Ameno itu celaka permainannya

Jan 19th, 2010 | By Admin | Category: Matkeri, Penulis Tamu, Rencana

Oleh Matkeri

Nazri telah umumkan bahawa di sebelah Sabah dan Sarawak, Allah dibenar guna untuk Kristian. Tetapi di Semenanjung, ianya tidak dibenarkan.

1986, telah diputuskan bahawa isu nama Allah ini tidak boleh digunakan oleh selain Islam. Hanya beberapa negeri sahaja yang ‘taat’ pada perintah tersebut, manakala Penang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak (atau mungkin ada lagi) tidak mengambik endah ‘tuntutan’ tersebut.

Fast forward pada dua tiga menjak ini, KDN mengharamkan Herald menggunakan ‘Allah’ dalam penerbitan mereka yang dicetak BUKAN dia Semenanjung. Ianya dicetak di negeri yang TIDAK menggunapakai perkara yang telah diputuskan pada 1986. Herald mengheret perkara ini ke mahkamah atas alasan tidak munasabah, atau munasarawak, dan mereka menang. Obviously.

Dan tiba2 ameno dan seluruh juak2 mereka termasuk kumpulan yang begitu anti dengan kolget mengamuk dan memberontak dengan meluahkan iman mereka di demo2 yang tak mendapat sambutan. Pelbagai tuduhan ditundingkan pada Kristian, dan bermacam ketakutan dizahirkan pada orang ramai tentang kekalutan yang bakal timbul jika Malaysia benarkan ‘Allah’ digunakan oleh orang bukan Islam.

Semuanya ini membuatkan aku menggaru kening sambil khayal melayan mood cuti hujung tahun yang melimpah ke awal tahun.

Ada dua perkara kaum mujahideen ameno dan juak2nya bangkitkan dalam isu ini. Pertama, takut orang Islam kompius. Dan yang kedua, kenapa Herald bawa perkara ini ke Mahkamah, dan bukannya cara lain?

Kedua2nya membuatkan aku terasa sangat meluat dan benci kepada diri aku sendiri sebab satu masa dulu aku pernah terasa ameno ni sebagai parti yang bijak laksana bulan. Kenapa? Sebab dua perkara itu membuatkan aku berasa bahawa kebodohan mereka ini bukan dibuat2, sebaliknya adalah kecacatan otak yang melampau. Samada mereka bodoh, atau aku yang bodoh.

Kalau aku bodoh, efeknya cuma kepada dua tiga kerat yang terbaca blog ini. Tapi kalau mereka yang bodoh, efeknya adalah ke atas sekandang rakyat Malaysia!

Pertamanya ialah isu kompius. Telah dijamin dalam undang2, dan tidak dicabar atau diisukan oleh sesiapa pun dalam Tanah Melayu ini, bahawa agama selain dari Islam tidak dibenar untuk didakyahkan. Ini bermakna, hanya agama Islam mempunyai hak 100% untuk didakyah dan didakwahkan sesuka hati di mana2 saja pelusuk muka bumi Malaya ini tanpa dibatasi oleh undang2. Hindu, Budha, Kristian, malahan Atheis juga tak dibenarkan untuk menikmati keindahan dakwah seperti Islam dalam Malaysia.

Kita boleh dakwah dalam TV, dalam radio, dalam suratkhabar, dalam majalah, dalam bangunan, dalam kereta, dalam bas. Mana saja yang kita teringin nak dakwah, silakan. Tiada siapa nak buat kacauganggu pada kita.

Kita boleh petik firman Allah dari Quran dan sebarkan di segenap penjuru Tanah Melayu. Allah dalam TV, Allah dalam radio, Allah kat billboard, Allah kat atas dinding setiap bangunan kerajaan. Allah kita ada di mana2.

Dan kita takut kita kompius?

KITA KOMPIUS? Hah?! Aku rasa kita mungkin akan kompius kalau tiba2 kita terpaksa rujuk Isa sebagai Yesus. Celah mana kita nak kompius? Jahil tara mana sangat kalau kita terbaca petikan yang disudahi dengan sumber seperti “Paulus” dan sebagainya instead of “Al Baqarah”, dan kita dah jadi kelam mata tatau Allah mana satu yang diutarakan! Bangang sangat ka kita ni woii!!!

Sapa yang patut kompius dalam negara yang kuasa dakwah adalah milik mutlak orang Islam? Teringin nak jadi mujahideen pun, biaq la logik. Kalau isu ni pun dah kalut tergoyang iman, tapayah nak becakap pasai nak baling batu kat Israel la. Buat digelak dek mahadet jaa..

Keduanya ialah isu peraturan dan undang2. Kerajaan dan KDN sendiri tau bahawa Herald tak langgar apa2 undang2. Kenapa KDN guna undang2 untuk sekat Herald? Setelah Herald bawa ke mahkamah, iaitu landasan undang2 yang dipelawa oleh KDN dulu, apakah itu salah Herald?

Jika KDN ikhlas, Herald harus dijemput berbincang. Biar sama2 pakar berbincang dan berdialog isu ini, dan bukan buat cengei tapi bangang. Dah nyata salah kita, alih isu kata Kristian pelampau. Walhal hang yang mula guna undang2 sedangkan jelas Herald tak melanggar apa2 peraturan. (Kes masih dalam peringkat rayuan)

Soal yang perlu ditanya sekarang, apakah ameno lakukan pada negeri2 yang masih belum menggazetkan keputusan 1986 ini? Ataupun depa sendiri tak tau punca pangkal? Main seronok riuh sebab nak tunjuk kita tu pun ada iman? Suruh baca doa Qunut kang…

Dua benda yang tak masuk dek akal, tapi seronok dikompangkan oleh ameno dan juak2nya, termasuk kumpulan anti kolget.

Ameno takut ‘Allah’ dipermain dan dipersalahgunakan. Apakah mereka tak sedar bahawa merekalah yang mempermain dan mempersendakan Allah dan RasulNya dengan memomok undang2 Hudud dan sunnah? Sampai sekarang!

Ameno tak puas hati sebab Herald tak berbincang dan terus membawa perkara ini ke mahkamah. Apakah ameno buat2 tak tau dengan sejarah Memali bilamana tanpa berbincang, kerajaan mereka menyerang, menembak, dan membunuh orang kampung Memali yang tidak bersalah? Yang masih ada ruang perbincangan? Apakah ameno ini celaka perilakunya?!

Nazri hanya mengekalkan status-quo. Ia bukan penyelesaian, tetapi sekadar helah politik untuk melihatkannya bijak mengambil jalan tengah. Penang dan Kuala Lumpur masih bebas menggunakan nama ‘Allah’ oleh agama lain. Adakah ini jerangkap samar yang sengaja ditanam oleh mereka?

Isu ‘Allah’ sebenarnya satu helah untuk menarik minat orang muda dengan membangkitkan rasa ’stim’ berdemo dan ber’jihad’ setelah isu perpecahan Melayunya tidak dipedulikan oleh sesiapa, kecuali sekumpulan dua mereka yang gilakan projek dan pangkat serta kuasa.

Ameno menunggu masa kehancurannya.

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. “Ataupun depa sendiri tak tau punca pangkal? Main seronok riuh sebab nak tunjuk kita tu pun ada iman? Suruh baca doa Qunut kang…”

    Orang Ameno tanya balik, macam terror: “Nak baca qunut panjang ka, qunut pendek?”

    Orang bila berjalan (musafir) dia sembahyang secara Jamak & Qasar. Sama ada jamak taqdim atau jamak takkhir. Orang Ameno dia jamak jugak… tapi jamak tak-yah.

  2. Salam bang mat,

    Ha..ha,,ha,,,, akhirnya tersembur juga…, politik umno memang kotoq dulu, kini dan selamanya pun lagu tulah.

    hahahah… pertahankan kalimah…? pertahankan akidah…?

    Yang dok ada la ni, pasai apa tak ambik kisah nak pertahankan…? Dari awal lagi saya dah kata… ini semua permainan kotoq puak2 umno haramjadah tu….

    Kelemahannya dari awal perlaksanaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Agama Islam, lepas tu bab undang2 yang abang mat sebutkan tu, kemudiannya di sambung oleh pak dan mak menteri yang bangang dan bodoh tahap dewa dewi, bodoh nak mampussssss

    Nanti kena cop… : “Jadi anjing politik bang mat….!!!” jaga ooiiii…..

  3. Umat Islam memang akan confuse dengan penggunaan nama Allah oleh agama lain. Mungkin “kekonpiusan” itu tidak ketara sekarang, tetapi kita bimbang gejala konpius ini semakin teruk melanda generasi selepas kita. Lebih parah, Malaysia akan menjadi negara rumpun Melayu kedua selepas Indonesia yang mengamalkan dasar pancasila. Nauzubillah….

    Secara peribadi, aku tidak setuju dengan keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan kerana aku menganggap, beliau tidak menjaga sensitiviti orang Melayu-Islam di Malaysia. Tetapi, adakah itu bermakna aku akan menyokong juak-juak UMNO yang riuh berdemo, kononnya “menentang keras” penggunaan kalimah Allah ini di kalangan bukan Islam? NO WAY MAN…!!!

    WOI..!!! Balaci-balaci UMNO yang baca tulisan aku ni…

    Kalau korang betul-betul sensitif tentang masalah umat Islam sekarang, patutnya korang buat demo, desak ketua-ketua korang yang selesa dengan jawatan menteri itu dan menteri ini, PAKSA diaorang supaya segera TUTUP kilang arak, TUTUP pusat judi.

    Tapi, apa yang korang buat? Korang selaku balaci terhormat UMNO pi sindir PAS dengan ungkapa “Take beer”. Siapa yang “take beer”? Kalau bukan UMNO yang take beer, kenapa tak TUTUP kilang arak? Korang tau tak yang arak itu adalah “Ibu Segala Kejahatan”?

    Orang yang baik sekalipun, kalau dia minum arak, dia boleh hilang pertimbangan dengan melakukan segala kejahatan dan dosa, termasuk dosa kufur dan murtad dari ajaran Islam. Kenapa balaci-balaci UMNO tak takut langsung dengan gejala arak ni, tapi cukup sensitif dan melenting bukan kepalang (konon-kononnya) dalam isu penggunaan kalimah Allah?

    Kalau dah namanya A M E N O . . . . . puak-puak ni memang tak layak nak cakap pasal membela umat Islam.

  4. Sabaq la sat.. yang punah ranah tu rekod lama UMNO. Hangpa tibai UMNO..kesian UMNO. Skrg ni
    UMNO dah insaf, mereka sedang perbetulkan kesilapan lalu atau ‘fine tune’kan strategi $$$. PRU-13 bukan lama mana sangat lagi - 3 tahun paling lambatpun. Sabanq la sikit..beri peluang UMNO perbaiki mana2 yg kurang.

    Memang kita beri peluang UMNO perbaiki diri. Satu Malaysia, Juara Rakyat dll. Bagus UMNO..nampak mahu berubah. Kita beri peluang kat depa baiki diri..

    Tiba PRU-13 ni kita pakat2 undi ramai2. Undilah parti apa sekalipun asalkan bukan UMNO/BN. Amacam ?

  5. Nak buat macam mana..dulu orang tua kita..orang2 kampung tertipu. Mereka percaya kpd surat khabar dan TV lebih sangat. Kadang2 percaya sungguh..macam percaya kpd hadis.

    yang hang percaya sangat tu..hang dengad dari mana cerita tu? Depa kata semua surat khabar, bahkan TV pun siarkan ! Aku kata..”Surat khabar dan TV tu bukannya hadis atau Quran. Awat TV tak pandai mbohong ka?

    Akibatnya (memberi undi kpd pihak2 yang kurang ikhlas/ jujur)..sekarang baru depa nak menyesal. Dah terlambat sikit. Banyak kerosakan berlaku. Banyak, tak payah sebutkan satu persatu..semua orang kampung tau..

    Jangan hanpa main2 dengan kuasa dan hak mengundi tuan2. Silap memilih hari ni..5 tahun atau 10 tahun akan datang banhangnya terasa. Silap masa lepas, sekarang kita menanggung behananya..

  6. Juara Rakyat lah katakan..tapi apalah nilai juara kalau ‘pengadil’ mudah dibeli..UMNO..UMNO…

  7. ak x paham la ape style orang melayu nie…memang suke berpuak kot
    puak umno,puak pas,puak melayu liberal,puak atas pagar
    tu yang terkuak melayu tu dek dengki sapa kaya,sapa power,sapa hero
    akhirnye mnyusahkan cucu cicit korang gak,hak melayu sdah hilang
    dalam ic x de tulis melayu umno atau melayu pas/pkr
    same je,sume melayu.jadi knpe suke membezakan diri.muhasabah la sikit diri tu..
    korang yg bergaduh,hak cucu cicit korang tergadai..tgok ke hadapan ok……..

  8. gaya loya tulis macam ejen UMNO…..

  9. Orang UMNO memang bodoh. Ada dua sebab sahaja orang sokong UMNO
    1) kerana kepentingan
    2) manusia paling bodoh dalam dunia

    perbuatan bakar gereja ini semua kerja orang umno….. sebab merela bodoh dan rasa selamat.
    orang pembangkang takkan buat sebab mereka pandai tapi kalau bodoh pon tak buat jugak sebab nanti kena ISA

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.