ANAK MUDA PERAK DIGESA BERSAMA-SAMA BUAT PERUBAHAN BESAR – HAFEZ SABRI

Feb 4th, 2010 | By Admin | Category: Berita

Koordinator NGO Institut Pemikir Muda Malaysia Saudara Mohd Hafez Sabri menggesa anak-anak muda di seluruh negeri Perak untuk menjadi penentu perubahan politik pada pilihanraya DUN Perak yang dijangka berlaku dalam masa terdekat ini.

Menurut beliau, suasana politik masa hadapan di negari ini perlu diselamatkan daripada menjadi lebih teruk dan buruk selepas berlakunya rampasan kuasa oleh kerajaan umno pada februari tahun lepas.

Beliau menjelaskan, perkembangan situasi politik di Perak terkini menyaksikan sikap dan perangai sebenar pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang terus menerus meragut demokrasi di negara ini.

Justeru itu beliau menyarankan agar anak-anak muda yang akan menjadi pengundi pada pilihanraya DUN Perak tidak lama lagi perlu menterjemahkan satu perubahan situasi politik di masa hadapan.

Menurut beliau lagi, Institut Pemikir Muda Malaysia akan terus konsisten mengajak anak-anak muda di negara ini untuk bersama-sama aktif dalam membawa masa hadapan negara yang lebih baik dan cemerlang.

Oleh itu sumbangan tenaga dan fikiran anak muda akan menjadi pemangkin yang paling efektif untuk membawa perubahan kearah kebaikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Menurut beliau lagi, beliau sangat yakin dengan keterlibatan aktif generasi anak muda di negara ini mampu membina Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat di pentas dunia.

Bagi beliau, anak-anak muda yang majoritinya mempunyai semangat perjuangan yang kental merupakan aset penting yang perlu disepadukan untuk perubahan arus politik di negara ini.

Tambah beliau lagi, diperingkat kesatuan ngo anak muda seluruh malaysia mereka menggesa supaya anak-anak muda bersama dengan denyut nadi arus perubahan dunia yang semakin hebat
.
Memetik ucapan beliau ” Saya yakin anak muda sedang bersungguh bekerja untuk perubahan politik di seluruh dunia dan kini sudah tiba masanya anak-anak muda berperanan secara aktif di pentas glokal dan
global dan tidak hanya menjadi pemerhati kepada proses perubahan besar ini.”

” Saya juga yakin bahawa generasi anak muda masa kini semakin celik dan bijak politik. Malahan mereka juga semakin terdedah dengan maklumat yang pantas dan tepat serta tidak bergantung kepada hanya
maklumat yang bersifat sensasi dan mengelirukan. Kehadiran generasi anak muda berinformasi pasti mampu diterjemahkan dalam satu kerangka besar perubahan politik di negara ini ”.

Bagi beliau, suasana politik di Perak telah banyak mengajar dan memberi erti kepada generasi muda berkenaan demokrasi ,keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Pencemaran demokrasi yang
diaksikan oleh ADUN-ADUN UMNO/BN Perak semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lepas hanya menyerlahkan lagi siapakah menjadi dalang kepada pencemaran demokrasi yang telah menggelapkan
ruang lingkup sistem demokrasi di negara ini. jelas beliau.

Institut Pemikir Muda Malaysia, akan terus memastikan agenda generasi muda membawa perubahan politik di negara ini akan disambut dengan semangat perjuangan yang ikhlas,kental dan bersemangat, tegas beliau.

“ Kita juga yakin kini semakin ramai pejuang-pejuang muda yang akan terus menyumbangkan bakti,idea dan tenaga bagi menjayakan agenda besar arus perubahan di negara ini” memetik kata-kata beliau.

Beliau juga menggesa generasi muda mendaftar sebagai pengundi dengan dengan segera. Mulakan langkah besar ini dengan generasi muda menjadi pemilih yang bijak dan bermaklumat untuk membawa perubahan politik di negara ini. Tekanan, ancaman dan ugutan yang semakin hebat dikenakan mutakhir ini hanya menjadi penguat dan iltizam kepada generasi muda untuk merealisasikan perubahan besar ini.

PRU-13 adalah detik yang cukup penting untuk generasi muda. Ini dan saat ketikanya generasi muda menjadi gelombang besar baru dan mampu menjadi penyelamat kepada negara ini dengan membawa sistem siasah dan
harapan baru untuk Malaysia yang lebih demokratik, jelas beliau.

Tags:

Afiat

4 comments
Leave a comment »

  1. Apabila rakyat memilih wakil rakyat, itu proses demokrasi. Wakil rakyat pulak, tak kira ahli Dewan Undangan Negeri ke, Ahli Parlimen ke, mereka pun ada hak untuk membuat pilihan pulak untuk lompat atau taknak lompat. Itu pun salah satu ajnuran proses demokrasi jugak. Itu pasal Anwar Ibrahim bercadang nak ajak 30 orang ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan Rakyat. Itu tak salah, asalkan TIADA UNSUR RASUAH.

    Apabila 3 orang ahli DUN Perak dari PRakyat melompat keluar, itu adalah HAK mereka yang dibenarkan dalam proses demokrasi, sama ada anda suka atau tidak. Rakyat ada hak dalam demokrasi; wakil rakyat pun ada hak dalam demokrasi. Tak ader sapa pun yang ‘rampas kuasa’ dalam hal ini. Yang pastinya, ada pihak yang ‘hilang kuasa’…, dan ada pihak yang ‘mendapat kuasa’.

    Semua ini adalah demokrasi. Ia berlaku banyak kali dalam sejarah demokrasi negara ini dan di negara2 demokrasi lain di dunia ini.

    Jangan kata demokrasi di’rampas’… Tunggu PRU13. Rakyat akan dapat kuasa pula menentukan. Pilihlah wakil yang dijamin tak lompat..

  2. Salam bro, dengar kata anak bloggers kita manjunmari yang dok belajo di maktab dah jadi jalang betul ke?dengar kata malam malam dok berdisko je, lepas tu mabuk mabuk dan lepas mabuk apa lagi….dot dot dot

  3. Salam Punai,

    Ada pihak yang hilang kuasa dan ada pulak yang dapat kuasa. Pihak yang dapat kuasa itu dengan cara rampas, iaitu tak ikut saluran demokrasi. Kalau nak lompat, lompat betul2 dan masuk puak yang nak dapat kuasa tu bukan jadi wakil bebas yang tak bebas dan isytihar sokong puak yang nak kuasa dan sokongan itu tidak pernah diuji mengikut saluran demokrasi. Setau teman, deme yang lompat tu tak pernah isytihar masuk Umno atau Mca tapi sokong BN. Tu saje. Memang deme ada hak nak lompat tapi deme tak lompat betul2 dan rakyat yang pilih deme ada juga hak nak tau apa sebab deme lompat sebab lazimnya deme diplih bukan sebab diri deme tapi sebab parti deme. Sape kenal Jamaludin, Osman dan Fong sebelum PRU12? Jangan fikir hak deme saja. Hak deme diberi berdasarkan hak rakyat. Dalam kes Perak, rampasan kuasa memang berlaku, jangan silap faham.. Dan perampas kuasa itu tak berani untuk persidangan DUN seperti negeri2 lain selama 2 @ 3 hari. Kalau dia ikut saluran demokrasi tentu dia buat persidangan macam biasa. Sebab itu puak2 ni jangan dibenarkan berkuasa sama ada mengikut demokrasi atau dengan cara kudeta….

  4. It should be most interesting to see the outcome should a fresh State Assembly election be done in Perak. The number of young generations over in that particular state who is supporting PR is gathering momentum. Compound it together with the factor of sense of discontentment from the kampung folks over the ever increasing cost of living, the arrogent attitude of the local UMNO leaders and especially their cronies, the passive resistance and silent non-cooperation from so many Civil Servants. The word in the streets is that even members from the various parties in the BN (non-Malays) are much more incline to cast their vote to the “Other Side”.

    Anyway I hope for the best to UMNO and BN. Hopefully the outcome won’t be another “General Custer & Little Big Horn” scenario.

    Thank you.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.