ANWAR DALAM BICARA 1

Feb 3rd, 2010 | By Admin | Category: Amin Ahmad, Rencana

Kebetulan. Sebaik saya memutuskan untuk berhenti menulis siri Reformasi Tanpa Anwar setakat yang ada, bicara di mahkamah bermula. Saya telah nyatakan dengan jelas bahawa siri Reformasi Tanpa Anwar bukan bermaksud menafikan sumbangan beliau – bodohlah jika saya berfikir begitu.

Apa yang saya cuba garap secara longgar barangkali dalam siri tulisan tersebut ialah untuk menghimbau pengalaman Reformasi sejak 1998 hingga 2008 dari perspektif saya. Namun saya tidak memuatkan kisah perbicaraan beliau kerana ternyata Pawancheek Marican lebih konklusif dalam bukunya – Anwar On Trial.

Risiko untuk Anwar ke penjara sekali lagi bukan tidak ada. Sebab itu apa yang perlu kita fikirkan ialah di mana 1000 lagi Anwar yang akan bangkit selepas Anwar dipenjarakan?.

Dari apa yang digambarkan di mahkamah, jelas ternampak kesungguhan pihak tertentu memastikan Anwar ke penjara sekali lagi, paling tidak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Telahan ini boleh dilihat dalam banyak perspektif.

Ada yang bertanya kenapa Anwar si pemberani itu begitu pesimis? Mereka berkata bahawa Anwar sedang mengolah persetujuan umum bahawa beliau akan kalah dan kekalahan itu beerti ketidakadilan sedangkan beliau belum didakwa. Dan mereka menambah bahawa sikap itu tidak adil. Lebih parah lagi mereka mempersoalkan Anwar: Jika tidak percaya polis, kenapa buat laporan polis? Jika tak percaya mahkamah, kenapa pergi bicara, lari sajalah ke luar negara.

Dari asas ini, mereka terus mempertikaikan reaksi-reaksi Anwar rentetan gugatan berterusan mereka kepada keutuhan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar dengan persetujuan tiap parti politik yang membentuknya.

Apa yang mereka buat ialah “permainan minda” (mind game). Permainan minda ini adalah taktik biasa orang politik termasuk Anwar. Cuma yang penting ialah kita harus tahu membezakan keutamaan permainan ini.

Untuk saya dalam permainan apa pun yang bersifat pertandingan, yang bersaing mahu menang. Mahu menang itu satu hal, bagaimana cara hendak menang pula adalah satu hal yang lain.

Dalam permainan, keadilan adalah teras kepada undang-undang yang diwujudkan. Dalam permainan berpasukan, misalnya Malaysia lawan England, alasan handicap yang sering jadi hujah kelompok pencinta perlindungan (patronage) tidak timbul. Belum pernah kita dengar jika Malaysia lawan England pengadil akan memberikan kelebihan gol kepada Malaysia sebelum sepak mula permainan. Sejarah jadi saksi bahawa pasukan bola sepak Malaysia meski gagal ke Piala Dunia berbanding England tidaklah selemah yang disangka (dalam konteks Malaysia lawan England!).

Tapi berbeza dengan kes politik yang kita depani sekarang.

Jelas parti yang membentuk kerajaan menguasai media arus perdana atau dalam konteks yang lebih luas ialah mengawal kebebasan rakyat, sekurang-kurangnya untuk tahu perkara sebenar dalam erti kata pandangan berimbang.

Juga telah menjadi rahsia umum kepada rakyat bahawa jika bertarung dengan mereka yang punya kuasa khususnya orang politik, jawabnya mudah: kalah!

Rakyat tahu ia kadangkala, bahkan selalu mungkin tidak adil. Tapi apakan daya, hatta pensyarah saya sendiri dulunya sering menanam pandangan “kita ini timun, mereka durian, kita ni digolek luka menggolek luka”.

Ya, ‘dosa besar’ yang kita biarkan ialah mendidik ‘jiwa-jiwa yang tewas’ dalam diri manusia.

Saya bersyukur hidup dalam ‘acara sejarah’ di mana sikap kita dituntut. Bukan kerana saya suka Anwar difitnah tapi saya tahu bahawa Allah s.w.t. tidak akan membiarkan pengakuan iman kita tanpa diuji.

Kenapa saya katakan fitnah dan ada niat jahat di sebalik dakwaan ini?

Belum, ya kita belum pun mendengar penghujahan kedua pihak. Tapi penghujahan harus bermula dengan tuduhan.

Jika kita balik semula sejenak ke awal pertuduhan, kita dapat lihat bagaimana liatnya pertuduhan dipanjangkan kepada yang tertuduh. Lebih dahsyat ialah bila kita dimaklum bahawa pertuduhan tersebut mengatakan ‘kes itu’ berlaku ‘suka sama suka’.

Tidak lama selepas itu, dalam satu kenyataan akhbar Saiful Bukhari diucap tegas bahawa ‘kes itu’ berlaku secara paksaan.

Harus diingat di sini bahawa kertas pertuduhan hanya sepatutnya muncul selepas keterangan penuduh diambil!

Jadi, siapa merangka kertas pertuduhan tersebut sehingga begitu sekali bunyinya? Tidakkah ia menunjukkan ada satu usaha tergesa-gesa untuk memastikan Anwar ke penjara sekali lagi? Tak perlu Anwar, tanyakan saja pada diri anda jika anda berada dalam situasi beliau, apakah beliau ada pilihan untuk percaya?

Ya, Anwar memilih untuk bertarung dalam permainan yang beliau tidak percaya boleh memberikannya keadilan. Tapi anda mungkin silap baca – bahawa pilihan Anwar menunjukkan sifat negarawan pada beliau. Beliau mahu rakyat percaya kepada sistem kepolisan, kehakiman dan undang-undang itu sendiri. Tapi sistem tidak bergerak sendiri, ada penggerak sistem yang berada di atas undang-undang (above the law). Ini yang semua harus jelas. Penghargaan terhadap sistem tidak pernah beerti meredhai kezaliman penggeraknya, tetapi kita langsung harus berdepan dengannya untuk menzahirkan keadilan.

Dan seruan Reformasi antara lain ialah melawan kezaliman ini! Lawan Tetap Lawan!

Amin Ahmad, 28 ialah penulis amatur. Beliau akan mengulas isu perbicaraan Anwar dari masa ke masa, mengikut perspektif beliau.

Tags:

Afiat

28 comments
Leave a comment »

  1. Harap-harap Anwar kalah kali ini…

  2. kalah kerna ketidakadilan mahkamah,bkn kerna bersalah..
    hakim menjadi boneka yang dibentuk pemerintah yang menjadi suara jahat yang mahukan anwar dipenjara,kerna takutnya mereka kepada suara rakyat yang dibawa anwar..suara rakyat suara keramat!!!reformasi!!!

  3. Surdang..jgn konfiden sangat….

  4. Hari-hari bila tengok surat khabar ataupun TV takder berita lain. Berita kes liwat, berita PKR berbalah dengan DAP, berita orang PKR letak jawatan, berita orang DAP keluar parti, cerita orang PAS tak puas hati, berita Kerajaan Kelantan begitu dan begini, Selangor begitu dan begini, Penang begitu dan begini,……tanda-tanda Pilihanraya Umum dah hampir !

  5. DSAI takut bangat bicara mengapa yaa ….

  6. bagi aku jelmaan anuar ialah dato seri nizar jamaluddin tengok la aura dia sekarang.

  7. Utk kurdang & kudin62 rujuk kisah Nabi Yusuf As. Walaupun Nabi Yusuf As. tidak bersalah tp kerana nak jaga airmuka pemerintah dipenjarakan juga adanya. Adakah Nabi Yusuf As. bersalah? Sudah tentu tidak kisah tersebut mengingatkan kita akan pemerintah spt itu akan wujud disetiap zaman. ;)

  8. Nk bandingkan Anu-war dgn Nabi yusuf a.s????????
    WAKAKAKAKKAKAKAKKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKA

  9. org baca Quran utk ambil pengajaran dari dalamnya. bukan nak compare karakter dlm tu dgn diri sendiri. perangai macam dajai, otak macam kepala lembu, mcmtu la jadinya.

  10. surdang, kudin62 dan yang seangkatan dengan nya

    mika semua, dah beso panjang tak, masa 1998 tu
    atau masih ‘beringus’ lagi, masa tu

    kalu dah beso beso belaka, mungkin masa tu mika semua telinga tuli , mata kelabu kottt
    satu sejarah mahkamah yang ‘terbaik’ boleh masuk ‘record dunia’

    punya le ’susah payah’ barisan peguambela cari ‘evidance’ tapi ditepis oleh hakim - bukan pendakwa - dengan dua perkataan ‘not releven’

    sampaikan penuduh masa itu, ‘azizan’ sendiri mengaku dalam mahkamah, dihadapan hakim, pendakwa, peguambela dan pemerhati, bahawa tidak berlaku sebagaimana tuduhan - setelah dibawa bahan bukti.
    ‘azizan’ sendiri mengaku itu semua kerja polis termasuk menetapkan tarikh dan karangan tuduhan - tapi itu semua tetap - not releven
    akhir Anwar dihukum
    bukan setakat tarikh tuduhan diubah ubah - sebab tivoli villa belum siap - malah tilam tempat berlaku kes pun belum sampai - tapi atas tilam dah penuh bertompok tompok
    tilam mungkin masih dikedai atau masih dikilang lagi - tapi bila bawa kemahkamah tilam tu dah bertompok tompok - macam mana boleh bertompok tompok - sedang tilam belum tiba lagi semasa tuduhan dibuat - tu yang semakin ‘ajaib’

    semua yang aku sebut ni - boleh bukak balik laporan akhbar - pada masa itu - sebab aku mana pegi mahkamah - akhbar perdana masa itu - yang buat laporan - kemudian diulas oleh pemerhati dan pengamal undang undang yang arif dalam bidang undang undang - aku setakat baca berita dan baca analisa pengamal undang undang je - pastu buat pertimbangan

    aku bukan nak bela Anwar - tapi bila fakta menyebabkan pengamal undang undang pening - aku pun minat nak tengok apa yang tak kenanya

    apakah sejarah ‘fakta’ akan berterusan pada kes yang baru ?
    kita lihat adakah sejarah akan berulang

    dalam kes terbaru ni - dulu, hakim tak beri keizinan walaupun diminta:
    1. kertas pertuduhan
    2. Laporan doktor penuduh
    3. Laporan polis oleh sipenuduh

    sekarang ni aku tak tau le, dah serah ke belum.

    kalau kita dituduh - tapi semua butiran pembelaan tidak ada,
    habis nak membela apa ?
    serupa pegi hulur tengok untuk dipancung le

    sama sama kita saksikan …….selanjutnya …!

  11. Saya berdebat dengan beberapa pendokong gerakan Islam yang kata Anwar liwat…Saya tanya mereka adakah mereka mahukan hudud dilaksana, mereka jawab ya….

    Saya kata mereka hanya retorik mahukan hudud dalam erti kata lain munafik…Mereka membantah dan katakan memang mahu sungguh2 dengan hukum hudud…

    Saya kata mereka sebenarnya tolak hudud apabila mereka kata Anwar liwat kerana salah satu prosedur hudud adalah 4 orang saksi yang adil sedangkan dalam kes Anwar wujudkah saksi sedemikian ataupun hanya tilam saja?

  12. Saya berdebat dengan beberapa pendokong gerakan Islam yang kata Anwar liwat…Saya tanya mereka adakah mereka mahukan hudud dilaksana, mereka jawab sudah tentu ya….

    Saya kata mereka hanya retorik mahukan hudud dalam erti kata lain munafik…Mereka membantah dan katakan memang mahu sungguh2 dengan hukum hudud…

    Saya kata mereka sebenarnya tolak hudud apabila mereka kata Anwar liwat kerana salah satu prosedur hudud adalah 4 orang saksi yang adil sedangkan dalam kes Anwar wujudkah saksi sedemikian ataupun hanya tilam saja?

  13. surdang dan kudin62 adalah pencacai umno tahap gaban!

  14. surdang dan kudin62 baik kamu berdua diam jangan sibuk sibuk kalau kena batang hidung kau orang macam mana atau adik beradik kau orang kena fitnah apa macam ? la ni pulus punya pasal apa pun bolih lakukan janji bolih senang,serupa ipol.

  15. Aku tak kisahlah kalau anwar liwat ke tidak,yg pasti setakat ini belum ada pemimpin yg setanding beliau dari segi kebolehan memimpin.Nak bandingkan dgn Najib 10 x Anwar lagi bagus.Bandingkan soal rasuah,komisyen,anak-bini,daya fikir,ketabahan,penerimaan peringkat a.bangsa,ugama,kebolehan berpidato tak ada satu pun yg Najib boleh menang.Tambahan pula dari segi hukum Islam,kita tak berdosa pun kalau tak percaya Anwar peliwat,sebab tak ada 4 saksi,malah berdosa pulak kalau percaya tanpa 4 saksi tersebut,Kalau ikut undang-undang sekular pun,cara Anwar di dakwa pun meragukan tak nampak pun macam keadilan sudah di tegakan.So banyak lagi alasan yg aku boleh beri,tapi bagi aku cukuplah itu utk menetapkan pendirian .

  16. Penghargaan terhadap sistem tidak pernah beerti meredhai kezaliman penggeraknya, tetapi kita langsung harus berdepan dengannya untuk menzahirkan keadilan.

    Aku setuju. Itulah yang sedang Anwar lakukan untuk menjadi manusia yang berfikir bukan menjadi pengikut UBN tanpa ada hati untuk digunakan…

  17. Bismillahirahmanirrahim..

    Ya Allah ..Tuhanku Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu..Engkau turunkanlah bala yang dasyat ke atas mereka-mereka ..sekiranya mereka itu orang-orang yang sengaja memfitnah orang lain..hancurkanlah mereka, jahannamkanlah mereka sebagaiman jahannamnya kaum Tsamud, Kaum Lot, Firaun, Namrud…Qoarun..

    Hanya kepada Mu selayaknya kami sembah, kepada Mu tempat kami meminta pertolongan.

    Amin..ya Robbil aalim.., Ya Hannan, Ya Mannan, Ya Aziz, Ya Ghaffur, Ya Zaljallali wa Ikroam.

  18. Bismillahirahmanirrahim..

    Ya Allah ..Tuhanku Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu..Engkau turunkanlah bala yang dasyat ke atas mereka-mereka ..sekiranya mereka itu orang-orang yang sengaja memfitnah orang lain..hancurkanlah mereka, jahannamkanlah mereka sebagaiman jahannamnya kaum Tsamud, Kaum Lot, Firaun, Namrud…Qoarun..

    Hanya kepada Mu selayaknya kami sembah, kepada Mu tempat kami meminta pertolongan.

    Amin..ya Robbil aalim.., Ya Hannan, Ya Mannan, Ya Aziz, Ya Ghaffur, Ya Zaljallali wa Ikroam.

  19. Biasa la tu kalau dekat nak pilihanraya kes anwar di ketengahkan….isu untuk berkempen untuk pilihanraya di Perak….cerita lama di baharukan semula..

  20. Semoga Rejim Jahat musnah……amin

  21. kes ni teman xbleh nak kata siapa bersalah atau tidak samada anwar atau saiful…… mungkin benar atau mungkin tidak……. keadilan perlu diberikan kepada anwar & keadilan juga perlu diberikan pada saiful….. yang tau benda yang benar ni hanya Allah SWT sahaja…… samada siapa yang menipu atau tidak terpulang pada anwar ibrahim atau saiful bukhari…..

    Kita yang tau jangan pandai2 buat keputusan sendiri & telahan sendiri…. Yang kita boleh tahu siapa yang benar terserah pada Allah SWT…….

  22. Labu-labi,.fakta penghakiman 1998,..kejadian liwat berlaku,..jelas dan xperlu diperjelaskan,.cuma sbb kesilapan teknikal tuduhan digugurkan,.

    Dari sumber yg layak dipercayai,.mmg ada rakaman kejadian liwat oleh DSAI,hya org tertentu yg terdiri dari peg tinggi polis yg dpt lihat video tu. Sbb tu skrg ni peg tinggi polis 100% tahu DSAI bersalah. Video tu xbleh dijadikan bukti dlm mhkamah sbb cara rakaman tersebut adalah salah disisi undang2 iaitu menceroboh hak pribadi org,.yakni memasang video secara haram,.mcm kes Nasha Aziz.

    Secara psikologi,.sepanjang kes kita lihat saiful tenang dan berkeyakinan,.sementara DSAI resah gelisah serta gemertar. Saiful cool wpun dimaki,.tapi DSAI cuba buat lawak utk cover dan heret tgn kak wan yg nampak mcm terpaksa ikut dan buat2 senyum.

    Lihat body language,..anda tahu siapa salah siapa benar

  23. Heran sungguh umur dah masuk 62++++ boleh lagi dikatakan mencucuk pungkoq dengan gagah, macam pemuda berumur 25 tahun. Dia makan makjun apa?????

    Yang berumur 25 lembik & lemah bila diajak mencucuk macam umuq 62+++++, macam esok lusa nak mati.

    Umoq lebih dari 60 kuderat dah kurang

    Aku perturunkan sedikit pengalaman berdepan dengan silembut.

    Aku berkerja jauh dari kampung asal
    Jadi bila balik kampung terpaksa naik bas, perjalanan lebih dari 8 jam
    Ada sekali aku terlepas bas, jadi terpaksa tidoq dekat perhentian bas
    Masa tu “handphone” orang yang berkemampuan saja yang pakai (1990an)
    Rumah orang tua aku pun tak dak telepon.
    Jadi terpaksa bermalam diperhentian bas

    Aku terlelap seketika
    Tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang pemuda
    lebih mengejutkan bila dia menawarkan khidmat cucuk pungkoq
    Aku habaq dekat aku letih, lain kali saja.
    Dia terus mendesak,
    Macam-macam cerita keistimewaan cucuk belakang dihidangkanya.
    Dia cuci dengan air sabun bersih-bersih, siap jolok dengan paip air sekali, bagi taik keluaq abih
    Benda tu susah nak masuk, dia siap dengan minyak pelincir sekali.

    Bila dia dah letih nak memujuk aku, dia minta no tel aku, supaya dia boleh hubungi aku lain kali
    Aku mana ada no. telepon
    Jadi direka cipta no. telepon tu
    Selesa la sikit nak sambung tidoq

    Kesimpulanya, benda tu memang susah nak masuk kalu setakat cakap “I want F### you”

    Aku sebenarnya bukan suka sangat dekat anuar, tapi bila mendengar kes begini jadi simpati pula
    terutamanya isteri dan anaknya yang terpaksa menanggung malu sampai kemati.

    Bukan tu saja aku percaya, sebahagian besar rakyat Malaysia berasa malu dengan keadaan begini.
    Bulan ni aku melarang bini aku beli akhbar
    buka TV waktu berita
    takut anak tanya benda yang pelik-pelik
    biarlah depa belajaq pelan-pelan pasai sek!!!!

    nak kan kuasa tapi tak sanggup lawan berdepan macam anak jantan, habis digunakan saluran maklumat untuk orang ramai dengan berita lucah yang menjijikan.

    Sedih sungguh dengan orang politik malaysia!!!

  24. kah kah kah, kesalahan menceroboh private property la sangat…lawak sungguh. bukan Anwar nak dijatuhkan sangat2kah? tolong jangan buat lawak ok?

  25. Amin,
    Tak sedihkah masih ramai orang2 terutamanya melayu masih belenggu dengan masalah berfikiran secara logik & rational.
    Bukan saya mau jadi rasis. Tapi memang heran dengan ditabur pelbagai fakta2, masih ada orang yang menyokong UMNO. Memang segolongan orang2 terutamanya terdiri daripada melayu suka diliwati demi mempertahankan retorik2 yang kosong.
    Bodoh! Banggang! Tak boleh diharapkan! Inilah sebab tanah melayu dijajah selama 500 tahun. Sampai bilakah masanya bagi golongan ni buka mata

  26. I agree with you looes.. when racist “mantras” is read out by umnoputras..many Malays feel that other ethnics - Chinese, Indians are out to oust them, to grab or snatch out of them their so-called rights. Non Malays are made ”bogeys” to portray them as “threats” to Malays/ survival. This kind of false rhetorics are being played, played over and over again..

    Secondly..if you refer Quran, NO particular race is mention or deemed special, above any race. Nor the Arabs. Quran mentions..only the righteous, the pious believers are “special” in the eyes of God..nothing else. This means, the rich, the powerful, the burgeous or elites are NOT above others. Alla are the same.
    Luckily, nowardays..peoples are more informed..do not easily succumbed to Umnoputra bacdated tactics.

    Umnoputra CANNOT cheat us anymore..like they did to our granfathers in early 70s..

  27. UMNO adalah projek BN yang gagal!

  28. untok melayu no otak= UMNO

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.