9 Feb..Apakah akan ada RAMPASAN kali ke 3?
Feb 3rd, 2010 | By Admin | Category: Berita, Sya reformis

Definasi 9 Februari 2010 menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan rakyat.Ada yang mengatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan tak kurang juga yang mengatakan bahawa ia akan berpihak kepada UBN.
Keduanya tak kurang juga ada yang menyatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.Ini jelas kerana sesetengah dari Rakyat berfikir menggunakan fakta dan undang-undang yang diadakan merujuk kepada setiap ketetapan dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.Ia dilihat wajar kerana segala permasalahan dan juga pergolakan bermula dari pihak UBN dan sistem Pakatan Rakyat melawan mereka sama sekali tidak bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada.
Ketiga ada juga dikalangan Rakyat menimbulkan persoalan,Apakah yang akan berlaku sekiranya kemenangan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat??Apakah mereka UBN akan berdiam diri dan membiarkan Pakatan Rakyat mencalar kekuasaan mereka.Apakah akan ada rampasan kuasa kali ke3?
Seperti biasa Harimau yang megah dan bangga dengan kekuatan yang ada padanya sekarang tidak akan mudah mengalah kepada si Kancil yang cerdik walaupun menampakan bahawa si harimau sememangnya menggunakan Nafsu sebagai akal fikiran dan si kancil yang cerdik akhirnya tetap tumbang kerana diratah dengan taring si Harimau.Namun persoalannya apakah harimau tidak bisa MATI?
Saya suka memetik ucapan Dato Seri Nizar semalam semasa ceramah beliau yang menyatakan bahawa ` Rakyat harus bersiap sedia untuk kesedihan kali ke 3, kerana mereka yang zalim tidak akan meninggalkan kekuasaan mereka begitu sahaja-Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin
Oleh itu kepada semua kita tahu kita berhadapan dengan siapa sememangnya mereka tidak mempunyai kuasa lebih dari ALLAH swt namun sesuatu yang perlu kita ingatkan ialah apa yang berlaku itu ialah melalui keizinan ALLAH swt dan ia bisa berlaku dan kezaliman juga bisa mati dan hilang kuasanya.
Ayuh semua RAKYAT bangkit dan pertahankan HAK anda kerana kuasa sebenar ialah Kuasa Rakyat anugrah Khas dari ALLAH swt.Ayuh kita bangkit dan BUBAKAN DUN NEGERI PERAK..!!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














sy mencadangkan diadakan solat hajat di stadium shah alam atau bukit jalil berkenaan kes anwar dan nizar. nik aziz mengimamkannya.
saya setuju, doa itu senjata org mukmin
Elok juga buat Solat Hajat. tur,setidak tidak nya ada yang malas sembahyang lima waktu mau ikut kerana semangat perjuangan.,mudah mudahan pula ALLAH s.w.t membukakan hati nya agar terus bersembahyang.
Ibarat besi berkarat di ketuk sedikit,karat nya tanggal,akhir nya karat yang lain lain ikut tanggal,jadi nampak lah besi yang tulin.
Kalau tak faham ,belajar dan berguru.
Jgn Maree!!!
Kalau tak faham ,belajar dan berguru.
betul tu..
Sedang mengaji tajwid di Tasek Gelugor, seberang Perai, berhampiran pasar malam tasek gelugor.
Terima kasih kerana masih sudi membuat liputan.
sama2 kita doakan bagi pihak yang benar
terfikir juga kita siapa yg menang pd 9hb. Mac ni..Nizar atau Zamri? kalau hakim memihak kepada Nizar nanti sultan yg amat kita sanjungi mendapat aibnya dinegeri sendiri, kalau hakim mengelak dari keaiban kepada sultan dan memenangkan zamri tentu sekali PR akan membawa kes tersebut ke mahkamah komwl dan kalau nizar diistiharkan menang dlm mah kmwel tntu sultan yg amat kita sygi diaibkan didunia luar..susah kita nak fikir siapa yg patut menang kes ni. tp kalau seseorang tu berakal waras dan menjunjung kasih DYMM sultan perak tentu dia tak teragak2 membubarkan DUN perak agar kemelut siapa MB tidak dipertikaikan lagi… kalau nak bukit sygkan sultan kita harus berkorban jawatan.. baru dikatakan mempertahankan kedaulatan sultan.
-Kenapa bersusah payah nk solat hajat kat selangor? nak pancing orang selangor suh pakat sokong nizar ke?
-Nizar ni aku akui mmg bagus lah, aku tak nafikan. TETAPI kepada orang Cina sahaja lah. Pada orang Melayu tu korang pandai2 lah pi ‘air cond’ Nizar. Baru dpt projek beb..Dah memang pasti rakyat tak nak kat Nizar.