Tanpa ‘jeneralnya’ pun, Pakatan tetap kukuh
Feb 7th, 2010 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, BeritaOleh MKini/Humayun Kabir
Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.
Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 2,000 orang yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.
Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.
Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.
“Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh,” katanya.
Dewan gemuruh dengan tepukan apabila Anwar menegaskan bahawa sama ada beliau di dalam atau di luar penjara, perjuangan politik Pakatan tidak akan terjejas dan tetap akan diteruskan.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














kalau ada jenderalnya sekali baguslah ….
kalau tak ada pun , inspirasinya pun dah cukup …. walau tanpanya …..
sebab kita akan terus melahirkan JENDERAL DEMI JENDERAL ……….
pendapt individu aku… kalu anwar takde..pkr boleh consider jd arwah lah… toksah tipu diri sendirilah…
Hishamuddin Rais kata…yg menentukan, yang memacu reformasi atau pembaharuan politik adalah rakyat..majoritinya. Bukannya mana2 tokoh ulung..atau individu. Tokoh atau individu tertentu hanyalah menjadi ketua atau pemimpin..tetapi gerakannya..tsunaminya..akan membadai bak gelombang dasyat..bergerak bersama suara rakyat terbanyak..sekaligus. So..takpa kalau DS Anwar disumbat sementara. Rakyat akan bebaskan beliau…
InsyaAlllah.