CERITA BINI DUA

Jan 21st, 2010 | By Admin | Category: DAP Melayu, Rencana

1) BAPA MENTUA DAN MENANTU

Akhirnya pada Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kelmarin, membatalkan perintah mufarakah yang dikeluarkan terhadap pasangan bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35 dan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30, sejak 9 November tahun lalu. Perintah membatalkan mufarakah diputuskan Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang, selepas mendengar hujah peguam bela, Mohd Zaki Zainal Abidin, yang mewakili bapa mentua Dr Rosli Allani, Mohd Noor Che Man, 58, selaku plaintif, manakala pasangan itu diwakili peguam Mustafa Kamal Mat Hassan. Pada 28 Disember 2009 yang lalu Dr. Rosli Allani dan isteri mudanya, Ilyani Mohd. Noor berjaya melarikan diri dari kediaman mereka pada pukul 10.30 pagi ini walaupun sedang di kepong oleh keluarga bapa mentuanya. Pasangan terbabit dilihat memasuki sebuah kereta sejurus selepas bapa mentuanya, Mohd. Noor Che Man, 58, menunjukkan Surat Perintah Interim Mufarakah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

2) JABATAN AGAMA MENGESAHKAN

Ekoran kesukaran untuk menziarahi Sultan Kelantan yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura, seorang wanita Elia Suhana telah membuat pendedahan bahawa dirinya adalah isteri kedua Sultan Kelantan bagi memperjelaskan laporan akhbar berbahasa Inggeris pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) pada 28 Disember 2009 yang lalu telah mengesahkan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar harian. Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi akhbar berkenaan.

3) KALAH KERANA KAHWIN DUA

Calon BN dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman telah kalah teruk dalam pilihanraya itu gara-gara PAS menyerang beliau dengan menggunakan isu kahwin dua. Bagaimanapun beliau telah menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai “Rafizah Mohd Ali”, seperti didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan. Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Rafizah menuntut agar Rohaizat “mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya.” Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu “satu pembohongan semata-mata. Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan. Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Rafizah. Isteri saya seorang sahaja,” katanya. Walaubagaimanapun dengan isu kahwin dua serta beberapa isu beberapa isu yang dimainkan oleh PAS dan media alternative menyebabkan wakil dari Pemuda UMNO itu kecundang.

4) KETUA PEMUDA KAHWIN DUA

Gara-gara perkahwinan kedua dapat dihidu oleh isteri pertama bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan hampir-hampir berlawan dengan dua musuh dalam piliharaya umum yang lalu. Selain berlawan dengan BN, calon PAS itu juga terpaksa mengawal isteri pertamanya yang juga aktivis Muslimat PAS supaya tidak menjadi ’musuh’ ketika musim pilihanraya, apa lagi bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan itu turut menjadi calon. Akibat sangat kecewa apabila suami berkahwin lain, isteri pertamanya telah tidak lagi aktif dengan program Muslimat PAS walaupun beliau adalah salah seorang Ahli Jawatankuasanya.

5) LAGI KETUA PEMUDA KAHWIN DUA

Seorang lagi bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan telah berkahwin dua. Kalau perkahwinan Dr Rosli dengan Ilyani tidak mendapat restu bapa mentuanya, bekas Ketua Pemuda PAS ini pula tidak ’ngam’ dengan emak mentua angkatnya. Isteri bekas Ketua Pemuda PAS ini adalah wanita berbangsa Cina dan telah memeluk Islam. Sebelum berkahwin, wanita tersebut tinggal di Gombak bersama ibu angkatnya yang berbangsa Melayu. Setelah berkahwin, ibu angkat wanita Cina itu telah menjadi ibu mentua (ibu mentua angkat) kepada bekas Ketua Pemuda PAS itu yang juga bekas Ahli Parlimen. Ibu angkat wanita Cina itu dikatakan sangat kecewa dengan pihak lelaki kerana sewaktu meminang dan majlis perkahwinan tiada anggota keluarga pihak lelaki yang hadir, sebaliknya hanya diwakili oleh kawan-kawannya yang tinggal di Kuala Lumpur. Kini pasangan tersebut sudah memiliki cahaya mata perempuan berusia 2 tahun. Adakah isteri pertamanya tahu ?

6) KESETIAAN KETUA PEMUDA PAS KEPADA ISTERI

Ini pula kisah seorang lagi bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan. Isterinya adalah orang kuat Muslimat PAS Negeri Kelantan. Sama-sama hebat dalam parti ! Walaupun berpuluh tahun berkahwin namun pasangan ini tidak mendapat cahaya mata. Pelbagai ikhtiar dan perubatan telah dibuat namun tidak juga mendapat zuriat dalam perkahwinan itu. Rumah menjadi sunyi sepi apabila tiada suara anak-anak menjerit dan menangis. Akhirnya bekas Ketua Pemuda PAS itu mengambil anak angkat sebagai ganti cahaya mata yang akan mewarisi perjuangannya. Dari segi kemampuan, bekas Ketua Pemuda itu, adalah seorang yang mampu untuk berkahwin lain. Beliau mampu bukan kerana beliau adalah Ahli Parlimen ketika itu, tetapi sememangnya beliau mampu untuk berkahwin 2 ataupun 3. Namun kerana kesetiaan dan cinta sejati beliau kepada isterinya, beliau tetap mempertahankan rumahtangga yang dibina sehinggalah beliau meninggal dunia. Adakah isterinya seorang muslimat solehah itu akan membalas kesetiaan suaminya dengan tidak akan berkahwin lain ? Apapun sebagai seorang Muslim kita semua kena redha terhadap ketentuan Ilahi.

7) CERITA BINI DUA

Sesekali mendengar lagu dikir barat best jugak

Bini dua bukan takleh……….
Pitih belanja biar lebih Tua muda wi sama kasih ……..
Bini nak apa beli wi buleh Ni rumah sewa nak bayarpun tak leh !

Hok mana bini dua…..
kebanyakannya tak adil

Dok lama rumah hok muda…..
rumah hok tua kelik tokse
Dah tak pandai gilir !

Tags:

Afiat

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.