Perak tambah kusut jika Nizar kembali berkuasa

Feb 8th, 2010 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, Berita, utama

Oleh Haslan Zakaria

Keadaan di Perak dijangka bertambah lebih rumit dan kusut jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

NONE“Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kata pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari (kiri).

Beliau mengulas kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry banyak membuat keputusan semasa ‘pemerintahan’ Barisan Nasional.

“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.

[baca selanjutnya]

Tags:

Afiat

7 comments
Leave a comment »

  1. biorkan tak sah semua keputusan Zamri…lain kali penyamun ni tak berani nak rampas negeri macam lanun je….ikutlah undang2….kita negeri yang berdaulat…rakyat perak ada maruah….tapi MB haram Zamri yang takde maruah..bercakap tak ikut perlembagaan…..bertindak ikut rasa….memberi pandangan macam Lanun…MB apa nama nya….

  2. UMNO Mungkin dimalukan!!!?; Sapa tau??
    http://colourluna.blogspot.com/2010/02/umno-mungkin-dimalukan-nantikan.html

  3. Sah. UMNGOK boleh buat bagi di sah.

    Hangpa jangan mimpi perompak nak bagi balik kat hanga apa2 yg dirompak …kalau tidak dari awai lagi dia tak jadi perompak..

  4. harapan PR utk menang teramat tipis sekali, bukan mudah nak jatuhkan gerombolan umnogok nie.
    semua jabatan kerajaan dia paku….

  5. Kalau Nizar menang, dia akan bubarkan DUN. Bila bubarkan DUN, bermakna akan ada pilanraya negeri. Ini yang aku takut.

    Kalau berlaku pilihanraya negeri, atau snap election (kalau tak silap), aku takut PR akan kalah lebih teruk. Aku stuju dgn apa yang matperak cakap. Bukan setakat semua jabatan kerajaan dia paku, malah pengundi yang bukan pos pun, dijadikan pengundi pos jugak. Kita kena ingat, PDRM tengah giat keluarkan myKad untuk anggota-anggotanya sekarang ini.

  6. demi hati-hati manusia di tanganNya, insya Allah apa jua perancangan UBN dgn kuasaNya Dia boleh mengubah. perancangan Allah lebih baik.

  7. bukan kerajaan yang kusut, tapi prof aziz ni yang sebenarnya KUSUT FIKIRAN

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.