Guan Eng tindas peniaga Melayu???
Feb 8th, 2010 | By Admin | Category: RencanaOleh: Zulfadzli Mohd Nordin
Demonstrasi oleh dua NGO melayu iaitu PERKASA,Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang,GPMS sert beberapa HGO melayu telah dianjurkan pada 5hb Februari 2010. Walaubagaimanapun mereka gagal menyerahkan berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerahkan memo protes mereka. Polis FRU yang terkenal dengan ganasnya menghentak demosntrator demosntrator bukan UMNO pula seolah olah terlalu lembik untuk menahan mereka.Poorahh…
Kita menyorot kembali beberapa peristiwa kebelakangan ini.Yang pertama adalah kritikan keras YB Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang dituduh sebagai anti melayu dan mengenepikan kepentingan melayu.
Selepas itu ianya disusuli pula oleh Ustaz Shamsuri didalam satu ceramahnya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk politik.Ustaz Shamsuri adalah pendakwah bebas dan juga Pengerusi Rangkaian Restoran Pelita yang mempunyai lapan cawangan diPulau Pinang.Topik politik jarang jarang disentuh oleh beliau selama ini.Antara isu yang disentuh adalah Anwar Ibrahim dan Paklah adalah bertanggungjawab terhadap penjualan tanah tanah melayu.Mahathir pulak adalah penyelamat tanah melayu.Manakala Najib sedang cuba memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim dan Paklah.Lim Guan Eng anti melayu dan Islam.Beliau hanya menumpukan kepada pembinaan to’kong sahaja dan mengabaikan Majlis Ugama Islam.Peniaga peniaga melayu ditindas sedangkan peniaga peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.
Apabila saya mendengar kedua dua berita tersebut saya mula dah mencium sesuatu akan berlaku dengan kedua dua peristiwa ini.Maknanya disini ianya telah dirancang terlebih awal.Sewaktu saya berjalan jalan disekitar KOMTAR pada hari demonstrasi tu saya terpandang dua poster yang digantung oleh pihak Kerajaan Pulau Pinang yang menafikan kenyataan balaci balaci UMNO berkenaan pada flyover berdekatan kompleks KOMTAR.
Pada poster poster tersebut tertera belanjawan peruntukan belanjawan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang.Pada belanjawan 2008 (belanjawan diluluskan pd 2007) oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti Majlis Ugama Islam adalah RM12.5 juta.Ianya meningkat kepada RM20.5 juta pada 2009 selepas pentadbiran Negeri Pulau Pinang diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Pada belanjawan 2010 pula belanjawan Majlis Ugama Islam telah ditambah kepada RM24.3 juta.
Masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro melayu budget cuma RM12.5 shj.UMNO dan balaci balacinya tak pulak bising.Tapi bila budget Majlis Ugama Islam ditambah oleh DAP yang dianggap oleh UMNO sebagai musuh melayu/Islam kepada RM20.5 juta dan ditambah lagi kepada RM24.3 juta.Tiba tiba UMNO dan balaci balacinya bising macam nak rak.Maknanya disini kalau Gerakan yg beri budget ciput pd Majlis Ugama Islam pada pandangan UMNO ianya pro melayu dan pro Islam tetapi bila DAP tambah budget dua kali ganda ianya dianggap anti Islam dan melayu…Hmmmm..Entahlah…Mungkin kita boleh menilaikan tahap mentaliti sesiapa sahaja yg percaya pada dongengan UMNO tu.
Seterusnya yang paling menarik adalah tindakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap penjaja penjaja tanpa lesen.
Tahun Melayu Cina India Jumlah
2008 785 (38%) 1082(52%) 196 (10%) 2063
2009 815( 29%) 1727 (62%) 247 (9%) 2786
Jika diperhatikan dari statistik rasmi MPPP, peniaga Cina disaman lebih banyak jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain.Malahan ianya meningkat pada 2009 jika dibandingkan dari tahun 2008.Mungkin disebabkan penjaja cina lebih ramai agaknya.Jadi dimana penindasan saperti yang didakwa NGO NGO melayu tu?Lagipun perlu ingat disini kebanyakan dari penguatkuasa MPPP adalah orang orang melayu.Adakah mereka saja nak menganiaya bangsa sendiri ?
Kita sepatutnya sedia maklum DPMPP memang meradang pada YAB Lim Guan Eng sebab mereka yang rata rata ahli UMNO yang dah biasa mendapat habuan kontrak secara percuma tanpa perlu bersusah payah.Tu sebab mereka marah pada Lim Guan Eng.Mereka merasakan Lim Guan Eng tidak berlaku adil.Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan tender.bagi mereka yang sentiasa dimakan suap dan tak biasa bersaing didalam tender terbuka sudah tentu mereka menganggap perkara ini tak adil .Sebahagian dari ahli ahlinya cuma mempunya syarikat RM2 sahaja tetapi sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri dulu.Yang mereka marah bukan tak dapat peluang langsung tetapi mereka marah sebab dah tiada hak istimewa UMNOputra.
Mereka dah tak boleh menjadi jutawan segera.Mereka terpaksa bekerja keras saperti orang lain jika ingin menjadi jutawan. Kalau Lim Guan Eng sanggup meneruskan pemberian kontrak percuma pada mereka saya yakin mereka akan menjunjung Lim Guan Eng dan menganggap beliau dan DAP adalah pro melayu dan Islam
Manakala PERKASA pula hanyalah golongan merapu diketua Ibrahim Ali .Siapa Ibrahim Ali.?Tak payah lah saya ceritakan sebab semua orang dah kenal. Beliau adalah individu yan tiada kredibiliti . Malas saya nak komen pasal pertubuhan ni.
Demonstrasi ini sebenarnya gagal dan tidak menarik perhatian bangsa melayu secara umumnya.
Saya sendiri dah mula rasa hilang hormat kepada Ustaz Shamsuri.Sebagai pendakwah bebas Beliau tidak sepatutnya membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO atau sesiapa sahaja.Sesiapa yang membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO akhirnya akan hilang kredibiliti .Perkara begini serng berlaku kepada ramai tokoh tokoh ugama yang mendekati UMNO



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Tahniah PAS Pulau Pinang dan YB Ustaz Salleh Man kerana menunjukkan kesetiakawan yang tinggi. Lihatlah betapa matangnya politik PAS. Tetap berdiri teguh di belakang Lim Guan Eng. Setau teman, Pulau Pinang tak pernah pun diperintah oleh orang Melayu tapi orang Melayu tetap merempat..
Zul Mamak,
Dalam blog kau, kau cakap tak ada rakaman ceramah Ustaz Shamsuri yang mengatakan Tok Jib sedang “cuba memperbaiki kerosakan” yang dibuat oleh DS Anwar dan Pak Lah. Habis, kau percaya mentah-mentah cerita dari kawan kau yang mengaku “peminat setia” Ustaz Shamsuri Ahmad, yang buat cerita Ustaz Shamsuri mengeluarkan kenyataan mengutuk Pakatan Rakyat? Siap sokong Tok Jib pulak tu…!!!
Selagi tak wujud rakaman ceramah tu, aku takkan percaya cerita ni. Peminat-peminat sebenar Ustaz Shamsuri yang tak pernah terlepas peluang mengikuti ceramah beliau, kenal siapa Ustaz Shamsuri. Ustaz Shamsuri bukannya seorang pendakwah yang boleh dipergunakan oleh UMNGOK-BN….
Selagi UmNgok dok di atas..bukan saja di Penang orang Melayu merempat..mungkin di mana jua..masih ada yg merempat. Yang tak merempat dan affluent ialah…jkkk, ketua cwangan, ketua bahagian..naib ketua ..setiausaha…dll. Wakil rakyat umngok tak payah ceritaha…dah tentu fulus..mewah.
Sokong Nasaei Ahmad.
Selama lebih 50 tahun UMNO mentadbir negara, di mana kedudukan Melayu sekarang?
Assalamualaikum Admin PerakEkspres.
Teruk sangat ke geng-geng UMNO sial ni nak godam PerakEkspres? Aku rasa macam nak sepak aje PC ni bila susah nak “masuk” ke Perak Ekspres. Blog Tukar Tiub, Perisik Rakyat, GreenBoc senang pulak nak masuk….
Salam semua,
Jangan tak tau yang selama ni dok perintah PP ialah Melayu. Pau Nee Melayu. Chong Eu Melayu. Tsu Koonpun Melayu. La ni yang perintah PP ialah Cina. Guan Eng tu Cina. Kalau Guan Eng jadi Melayu tentu depa tak marah. Macam mana nak jadi Melayu? Kena patuh dan taat kepada kehendak UMNO. Kalau kena maki hamun. Kena ugut atau kena apa jua yang UMNO fikir boleh untung partinya maka itu dikira patuh kepada kehendak UMNO. Maka jadi Melayu macam bekas-bekas KM tadi. So, kalau Guan Eng tak boleh turut tentulah dan patutlah dituduh meminggirkan Melayu. Itu namanya falsafah UMNO yang dicipta olen mantan Mamak Kutty. Dialah jembalang sebenar. Dan dia bukan Melayupun. Jadi tak timbul masalah Melayu sebenarnya. Isunya ialah UMNO dah hilang kuasa.
Salam semua,
Aku setuju benar dengan pandangan IbnAbdHalim .
Jatuh nya nilai budaya integriti pemimpin umno sekarang ketahap longkang ini adalah hasil dari didikan dan pendekatan dari Dr M sendiri.
Jika di zaman Tun Hussein , Tun Razak atau pun Tunku Abdul Rahman , mereka ini adalah pemimpin yang ada harga diri , yang mempunyi integriti yang tinggi, yang tidak menggunakan agensi Kehakim, Polis , BPR untuk kependingan sendiri. Dan yang penting mereka tidak menggunakan kuasa mereka untuk memperkayakan anak beranak dan suku sakat. Tapi Dr M …………tanpa rasa malu, memperkudakan dan tonggang semua agensi ini untuk terus berkuasa.
Jika tidak kerana kuasa Allah SWT memecahbelah kan umno bermula dari tahun 1998 , kita kini masih lagi berperdana menterikan Dr M lagi hingga ke hari ini.
Alangkan malangnya kita semua mempunyai pemimpin seperti ini.
ttwangsa said;
“…Dan yang penting mereka tidak menggunakan kuasa mereka untuk memperkayakan anak beranak dan suku sakat….”
Boleh caya ke fakta ni…selagi namanye amno, maka busuk sejak dulu sampai sekarang….dah 50thn dah, jenuh nak cuci tahik yg ditinggalkan depa sume ni….
Bukti dah ada kan….org lain menang pemilihan ketua pemuda UMNOgok yg kalah pula dapat jadi Timbalan Menteri yg menang menang sorak kampung tergadai..yg kalah tu siapa yerrr? suku sakat tiga suku juga.
Itulah mentaliti org melayu UMNO pulau pinang, baru sedar diperintah oleh cina sbb DAP. sebelum ni di ulit mimpi kununnya di perintah oleh Melayu walau pn nama Khoo Tsu Kun
nasib ada mamat cermin mata ni jadi mb penang…kalu tak project koridor utara berjalan lancar….dari perlis sampai la ke sabah…tanah orang kena ambil……mamat yang jadi MB penang ni bukan bodo macam melayu yang jadi pemimpin kita sekarang ni..;akauntan bertauliah tu….i dont care if he is chinese…jujur atau tidak, itu je penting..melayu korup nak wat pe…ketuanan ape kalau duk amik hak orang je…zalim tak tentu pasal…
Pada aku, lebih baik kita pilih pemimpin bukan Islam yang punya maruah dan berintegriti, daripada memilih orang Melayu yang nama saje Islam, tapi kaki rasuah dan tak ada harga diri.
Cain & ikutCeramah,
Aku sokong kenyataan hangpa bedua….Puak UMNO nilah yang menggadai, menghancurkan & membinasakan bangsa melayu sehingga ke hari ini. Rakyat marhain tak dapat apa… ditindas semahunya. Selama nie (semenjak zaman mahathir dan seterusnya..) rakyat bawahan cuma digula-gulakan dengan pelbagai cara (demi meneruskan survival politik kepala-kepala puak ini). Lihatlah sekarang, angkara depa, ekonomi orang-orang melayu hancus. Cuma suku-sakat depa saja yang bukan saja kaya-raya, tetapi sudah ketahap ‘ter’lebih-lebihan. Sedar lah wahai sekelian kamu….. (terutamanya orang-orang yang menyokong UMNO, tapi masih tak kaya-kaya sampai la nie…). Marilah bertaubat dan bermuhasabah diri.
baca pisau.net dan mysrimuara.blogspot.som
Ada diceritakan fakta sebenar peruntukan untuk hal ehwal islam dan jumlah peniaga yang terlibat.
tak kan Pas dah jadi Parti Auta Sokmo.
[...] … Rahmat Allah Oleh Ustaz Shamsuri. Tazkirah Diri -Sambutan Maulidur Rasul & Hakikat …PerakExpress.com Rencana Guan Eng tindas peniaga Melayu???Selagi tak wujud rakaman ceramah tu, aku takkan percaya cerita ni. Peminat-peminat sebenar Ustaz [...]