Piala President PAFA
Jan 17th, 2010 | By Admin | Category: Anaz, Berita16 Jan, Ipoh - Sejarah terukir kembali apabila Piala President PAFA yang diwujudkan untuk mencari bakat baru dalam bidang bola sepak tanahair terutamanya di Perak. Sebanyak 16 pasukan daripada 9 daerah telah bertanding untuk merebut Piala President PAFA.
Sebanyak 8 pasukan dijadualkan berentap pada hari ini yang diakankan di 4 tempat sekitar bandaraya Ipoh. Pertamanya, Pasukan Ipoh A yang diwakili oleh Pasukan Melayu Perak berlawan dengan Pasukan daripada daerah Larut, Matang Selama iaitu LMS United.
Dato’ Seri Nizar selaku President PAFA melakukan sepak mula perlawanan di stadium tersebut kira-kira jam 5.00 petang. Beliau berasa berbesar hati melihat banyak pasukan yang mengambil bahagian. Beliau sempat melawat 3 daripada 4 perlawanan hari ini iaitu di Stadium Perak, Padang PCRC dan juga Padang Jalan Sultan Abdul Jalil.
Menurut penyelaras program Piala President, En Aziz, pada permulaan idea untuk liga ini diadakan hanya 11 pasukan yang menyatakan hasrat ingin bertanding berdasarkan 2 pasukan daripada satu daerah. Disebabkan sesetangah daerah tidak mahu menghantar wakil akibat masalah politik dan juga akibat tiada liga peringkat daerah, maka ada sesetengah daerah terpaksa menghantar wakil lebih daripada 2 pasukan.
Perlawanan Piala President PAFA ini dijangkakan akan berakhir dalam bulan MAC tahun ini. Tempat perlawanan akan diadakan di padang-padang daerah seluruh negeri. Jadual perlawanan boleh dirujuk di laman Perak FA.







Klik Imej Untuk Senarai Penuh














TAHNIAH….. diharap pertandingan ni dapat mencungkil bakat utk diserap ke tim liga super perak… Lupakan nama2 anak jati yg telah berhijrah ke negeri lain spt Indra Putra, R.Surendran, Kit Kong, Fakri Sarani, Hardi Jaafar, Sharulnizam, Hazrul Mustafa, Nasril Nourdin, Ahmad Azlan, Khalid Jamlus, Wing Hoong, ,S.subramaniam, Safee Sali, V.Saravanan serta pemain2 yg memulakan prospek di PAFA spt Norshahrul Idlan, K.Thirumurugan, Hamsani
Kita mampu menghasilkan nama2 di atas sekali lagi & sekaligus memastikan pemain2 muda ini mampu berbakti kepada Perak & malaysia
cari makan beb.
Kedah pun kena buat liga presiden Ust azizan jugak untuk cungkil bakat2 baru. Puluh kedah pulun