5,000 banjiri Ceramah Perdana KUDETA!!

Feb 6th, 2010 | By Admin | Category: Berita, Sya reformis












5.02.2010 Ayer Tawar :Malam ini bertempat di Dewan Cina Kutien Ayer Tawar telah diadakan sambutan Perdana 1 Tahun Rampasan Kuasa Negeri Perak( KUDETA ).Ia dihadiri oleh 3 Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin,Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang.Turut sama dalam program ini ialah adun-adun Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Penceramah undangan KHAS Dato seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyeru semua rakyat Perak agar bersatu dalam melawan kezaliman UBN dan menuntut semula agar Hak mereka dikembalikan.Beliau juga menyatakan bahawa 9 haribulan ini insyaallah kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus tampuk pemerintahan ini akan kembali semula kepada pakatan rakyat yang mana ia telah dipilih oleh Rakyat.

Lim Kit Siang juga telah mengulangi perkara yang sama yang mana beliau menyifatkan bahawa kemenangan yang bakal dikecapi nanti merupakan kemenangan rakyat dan Kerajaan yang akan dibentuk semula merupakan Kerajaan pilihan Rakyat.

Dianggarkan seramai 5000 orang telah memenuhi segenap ruang di Dewan tersebut.

Tags:

Afiat

2 comments
Leave a comment »

  1. Dianggarkan seramai 5000 orang telah memenuhi segenap ruang di Dewan tersebut.

  2. Merdeka Center yang buat kajian di Perak baru-baru ni menjelaskan beberapa keputusan.

    82 peratus kaum cina menyokong Pakatan
    40 peratus kaum melayu sokong Pakatan
    52 peratus kaum India sokong Pakatan

    Kalau diterjemahkan ke pilihanraya kat Perak akan datang… kita dah tahu jawapan dia.Hampir semua kerusi kat Perak adalah kawasan campuran kecuali di beberapa tempat ajer

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.