ISA MENGGANAS LAGI!
Jan 29th, 2010 | By Admin | Category: DAP Melayu, RencanaOleh DAP Melayu
Siaran berita di TV malam tadi melaporkan pengesahan Menteri ISA bahawa 10 orang telah ditahan di bawah akta ISA, seorang rakyat tempatan manakala selebihnya rakyat asing. Tanpa menamakan mereka yang ditahan, aku membuat andaian ini mesti warga Indonesia yang mempunyai kaitan dengan pengeboman di Bali. Atau mungkin juga mereka yang mempunyai kaitan dengan Nordin Mohd Top ataupun Azhari Husin.
Pengesahan penahan dibuat oleh Menteri setelah Gerakan Mansuhkan ISA terlebih dahulu mendedahkan perlakuan penahanan secara besar-besaran oleh pihak polis kira-kira seminggu yang lalu.
Pagi ini aku mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat memberitahu bahawa seorang kenalan aku telah ditahan di bawah undang-undang keramat ISA. Terkejut aku bila disebut nama rakyat Malaysia yang ditahan itu ialah kenalan rapat aku Ustaz Azzahari bin Murad.
Ketika menerima berita tersebut aku segera terbayang apa yang bakal terjadi pada isterinya di Sg Buloh, Selangor malah lebih terbayang-bayang bagaimana dengan anaknya yang kecil yang sering mengalami masalah kesihatan.
Ini bukanlah kali pertama kenalanku menjadi mangsa ISA. Dulu ketika Operasi Lalang, naqib usrah aku yang juga kakitangan di Jabatan Kajibumi di Ipoh ditahan di bawah ISA sehingga anak-anak dan isteri tersiksa mental dan menderita jiwa.
Ketika operasi melumpuhkan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) pada tahun 2001, beberapa orang ustaz yang pernah belajar di Pakistan telah ditahan dan merengkuk bawah ISA termasuk bekas rakan serumah aku Ustaz Shaari Mustafa. Turut ditahan ketika ialah anak Ustaz Nik Adli Nik Aziz, anak Menteri Besar Kelantan. Namun sehingga sekarang tiada bukti kewujudan KMM yang cuba dikaitkan dengan Al-Qaeda. Sebahagian besar mereka yang ditahan ketika itu ialah hanyalah kerana mereka yang pernah belajar di Pakistan.
Kini ISA menjelma lagi. Sekarang kenalan rapat yang juga salah seorang guruku Ustaz Azzahari ditahan dan tidak diketahui di mana berada.
Berbeza dengan tahanan ISA sebelum ini, yang dituduh dengan pelbagai tuduhan, menjalankan aktiviti yang menggugat parti pemerintah atas nama keselamatan negara, namun tahanan terbaru berhadapan dengan tuduhan yang amat berat iaitu menganggotai kumpulan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
“Mereka ada kaitan di peringkat antarabangsa dan akan menjejaskan keselamatan negara kita jika kami tidak mengambil tindakan,” kata Menteri Dalam Negeri ketika diminta mengulas laporan media yang mendakwa tahanan terbabit ada kaitan dengan warga Nigeria, Umar Farouk Abdulmutallab, 23, yang ditahan di Amerika Syarikat selepas lelaki itu cuba meletupkan bahan letupan di atas sebuah kapal terbang tahun lepas.
Aku sangat khuatiri jika mereka yang ditahan itu, pada bila-bila masa sahaja diserahkan kepada Kerajaan Kuffar Amerika Syarikat untuk dipenjara dan diseksa di Kem Guatanamao sebagaimana terjadi kepada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) warga AS, Bilal bin Mohammad beberapa tahun lalu.
(bersambung)



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














suami saya juga telah dituduh atas dakwaan yang sama…memang pucat dan terkejut dia..InsyaAllah dalam perjalanan nak berkongsi….sambil nak berkongsi tentang pa yang berlaku dalam bilik mesyuarat di kementerian dalam negeri petang tadi..menambah kebencian dan kemarahan yang amat sangat pada manusia yang bernama SB!!!!
Aku rasa yang tengah hangat sekarang (tak berapa panas) ialah isu kalimah Allah, bukan isu pengganas antarabangsa. Tiba-tiba menteri dalam negeri cakap penahanan 10 individu terbabit, ada kaitan dengan pengganas antarabangsa, apahal?
Ribut tak ada, taufan tak ada, tup tup timbul isu pengganas?
Orang yang dituduh konon-kononnya pengganas ditahan, tapi orang yang mengganas menghilangkan enjin jet dihilangkan? Nak bodek Amerika ke?
ISA (IKUT SUKA AKU) undang2 yg zalim, undang2 zaman batu, hanya kepentingan pemimpin & pemerintah yg dijaga….
MOGA ALLAH MELAKNAT PUAK2 TERSEBUT…
Ahli ameno yang terang-terang terbabit dalam isu bakar gereja, usung kepala lembu, bakar surau, dan terbaru isu kepala babi langsung tak diambil tindakan. Orang lain yang tidak dapat dibuktikan kesalahannya pula yang manjadi mangsa…. Andai benar-benar bersalah dan ada bukti, dakwalah mereka di mahkamah. Inilah kezaliman yang terang lagi nyata. Semoga Allah segera menghancurkan mereka…..