MB Perak: Keputusan Mahkamah Persekutuan 9 Februari
Jan 25th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utamaDalam Polifiksyen 1. aku tulis benda ni.
“Pasai apa nak tunggu sampai bulan Februari” aku tanya.
“BN cuba mengambil masa untuk memenangi undi Cina. Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan pada minggu kedua, sebelum Tahun Baru Cina. Kita dah berjanji kepada rakyat..pagi kita dapat keputusan, malam tu juga kita akan bubarkan DUN. Jadi…kita kena pegang pada janji.” tambah Nizar.
Dalam Malaysiakiini sebentar tadi…
When contacted, Nizar’s lawyers confirmed that the decision on the ousted Perak MB’s application has been set for Feb 9.
The decision will bring to a close at least one side of the ongoing tussle as to who is the rightful MB.
A five-man Federal Court bench heard the Nizar vs Zambry Abdul Kadir case in November last year, immediately after rejecting Nizar’s request for a full panel to hear the case. However a decision has been pending since.
The Federal Court judges are Alauddin Sheriff, Arifin Zakaria, Zulkefli Makinudin, Ghazali Yusoff and Hamid Embong.”
Aha..ha..ha.
Daftar Pemilih bagi Suku Tahun Keempat sedang dipamerkan sekarang dan akan berakhir pada 26 Januari 2010. Pada Hari Keputusan Mahkamah Pesekutuan di umumkan, SPR akan menggazetkan Daftar Pemilih terkini dan Pilihanraya DUN Perak sudah boleh diadakan bila-bila masa.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Kalau keputusan berpihak kepada Nizar, apa kata kita ‘hold’ dulu pilihanraya. tak lama, sebulan atau dua cukup la. Untuk kita strategize kan semula. Biaq lepas Tahun Baru Cina. Biaq lepas kita cuci state secretariat. Bola sudah ada di tangan kita.
Aku maklum kita dah buat janji. Tapi kalau ada penjelasan yang baik, inshaAllah rakyat boleh faham.
Ana setuju dengan pandangan AJ, kita perintah dulu sat … pas tu kita bubar, baru kita orang yang BIJAK.
SALAM msk…
RASANYE MSK PUN DAH TAU SAPA MB KAN…KAN…KAN…
bang mat, nak tanya sikit…apa hal ngan parpukari..? apasai dia tulis old town spnsor blogger PR? betui2 sy tak paham…awat dia ingat hebat sgt ka?
dah la gambar pun curi…kalau tak salah blog colourluna…minta maaf la kalau org lain jugak ada gambar macam nie..tp seingat sy hanya colouluna sj yg ada pic macam tu..
sy dah baca komen bang mat blog orang tua tu…sy cadang bang mat open je vidoe tu..biaq smua orang tau…senang citer..hampeh betui parpukari..
AJ,
Kan MSK sudah kata, itu SPR sudah tukar peraturan, persempadan. Banyak lagi. Sekarang kalau boleh bantah2. Kalau tidak, kenna tukar strategy menuju landslide victory.
Apa itu landslide victory? Bermakna rata2 semua Perak mahu perubahan besar2 macam 308. Hehehe, landslide itu merbahaya kepada BN. Taruh hantu sini, undi pos sana tak boleh tutup punya
Macam itu Lim Yew Hock mahu buat cover up, kalah jugak kepada PAP pada tahun 1959.
Of course, itu SPR pun buat hal jugak. Agak mengapa kenna ada cool off period 2 hari?
hmm…
orang melayu nie specific dalam menuntut janji… walaupun menunaikan janji tu satu beban…
Harap bubar je DUN Perak lepas Nizar menang kes… Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada kita!
kenapa? Tanya sama Najib, apa dia sudah bikin dengan slogan tak serupa bikinnya!!
terbaca di blog parpukari…dia kata ada peg nizar kena tahan SPRM..betui ka?
sapa2 leh confirm benda ke?
kalau betui ..nampaknya mmg ada orang nak penaya nizar dari bertanding kalau DUN bubar nanti..
That guy,
Tunggu la. Parpukari tak berani publish komen aku. Kena masa nya..kita serang balik. Jangan ikut permainan depa.
Jangan bubarkan DUN serta merta jika sudah menang bagi perbetul dan bersihkan apa yang patut.Tunjukan kan kepada rakyat Perak apa yang Zambri telah buat semasa dia memerintah dan kalau setakat tiga bulan orang ramai pun tak kesah rasanya.
Tak salah disemak juga secara terperinci apa yang SPR telah buat.
Susah jugak kalau tak mau bubar…. jawatan MB saja Nizar dapat, untuk membolehkan beliau ada kuasa untuk bubar DUN…. sokongan ADUN, masih berpihak pada BN, sebab 3 ekor katak tu…. mau tidak mau, terpaksa bubar saja jalan penyelesaiannya…. Insya-Allah, dengan sokongan padu yang akan diberikan oleh rakyat Perak nanti, Pakatan Rakyat akan mentadbir Perak secara mutlak dan sah semula. Walaupun demikian, semua jentera Pakatan Rakyat, perlu lebih bersedia dari UBN. Hindarilah perbalahan merebut kawasan untuk ditandingi. Kukuhkan ikatan dalam Pakatan Rakyat…..
Clifford,
Depends on how the game it’s played. Lets see how far Pakatan Rakyat strategise its game in winning back Perak
MSK,
BN has made a wrong move in making fun on Middle Malaysia. Wow, it’s a god send opportunity. All we need are those jokers to make fools of themselves in protesting on LGE or Nizar in front of malay villagers. Surely, UMNO would mampus straightaway. Biar mati anak, jangan mati adat
Rocky Bru has started the ball rolling. We just continue to poke these UMNOlites making fools of themselves. Aaah, it’s gonna be very fun
BUBARKAN DUN PERAK
KEMBALIKAN HAK RAKYAT
HIDUP HIDUP HIDUP NIZAR
ALLAHUAKBAR…
andaikata mahkamah memehak kepada pr, bukankah pr telah dikembalikan haknya berkuasa di perak, dan sah memegang tampok, bukankah ada banyak tugas dan tanggungjawab harus diselesaikan, apa fungsi mengadakan pilihanraya semula, kita akan membuang masa buat kesekiankalinya, saya masih ingatkan bahawa tiga adun yg melompat itu perlu mengosongkan kerusi mereka, berdasarkan akuan/janji mereka di hadapan dymm raja nazrin, mengadakan semula prk di tiga adun ini dah memadai,
rakyat menuntut keperihatinan kerajaan pr kepada segala permasalahan yg dihadapi, jika diberi tampok, sudah tentu Allah memberi kita kesempatan kedua utk lebih menghargai segala kepercayaan yg telah diterjemahkan dalam pru ke 12 lalu….
ini cuma pandangan saya………yg tak benar-benar arif dengan sepak terajang politik
Kalau undi sebelum Raya Cina, canteekk! Pengundi tionghua yang kerja kat luar balik kampong semua termasuklah jugak melayu, Tamil yang kerja kat luar. Harapan 90 % terletak di tangan rakyat. 10% je kat jentera parti. Mustapa Kamil aku warning siap-siap, aku ahli PKR tapi aku tak suka hang cuba rampas jawatan MB dari Nizar. Kalau hang cuba jugak, aku baling dengan telor tembelang!
Ada yang berkata pilihanraya hanya untuk tiga DUN saja bagi negeri Perak ni,kalau nak buat satu negeri memerlukan perbelanjaan yang banyak…jadi tak senang duduklah tiga Adun yang melompat tu…apa nak buat terpaksa pencen awal dari menjadi wakil rakyat…sama-samalah kita tengok nanti.
Sidang DUn perlu dibuat dalam bulan April. Kalau Nizar tak bubarkan DUN, kemungkinan Nizar akan mendapat undi tak percaya dalam DUN. Sapa punya bola tanggung pulak?
MSK,
I am sure what happen to the Sivakumar’s case as the Perak Speaker. The case is still on going right. Anyway, those motions are cast on stone. It’s in the Hansards. Unless the Perak State scretariat wanna play punk
Nizar would have to disolve DUN as if it doesn’t it would affect his credibility. However, Sultan Perak can say no & upheld the Surat AkuJanji. It’s still legal & binding, you know MSK.
Aku tak harap apa2 yang akan meyebelahi PR pada 9 feb ni..kalau dah penyamun tu penyamun jugak..
depa sengaja lewat atau cepat kan semua ada madah berhelah. apa pun aku terus bersedih kerana PR masih ramai yang tidor , gerak kerja tak berjalan , maklumat tak sampai pada sasaran , perjuangan tak cukup mantap . pengikut atas pagar dan penyokong PRU 12 tak ada folow up .
Apapun andai MB Nizar di tabal semula aku harap PR jangan terus bubarkan dun ..setel dulu mamat2 yang buat onar selama ini. buat road show penerangan seluruh perak sebagai merai kemenangan PR .
last sekali gugur kan bom dulu ..kemudian baru turun ke medan perang…jangan tersalah langkah kali ni. kerana jika rebah sukar untuk bangun semula.
AKU RASA MACAM SEBELUM-SEBELUM NI JUGAKLAH … !! Kalau buat SWOT analisis .. keputusannya NIZAR MENANG !!! Sebab … mana boleh buat PRK sekarang ! KOMPOM BN Kalah .. dgn isu barang naik, budget sekolah di potong, enjin jet, teoh beng hock, ishhhkkkkk … SEBAB TULAH TAK UMUM HARI TU. Kalau takkkk dah UMUM LAMA DAHHH …
So.. to all PR friends … kena pikir plan lain jugak ok..
ALAMAK .. SORRI .. silap taip … KALAU IKUT SWOT analisis keputusannya ZAMBRY tetap menang .. bukan nizar .. sebab aku rasa kalau nizar menang dia dah umumkan dah hari tu … tapi kenapa tak umum? SEBAB KEPUTUSANNYA MESTI ZAMBRY MENANG … negara kita kan selalu macam ni …
Aku bukan paham sangat dgn tendang terajang politik nih.. apatah lagi politi jahat .. Kalu andaikata Nizar mnang (I hope so). tapi Tuanku Sultan tak perkenan bubar dewan? It seems impossible anyway. Maksud aku..kalu Nizar di ‘reinstate’ jd MB balik, tapi DUN tak bubar cepat krna Sultan tak berapa setuju..so Nizar akan terdedah kpd pukulan maut (undi tak percaya)!
Kalu ada Ayah Pin.. mungkin dia ada idea yg lebih baik.. nak buat geno..he he he..
Jangan tak menang…..nanti MALU SATU MALAYSIA…… Nizar Pasti Menang…
Cuba saudara-saudara fikir, apa hak Nizar nak berjanji bahawa pagi ini kita menang, malam kita terus bubar DUN sedangkan kuasa membubarkan DUN bukan di tangannya, dia kena minta izin jumpa Sultan dulu, nak ke Sultan jumpa dia memalam hari tu…jadi, nasihat kepada ahli-ahli politik, nak berjanji pun agak-agaklah dahulu, jangan kerana ghairah sangat sehingga terlupa kepada hakikat sebenar. Tazkirah kepada diri sendiri juga.