Republik Anak Muda (RAM): Bunga Baru Tumbuh

Jan 26th, 2010 | By Admin | Category: Hasmi Hashim, Penulis Tamu, Rencana

Oleh HASMI HASHIM

mazir-frinjan

Hadir RAM mengejut, kata orang. Tapi, ia dirancang sudah lama. Intensif sejak tiga-empat bulan lalu. Ianya, muncul ketika sembang-sembang dalam kereta untuk jadikan RAM sebagai ‘gerakkan budaya’, yang, penuh bergaya.

Ia bukan gerakkan politik kepartian, yang membosankan. Tidak! Bukan juga untuk matlamat jadi kenderaan kempen dalam parti… Alahai! Sempitnya.

Kita orang pun tahu, kalau ia gerakkan politik kepartian, ia akan membosankan. Penuh dengan ‘mat-mat belia baju batek’, macam mana kebanyakan persatuan belia dan ‘mat kompang’. Dalam masa sama, RAM harus memakai namanya dalam bahasa Melayu. Bukan bahasa Inggeris. Sebab itu, namanya “Republik Anak Muda”.

Acara baca puisi, musik indi dan perdana, sudut pidato, atau apa sahaja kegiatan untuk mengasah kritis kaum muda wajib disokong. Pertama, teman-teman kami, daripada kumpulan Frinjan tiap bulan buat acara baca puisi dan persembahan musik indi.

“Kita kena pangku mereka,” kata salah seorang anggota Central Command (CC) dalam pertemuan RAM. Apa itu CC?

Dalam keanggotaan awal 10 orang, CC akan bertugas di peringkat nasional untuk mengendali rangkaian RAM. Kalau ada kumpulan yang berkegiatan, yang perlu kami sokong, maka CC-lah yang akan menguruskannya. Bukan apa, pengalaman dengan beberapa kelompok aktivis sejak sekitar sedekad lalu, antara sebab kami lemah dan gagal dahulu adalah:

1. Organisasi tidak tersusun, dan implikasinya
2. Stamina atau hayat organisasi tak panjang.

Dulu, saya sendiri fikir, konon-kononnya untuk beri ‘kebebasan’. Tak mahu mengongkong. Tetapi kebebasan dan tak mahu mengongkong bukan bererti kita wajar mengabaikan soal pengurusan. Kali ini, dengan rangkaian yang hendak diwujudkan, maka, perlukan CC untuk mengurus kerja di peringkat pusat.

Bayangkan kalau Facebook tak ada yang menguruskan, rangkaian sosial itu pasti akan gagal. Begitulah diibaratkan.

Lalu, program Frinjan kali ke-7, yang dibuat tiap di Shah Alam, Selangor kita orang setuju untuk dipangku oleh RAM. Apa sahaja hubungan dan rangkaian yang kami ada, akan diatur untuk menyokong Frinjan. Dan poster Frinjan 0.7 lalu kali pertama menaikkan logo RAM sebagai pemangku.

frinjan-ram

Kesannya baik. Lebih ramai yang kini mengenali bukan sahaja RAM, sebab di facebook sahaja, yang menjadi ‘anggota’ RAM sudah lebih 700 orang dalam masa lebih kurang sebulan. Itu belum lagi kami mengapungkan web-site RAM sendiri. Jaga-jaga! Yea…

Walaupun malam itu saya turut mempersembahan puisi di Frinjan 0.7 bersama YB Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi, namun istimewa sekali apabila kali pertama panji-panji RAM ditampilkan dikhalayal umum. Saya bacakan puisi Wiji Thukul, berjudul “Bunga dan Tembok”:

Seumpama bunga
Kami adalah bunga yang tak
Kau kehendaki tumbuh
Engkau lebih suka membangun
Rumah dan merampas tanah

Seumpama bunga
Kami adalah bunga yang tak
Kau kehendaki adanya
Engkau lebih suka membangun
Jalan raya dan pagar besi

Seumpama bunga
Kami adalah bunga yang
Dirontokkan di bumi kami sendiri

Jika kami kami bunga
Engkau adalah tembok itu
Tapi di tubuh tembok itu
Telah kami tebar biji-biji
Suatu saat kami akan tumbuh bersama
Dengan keyakinan: engkau harus hancur!

Dalam keyakinan kami
Dimanapun – tirani harus tumbang

Sampai ke sudah, saya memerhati sana-sini, kalau-kalau Su akan datang. Dalam hujan. Malam itu. Hujan, sampai tengah malam.

Tak seorang pun lari. Hanya, kelibat Su tak kelihatan. Mungkin esok. Suatu hari nanti, dia tetap datang sebab dia sudah berjanji.

[1/3: bersambung...]

Nota: Acara Frinjan 0.8 adalah pada 6 Februari 2010 (Sabtu) di Dataran Jam, Shah Alam. Saya akan muncul sekali lagi di kemuncak acara di sana.

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. bro hasmi

    sebulan sekali balikle kg….buka cawangan republik anak muda di parit sulong….buat acara puisi di laman rumah parit kuda.barulah gagasan pencerahan masuk ke minda pemikiran anak2 muda parit sulong.

  2. salam…
    bawak RAM ke pekan-pekan kecil bro… jangan asyik gah buat di bandar besar saja… tak tuntas…

  3. Haah!Betol tu org atas.Bwk la ke pekan2 kecil gak.Kite org pon tingin gak nk join RAM..

  4. bawak jugak ke parit raja!!

  5. hasmi,

    jom balik kampung! :)

  6. …RAM mana berani masuk kampung,..hahaha…sorry bro hasmi, gua provoke sket…

  7. yang sewajarnya, bukan mereka yang pergi menerjah kampung-kampung itu. tetapi anak-anak muda dari kampung ini yang harus memulai dahulu di tempat sendiri. sebelum mereka-mereka yang dari bandar datang menjenguk. sepertikan tuan tumah yang mula menghias rumahnya sendiri sebelum Eric Deco datang mencantikkan lagi ruang yang ada.

    bukan begitu?

  8. kalau RAM nak dibawak keliling kampung…lepakle si hasmi tu hehehe…seeloknya biarler di fokuskan di kg halamannya…di dun semerah..tempat hasmi pernah bertanding dan mungkin akan bertanding lg di situ.jd mulakan le fokus di kwsn sendiri yg akan beliau tandingi dlm pru akan dtg.dah ok dah hasmi bertanding kat dun semerah temph hari..majoriti dato aris pun merudum..kalau hasmi fokuskan lg aktivitinya di dun semerah..insya allah kemenangan akan tiba

  9. Salam brothers,

    Seperti hujahan Sorsurus, Moo, Farrel, Nicc0tynne, Lanterjiwa dan Gangga Awana, sudah tentu RAM akan ke mana sahaja kerana soal bandar atau desa pendalaman tak pernah jadi persoalan kami ~ sepertimana saya pernah dijemput ke kampung Sungai Buaya dalam “Rock the Vote”.

    Malah, saya sangat mahu mendakap teman-teman di seluruh negara meski kadang ada yang menghalangnya secara politik andai mengikut saluran biasa. Kita wajar memaafkan, dan terus segera mara. Sebab itu RAM dibentuk agar jadi rangkaian suara anak muda tanpa halangan apapun.

    Saya kagum dengan sambutan luar biasa terhadap RAM sebelum cadangan memulakan jelajah ke seluruh pelusuk negara membawa suara anak muda sedang diatur!

    Terima kaseh galangan budi buat Rina yang mengingatkan saya tentang kampung halaman. Betapa saya memilih untuk balek Semerah dalam PRU yang lalu tatkala ramai yang tak sanggup mengambil risiko dan berbuat begitu walaupun peluang saya untuk mendapat tempat di Lembah Klang tetap ada. Meski kalah, kita sudah memulakan sesuatu.

    Soal saya bertanding sekali lagi atau tidak di Semerah, saya serahkan kepada pucuk pimpinan; sementara bantuan kawan-kawan dan saudara mara di kampung halaman sangat dihargai bagi menetapkan perjuangan tetap wujud di Johor walau bagaimana sulit sekalipun. Andai saya tak upaya, termasuk dalam soal kewangan yang telah sedaya mungkin diusahakan, saya mohon maaf.

    Saya insaf betapa perjuangan ini tidak bermula dengan wang ringgit. Kawan-kawan tahu bagaimana kita menempuh kesukaran di DUN Semerah untuk mengugat calon tirani. Alhamdulillah, sehingga kini, atas bantuan kawan-kawan, kita dapat antara lain kekal mempunyai pejabat cabang parti. Saya tak akan menyebutkan soal kepayahan yang dilalui. Wang itu adalah dana anak tempatan… Itulah yang membanggakan.

    Saya tak kesal. Saya tahu kawan-kawan pun tak kesal sementara kita sudah menyerahkan hampir seluruhnya diri kepada perjuangan zaman ini. Saya tak upaya dan mustahil lakukan seorang diri ~ di mana saya tercampak, inshaalah di situlah akan saya lakukan sesuatu. Dalam masa sama saya sedar dan akui, sayalah orang yang paling banyak terhutang budi kepada kalian.

    Tolong hubungi CC RAM untuk, inshaalah dapat kerjasama atau diatur acara segera di tempat saudara: republikanakmuda@gmail.com

    HH
    Telawi.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.