Sidang Media Pemuda PAS dan Dato’ Seri Nizar - 26 Jan 2010

Jan 27th, 2010 | By Admin | Category: Anaz, Berita, PerakEX TV, videos

26 Jan, Ipoh - Pemuda PAS Negeri Perak menyatakan mereka sudah bersedia menghadapi pilihanraya DUN Negeri Perak berdasarkan kepada khabaran setelah Mahkamah Persekutuan semalam mengumumkan tarikh keputusan MB Perak akan diadakan pada 9 Februari 2010. Pemuda PAS yang akan mengadakan himpunan pemuda PAS pada 30 Januari 2010 di Larut mengharapkan himpunan itu dapat mengumpul Pemuda seluruh negeri Perak seramai 10,000 orang sebagai tanda memperingati rampasan kuasa di negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar dalam sidang media yang sama, berharap agar hakim yang mengadili kes beliau dengan Zambry agar tidak dimanupilasikan oleh mana-mana pihak termasuk badan eksekutif dan juga badan legislatif yang lain. Beliau juga yakin kelima-lima hakim tersebut akan mengadili keputusan tersebut berlandaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Beliau juga mengambil kesempatan dalam sidang media tersebut untuk menyatakan beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan TV3 dan TV9 tentang penahanan pegawai khas beliau atas kes jual-beli pasir. Beliau juga menggesa agar TV3 dan TV9 menarik balik dakwaan mereka dalam berita perdana mereka semalam (25 Jan 2010).

“Saya berikan tempoh 24 jam kepada TV3 suku dan TV9 untuk menarik balik penyataan mereka. Jika tidak pihak peguam kami akan mengambil tindakan terdapat mereka”

Dalam berita perdana di TV3 dan TV9 semalam, mereka mendakwa 3 daripada 34 orang yang ditahan oleh SPRM berkenaan isu penjualan pasir adalah terdiri daripada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar.

Tags:

Afiat

26 comments
Leave a comment »

  1. sapa nak sokong pr ni….langkah gambar orang,bagi tanah kat cina sampai 999 tahun(melayu pun tak ada yg dapat 999 tahun),suka buat perhimpunan,mengusahkan rakyat khusus melayu,sedangkan lim kit siang ahli parlimen ipoh timur….tak pernah nampak pun kat ipoh….kita orang ipoh langsung tak pernah nampak bakti yg dicurahkan kat orang melayu warga ipoh…ini kah yang ni kita sokong….

  2. salam bro… rasanya HEMPAP tu 31 bukan 30…
    Jom siap2… takut2 ada banyak benda pelik2 berlaku.. bukan seperti yang ada dalam kepala otak kita…

  3. ubn tengah merapu, hayat deme dah nak berakhir lah tu!

  4. ceh..bab tanah bg kat cina hang kecoh asuandy..padahal tanah bg kat melayu pun bnyk jugak.. pastu bantuan per kapita ke sekolah2 agama negeri diberikan semula, yang tu hang tak nampak? dulu sapa yang tarik balik bantuan ke sekolah2 agama?

  5. betul tu Neo.. bab UBN bagi tanah RIZAB MELAYU di Padang Rengas pada tokew cina tak bisingpun…dah lah bagi tanah RIZAB MELAYU tak ganti pulak tu….

  6. Biasa la kalau hati dah gelap..guna braso nak gilap bagi cerah pun susah. cerita pasal balak kat temenggor diberikan pd abg dato tan oleh XMB dulu pun diam lagi..1000 ha kawasan hutan simpan di teroka oleh cina masa zaman UBN di temenggor pun diam mcm tu saja. kita tukar2 kerajaan bagi org lain memerintah pula baru rakyat jelata dapat kesenangan sikit bukan satu pihak saja. cuba tgk PP dibawah DAP..elaun KAFA dinaikkan..kalau dibawah UBN.mengaku saja islam tp siapa cakap pasal agama sikit dan mengikut Al Quran ditangkap..sejarah membuktikan siapa yg menentang islam..DAP atau UMNO..siapa yg bunuh Al Syahid Ibrahim Libia? siapa yg kata pakai purdah hanya di arab saja? siapa yg kata rasulullah tak ada gellete utk cukur jangut?

  7. Budak2 ingat Pakatan beri banyak tanah kat Cina. Yang Be End gadai kat tokey2 besar BERATUS2 KALI GANDA lebih banyak, depa tak tau. Kesian kat budak2 kita..akibat daripada penggelapan maklumat oleh media UMNO! Di Genting Highland sajapun dah banyak mana satu gunung diberi, Janda Baik,Tanah rezab di Kg Melayupun cuba nak dirembat juga tapi penduduk di situ tak mau beri (sampai sekarang).

    Kalu nak kira semua yg dah tergadai..amat banyak.

    Budak2 janganlah fikir..beri kpd Melayu sja yang OK. Kalu beri kpd bukan Melayu “tak okay”. Islam tidak mengajar begitu.

  8. Bagi tanah heboh….yang bagi satu bukit genting tu Melayu ker yang dapat?Siapa punya kerja.Pulau kt pangkor tu sape bagi?melayu ke dapat?

  9. yop oii.. jgn mekome sebok nk berimpun je ..udoh muat cula ke tempat memasin? daptar semakan pemilih udah semak ke? berape banyok antu & pengundi baghu tempat mekome? nk belage buat caghe nk belage ..oghang lain udoh 3 4 bulan ngasap kemian ..mekome megholoh lagi.

  10. Pasai pijak gambar kat Pulau Pinang pun ada. Tapi kamu tak nampak ke Asuandy? Buka2 le mate dan hati kamu…

  11. oit asuandy..ko g la join zul nodin tu,t aku berak kan muka korang bedua

  12. asuandy ko ni sempit sgt otak tu, kecoh sgt pasal tanah 999 tahun tu apa hal, umngok bagi tanah pulau batu putih tu bukan 999 tahun lagi dah tp sampai selagi ada bulan dan bintang tak pulak ko kecoh, mengong!

  13. There are people who are stupid. There are people who pretend to be stupid. There are people who wanna be stupid

    Saya heran berapa banyak projek tipu melayu sudah didedah, masih ada orang percaya dia. Dia orang kenna jampi laaa…….Otak sudah tak boleh pakai lagi

  14. salam bro,
    lebih 50 tahun bn memerintah tak puas lag ke? bagi la kat orang lain pulak….
    kalau cakap pasal tanah, tak usah la cakap…
    masa bn lg teruk, mamak dari india pun boleh dapat tanah buat padang ragut. x de pun sesiapa bising..orang melayu langsung takde peluang nak dapat tanah walaupun dah duduk 10 tahun kat tanah tersebut. bila buka pelan kat pejabat tanah depa bagi alasan tanah dah ada orang yang punya. selang beberapa lama tokey cina yang dapat tanah tersebut sbb melayu x de duit nak hulok. yang melingkupkan melayu bukan pr atan bn tapi melayu sendiri. melayu tak tolong melayu sbb tak masyuk….
    apa yang kita nak adalah wakil rakyat yang berkualiti bukan cuma pandai membodek masa pilihanraya. pangkah calon kita dari golongan orang yang baik dan boleh diharap untuk dijadikan wakil kita bukan tuan kita. jika itu kita lakukan nescaya kita akan memperolehi kerajaan yang berkualiti dan pembangkang yang berkualiti dan seterusnya kerajaan yang berkualiti.
    jadilah rakyat yang berkualiti…

  15. BN akan pastikan melayu tidak akan kaya kaya selama lamanya…..supaya senang depa cucuk hidung dan jual tanah dan sapu duit….

  16. BN lah yang banyak bagi tanah kat orang cina itula kerja baru umno ni tak sedar diri,sampai tanah rezab sungai pun bolih diri bangunan 4 tingkat kerja sapa tu….BNlah.Kemudian marah pula melayu yang hancurkan melayu kononnya…tapi dia lupa 50 tahun melayu yang jaga melayu apa yang melayu dapat…yang tahu hanya pakat gila kuasa,tapi bila dia dah nak rebah pandai la cakap tentang melayu…hentikanlah semua ini.

  17. Kome stuju bebenor deme-deme atas pakat hentam asundy. Tu la kalaunok komen biorla berlapik kang dah kena atas kepala sendiri. Takbirrrrrrrrr……

  18. Kalau boleh, PKR sepatutnya bagi lebih banyak kerusi kepada PAS untuk bertanding. Rakyat lebih konfiden dengan PAS berbanding PKR.

  19. asuandy. Miker sokonglah bn agar cucu cicit miker merempat. Orang bn ni memang tak sedor2…

  20. Pada firasat aku UMNO tak akan bubar DUN Perak. Mana nak taruh muka Najib kalau mahkamah membuat keputusan menyebelahi Nizar? Dari awal lagi dah nampak cara bertindaknya yang rakus kuasa. Lebih-lebih lagi bininyer. Sekarang tumpuan dihala kepada Selangor setelah Perak dalam tangan. Apa ingat dia mahu lepaskannyer pulak? Tobat!

  21. selangor UMO nak ambik balik? sori la…
    sekali terlepas, tak akan dapat balik…

  22. Spesis UBN memang Celik mata Buta hati, asuandy ni ada ciri-ciri munafiq jelas

    ?????? ????? ??????????????? ????????????????? ????????????? ????? ????????? ?????????? ?????? ???? ?????????? ???????????? ?????? ???????? ??????? ????????

    maksudnya:-
     
    Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal. (Al-Quran surah At-Taubah ayat 68)

  23. UMNO sengaja membuat berita tentang orang Nizar kena tangkap. Walaupun UMNO akan say sorry, tetapi motif untuk meyemarkan nama baik Nizar tetap akan berlaku.
    UMNO memang membuat segala kejahatan untuk memastikan UMNO masih menguasai kerajaan dan kepentingan gang UMNO.
    Harap rakyat akan insaf dan faham negara kita sedang menghadapi kkemerosotan yang sangat teruk. Jika UBN terus menguasai negara ini. Maka, kita semua (tanpa mengira kaum) akan menderita dengan mendalam dan sukar pulih lagi.
    Jangan undi UBN untuk kebaikan anda dan generasi akan datang.

  24. vp,
    Sekarang tiba masa untuk mengembling tenaga untuk mendapat lebih banyak kerusi. Ataupun lebih banyak undi. Hanya undi berlebih-lebihan boleh menangkis masalah undi hantu lah, pos lah dan pertukaran sempadan

  25. I’m sure Pakatan will prevail. The corrupt, the falsehood, the power crazy at all costs.. will be vanished. That is what history says.

  26. pakatan rakyat memang berhidmat untuk rakyat…….BN la yang merosak orang2 melayu…mereka merompak harta rakyat untuk kepentingan perut sanak saudara mereka…makan la duit haram…mereka ini akan di laknati tuhan..saya sokong PAKATAN RAKYAT………

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.