Skandal Gula
Jan 18th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaAku nak buat sorang…tak cukup masa. Tapi kalau lebih ramai blogger-blogger buat penyelidikan…seorang satu artikel…bila dicantumkan boleh menceritakan apa yang berlaku disebalik kenaikan harga gula.
Apa yang aku nampak, gula menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan. Siapa yang buat bisnis gula…gerenti untung sebab keuntungannya sudah dijanjikan.
Robert Kuok merupakan rakyat Malaysia yang terkaya..tapi tak tinggal di Malaysia.
Baru-baru ini, Robert Kuok telah menjual semua aset beliau berjumlah RM1.25 billion dalam perniagaan gula di Malaysia. Semuanya dijual kepada Felda Global Venture. Felda menguasai 100 peratus saham dalam Malayan Sugar Manufacturing yang bernilai RM1.22 bilion, dan Kilang Gula Perlis yang bernilai RM26 juta.
PPB yang dikuasai oleh Robert Kuok juga akan menjual 5,797 hektar tanah miliknya di Perlis bernilai RM45 juta. Hasil jualan ini, PPB akan memperolehi keuntungan sebanyak RM758 juta.
Apa pun yang berlaku, Robert Kuok sudah untung ratusan juta ringgit. Dan perniagaan gula pula sudah beralih tangan kepada Felda Global Ventures.
Sebaik saja perniagaan gula beralih tangan kepada Felda Global Ventures, harga gula terus naik. Pasai apa? Sebab depa pun nak untung juga. Siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata.
Hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan mahu mengadakan ‘1 Parlimen 1 Pengedar Gula’. Aku mula mencium sesuatu.
Sapa yang akan dilantik menjadi pengedar gula untuk Felda? Sudah pasti ada Ketua Bahagian Umno yang dah mula lobi untuk menjadi pengedar gula di kawasan Parlimen mereka.
Selepas ini, apabila gula sudah dikawal oleh pemimpin-pemimpin Umno, maka harga gula akan dikeluarkan dari senarai barang kawalan. Dan tidak mustahil, negeri-negeri Pakatan Rakyat akan tumbang kerana gula.
Harga gula di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan dinaikkan lebih tinggi dari negeri-negeri yang ditadbir oleh UBN. Dan akhirnya, Pakatan akan dipersalahkan kerana tak tahu memerintah sehinggakan harga gula pun tak tau nak urus.
Fuh…bijak UBN.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














alamak..dah berbau la….habih…
Hebat sungguh Felda sekarang didalam negeri beli diluar negara beli tapi kebajikan penoroka tak sehebat mana.Jangan kerana nak hebat tanah tergadai kepada Bank.
Salam Mat.
cliffordkk ,
memang Bank tengah dok nganga tunggu peluang.
CIMB Bank ?
Cina India Melayu Benggali Bank……..anak-beranak,adik-beradik,abang-adik………
Deria bau dan hidu MSK memang kuat………..
Hmmmmmmmmmm….Anak siapa lah yang ampunya FELDA UNITED TO >>>MSK tulung telik mana tahu siapa Bapaknya ..ha ha ha ha hah a
Hari ni Felda kena bayar RM12 juta kepada lebih 300 penoroka Felda Kemahang 3, Kelantan kerana Felda menipu gred kelapa sawit yang dijual oleh Peneroka.
Nak harap apa pada Felda ? UMNO ?
Abg Mat
Org tua-tua dah cakap - Mati Semut Kerana Gula.
KTG
[...] Skandal Gula Negara (klik tajuk untuk ke sumber utama) [...]
Orang bisnes besar memanglah tahu selok-belok perniagaan, manipulasi, monopoli dan sebagainya bagi memastikan keuntungan terjamain - dan berlipatganda pula. Orang kampung atau rakyat marhein takkan nak tanam tebu buat gula sendiri..!
Golongan kapitalis menggunakan senjata MODAL besar mereka (= $$$$$) untuk menjana keuntungan besar pula. Soal kepentigan umum, kebajikan rakyat hampir tidak wujud dalam kamus falsafah perniagaan mereka. Kita hargai subsidi kerajaan, namun ia tidak mencukupi kerana harga barangan lain naik melambung akhir2 ini. Tuan2 tentu perasan keadaan ini. Masih ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan, Saya teringat jerih payah orang2 kampung yang miskin - ibu2 tunggal yg menyara anak2 sekolah, orang2 tua yg hidup ’sebatang kara’ dan tidak terdaya lagi untuk bekerja, anak2 yatim dan golongan miskin lain - masih ramai di desa2, pendalaman yang memrlukan pembelaan dan perhatian. Mereka tidak punyai sumber pendapatan tetap, tidak punyai biarpun secebis tanah untuk bercucuk tanam - hidup sememangnya ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Ada yang hanya makan sekali sehari sahaja kerana kesempitan hidup.
Saya harap pihak2 berwajib dan orang ramai memikirkan nasib mereka2 ini dan memgambil tindakan sewajarnya.
Saya rasa banyak faktor yg menyebabkan UMNO kecundang di beberapa negeri pada PRu-12 baru2 ini. Antaranya ialah layanan terhadap Anwar dan kenaikan harga baran2 keperluan yang melambung telah menyebabkan rakyat marhein terasa benar akan himpitannya. Mudah2an rakyat sendiri membuat perubahan melalui kuasa undi mereka dalam PRU-13 nanti.
Wallahu a’llam.
Aku setuju degan hang. Esok kita boikot gula! Ganti dengan garam dan asam! Hidup PR! Rumah aku ada banyak pokok asam… 2 seringit!
dedah ..sampai terdedah
Saudara MSK,
Tolong selidik, siasat dan dedahkan, awat yang Robert Kwok tu mudah sangat nak jual aset dia pada Felda. Mesti ada sesuatu disebaliknya.