Anwar Dalam Bicara 3
Feb 6th, 2010 | By Admin | Category: Amin Ahmad, Rencana, utamaOleh: Amin Ahmad
Kecoh isu kemasukan Saiful Bukhari ke pejabat Anwar Ibrahim sampai ke telinga saya oleh teman-teman UNITEN yang mengenal beliau. Bagi mereka, ini satu bentuk ancaman kepada parti dan sekaligus perjuangan reformasi.
Sejak dulu saya memang menjarakkan sedikit kepentingan parti dan reformasi. Jujurnya saya lebih sayang perjuangan reformasi berbanding parti. Sebab itu saya sering disindir kerana tidak mahu aktif sebagai ahli parti. Ya, tentu saja ada pro dan kontra, tapi untuk menjadikannya isu “yang mana lebih baik” bagi saya tidak perlu.
Parti ada peranannya, mereka yang tidak berparti juga ada peranannya. Dalam parti ada struktur. Justeru, kelemahan ahli parti sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidakstabilan struktur. Kelemahan adalah sifat manusia, saya tidak ralat. Di luar parti beerti tidak perlu terlalu menjaga struktur. Sebab itu kita boleh tengok manusia bebas seperti Isham Rais, Raja Petra dan lain-lain termasuk Mat Saman Kati bebas mengkritik parti dengan berani dan tanpa berselindung.
Ya, kritikan mereka mungkin berlaku tanpa cebisan puzzle yang cukup tapi dalam masyarakat terbuka, pertikaian mereka boleh dijawab secara terbuka juga. Sebab itu dalam hal pertikaian ini sebolehnya kita tuntut politik berasaskan idea, bukan politik maki hamun, politik kelompok dan politik sentimen-prejudis.
Dari faham ini, kita perlu sediakan ruang untuk berbeza pendapat. Kesilapan kita ialah menganggap kebenaran itu seperti seketul batu. Politik adalah sains sosial yang penuh seni. Sebab itu kita sering melihat Anwar menangguhkan keputusan muktamad kepada idea agar ia boleh diperbincangkan secara menyeluruh. Kita bertekak saban waktu untuk hal-hal yang tidak membangun, tapi meruntuh.
Berbalik kepada Saiful Bukhari, adakah dia seorang yang punya idea? Jika ya, apa idea-ideanya dalam reformasi? Dia mengaku pengkagum Anwar dan kawan-kawan hanya menjawab bullshit! Sambil menyusup melalui Rahimi (rakan sekolah lama beliau), kempen menyokong UMNO-BN terus dibuat kepada rakan-rakan UNITEN khususnya di laman sosial Friendster.
Hakikatnya Saiful tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar! Beliau juga tidak pernah dan tidak akan menyokong Najib. Ya, jangan terkejut! Beliau adalah opportunis yang akan membaham sesiapa saja yang dia fikir mampu.
Saiful mengatakan bahawa beliau dibayar gaji RM 1000, elaun 1000 USD dan bayaran lain pada waktu tertentu sehingga HK 10 000. Wow! Kerja orang lain buat dan dia hanya perlu buat panggilan dan ambil fail dibayar begitu tinggi? Rasanya lebih baik diberi kepada Eekmal, Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim sekarang yang kalau Eekmal itu sebuah buku ilmiah saiz sederhana, Saiful tidak mencapai kulit buku pun!
Jadi timbul persoalan, duit siapa sebenarnya Saiful sebat? Mungkin kita boleh bertanya dengan sejumlah peniaga khususnya di Sabah dan Sarawak yang ‘dikapur’ oleh Saiful. Jangan lupa tanyakan juga ‘kisah wanita’, jika ada. Saya berminat untuk melihat slip gaji beliau, jika ada.
Dalam Twitter baru-baru ini juga dipersoalkan sewa kondo Saiful bernilai antara RM 7000 hingga RM 15 000 sebulan, siapa yang bayar-nya? Jika ditanya saya, jawatan Saiful yang paling cocok hendak dinamakan ialah staf sementara, tidak lebih daripada itu. Jika ia disewa sejak sebelum berkhidmat atau semasa berkhidmat dengan Anwar, saya suka untuk tahu siapa pembayarnya dan bukti bayarannya.
Kesilapan Anwar, bukan saja Saiful mendapat maklumat tentang ‘lompat parti’ dan Anwar akan bertanding di Permatang Pauh tetapi ia dipanjangkan ke pengetahuan pihak ketiga dan anda boleh terus meneka siapa pihak ketiga ini. Jika perbualan sms Najib dan peguam Shafie boleh dicetak keluar dan terpaksa diakui oleh Najib, saya tidak tahu tapi percaya bahawa maklumat boleh didapati. Elok hal ini disiasat peguam.
Jadi, saya melihat sikap tergesa-gesa Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadap Anwar tidak lebih daripada keadaan yang memaksa. Ianya hal persaingan masa. Hal ini insyaAllah akan saya tulis dalam siri akan datang.
26hb Saiful mengaku diliwat, 28hb beliau menghilangkan diri dan membuat laporan polis selepas membuat pemeriksaan di hospital seperti yang didakwanya. Anehnya, 27hb beliau masih dapat hadir dan menjadi tukang angkat minuman dalam satu pertemuan Anwar dengan ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC). Gambar ini sedang tersebar di internet.
Kita harus bertanya di mana ‘trauma’ beliau ketika bertemu Najib beberapa hari sebelumnya? Semua ini tidak masuk akal!
Tapi anda jangan terkejut, masih ada yang tetap mahu membelanya. Dan jika kita selongkar lebih dalam, kita tahu semua pembelanya datang dari minda dan sistem perlindungan berlabel UMNO-BN.
Ia nanti akan dilapik dengan sejumlah kata sentimen bertulis Melayu, Islam, Aman, Perpaduan dan sebagainya. Hakikat sebenar ialah Kuasa, Harta, Hawa Nafsu dan Kezaliman.
Semoga Allah s.w.t. melaknat para penzalim!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














hebat..hebat…
Syabas bro!Truskn ngn pndedahan anda..X sbr nk tggu yg brikutnye..Heh3
SEMOGA ALLAH SWT MELAKNAT PELIWAT DAN PENGKAGUMNYA,.AMINN
Cubaan yg bersungguh-sungguh utk menghina saiful,..seolah-olah cuba berkata “DIA MMG WAJAR DILIWAT,.BAGUS DSAI”
Pakatan Dajal kena liwat 26hb. Selama 3 hari tak berak, tak mandi wajib dan tak solat ?
untuk tatapan semula oleh :
4.Pakatan Dajal February 6th, 2010 17:58 :
Cubaan yg bersungguh-sungguh utk menghina saiful,..seolah-olah cuba berkata “DIA MMG WAJAR DILIWAT,.BAGUS DSAI”
yang ingin diketengahkan ialah - beberapa persoalan yang pelik tetapi benar ….
kalau ada jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan itu …. berikan hujahnya … jangan merepek meraban pulak………. !!!!
tuan hakim sila tanya si saiful… sebelum kamu mendakwa diliwat oleh DSAI.. anda pernah kena atau terlibat dalam aktiviti liwat meliwat tak sebelum ini?? adakah itu kali pertama DSAI meliwat anda? atau dah byk kali?? hehehehe.. berani ke ngaku saipul?? hehehe
Ustaz Shamsuri pendakwah bebas dan pengerusi rangkaian restoran pelita bermain politik… KITA PAKAT PAKAT BOIKOT RESTORAN PELITA… banyak lagi kedai mamak yang lain… baca disini.. http://zulmamakpng.blogspot.com/2010/02/guan-eng-tindas-peniaga-melayu.html
pakatan dajal,
can i fcuk u today? ko nak tonggek ka mau lawan?
ehehe sabaq jenin.hehehe.
lama tak jenguk sini.
Pakatan Dajal dah jenuh di liwat dik BN. Tapi masih tak sedar-sedar. Dasar BNjingan.
Pakatan Dajjal akui dia Dajjal. (Dajjal Be End UmNgok..)
Kalau UmNgok / Be End terus memerintah.. jahannam, rosak Malaysia..mungkin sampai peringkat dah tak boleh repair lagi nanti..
apa payah sangat ni…. senang2 buat sekali lagi sumpah laknat utk buktikan siapa benar & siapa salah jika itu jalan terakhir… dr maza sendiri menjelaskannya…
takterkejor,
kalau dah dua-dua sumpah laknat…. kemudian apa tindkan seterusnya….. lepaskan kedua-dua tertuduh dan biar mereka walk free… senang la macam tu semua penjenayah yang bersumpah laknat kemudian dilepaskan begitu sahaja….. sumpah laknat hanya terpakai jika perbicaraan tak dapat diputuskan sapa yang salah atau tak
lepas sepol kena liwat kalau tak silap saya dahi dia ada dua tanda hitam. Itu sujud taubat ka atau saja nak tunjuk kat orang yang dia memang orang yang kuat solat……..fikir2kanlah.
lankarim,
sumpah tu hanya persaksian sahaja….. bukanlah sampai kita perlu lepaskan perbicaraan & jenayah….
puak2 nie bukan reti bahasa pun…nie pi baca pasai JASA kat http://colourluna.blogspot.com/2010/02/apa-benda-jasa.html…bukan aku yg tulih..tp org gomen gak…
puak2 nie bukan reti bahasa pun…nie pi baca pasai JASA kat http://colourluna.blogspot.com/2010/02/apa-benda-jasa.html …bukan aku yg tulih..tp org gomen gak…
Tq Sam Dah OK
Ramai pihak yg menyalahkan Saiful dan siapa saja selain Anwar dalam hal ini,tapi tidak ramai yg menilai kesilapan Anwar sendiri.Saya tidak mengatakan Anwar memang peliwat ,tapi saya juga terkilan seorang yg sebijak Anwar boleh membenarkan pisang berbuah 2 kali,tentu ada yg tidak kena atau kecuaian yg cukup nyata pada Anwar sendiri.
Haron Ktn,
Dua tanda kat dahi tu apa maknanya…? Harap Allah akan tunjukkan di dunia ini kebenarannya. Jangan jadikan dunia ini tempat bagi orang yang sentiasa berpura-pura menguasainya. Amin.
Thaqif, tulisan saya jelas menunjukkan di mana kesilapan2 Anwar dan saya berikan konteks kepadanya.
heran sungguh masih ada yg percaya, sudah terang lagi bersuluh
heran sungguh strategi sama diulang tayang,
persoalannya,
masih adakah sialful2 lain dalam PKR / pakatan
Bro, si saiful ni sebenarnya mencari musibah, na’uzu billahi min dzaalik. sumpah yg di buat tu menyalahi sunnah rasulullahi saw. sepatutnya orang yg kena tuduh yg bersumpah utk membuktikan tuduhan ke atas nya tidak benar, dan orang yg menuduh perlu membawa 4 saksi di dalam kaedah islam.
kenpa dalam hal menuduh si saiful tu nak guna cara islam, tapi dalam mahkamah guna undang undang sivil. apa kaitan mahkamah sivil dgn sumpah laknat dalam masjid? ni satu percubaan utk mencampurkan yang benar dgn yang batil. ini sifat orang yang fasik.
lagi satu bab tanda kat dahi dai, kalau korang perasan, masa sidang akhbar, aku tak nampak pun tanda kat dahi dia, masa tu dia pakai songkok.