Susahnya nak bersekolah
Jan 11th, 2010 | By Admin | Category: Berita, Blog TerpilihMacam mana ni ? Yuran makan RM834.00, PIBG RM40, Ibdadi RM277, Koperasi RM135.50! Jumlah hampir Rm1300.00! Mana nak cari ni ? Ayah nak bayar duit adik-adik lagi, PASTI RM400.00 untuk 2 orang! Sekolah Rendah sekurang-kurangnya RM200 seorang !
Akak di UiTM baru telefon semalam. Ayah, kak long kena beli peralatan bengkel, RM400. Itu baru semester 1. Dah tu PTPTN lambat lagi. Dapat separuh je pulak tu! Kenapalah mak dan abah ramai sangat anak-anak ?
Abang kat SBP kena bayar at least RM1500 ! Maklumlah tahun ini dia ambik SPM ! Apasal Bonus ayah tak dapat RM5000.00 Settle everything ! Tapi ayah dapat RM500 sahaja. Gaji ayah tinggal RM850 saja ! Emak tolong dengan menjual kuih ! Dapatlah RM20 sehari. Ayah pergi kerja naik motor buruk Honda tu dah hampir 5 tahun! Masih tidak mampu tukar dengan yang baru. Kesian ayah. Tak tahulah macam mana nak menghadapi semua ini!
Nak kata negara ni miskin macam kat Afrika tu, IMPOSSIBLE ! Kereta mewah, rumah banglow, bangunan pencakar langit, Prada, Lois Vutton, Starbuck…. semuanya melambangkan kemewahan ! Macam mana nak mula sekolah je…. ayah dan mak mula bersedih.
Bukankah negara ini KAYA ? Kenapa kena bayar banyak-banyak lagi ?
Mana pergi duit negara ini ?
Perlukah bangunan pencakar langit ?
Perlukah F1 Circuit ?
Perlukah Monsoon Cup ?
Perlukah ………..
Dari: Ude Kenang



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Hujan Emas di negeri orang, Hujan Batu di negeri sendiri. Baik Hujan Emas di negeri orang……….
nak buat mcm ne? boleh ke kite ckap mcm tuu???
mungkin juga salah rakyat malaya yg tersilap memangkah semasa pilihan raya,
kerajaan yg di sokong menindas ia kembali,
ape jase kerajaan pada kite semua????
air percuma?
elektrik percuma?
telepon percuma?
bebas cukai?
atau bangunan yg tinggi hingga ke bulan? lebuh raya selebar sungai pahang? rumah sebesar istana kinta?
mane hak rakyat??? bila keluar tv baru di tolong di bantu????
BERUBAH LAA RAKYAT MALAYSIA JANGAN JADI MANGKUK HAYUN YG TAK BERGUNA LANGSUNG
TUMBANGKAN DIKTAKTOR, TUMBANGKAN KAPITALIS, TUMBANG DAN TUMBANGKAN KAUM2 YG MENOLAK ISLAM SEBAGAI PETUNJUK…..
koman2 rakyat selangor tak penin nak bayo bil ayo… mcm2 kos skrg nih…alahai..apa la nasib…
Bukan “tersilap” matperak, memang pun silap.
Pada saya, apa yg menyedihkan serta malang ialah jangka masa yg telah berlalu sebelum masyarakat Melayu sedar betapa rosaknya mereka yg mengaku “pembela” Melayu berjaya menawan minda anak Melayu utk melangsungkan niat jahat mereka utk terus berkuasa.
Saya beri contoh hanya satu - jika lebih ramai dikalangan Melayu sanggup mendengar pesan Lim Kit Siang berceramah penghujung tahun 80′an, mungkin hari ini kita semua tidak dibebankan dgn bayaran tol yg kian meningkat mencecah langit.
Dari dulu lagi banyak yg tidak betul pengurusan harta awam yg ditugaskan kpd proksi-proksi UMNO oleh Daim dan Mahathir tetapi akhir sekali, harta awam dalam bentuk Lebuhraya Utara-Selatan telah pun digadaikan oleh UMNO utk membiayai hutang.
Malang seribu malang, ramai menyedari dan tahu segala selok-belok UMNO kebas dan mencuri dana rakyat tetapi tiada seorang pun pekik dan buat apa yg patut kerana yg mencuri adalah puak Melayu sendiri lalu diizinkan.
Saya masih kecil masa, usia 12 tahun, tetapi lantas terus boleh melihat dan menilaikan keadaan semasa tetapi air mata serta bantahan anak kecil siapa yg peduli (lebih-lebih lagi kerana saya bukan dari kaum terpelihara). Usia remaja telah pun saya sedar UMNO perosak bangsa dan negara tetapi siapa peduli kerana saya bukan dari kaum terpilih. Setelah kian lama sedih(imbas kembali)saya tidak ada kuasa buat apa-apa sama sekali kerana segala bantahan ataupun tomahan tidak akan diterima ataupun diberi ruang, silap-silap dituduh menghasut terus dipukul mampus tergolek.
Masa sudah berlalu dan apa yg telah hilang, payah ditebus balik tetapi tak mengapa dalam usaha kita bersama membangunkan segala yg telah disonglap atau rosak ditangan kerajaan tajaan UMNO. Generasi Melayu terdahulu sedikit sebanyak terhidu racun UMNO kalaupun tak ditelan bulat-bulat dan mungkin kita tidak dapat membantu sepenuhnya mereka yg cuai dan leka tetapi biarlah kita semua berusaha mengelakkan nasib malang sebegini supaya tidak mengancam anak cucu kamu, generasi yg akan menjadi waris anda semua.
mungkin kita boleh minta tolong Nik Aziz sebab kalau kes menantu pun dia boleh cover sampai 50 juta, apalah sangat dengan duit yuran
negara kaya tapi bila ddapat mangkuk-mangku yang tak boleh diajar menyebabkan negara tak membangun dengan maju.Begitulah bila dapat penasihat berharga RM1 maka nilai nasihatpun bernilai Rm1 aje lah. ayor mineral lagi mahal
Belajarlah disekolah pondok yang belambak di kelantan atau pattani sana…semua free…tak payah pikiaq nak bayaq duit apa pun…Pondok di Kelantan dah setanding ngan Sekolah agama yang kerajaan pusat bina….segala macam ilmu ada..dunia dan akhirat….Belajaq kat sekolah kerajaan pusat ajaq dunia saje….takut anak anak jadi sesat pulak…maklum lah dah kata kerajaan sesat. tak ikut islam.
Betul ke statement ni
Yuran makan RM834.00, PIBG RM40, Ibdadi RM277, Koperasi RM135.50! Jumlah hampir Rm1300.00!
sekolah sbp mana yang kenakan bayaran sampai begitu. Saya ada adik SBP pun ayah saya tak bayar macam tu. atau pun hanya tokoh tambah untuk menunjukkan teruknya keadaan. Kalau begitu usah diulangi Nabi Muhammad tak ajar kita buat begitu. Walau pun saya dari pihak pembangkang tapi brkenaan fakta bukan satu kompromi.
ana sokong mdsah. lagi pun kalau nak masuk syurga senang sahaja. pergi curi selipar Nik aziz ambik berkat. ataupun beli no yang ada 65 letak dalam rumah sebab nik aziz suka no 65
rm65,000 rasuah haji
rm650 rasuah kek
rm50,000,000.00 duit cover menantu
tu la kerajaan korang yg tau nak menkedarah duit rakyat je…
Saya juga ada anak di SBP, Yuran adalah spt berikut: Makan RM3.00/hari x 200 hari + RM600.00, asrama/insuran/dobi/rekreasi dll… RM450.00, PIBG RM100.00, Kecmerlangan: RM200.00. Semua nya berjumlah RM1,350.00. Itu pun anak saya diarahkan pulang kerumah setiap hujung minggu kerana kerajaan tidak memberikan peruntukan makan. Ini lah yang dikatan RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!!!!!. Bagaimana rakyat yang bertani, buruh kerani dll akan menyara anak seramai empat orang? FIKIR-FIKIRKAN
kalau kat U, adik perempuan aku terpaksa masuk “Komando” gara-gara nak dapat elaun. dapat ketua pun otak tak betul “plead” minum arak depan budak-budak ni. siap “encourage” pulak tu “to feel experience”. sabo je…mintak-mintak tak jahanam adik aku…adik laki aku, tak tahu macam mana dia survive..PTPTN rasanya tak cukup tu. tu kadang-kadang dengar benda pelik dari mulut diaorang..nasib baik abang-abang dia “give full support” kerja pun “independent non-gov sector” tak harap kerajaan. tak payah mengampu nak naik gaji lebih..lucky la aku kerja dengan “big company” so tak hairan la pasal kos…tapi kesian la yang kerje operator…gaji berapa sen sangat..nak tampung anak sekolah, pi ngaji, semua duit…kat kelantan takpe la pacak je kedai…orang tak kacau…kena kat luar ni pacak je tiang…orang dah datang minta duit. sikit-sikit duit..sikit-sikit duit..aku nak tolong pun aku hanya commit dengan adik beradik je…orang lain aku tak mampu lagi..
anakkuala ni memang jenis manusia yang tak ada cita-cita langsung pegi haji agaknya….
wat malu oghang kuale je……………..
sponsor f1 sampai dua team abis duit berbilion….rakyat kat sini makan tulang je la,,,
izinkan menyalin ke blog saya