Lagi Persediaan Pilihanraya SPR-BN
Jan 25th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utamaBeberapa hari lepas, aku tulis tentang apa yang berlaku di Pengkalan Baru. Bagaimana SPR dengan sengaja memindahkan pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Baru ke DUN Trong. Kalau tanya kat SPR..jawapannya memang standard. Kesilapan teknik. Tetapi mengapa kesilapan teknik itu berlaku dalam suku tahun keempat 2009? Bukan setakat Kampong Padang Serai dan Batu Hampar di Pengkalan Baru yang menjadi mangsa. Ditempat-tempat lain juga berlaku begitu.
Gambar diatas adalah peta Padang Rengas…yang bersempadan dengan Kuala Kangsar. Perhatikan Taman Bougainvilla di sebelah kanan bawah.
Taman Bougainvilla adalah sebuah Taman baru yang terletak didalam lingkungan Kg. Suak Larah yang siap sekitar 2002. Pada Tahun 2004, persempadanan semula dibuat dan Taman Bougainvilla dimasukkan kedalam Daerah Mengundi Kampong Rambong.!! Semua pengundi di Suak Larah mengundi di DUN Manong Kuala Kangsar…tetapi Taman Bougainvilla di letakkan dibawah Daerah Mengundi Kg. Rambong, dalam DUN Lubuk Merbau!! Daerah mengundi yang terdekat dengan Taman Bougainvilla ialah DM Lubuk Merbau..tetapi mengapa dihantar ke DM Kg. Rambong?
Keadaan ini berterusan dari tahun 2004 hingga suku tahun ketiga 2009( gambar 2) . Pada semakan yang terbaru, Taman Bougainvilla sudah hilang dari DM Kg. Rambong..dan dimasukkan kedalam DM Lubuk Merbau. Dalam masa yang sama, Taman Impiana dan Taman Seroja dimasukkan kedalam DM Kg. Rambong. Dua Taman yang baru ini lebih dekat dengan DM Lubuk Merbau berbanding DM Kg. Rambong. Perhatikan kedudukan dua Taman ini dan mengapa SPR meletakkan dua Taman ini didalan Daerah Mengundi 061/20/04 Kampong Rambong sedangkan Daerah Mengundi yang paling dekat ialah 061/20/03 Lubuk Merbau.
Sekiranya pilihanraya berlangsung dalam masa yang terdekat ini, sudah pasti ramai petugas dan pengundi akan keliru dengan perubahan-perubahan yang dibuat oleh SPR. Akibatnya…sudah pasti ramai yang tidak mengundi kerana tak tau tempat mengundi. Apakah petugas parti sudah bersedia dan mengetahui perubahan ini?
Satu lagi contoh ialah Taman Anggerik Biru.
Taman Anggerik Biru terletak jauh kedalam kawasan Parlimen Padang Rengas. Semua pengundi disekitar Taman Anggerik seperti Kampong Stesyen dan taman Kuala Kangsar mengundi di Padang Rengas, tetapi seramai 119 pengundi di Taman Anggerik mengundi di Kuala Kangsar pada tahun 2004 dan 2008.
Keadaan ini tidak berubah sehinggalah suku tahun keempat 2009 apabila SPR mengubah tempat pengundi Taman Anggerik kedalam Parlimen Padang Rengas. Taman Anggerik hilang dari daerah Mengundi Jalan Kangsar, didalam DUN Bukit Chandan. Dan semua pengundi dipindahkan kedalam DUN Lubuk Merbau di Padang Rengas.
Ceramah…ceramah jugak. Jentera Pilihanraya kena buat kerja jugak. Jangan nanti Ketua UPU tak tau kawasan sendiri.
Dan mungkin juga ramai yang masih tak tahu, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan Askar Wataniah sekarang sudah diletakkan dibawah Kementerian Dalam Negeri. Dari Pertubuhan bukan kerajaan, ketiga-tiga badan ini sudah menjadi sebahagian dari jentera kerajaan dan diberikan jawatan tetap. Dan didalam pilihanraya nanti, ketiga-tiga badan ini akan memainkan peranan yang lebih besar untuk memastikan kemenangan BN.
Kali ini, Pakatan Rakyat bukan sahaja menentang Barisan Nasional, tetapi keseluruhan jentera kerajaan.













Klik Imej Untuk Senarai Penuh














mmm… itu pun depa bercadang nak mengekalkan AJK-AJK lembab dengan melewatkan mesyuarat agung pemilihan AJK baru. Kita dok pikiaq lagu mana nak pekuat parti. Depa dok pikiaq lagu mana nak pekuat diri sendiri!
ini macam kalu, jentera dah kena start enjin dari sekarang..letak tepi dulu apa2 pertelingkahan dalaman..kasi kuat kerjasama dlm PR…
syabas abg mat ..
awat tak dedah dan sebarkan dalam akhbar (harakah, suara keadilan) jadikan tajuk utama …. ? .. tengok apa reaksi SPR ..
kerajaan dah tak ada duit sekarang ni..jd nak menang dengan mempamirkan projek mee segera dah tak mampu lagi..jd guna SPR utk buat haru biru sikit..kalau SPR kata dia betul kenapa dia tak pamirkan pemindahan kawasan baru di ruangan akbar sebab ramai pengundi akan tahu kalau ada persempadanan semula.. jgn risau kalau kawasan yg dipindahkan tu kubu kuat PR atau BN yg pentingnya rakyat peka denga perubahan semasa dan apa yg berlaku dalam senario politik semasa..rakyat sekarang dah bijak dan tak makan saman lagi.
ha’a la abg mat, kasi hantar la pada suara keadilan, malaysiakini, era pakatan, harakahdaily dan semua media dan akhbar PR , baru terkujat barua2 ni, kami rakyat pun panas hati bila kezaliman terus dan berterusan berlaku, cepat bang mat , kasi hantar jangan lengah, biar semua rakyat tahu benda ni.
Manusia merancang, Allah pun merancang, Allah sebaik-baik perancang. Mungkin berkat istiqamah kita, Allah akan tunjuk jalan dan buka hati semua orang yang dipilihnya untuk mengundi PR.
MSK,
I have seen Parpukari’s blog. I think we can psycho those buggers towards our advantage. Oooi, you forgotten about your political fictional stories. What did Anwar say? Don’t just look at our own weaknesses. Our enemy weaknesses as well
UMNO has done the impossible this time. Attacking Middle Malaysia concept. In this ear, UMNO would surely mampus this time if they carry out this act. Najib’s dad would give his son a tight slap. Lets help UMNO towards its destruction
looes74,
Anwar listened to me on Fuziah’s appointment as PKR Election Director. But he still insists Mus to head Biro Latihan.
Parpukari is nothing but vulgar and it really made me sick.
Clifford,
Precisely, what happens when psycho folks associated with UMNO? Better still, psychoing Rocky Bru to do the stunt in public. Of course, Zulklifi is one big bad joke.