STATUS MB PERAK SAH DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN ESOK
Feb 8th, 2010 | By Admin | Category: Rencana, nizarOlah Nizar Jamaluddin
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.
Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.
Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!
Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.
Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!
Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Insyaallah…..kita pakat berdoa agar PR menang dan D.S.Nizar menang sebagai MB Perak esok…Amin.
keputusan esok - dun tak bubar ……
bertanding 3 dun katak je ……
jelapang mmg tak lepas dari pakatan
changkat jering dan behrang UMNO pulun kaw kaw bagi menang dgn tipu ka apa ka ….
so BN - 30 , Pakatan - 29 ……………
dan 28 yang umno ada lani adalah pilihan rakyat
dan 28 yang pakatan ada lani adalah pilihan rakyat jugak
dan jika umno menang 2 drpd 3 dun katak adalah pilihan rakyat juga tipu atau tak tipu
so ini pilihan rakyat , tutup cerita ………………… demikian rancangan mereka …..
WA MAKARU …. WA MAKARALLAH … WALLAHU KHAIRIL MAKIRIN ………….
LUPAKAN POLITIK YANG MEMUALKAN INI
MARI LAYAN A FILM BY ABRORIVAI
JUDUL : PEREMPUAN , HUJAN DAN KEMATIAN
SEBUAH FILEM MALAYSIA SUREALIS BUNUEL DAN TARANTINO STYLISH
WITH A BLEND OF SCOSESE , LYNCH AND KUBRIK
IN NARATION OF ALRED HITCHCOCK
WRITTEN AND DIRECTED BY ABRORIVAI
STARRED BY : FATHUL , MASLINA , HARIRY DAN WADUD
CINEMATHOGRAPHY : DAN
ART DIRECTION : ZAIMY
MUSIC SCORE : FATHUL
SAKSIKAN : DAMN FABOLOUS AND MARVELLOUS
tuan admin,
cuma nak dapatkan kepastian. andai PR diberikan hak, adakah DUN akan dibubarkan serta merta? sebagaimana laporan dalam malaysiakini, Ngeh memohon tempoh untuk memperbetulkan kembali keadaan sebelum DUN dibubarkan. adakah benar begini? sekiranya ya, bukankah ini akan dijadikan modal oleh puak BN nanti. dan sekiranya ya juga, berapa lamakah tempoh untuk memperbetulkan keadaan itu. kerana, kalau terlalu lama, bimbang, isu dimanipulasi lagi.
mungkin perlu difikirkan.
Kedudukan speaker yg diusung dan direntap jubah oleh UMGOK..mcm mana ye..?
Nizar kena lebih pendekar sikit.. undi tak percaya sedang menanti - pukulan KO !..kalau lambat bubar..
Atau mcm mana?
Salam abe,
Esok nak tetapkan keputusan Mahkamah Tinggi sama ada kekal atau tidak. Kalau kekal, maknanya DSNJ boleh masuk pejabat Menteri Besar Perak dan kalau tidak Zambry akan mengaku jadi MB walaupun mahkamah tak pernah isytihar dia MB. Sepanjang 1 tahun sejak 5 Feb. 2008, tiada MB selain DSNJ. MB tetap DSNJ tetapi diambil alih peranannya oleh Zambry. Sama ada bubar DUN bergantung kepada MB yang akan mohon perkenanan sultan. Keputusan esok bukanlah sama ada DUN bubar atau tidak tapi nak mengesahkan bahawa DSNJ tidak pernah gugur sebagai MB. Cuma, DSNJ dah berjanji nak mohon bubar DUN kalau beliau disahkan sebagai MB dan berdoalah sultan akan menjalankan peranannya untuk rakyat Perak. Tapi sebelum itu, doa agar keputusan berpihak kepada DSNJ… InsyaAllah!
Benda yang dikata nak kena selesaikan sebelum bubar DUN tu memang lojik dan perlu buat. Cuma yang jadi masalahnya macam yang dikata tu jugak le. Kalau dah biasa bersikap ‘konfrontasi’, semua benda akan jadi tak betul, ada je pemutar alam. Dah memang Ngeh bidang dia undang-undang, kena pikirla jugak. Kalau dah takde pilihan, pilih yang kurang kesan buruk dia.
anak perak ,
yang teman dengor dari maklumat tertentu - macam yang teman tulis tu …
dan ada yb yb umno yang sekarang dok round sana sini cari sokongan apa entah …
sepatutnya esok adalah perihal kesahan nizar sebagai MB yang selama ini sah pun
kita tengok esok apa cerita nye ? ….
apa pun anak perak - layan film abrorivai -
PEREMPUAN , HUJAN DAN KEMATIAN
kisah mental yang sedang dihidapi rakyat malaysia
mental … mental …. politician le yang banyak mental ni ………
kesemua pandangan positif mengharapkan kemenanggan di sebelah DSN. jika keputusan sebaliknya pada esok hari..adakah kita akan melihat keadilan mahkamah sudah tiada lagi? perlu juga perfikiran negatif kerana keputusan Esok akan melemahkan semangat para perjuang..dan mengecewakan Hati para penyokong DSN..oleh itu harapan yg tinggi ini perlu diperhalusi sebelum kecewa yg parah nanti..
kita jangan lupa apa2 keputusan esok melibatkan kedaulatan BYMM Sultan Perak…kalau keputusan memihak kepada DSNJ tentu sekali akan menimbulkan keaiban kepada DYMM Sultan Perak di NEGERI PERAK DAN MALAYSIA AM NYA kerana baginda telah melantik Zamri sebagi MB Perak tetapi sekiranya keputusan memihak kepada Zamri tentu sekali PR akan membawa kes ini ke Mahkamah Komowel yg mana pasti keputusan mengikut perundangan akan memihak kepada DSNJ dan ianya akan menimbukkan keaiban kepada DYMM Sultan Perak kepada NEGARA LUAR…kita seharusnya menjaya kedaulatan DYMM Raja kita agar tidak dimanupulasikan oleh golongan tertentu untuk kepentingan diri sendiri… wahai zamri, jangan biarkan DSNJ yg bubarkan DUN…tuan sendiri yg seharusnya membubarkan DUN PERAK agar kedaulatan DYMM Sultan di pertahankan.
Ingat! jika keputusan esok memihak kepada Zambry, DUN Perak akan masih tetap bermasalah dengan satu lagi isu iaitu Speaker yang sah samada Siva atau Ganesh…tiap kali nak bersidang pasti kena ‘bertomoi’ dulu…sampai bila nak habis kalau macam ni…
Harap 5 hakim yg akan memberikan keputusan besok, buatlah keputusan demi rakyat Perak yang semakin terjejas kehidupan seharian…soal PR atau BN tolak ketepi dululah…
Bubar DUN dan serahkan mandat baru kepada Rakyat Perak…
macam2 keputusan boleh jadi esok ……………
tapi KEBENARAN TETAP KEBENARAN
WALAU ‘dimenangkan’ atau ‘dikalahkan’
salammm halimm..
sultan perak ada hantor beras kerumah mike kerr..?
beria benor nak jilat punggung azlann tuu..
sudah laa.. bawak2 la buang sentimen reput miker tuu..
SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT AKHIRNYA KEBENARAN TETAP TERTEGAK DAN KEBHATILAN TELAH TERBENAM,.
YA ALLAH,.PERANCANGAN MU LEBIH BAIK DARI PERANCANGAN GOLONGAN MUNAFIQ