FRU ‘berpesta’ di Batu Caves
Jan 29th, 2010 | By Admin | Category: Berita, DAP MelayuBERITA TERDAHULU
Gambar-gambar ini dirakam sekitar pukul 7.45 pagi ini di Jalan Cheras. Deretan kenderaan FRU berserta ‘lokap bergerak’ menghala ke arah pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Ke mana destinasi kenderaan FRU ini adalah tidak pasti. Adalah dipercayai sedang menuju ke Batu Caves tempat sambutan perayaan Hari Thaipusam.
BBERITA BERKAITAN
Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam
Polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.
Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.
“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan,” kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.
Beliau juga mendakwa Abdul Rahim telah memberikan kebenaran lisan bagi pembinaan pentas itu ketika mesyuarat menganjurkan sambutan Thaipusam itu.
Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar juga mendakwa mereka telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Selayang.
Beliau berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.
Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.
“Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini,” kata Xavier.
Sambutan Thaipusam adalah sebahagian daripada program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi.
Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.
Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.
Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam.
“Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini,” jawab Xavier.
Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Razak.
Katanya, jika Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat. - MKini






Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Patutlah aku tengok kat TV, masa si Najib tu berucap, orang ramai gila kat Batu Caves. Rupa-rupanya, susu punya lembu, sapi dapat nama.
Kerajaan Negeri Selangor dah bersusah payah buat persiapan untuk sambut Thaipusam di Batu Caves, tiba-tiba segala persiapan tu dirobohkan. Sejurus selepas itu, Tok Jib pun datang melawat dengan dikerumuni ramai orang yang aku percaya majoritinya terpinga-pinga melihat “TAMU YANG TAK DIUNDANG” itu.
Aku juga percaya, majoriti rakyat pelbagai kaum yang datang ke Batu Caves tu sebab dapat tau majlis ni anjuran Pakatan Rakyat. Tok Jib menggunakan kesempatan itu untuk publisiti murahan. Yalah, murah sebab jentera BN tak perlu susah payah nak kumpulkan orang ramai. Duit dia orang dah banyak habis beb….
Media pun diarah siarkan gambar lautan manusia di Batu Caves, yang sebenarnya datang bukan nak tengok muka Tok Jib pun!!!