Awas! BN mula mengganas

Jan 27th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Pada 23 Januari, satu artikel tersiar di Malaysia Today tentang perancangan BN untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Dalam siri lawatan Najib ke India, delegasi Najib telah berunding untuk mendapatkan khidmat pakar-pakar IT untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Seramai 200 hackers akan diambil dengan bayaran RM300 juta setahun. (Lihat disini)

Semalam, aku menerima dua sms dari pembaca Perakex. Mereka bertanya mengapa dah lama Perakex tidak dikemaskini. Aku pun heran sebab Perakex dikemaskini setiap hari. Tetapi setiap kali mereka mengakses Perakex, mereka akan melihat laman yang di kemaskini pada 22 Januari 2010. Dimana artikel “Dimana Allah Berada” pada muka depan.

Aku mengandaikan bahawa IP mereka telah di block dari mengakses Perakex. Salah seorang dari mereka mencuba laman Penarik Beca dan Tukar Tiub dan mendapati perkara yang sama berlaku dimana dia mengakses laman lama. Dia kemudian mencuba menggunakan komputer CC dan tak ada masalah. Kesimpulannya, IP beliau telah di halang dari mengakses laman-laman blog pro-PR yang utama.

Blog-blog pro-PR semakin mendapat perhatian kebelakangan ini dengan jumlah pengunjung yang meningkat dengan begitu banyak. Tetapi harus berhati-hati kerana kita tidak mahu apa yang berlaku kepada Suara Keadilan Online pada tahun 2008 berlaku kepada blog-blog pro-PR.

Aku bukan pakar dalam blog, tetapi kenaikan pengunjung yang mendadak menyebabkan beberapa blog di gantung oleh Blogspot seperti yang berlaku kepada blog Matsamankati aku dulu. Begitu juga dengan blog Notoumno kepunyaan Radenjowo.

Aku perhatikan, beberapa blog naik dengan mendadak. Blog Albanjari meningkat dengan cepat. Begitu juga dengan blog Penarik Beca yang sudah lebih popular dari blog Anwar Ibrahim. Sekiranya itu satu kenaikan yang normal kerana pengunjung semakin meminati blog tersebut, tak apa..aku ucapkan tahniah. Tetapi apa yang aku risau, bila tiba masa yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya, blog hangpa kena suspend. Buat back-up dan lakukanlah apa yang patut.

Najib sanggup menghabiskan ratusan juta untuk menutup blog pembangkang dengan mengimpt pakar-pakar IT dari India. Apa macam kalau pakar-pakar IT dan hackers dari Malaysia pula bergabung melawan Umno? Ada sapa-sapa nak cadangkan?

Sementara itu, perkhidmatan Streamyx dan CELCOM semakin teruk. Semalam, sehari suntuk aku tak boleh nak access internet di Kuala Kangsar. Mungkin selepas ini, Telekom dan CELCOM juga akan menjadi sebahagian dari jentera pilihanraya BN.

Hari ini, seramai 50 orang telah ditahan dibawah ISA (Malaysiakini)

Fifty individuals, including university students and a few foreigners, have been nabbed nationwide under the Internal Security Act in an apparent counter-terrorism blitz.

According to Abolish ISA Movement (GMI) lawyer Edmund Bon, the 50 were detained last Thursday and taken to Bukit Aman federal police headquarters.

Apa pula selepas ini?

Tags:

Afiat

22 comments
Leave a comment »

  1. Abg Mat

    Berikut adalah mesej dari TM pada hari ini -

    Kepada pengguna yang dihormati,

    Pihak Telekom Malaysia ingin memaklumkan bahawa talian Internet ke Amerika Syarikat sedang mengalami masalah teknikal. Prestasi capaian Internet dijangka akan menurun dan mengalami masalah ’slow browsing’ terutamanya ‘website’ yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

  2. Bior ajelah….. Yg penting orang2 atasan buat keje. Kena rajin2 jengok masalah rakyat.

  3. apa kes MP nak masuk PCM pulak nie…haii..tak abih lagi ka nak lompat??

  4. Mereka tak akan berjaya ! Dengar kata dah agak lama jugak depa lantik blogger2, termasuk student2 di IPTA/S utk brainwash public. Kita perlu jugak berhati2..yang sekali sekala berkunjung ke blog pro Pakatanpun cuba menlontarkan pandangan yg sangat kontra dgn aliran Pakatan. Tujuannya mungkin..supaya public opinion namapak seolah2 ada “perpecahan”, pertelagahan idealisma atau “tak bersatu”. “Perpecahan” di kalangan Pakatan inilah yg sangat ididamkan UMNO/BN. Tengok apa depa buat kat TGNA (kesian..mereka gagal menggugat TGNA). Di peringkat orang awam tak kisah sangat, tp di peringkat parti..kalu gagal tangani..misalnya isu Zulkifli Nordin vs Khalid Samad contohnya..Pakatan akan rugi.

    We must know to manage our differences. Respect others (in Pakatan). Jangan terbawak2 kata orang.
    Yang terbaru..kepala babi pulak dicampak ke perkarangan mesjid. Harap semua pihak bertenang..jgn mudah melatah. Kut2 ia perbuatan pihak2 yg ada udang di sebalik mee…mana tau…

  5. Betui3x…..Streamyx dan Sialkom semakin teruk. Baru aku perasan.
    Streamyx line asyik sangkut. Bila malam Sialkom tak boleh buat video call, nak bayar bil air on-line pun payah.

  6. satu lagi yang aku dengaq..depa ada tubuhkan Unit Media Baru…haa…apa tugas hangpa pi cari parpukari ngan gomo..depa 2 orang ni mmg anchor kuat..sapa di sebalik UMB ni…hangpa jgn tekejut..

  7. teruk org msia nih..kuat melatah..wakakakaka

  8. PR boleh hire hackers dri China/Russia/Morocco/Iran etc etc..

  9. kalau mereka boleh buat kenapa kita tidak boleh bro

  10. aku dah rasa nak jadi benda ni ……………..
    first , masa dok baca blog blog PR dengan kalam bangkong berani macam petra
    aku dok pikir , takkan najib akan terusan biar tanpa sekat
    kemdian masa tengok najib di india …. dok pikir ada tak kena tapi tak tau apa dia
    then teringat ada member cakap kat india programing yang buat pakai satu institusi punya
    bersepah jual macm pasar malam dengan harga murah
    yang mana kalau msia diorang tibai 10 kali ganda harga …
    so mana mana hackers atau yang rasa IT powerman
    inilah masa nak tunjuk terer yeah ………..
    najib jenis tak menyerah kalah , dan dia masih muda nak melawan
    takleh perendah dia gak , tapi cam tu yang baru best nak kita lawan kan?kan?

  11. MEMANG GANAS !

    Semalam depa kata pegawai Nizar MB Pakatan terlibat rasuah isu pasir pada hal yang terlibat orang UMNO. Bila Nizar ‘acah’ nak saman mereka, lalu agen BN bawa isu pegawai kerajaan Kelantan rasuah. Sedangkan kakitangan yang dimaksudkan itu bukannya ahli PAS atau PKR…..

    Esok ? Silap-silap dituduh MSK merasuah pengunjung PerakX.

  12. abg mat..facebook aku pun umno sungai petani sudi nk berkawan dengan aku..huhuhu..aku on saja..jangan mara sudah la..

  13. Sial betul kerajaan umno nak bagi rm300 juta setahun kpd pakar india untuk “hacking” Rakyat Malaysia.

    tu dia 1Malaysia, Hack Rakyat dulu, pencacaian didahulukan !!!

  14. semekom bang mat,

    aku dah lama dah nak hantaq komen tapi masa yang sesuai ja. Ni la masa yang sesuai kot aku nak komen.
    1. Hangpa pasang firefox atau Google Chrome kat komputer hangpa. http://www.mozilla.com/en-US/firefox/firefox.html & http://www.google.com/chrome/ .
    2. Hangpa modified firefox yang dah pasang tadi 2 http://www.madwahm.com/webmaster-stuff/8-easy-firefox-tweaks-for-super-fast-web-browsing/
    3. Pi baca tang ni http://code.google.com/speed/public-dns/ & http://www.opendns.com/ untuk nak tukaq IP address semua website yang kena block 2 insya allah boleh baca.
    4. Pengguna Internet kat Malaysia selalu guna internet waktu malam sebab siang berkerja bila dah guna waktu malam trafik jem la. Jadi guna waktu lepas sembahyang sobuh .
    5. Belajaq la jadik pengguna yang cerodik jangan tau dok tibai ja.

  15. Kalau pasal parpu kari aku tak kesah,dalamperak bangkit aku dah hentam….yang aku bimbang bila mana blog-blog pro PR ni berjaya dihalang …susah gak dibuatnya manakita nak cari berita lagi.Sepatutnya semua para blogger ni kena fikir lah satu kaedah lain agar rakyat tak kempunan berita,,

  16. Pak Mat,
    kalau blog ip boley lepas lagi, boley guna P1 Wimax sbb dia guna DHCP tapi kalau depa blog MAC Address mmg naya la.

  17. Tulisan anda sangat bagus sekali. saya suka tulisan anda dan ingin menjadi pembaca setia di blog anda. bolehkah saya menjadi follower anda ? terima kasih sebelumnya.

  18. Bila the spinner berbohong didalam blog sendiri lihat disini kemudian disokong oleh parpuki, apadahal mereka tahu benda tu adalah bohong. Kenapa mereka masih menyiarkan email provokasi begini ? Ada yang tak kena ni…..blogger-blogger PR berhati-hati…jangan layan email provokasi.

  19. Muhong aih… aku tiap-tiap hari bulih baca

  20. Awat nak block blog hang… bukannya ada apa pun, yang ada hanyalah…. tutttttt

  21. assalamualaikum,

    ada cara mudah untuk selesaikan masalah front page tak update (possible best solution) - pakai rss reader (aggregator).
    kalau ada 3rd party intervention, user nak access server mungkin susah
    tapi tak mungkin ada gangguan untuk connection dari server ke user.
    so, salah satu cara untuk server contact user/sampaikan update info adalah melalui rss reader.
    bila kita pakai rss reader, semua update akan sampai ke pembaca
    aku pakai dah lama untuk semua magazines newspapers blogs - local & international
    tak pernah fail, dan semua update dapat.
    bang mat kena galakkan penggunaan aggregator kt semua pembaca.
    letak icon RSS besaq2, dan bubuh explanation (contoh: http://www.timesonline.co.uk/tol/tools_and_services/rss/)

    cadangan rss reader/aggregator:
    web based - google reader
    desktop based (simple) - feedDemon (http://www.newsgator.com/individuals/feeddemon/)
    desktop based (advanced) - omea reader (http://www.jetbrains.com/omea/reader/)

    ps/
    web based - free, kena register, pakai online
    desktop based - free download, no registration, offline capability

  22. Sebenarnya mereka dah aktif pantau blog/CC kebelakangan ni. SB pergi dari CC ke CC, salin semua IC pengunjung CC. Mungkin akan dimonitor untuk track blog yang dilawat atau parti yang akan disokong. Yang pasti, BN tak akan mengaku kalah walaupun sokongan semakin lumpuh. They will still govern by hook or by crook, mostly by crook…

    Salam

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.