Khalid yang kena…dah agak dah!
Jan 30th, 2010 | By Admin | Category: Rencana, utamaOleh: Oleh Huzaifah AY
Apabila keputusan JK Dispilin PAS ditangguh dari Jumaat lepas ke Jumaat ini (22 Jan - 29 Jan), aku sudah meletakkan persepsi yang tak enak kepada JK Disipilin berkenaan. Kenapa la lambat sangat mereka nak buat keputusan. Ini baru keputusan dalam parti, belum lagi PAS jadi kerajaan Malaysia, kena uruskan perlantikan hakim dan buat keputusan dengan adil yang melibatkan kesalahan lebih besar lagi kompleks. Kenapa lambat…sudah berbulan-bulan, sudah beralih masuk tahun baharu…dan ditunda pula.
Lebih menyedihkan aku, bila Khalid Samad tulis dalam blog dia, bahawa dia diarahkan oleh JK Disiplin berkenaan untuk hadir ke HQ PAS di Jln Raja Laut hanya pada pagi berkenaan, sedangkan Khalid sudah diterima mengadap Sultan Selangor, petangnya pula dia ke Johor…Aih…takkanlah JK Disiplin buat kerja last minute, nak jumpa orang dan-dan terus arahkan…takkan tak ada prosedur, berapa hari minimum notis nak panggil orang…ini menambahkan lagi rasa ‘tak bestnya’ aku kepada JK Disiplin ini.Takkan lah tak boleh urus betul-betul…ini bukan isu Khalid seorang…tapi ramai pihak memerhatikannya dengan penuh minat!
Lepas tu, bila aku dok sembang dengan kawan-kawan, depa kata jika Khalid yang kena lebih daripada Hasan Ali, memang tak patut sungguh. Aku menung dan menung…hati aku berat dok kata, memang Khalid akan kena lebih berat dari Hasan Ali. Sebabnya…aku tak tau. Tapi dari firasat aku, Khalid akan kena lebih teruk dari Hasan Ali, antara sebabnya kerana:
1. Dia bukan some body dalam PAS Pusat - dia bukan AJK PAS Pusat…sebab aku teringat masa Mohd Sabu kena tangkap khalwat dulu, PAS Pusat bela dia dan bagi moral support kat dia..kebetulan Mohd Sabu adalah aset PAS Pusat masa tu
2. Khalid bukan PJ - Sedangkan Hasan Ali adalah PJ. PJ orang Presiden…pasai Presiden yang pilih PJ, bukan ahli PAS Selangor yang pilih PJ depa…so, logiknya Hasan Ali dah ada credit kat situ… Jika Hasan Ali kena tindakan berat, misalnya kena buang dari jawatan maka ia membabitkan Presiden, maknanya Presiden tak cekap dan bijak pilih PJ
3. Khalid tak dak jawatan dalam negeri - Hasan Ali exco negeri - tindakan disiplin kepada Khalid tak beri kesan kepada kerajaan negeri berbanding kepada tindakan ke atas Hasan Ali. Maknanya lebih ringan risiko ke atas Khalid berbanding Hasan Ali…so logik la dia kena lebih berat dari Hasan Ali.
4. Khalid dilihat terlalu out spoken dalam isu-isu yang ‘panas’ berbanding Hasan Ali yang lately ni lebih ’senyap’ - isu Kalimah Allah misalnya…
5. Khalid berani kritik JK Disipilin tapi Hasan Ali keep silent…Malaysiakini melaporakn kenyataan Khalid…”Jangan lama sangat buat keputusan”…yakni Khalid seakan-akan ‘perli’ JK Disiplin, jangan jadi macam BN…LEMBAB…Hasan Ali mana ada komen apa-apa…aku lihat dia ‘PLAY SAFE’ je…
Okay…cukuplah aku senaraikan lima sebab kenapa Khalid wajar kena hukuman lebih berat berbanding Hasan Ali. The rest hangpa fikir le sendiri…
Now, meh kita buat analisis sikit kesan hukuman ke atas Khalid ni:
1. Persepi diteguhkan jadi FAKTA - yang ni la aku bimbang. Maka, PAS pun akan dilabel parti jaga kroni…sama la macam UBN…kan teruk ni
2. Khalid didapati bersalah antara lain kerana dia kritik PJ secara terbuka dan JK Disiplin PAS ini salah? Aduh…teruk la…dah nak jadi macam Umno la pulak, no one can critic pemimpin…ikut je!
3. Tapi akan ada orang kata, Khalid kritik tak ikut channel, tak follow saluran! Alah…tok sah cakaplah ikut saluran…buat benda betul tak ikut saluran SALAH; buat benda salah tapi IKUT saluran Orait…hangpa pikirlah sendiri.
4. Khalid kena gantung enam bulan…ini sudah cukup jadi modal kepada musuh politik PR untuk belasah PAS…maknanya, PAS tok sah gebang la soal kredibeliti…we’re more or less same…kat Umno
5. Khalid mungkin enggan buat rayuan - dan ini menyerlahkan bahawa KHALID ada prinsip dan aku yakin pendokong Khalid akan berdiri teguh di belakang Khalid…dan tidakkah ini akan memungkin wujudnya GAP yang lebih besar di antara penyokong Khalid dan Hasan Ali?
Okay, aku rasa cukup…ada masa next time aku tulih lagi, insya-Allah.
Nota: Aku dapat bayangkan perasaan Khalid, dia bela PAS tapi PAS belaSAH dia!!!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Bila Pemimpin PAS Tidak Lagi Berjuang Kerana Agama
Seorang yang berjuang agama, mungkin dapat menahan sabar jika dirinya diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup. Malah itu semua menjadi satu kemanisan iman dan menambahkan rasa keindahan berdamping dengan Allah yang Maha Kuasa. Tetapi bila dia didatangkan satu kemewahan dengan secara yang tidak disangka, maka satu masa jika kemewahan itu ditarik balik, hatinya sangat sukar untuk tenang lagi. Padahal dulu dia memang seorang yang susah. Tetapi dia tidak dapat lagi menerima kehidupan yang susah setelah menikmati segala keindahan dunia. Dia sendiri yang selalu memberi kuliah dan tazkirah, telah terlupa bahawa dia sendiri sedang diuji.
Tuhan yang Maha Berkuasa menggerakkan hati seorang korporat untuk menghadiahkan sebuah kereta Camry. Tuhan jugalah yang mentakdirkan kereta tersebut dicuri. Maka disaat itu hatinya mulai goyah. Kerana keselesaan dan bergaya telah mula dirasainya. Maka diikhtiarkan juga untuk mendapatkan Camry yang baru.
Bila ditugaskan dan dibebankan sesuatu kerja yang memerlukan keadilan maka dia tidak lagi mampu berlaku adil. Mungkin dia telah lupa bahawa dia sentiasa diperhatikan oleh Yang Empunya Segala kerajaan langit dan bumi.Contoh contoh cerita perbicaraan antara saidina Ali r.a dengan yahudi tidak lagi dapat dihayati dengan sepenuhnya. Dia sendiri telah lalai dari apa yang dia telah tazkirahkan pada jemaah makmum selama ini.
Dia sendiri telah bersikap puak. Dia sendiri telah lupa bahawa seandainya seorang musuh datang menuntut keadilan, maka adillah. Dia lupa bahawa RasuAllah sanggup memotong tangan seandainya Siti Fatimah mencuri.
Lupakah ia, perjuangan Islam memerlukan segala galanya dari segi jasmani dan rohani.
Suatu masa, saya rasa berbesar jiwa kerana memandu di tengah malam di lebuhraya yang gelap kerana ingin mengambil dokumen untuk memproses Camry yang hendak dihadiahkan orang kepadanya. Pada masa itu saya merasa penuh kasih dan sayang untuk melakukannya. Pada masa itu saya sangat memandang tinggi padanya. Tetapi sekarang hati saya telah berubah.
Benarlah, bila diuji dengan kesusahan, manusia selalu berkata aku diuji tetapi bila dilimpahi kesenangan, dia lupa, padahal itulah ujian yang lebih besar.
(Tulisan ini berdasarkan pengalaman dan tentang dua persepsi berbeza penulis terhadap seorang pemimpin)
Perangai pemimpin Pas pun harapkan kulit je.Minta ahli semua buat pengesahan yg jelas.Mana yg mau ug dicadang masuk terus dalam umno.Adalah lebih baik jadi adik beradik berbanding kawan sebab boleh tido sama2 siang malam,makan sepingan dan mimpi benda yg sama.Daripada bersembunyi menyusahkan orang lain.
pasai itulah aku baca leteran aduka taruna,
ada orang tak faham bila kita berkias
ada orang tak faham bila kita bercakap benar
dalam banyak keadaan biarkan AT berbicara
nampaknya
‘keprofesionalan’ mula dipertikaikan
jangan nanti dianggap, kembali kepada ‘parti tok lebai’ atau ‘jumud’ , sudahhhhhh
semakin hari, aku tengok semakin kebelakang, setiap tindakan yang diambil
Setiap tindakan sepatutnya, mengambarkan keterbukaan dan menampakkan keadilan.
tapi sekarang ni, semakin canggung……..
apakah, kerana mendapat sedikit nikmat dunia atau ada alasan kukuh yang ‘terrahsia’ kepada umum… ?
Benar lah kata penulis …..’belum lagi jadi kerajaan Malaysia’
1. JK disiplin dah kaji dalam2 apa kes dan punca isu yg timbul…kita hanya berada di luaran dan dapat maklumat dari media shj…tidak adil lah nak menghukum JK disiplin sebegini.
2. saudara huzaifah kena belajar menerima hakikat…apa yg kita sokong tidak semestinya betul dan benar.
3. kita sebagai pendokong parti harus berlapang dada menerima keputusan yg telah diputuskan. tp mungkin anda ada hak utk komplen…cumanya biarlah beradab.
4. kita kena belajar utk mentaati pemimpin…yg dipilih melalui syura..kalau ada percanggahan pendapat, salurkan melalui saluran yg ada. jgn melalui saluran yg tak sepatutnya.
sokongan terbuka utk Khalid Samad… DATO HASAN ALI DAN DATO HADI AWANG PATUT LETAK JAWATAN…
DATO HASAN ALI disahkan bersalah, so letaklah jawatan, serah jawatan kepada YB SAARI SUNGIB
erm..rasanya artikel di atas dah cukup beradab bahasanya.. kalau guna bahasa aduka taruna, ada yang bontot panas… maklum la, takleh hadam bahasa kiasan…
ermmm sama je mcm amno , tak leh tegur pemimpin atasan,apa dah jadi dgn pas , amanah /taqwa/ mcm dah tak jadi landasan je, camana la nak perintah 1 malaysia
Biarkan…….mereka???? Buat apa aku nanak susah-susah……siapa nak perintah aku pedulik apa…..gaji lebih dari cukup….hidup aku dah mewah….rumah dah 5 bilik……Kalau perangai macam tu……tak payah nak dengar ceramah…….pasang bendera sampai pagi……tak payah nah derma sana-sini……lebih baik peluk anak bini hati tak sakit……kocek tak kempis……
salam,
satu jer aku nak bgtahu, selagi ada hasan ali dan geng perpaduang, PAS berkubur untuk pilihanraya 13 ni di selangor…insya ALLAH, geram aku bila teruk Khalid Samad kena….
Ramziredang…ana macam dapat menangkap makna di sebalik tulisan anta…
Manderga…TGNA dah declare…very clear…mungkin depa nak ahli-ahli PAS angkat dan humban depa dalam kandang UBN pula lepas ni
Hassan & Labulabi….Dahulu mereka menyanjung tinggi golongan profesional…adakah mereka sedar bahawa golongan profesional ini adakalanya lebih memahami Islam lebih daripada ulamak? Fathy Yakan misalnya…profesional ulamak yang wajar dicontohi…
Tambantegeliat - aku tak faham satu perkara dan hang tolong bagi jawapan…Pencuri mencuri dan jiran tolong bagi tahu itu pencuri tapi polis denda tukang bagi tau dan hanya bagi amaran bertulis kepada pencuri…ada akai ka…?
XE-Jika semua macam hang kan senang!
Neo - Thanks bro!
Shah, Anwar dan Bortarc - aku jika tak suka dengan pemimpin yang korup - tak kiralah parti mana - maka jangan harap dia akan dapat restu aku…
Sdr Khalid Samad.
Keluar je la dr PAS. Masuk je PKR, ajak Nizar, Husam sekali. Ko orang bole jadi pelapis pemimpin negara. Tp ko orang takkan dpt kalau atas tiket PAS. Jangan takut, pengikut korang mesti faham, masuk sama2. Line up yg ada kat PAS la ni tak dak harapan dah. Kalau ada Ust.Fadzil mcm dulu xpe gak, moderate,syok org muda follow. Skrg ni yang ada promising ada kat PKR, tp kena tlg clean up la segelintir mangkok hayun yg msh dok bergayut kat dlm PKR nu. DSAI mesti support. Azmin sorg tak cukup. Ko orang bole kolaborat, mesti cun. Dgn UMNO, BN dan dgn PAS sekali kita sapu.
Huzaifah..kita harap lebih ramai pemimpin yang berjiwa seperti TGNA. Istiqomah dan ikhlas dalam perjuanganya.
Saya turut kerkedu dengan keputusan JK Disiplin Parti dan turut merasai kelemahan dalam menjalankan penghukuman..seolah ada pandang memandang (bias) sehingga timbul pahat-pahat berbunyi setelah rumah dah siap.
Walau apapun saya amat bersyukur dengan kenyataan dibuat YB Khalid.. Saya lihat betapa besar jiwanya dan amat jelas perjuangan dan perjalananya. Semoga beliau terus tabah dengan ujian Allah dan dapat susuli jalan yang telah dirintis TGNA.
Sesungguhnya amat ramai penyokong dibelakang beliau beserta pemimpin-pemimpin yang jelas memperjuangan keadilan dalam perjuangan mereka.
sebenarnya, tuan ibrahim tuan man sendiri telah menjaja UG merata terengganu sebelum ni, mana mungkin dia akan menghukum orang yang sepuak dengannya. Ana lihat hukuman terhadap khalid dan hanya amaran terhadap hasan ali hanya semata mata satu isyarat yang jelas terhadap Tuan Guru Nik Aziz, satu amaran kiasan tersembunyi yang memberi faham bahawa TGNA pun bisa dijatuhkan jika puak puak UG disentuh. Kerana dengan jelas dapat kita perhatikan dan menjadi pelik, EGM yang didesak TGNA adalah terhadap Hasan ali, Nasa dan Mustafa, tiba2 khalid yang kena…anta nampak apa yang tersirat?
Kepada yang membuat kriktikan-kritikan itu dan ini tanpa asas yang kukuh, sedarilah bahawa Islam mengajar kita untuk bertindak dan berfakta terhadap sesuatu yang berasas sahaja. Kata-kata seperti “…anta nampak apa yang tersirat?” tak patut timbul sekiranya tidak ada asas yang kukuh, sekadar desas-desus itu bukan cara Islam.
Kembali merapatkan saf, meluruskan perjuangan!
Salam,
Kritik secara terbuka salah? Rakyat yang kata akan betulkan Umar dengan pedang pun tak kena apa-apa, ni kita yang dah teramat jauh dengan Nabi? Kalau ikut kata blog Khalid, dia dah guna saluran sepatutnya, tapi takde respon. Orang berkenaan boleh confirm ye ke tidak? Kalau betul, mana peranan masing-masing?
Nak orang hormat, kita kena ‘earn’ terus menerus. Orang bola kata, “You are only as good as your last match”. Hormat kat pangkat takde langsung dalam kamus Islam. Sejarah pemimpin yang diakui penuh dengan kisah-kisah pasal prinsip, bukan pangkat. Pencuri alat perang Saidina Ali terbuka hati terhadap Islam (ditakdirkan Allah) melalui hakim kes tersebut, bukan melalui khalifah kita yang ke-4 itu.
Hati kecil saya mengatakan tidak sebegitu dalam kes ini.
Sekiranya tuan-tuan ada idea2 bernas atu konstruktif..bagaimana utk memantap, memperkasakan PAS atau Pakatan . ..elok tuan2 gariskan di sini..mana tahu kepimpinan PAS atau Pakatan sedia menerima cadangan tuan2…! Itu lebih baik daripada lontaran idea yg mengkritik atau mencemuh mana2 pihak..atau individu..yang mungkin tidak menyumbang sekelumit kebaikan kpd mana2 pihak.. (MUNGKIN>>)
Saya tiada idea ketika ini..
nomae,
tak pernah sesiapa kata kritik tu salah….tue psl dr hasan kritik selcat…tapi dituduh plak sebagai tak menghormati kerajaan pr…jadi kat mana ketelusan tue….kat jamban ker?
khalid samad & dr hasan telah didapati bersalah oleh jawatankuasa displin yg diingin-inginkan oleh geng2 anti TG presiden ni…jadi terima je lah natijah atas keputusan jaw displin ni…
khas untuk tamban tergeliat & tres
juga untuk pengomen lain termasuk aku
“jadi terima je lah natijah atas keputusan jaw displin ni”
begitu juga - najib dan UBn telah menang dalam pilihanraya - ‘tak kira apa cara sekalipun’
“jadi terima je lah natijah atas keputusan yang telah najib dan UBN dah buat”
kan ke gitu sepatutnya …….?
p/s: masa pemilihan kepimpinan dulupun hampir hampir menyerupai kemenangan UBn dalam pilhanraya umum malaysia……. ??????
wala ‘ je lee
untuk tuan Nasaei Ahmad
mengenai cadangan mika tu …. kena ‘berdiskusi’ ngan tuan msk
dia ada banyak cadangan dan banyak juga pengalaman dalam bab tersebut
atau tanya kat penarik beca … dia ni lagi banyak pengalamaan…
itu pandangan aku jeee
aku nak tanya kat mika semua
soalan yang bermain dikepala aku ni
apa jadi ngan kes hasan ali dan nasharudin buka pekong pas dan pr kepada blogger pro umno dan blogger pemuda umno langkawi - malam pertemuan hari tu
yang bukak cerita hasan ali ngan nasharudin - yang pecah rahsia dan edar video, blogger tu - yang kena getah khalid samad
apa jadi kes tu ????
ada sape boleh beri maklumat kes tersebut ???
oza,
Saya setuju sangat dgn pandangan sdr. agar Khalid dan geng elok join PKR dan bersihkan PKR dari anasir Umno.Memang falasafah perjuangan PKR berpontesi dan sesuai utk Malaysia,tapi PKR di kotorkan oleh talibarut Umno.Kemasukan geng Khalid dalam PKR boleh memperkukuhkan gulungan yg berperinsip dalam PKR seperti beberapa YB muda yg tidak berasal dari Umno.
Yang jadi masalah bukan saf, tapi yang kentut dalam saf tak mengaku….. akibat nya saf pecah kerana saling tuduh menuduh, cuba yang kentut tu keluar dan ambik air sembahyang semula…. tak jadi masalah.
Aku stuju dengan beberpa pandangan yang mengatakan YB Khalid Samad dilihat terlalu liberal. Tatapi untuk menjatuhkan hukuman sebegini, adalah tidak adil sama sekali.
Apapun, ada pasti ada hikmahnya disebalik keputusan JK Disiplin ini. Walaupun hikmah yang dimaksudkan itu mungkin membawa kepada kejatuhan PAS dalam PRU-13 nanti. Kenyataan YB Khalid Samad dlam blognya jelas memperlihatkan sifat beliau yang professional dan tidak mudah melatah. Bukannya macam Hassan Ali yang kelam-kabut buat road show yang semacam mengutuk TGNA.
Seperti yang ditanya oleh labu labi, aku pun ingin sangat nak tahu, apa jadi dengan kes tu? JK Disiplin tak siasat ke?
Hasan Ali, Mustapa Ali, Nasharuddin, Tuan Presiden dan kuncu-kuncunya (termasuk Tuan Ibrahim Tuan Man) masih selamat buat masa ini. Tapi kita golongan muda dalam dan luar Pas teruskan mengikuti gelagat serta perkembangan mereka. Andai apa yang mereka lakukan secara berterusan terus dilihat sebagai memualkan, kita tolak mereka dalam Pilihanraya Umum serta melalui muktamar Pas akan datang. Kalau pada satu ketika mengikat kerjasama dengan PR, tetapi dalam masa yang sama masih teringin dan sedia dimunipulasi oleh UBN, tak de gunanya lagi mereka ini…. Masuk BN aje la…..menyusahkan mak bapak. Kecik-kecik taknak mampus…Rindu pada Allahyarham Ustaz Fadil Nor…. & Hidup TGNI!!!
jk displin kena berlaku adil, jangan ada kepentingan @ kroni sesama pemimpin.
klu ada sifat2 ituu same aje dgn gerombolan yg lagi satuuuu.
Masalahnya, siapa berani membetulkan KESILAPAN JK Disiplin jika ia benar-benar berlaku…tolong sapa-sapa habaq kat aku…