahli PAS dan PKR dan yang di atas pagar- yakin bahawa hanya UMNO saja yang mampu memerintah dan membawa pembangunan. Rata-rata makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung dan pinggir bandar bernada sama saja. Bagi mereka tanpa UMNO tiada pembangunan. Mereka ni ibarat ayam daging. Mereka akan mati kelaparan tanpa bantuan atau subsidi. Kalau mereka seperti ayam kampung tak jadi masalah.

  13. berdasarkan keputusan hari ni, kita bleh jangka apa akan terjadi pada perbicaraan-perbicaraan lain yang melibatkan pembangkang…

  14. Nizar kena 5 - 0 …..5 hakim……. yeop.

    Apa nasib DSAI……cuma ada satu hakim.

  15. Contoh terbaru umno dah start beli jiwa orang2 Kg Baru KL

  16. cruz ,
    aku ada dengor guan eng tanya azmi teras apa dia keadilan dan kesederhanaan
    umar abd aziz tu ? cikgu azmi tak boleh terangkan yop , dia pun bukan ustaz ……..
    aku nak doa guan eng masuk Islam ……………..
    kalau Allah mengkehendaki tiada sapa boleh lawan …….

  17. cruz/tulang besi ,
    sebab tu aku gelak masa member aku yg pekat umno ni cakap masa
    najib kata ahli akan pilih pucuk pimpinan bukan perwakilan tertentu
    maka dia suka yang orang berkualiti dan baik dan perform akan lead umno
    kahkah mana maunya begitu … umno tu kan dulu kini dan selamanya macam tu le

  18. Siapa boleh menafikan pendominasian DAP dalam Pakatan Rakyat?Siapa232x?!! Orang2 Islam PAS sanggup memberi hukuman kepada ahli sendiri yang mengkritik exco DAP atas isu arak kerana exco DAP tersebut menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Apa ni???

  19. satu analisis bernas bersama bahasa yg indah….tahniah,
    dan tepat sekali, kempen ammeno berjaya…masakan tidak, seorang kenalan teman, kakitangan kerajaan yg dah berkulat menyokong ammeno, padahal seinci tanah tapak rumah pun ammeno tak usahakan utk dia, tetapi tetap membela ammeno…………walaupun sekadar tinggal di rumah lowcost yg tak sepadan dengan gajinya, begitu juga seorang pemandu kepada sebuah glc, yg tak pernah bersih payslip, tetap setia membela ammeno, walaupun setiap anaknya gagal ke menara gading……sewaktu mengunjung p pangkor seorang driber teksi menyergah teman, apabila teman mengatakan penang ok, lantas dia berkata melayu penang hidup merempat….dalam hati teman bertanya…perbuatan siapakah itu yg sebenarnya?.

  20. Ha ha ha ha..

    Daulat Tuanku….

    Jagan kes ni sebagai Kes Eklusif Untuk Negeri Perak aje….panjangkan terus ke Persekutuan…ha ha ha …

    Jangan jadikan kes ini macam kes Rahim Tambi Chik …eklusif untuk Rahim Tambi Cik ….ha ha ha ha ha..Kartun Betul…aku jamin bet..kes ini boleh terpakai untuk negeri aje..Persekutuan kira lain….

    Ha ha ha

  21. Salam ustaz CB

    Hakikatnya kalau DSN menang dan adun dibubarkan (perkenan sultan) mungkin kalah PR. Silap haribulan kalah besar!

    Ada “rahmat Allah” dengan kekalahan itu. PR jangan tarik selimut sambung tidur! Bangunlah untuk bergerak lebih laju ke hadapan.

    KTG

  22. Untuk syok sendiri, boleh ler korang kata hakim begitu dan begini. Korang boleh kata padang tidak rata.

    Bolehlah berkata apa sahaja untuk syok sendiri. Bila ada AJK keluar parti masuk UBN, korang boleh kata mereka kena beli. Jawapan untuk syok sendiri.

  23. setuju dengan pendapat Kawe Tak Gaduh

    Memang amat pahit nak kita telan kekalahan DS Nizar..tapi nak buat macam mana….kalah tetap kalah…walapun kita boleh definasikan kalah atau memang tu dalam pelbagai cara..tapi kalah tetap kalah menang tetap memang…

    Kalau menang di makamah pun belum tentu menang di pilihanraya…kalau kalah di pilihanraya lagi malu sebab sebelum ni sebahagian pemimpin dan penyokong Pakatan mungkin ada rasa over confident boleh menang kalau ada pilihanraya negeri di Perak..

    apa yang penting susun strategi baru untuk sebarang pilihanraya akan datang…

    Nabi dan sahabat pun pernah kalah dalam peperangan ..tapi ada hikmah kenapa Allah mentakdirkan kalah dalam peperangan tersebut..

    Semoga DS Nizar terus cemerlang di hari-hari mendatang

  24. Kepada #Huszul Hasani,

    Kamu ni apasal konfius sangat? Exco DAP bertindak ikut undang-undang negeri Selangor. Beer itu bukan arak (ikut definisi undang-undang dan bukan agama Islam) oleh itu tiada permit diperlukan untuk menjualnya. Undang-undang ini dibuat oleh kerajaan BN yang lepas.

    Yang MBSA dan Hasan Ali itu bertindak menyalahi undang-undang. Itu sebab Exco DAP perlu bertindak membetulkannya. Apa yang dibuktikan melalui kes ini ialah:

    1) rakyat boleh diberi jaminan bahawa DAP akan memastikan pemerintahan PR mengikut undang-undang biarpun tindakannya tidak popular

    2) minda melayu secara umum masih belum terbuka dan mudah termakan tuduhan palsu

    3) ada yang masih menganggap DAP sebagai pro-Cina and anti-Melayu. Bahkan ada yang menyamakan DAP sebagai komunis. Jika betul DAP itu komunis, tidak wujud jutawan atau billionaire kerana harta masing-masing perlu diagihkan secara sama rata kepada setiap individu. Ini konsep komunis asas. Yang sedihnya kebanyakkan orang Melayu ni tidak faham konsep komunis dan suka labelkan orang/parti seperti komunis

  25. salam semua..
    aku pun setuju ngan kawe tak gaduh…mari kita semua perkemaskan gerakkerja utk next pru.kalah di mahkamah ini ada hikmahnya.jange kita terkulai di pru.Insyaallah,kesabaran itu akan menghasilkan kemenangan.Ingat Allah akan bersama2 dgan golongan yg sentiasa sabar dan redha dgan ketentuanNya.UBN yg zalim x akan kekal selama-lamanya.Amin

  26. Mungkin betui pendedahan Cruz/ Tulang Besi di atas. Maidin.. Kutti.. Merican..Bapoo..Naina. ..Gol..

  27. salam utk semua rakyat M’sia… apapun yg kita cakap tak guna dah….mahkamah dh buat keputusan…sume org dh jangka apa keputusannya….ikut kata Ust Azizan….udah2 lah…la ni kita buat kerja….kerja apa? kerja dakwah…ini lah asas utk PAS mencapai impian dan cita2 slama ini…selesai kerja dakwah ni….I.allah…seluruh org melayu akan menyokong PAS krn mrk paham apa itu islam n cara hidup…..selama ini mrk tidak paham apa sebenarnya islam….dh 52 thn kita disesatkan oleh UMNO tentang islam…..islam UMNO ialah sembahyang , puasa, zakat secara individu shj….tu sbb program kuliah di masjid di sekat agar org melayu tak tahun tentang islam…senanglah kerja mrk….oleh itu kpd seluruh org melayu islam…..dalami ilmu agama…anda akan nampak apa itu perjuangan pAS….lihat siapa bersama PAS….dan lihat siapa bersama UMNO….mana dia org yg hebat2 dlm pengajian agama yg duduk bersama UMNO….tak danya…bkn bongkak…tp itulah realiti….

  28. Betul Lokman

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.