Forum Nama Allah: Salut Untuk Anak Muda!
Jan 15th, 2010 | By Admin | Category: Hasmi Hashim, Penulis Tamu, RencanaOleh HASMI HASHIM
Dewan penuh sesak. Hujan masih renyai. Di luar, pada mulanya beberapa kereta peronda polis kelihatan menunggu…
Memetik beberapa lapor, sekitar 1500 orang memenuhi Dewan Perhimpunan Cina Selangor malam itu. Saya sendiri belum pernah jadi panel dalam acara ilmu dan perbincangan yang sebegini besar khalayaknya.
Sebagai orang yang juga berkecimpung dalam arena politik, saya cukup maklum bahawa hanya ceramah politik yang akan mendapat sambutan sedemikian rupa.
Majlis ilmu dan forum, bilangannya paling ramai pun hanya ratus-ratusan sahaja. Kali ini, ia mulai menandingi ceramah politik itu sendiri! Wah, cukup membahagiakan.
Senggolan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein beberapa jam sebelum itu, dengan tanggapan perbincangan terbuka akan memburukkan keadaan, ternyata meleset.
Kata menteri itu, “kalau itulah yang awak mahu lihat, berbalah di dalam debat dan menciptakan lebih banyak meledaknya emosi? Kalau itulah yang mereka mahu, ia sangat tidak bertanggungjawab.” ~ (Malaysiainsider, 12 Januari 2009).
Ini tak lain, adalah sejenis ugutan bukan? Kita boleh berbeza pendapat, tetapi menutup ruang perbincangan terbuka adalah pandangan orang yang bukan sahaja dangkal, tetapi lemah.

Dari kiri: Dr Azwira A Aziz, pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM, Sdr. Hasmi Hashim, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad
Selain saya, antara ahli panel lain termasuklah yang paling dinantikan ialah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad; Dr Azwira A Aziz, pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM; pendakwah bebas, Shah Kirit Kakulal Govindji; Dr. Khalif Muammar, Felo Institut Islam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM; dan Dr Mohd Farid Mohd Shahran, pengerusi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM).
Bukan hanya Melayu yang hadir, tetapi juga kaum lain termasuk India dan Cina. Maknanya, bukan hanya Muslim, tetapi sudah pasti ada di kalangan penganut agama lain.
Kenyataannya, acara dimulai dengan tenang, berakhir juga dengan tenang. Kematangan moderator forum, saudara Faridzul Nasaruddin yang berulang kali menegaskan bahawa acara itu sama sekali bukan bertujuan menimbulkan ketegangan antara penganut agama manapun.
Apa yang menarik, program ini dianjurkan dengan ikatan kerjasama ketiga-tiga organisasi anak muda, sama ada Free Public Forum (FPF), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assambly Hall Youth (KLSCAH Youth). Tahniah buat mereka! Lebih-lebih lagi ketiga-tiga organisasi ini adalah organisasi anak muda belaka.
Sejurus itu, nampaknya mulai terus dianjurkan perbincangan di atas isu sama di beberapa tempat di seluruh negara, oleh pelbagai pertubuhan NGO dan organisasi. Hishamuddin sama sekali salah dalam melihat kematangan antara penganut agama mengurus dan membincangkan isu agama.
Perspektif Hishamuddin selain bersifat hingusan, ia tidak lain adalah perspektif kekuasaan-politik yang angkuh. Yang merasakan dirinya sahaja yang berhak dan pandai mengurus persoalan umat sementara kononnya rakyat tidak tahu mengurus dirinya sendiri. Ceh!
Ini, anak-anak muda ini, yang walaupun diberikan tekanan, mereka tetap berjaya menganjurkan program. Ini, anak-anak muda ini, tak memakai dana kerajaan dan duit rakyat jutaan ringgit untuk menyelesaikan masalah yang sebegini genting. Ini, anak-anak muda ini adalah baris depan yang akan menentukan nasib bangsa akan datang ~ dan Hishamuddin, juga Ketua Pemuda Umno yang ada sekarang, kena tahu itu.
Anak-anak muda inilah sebentar lagi akan menentang kezaliman dan kecuaian kamu.
Lebih penting, anak-anak muda ini, saya yakin, bukan ahli partinya Hishamuddin! Barangkali kerana itulah Hishamuddin jadi takut dan gementar. Tak satupun program dapat dianjurkan Pemuda Umno setiap umat Islam dilanda musibah.
Empat tahun lalu, sewaktu isu “kartun hina Nabi”, yang dilakukan oleh Pemuda Umno hanya membakar dada orang Melayu untuk menuai keuntungan politik. Sekarang, apabila timbul isu kalimah Allah, juga yang terus disimbah minyak dan api di dada orang Melayu. Penyelesaiannya, tak ada!
Isu, kemelut dan musibah yang melanda umat Islam hanya jadi bahan politik untuk mereka meraih populariti. Rumusan dan pemikiran tidak mendasar keputusan dan retorika politik mereka. Kita membaca pandangan para pemimpin itu, hampir semuanya sampah. Tak ada isi, dan biasa-biasa sahaja.
Bedebah! Dengan kuasa dan kekayaan wang ringgit yang dimiliki Umno (dan kemewahan setiap para pemimpinnya), mereka bukan hanya gagal menganjur majlis ilmu dan diskusi, malah menakut-nakutkan pula anak-anak muda dan mahasiswa yang berniat baik untuk mengurus masalah bangsa. Apa lagi kalau bukan istilah “bedebah” adalah panggilan terbaik Umno dan pemimpin pemudanya? Ya, bedebah!
Kalimah Allah untuk umat Islam semakin jelas boleh dikongsi dengan cara baik dengan penganut kristian; sama ada dari segi hukum mahupun sosio-budaya iaitu sejarah. Itu prinsip dan seruan Tuhan sendiri di dalam sekian banyak firman-Nya di dalam al-Quran.
Untuk Pemimpin Pemuda Umno, termasuk Hishamuddin, istilah yang sesuai bagi mereka adalah bedebah! Ya, bedebah!





Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Bedebah tu kira boleh gagah le lagi Hasmi…jika dikatakan BADIGOL lagi hampeh…
Anak muda x mengharapkan RM pun….Pemuda umno kena harap RM….
Pemuda amno harapkan RM?? Rasuah Memanjang…..
Hishamuddin - Menteri Dalam Negeri paling BANGANG dalam sejarah penubuhan Malaysia.
Kepada anggota polis yang cukup berdedikasi mengawal ceramah pada malam tu, buang masa kalian aje pi percaya cakap bos hang (Hishamuddin) yang BODOH mengalahkan lembu. Korang jadi bos lagi bagus agaknya….
tmbh sket…bedebah,bangang,bodoh,bahlol,tolol,bingai,lemau,sunkist,cibai dan sebulembu…itulah mereka
Kuat dapat merasakan kemualan kawan-kawan terhadap keangkuhan bapak menteri. Maaf lewat membalas karena sibuk dua hari ini mengendali kursus Sekolah Politik IKD dalam rangka mempersiap barisan muda pemimpin Reformasi. Inshaalah akan melapurkan minggu hadapan. - HH
Kuat dapat merasakan kemualan kawan-kawan terhadap keangkuhan bapak menteri. Maaf lewat membalas karena sibuk dua hari ini mengendali kursus Sekolah Politik IKD dalam rangka mempersiap barisan muda pemimpin Reformasi di Morib, Selangor. Inshaalah akan melapurkan minggu hadapan. - HH
[...] January 16, 2010 Oleh HASMI HASHIM (Perak Express) [...]
[...] For an insight into the proceedings that evening, take a peek at what one of the speakers, Hasmi Hashim, had to say HERE. [...]
hasmi
hang sure ka yg mai dlm 1500 org? aku pernah buat event ‘free standing’ kat situ. betui2 nak penuh dewan. tu pun dapat tak sampai 1500 org. maybe betui kot, campoq kerusi yg hangpa stack kat belakang dewan tu. haha. agak2 la wei..
hasmi ,
buh la point point penting yang kome bicarakan itu
yang tak hadir nak tahu juge
Many Thanks, Hasmi for being so fair, level-headed and wise in your words and actions.
I have no religion, I am an atheist, but I respect all others who have religions.
I sincerely hope PR will take over in the next general election. Leaders like you, Tok Guru, Nizar (MB of Perak), Dzulkefly Ahmad (PAS Strategic Director), the 2 Khalids plus many others are so God-fearing and their actions are guided by the Quran. They respect other races’ religions and beliefs. These leaders advise everyone to resolve issues harmoniously through dialogues.
In contrast, we can all see that the BN Cabinet members spew rubbish, stir up racial sentiments and they no not have like leaders of this country. They command no respect from citizens.
I have no hesitation to vote for PAS in the next GE. In fact, you can see so many non-Malay and Malay bloggers supporting PAS during the past by-elections. That is how I got to know more about PAS and its members. PAS leaders and members are so rational and always looking into building bridges with others.
Many Thanks, Hasmi for your effort in helping to make Malaysia a better country.
No monopoly on Allah: http://myblog.mazlizaothman.com/?p=42
Hasmi dan barisan panels: SYABAS to all of you. You make me (non-Muslim) getting near to Islam. Not so much phobia like before. Last GE12, i voted for PR first time in my life. Previously i am A strong supporter of BN Mahathir due to his effort building Malaysia in the eyes of world but……now i see him as an extremist, racist, selfish etc. Even more sad and dissapointed we are called “pendatangs” but no ISA to these ppl. Kepala Lembu also no ISA. Now burning and vandalizing churches also no ISA. The current Fed gov really make me puke. Believe me, my uncles and aunties last GE12 voted for PAS (unbelievable) which they are so fear off previously…SURPRISE!
Syabas atas anjuran Forum itu.
[...] (perhaps, not even aware of the event) when the Malaysian younger generation decided and managed to organise a forum recently with regard to the highly ’sensitive’ issue on ‘Allah’ without anyone losing their sense of decorum nor their heads. Malaysians have [...]
Terima kaseh sekali lagi dengan komen pelbagai. Saya masih agak sebok dengan jadual ketat sehingga hujung minggu ini.
Prioryofjenin ~ Laporan Malaysiainsider menyebutkan sekitar 1500, juga yang berdiri. Saiz dewan memang memungkin angka itu.
Abe ~ Mengenai pengisian, telah saya tulis di Malaysiakini: “Allah: Siapa Pasung Fikrah Muslim”. Harap semak di sana.
Bro Siebel and Roger Lee ~ For a decades, Umno-BN has been in power by creating a “climax of fear” and separating rakyat within race and religion dichotomy. I’m sure, inshaalah, we will see for the first time in our history were Rakyat from all races will stand up together and demand for a real meaning of independent and unite as a single big family under Pakatan’s administration; live with out any kind of prejudice and jealousy. But, I warning you, Pemuda Umno don’t like this ideas at all… for sure! Hahaha.
Kepada Cheah Sing Hwa dan lain-lain, terima kaseh. Semoga Tuhan merestui perjuangan kita bersama, amien.
HH,
PJ
finally, I could find this article again. You have few [url=http://tipswift.com]useful tips[/url] for my school project. Now, I won’t forget to bookmark it.