Republik Anak Muda (RAM): Ucapan Khas Buat Nizar
Jan 8th, 2010 | By Admin | Category: Hasmi Hashim, RencanaOleh HASMI HASHIM
Bila dilihat keadaan kereta yang terbalik tayar ke atas, sesiapa pun ingat Ir Nizar Jamaluddin parah.
“Ya Allah, Nizar kemalangan?” ~ saya dapat SMS. Berderau darah.
Saya sendiri tidak tahu, walaupun menulis untuk Perakexpress dan pernah sepentas bersama Menteri Besar Rakyat Perak ini, beberapa bulan tahun lalu. Tapi itu tak bermakna saya tinggal di Ipoh. Saya tinggal di PJ. Dan kawan saya yang SMS itu, duduk di Sungai Buloh.
“Buka Perakexpress cepat! Mungkin sudah ada berita di sana,” jawab saya.
Ini bukti, media alternatif jadi lebih penting daripada media sedia ada yang gah. Kalau dulu, kena tunggu sampai siaran berita terkini di TV, atau berita perdana sebelah malam. Atau berita yang libatkan pemimpin Pakatan Rakyat, kena tunggu sampai esok; baca surat khabar pagi. Itupun, kalau ada!
Sekarang tidak. Ada internet, dan seperti ungkapan Ir Nizar sendiri sewaktu program bersama saya beberapa bulan lalu, “internet adalah lambang medium alternatif yang berjaya, lebih-lebih lagi apabila media perdana dikongkong.”
Sebab itu, saya faham kenapa Institut Kajian Dasar (IKD) juga cuba sokong “medium baru” ini. Macam konsert “Rock the Vote” di Sungai Buaya, Selangor hari itu. Paling tidak sebab muzik adalah nadi orang muda ~ tak ada orang muda yang tak dengar muzik.
Dalam masa sama, konsert itu juga buka ruang agar anak-anak muda yang berumur atas 21 tahun, daftar mengundi. Ada kaunter yang dibuka. Ia awalnya adalah inisiatif Sekretariat Belia Selangor, atau lebih anak-anak muda Selangor banggakan sebagai “GEN-S”.
Dan sebab itulah namanya, “Rock the Vote” untu galak daftar sebagai pemilih. “Vote-vote-vote”. Nampak tak? Faham tak?
Tak cukup dengan konsert, atau apa pun program, kelompok-kelompok anak muda perlu dirangkai.
Yang di Sungai Buaya perlu tahu, mereka ada kawan di Rawang. Yang di Rawang kena tahu, mereka ada kawan di Tanjung Malim. Yang di Tanjung Malim kena tahu, ada anak muda yang sekental semangat mereka di Besut. Yang di Besut kena tahu, mereka tak sendirian. Mereka ada member di Batu Pahat, di Port Dickson, di Pekan, di Arau, di mana-mana.
“Siapa yang nak merangkai kita-kita ni?” tanya kawan semasa dalam kereta barunya waktu kami pulang dari konsert.
“RAM-lah!” jawab saya.
Kalau terpecah-pecah, tak berkembang. Mungkin yang pandai main bass di Ipoh tak dapat tubuhkan band sebab tak jumpa penyanyi yang baik dari Segamat. Mungkin yang buat t-shirt di Ampang susah nak kembangkan perniagaan sebab tak tahu ada kawan yang boleh dapatkan t-shirt murah di Rantau Panjang.
“Dalam dunia globalisasi, sepatutnya semakin terangkai… bukan terpecah-pecah,” kata saya tunjuk pandai. Padahal hujah itu, sesiapa pun tahu.
Ini prinsip asas Republik Anak Muda, prinsip asas RAM iaitu wujudkan jaringan, dan sebab itulah ia dinamakan sebagai “republik”. Sebab, jaringan ini bukan ikatan macam sebuah negara. Malah, dalam masa terdekat ini, jaringan RAM juga akan bersentuhan dengan teman-teman dan kelompok di Singapura, Bandung, Jakarta, Bangkok, Bandar Seri Begawan dan Manila.
Kawan yang membawa saya petang itulah yang SMS saya tadi, bertanya tentang kemalangan yang menimpa Ir Nizar. Dia orang Melaka, bukan orang Perak.
Kalau ikutkan, untuk apa dia sibuk-sibuk hendak tahu perihal politik orang Perak. Lagipun, dia bukan peduli sangat soal politik kiri-kanan, atas-bawah. Hanya jelaslah bahawa pemimpin yang dianiaya seperti Ir Nizar, yang kerajaannya dirampas, sangat dekat dengan hati rakyat. Bukan sahaja di Perak, malah seluruh negara.
Kebimbangan, doa dan ucap selamat kepadanya mencurah-curah.
“Tadi awek tu nak apa?” dia tanya apabila kami lewat tol Sungai Buloh.
“T-shirt RAM,” jawab saya.
“Dah kasi?”
“Belum… mana ada bawa!”
“Habis tu, bila nak kasi?”
“Nanti… dia nak turun KL,” kata saya.
“Dah ambil nombor telefon dia?”
“Dah!” saya jawab laju-laju.
“Kasi aku boleh?”
Saya tiba-tiba terbarai ketawa. Dia buat muka serius.
“Alaaa,” katanya.
[1/2: bersambung...]
Pesanan: Central Committee (CC) RAM mendoakan Ir Nizar Jamaluddin segera sembuh, amin. Ikuti penjelasan mengenai makna logo RAM yang ditangguh dalam siri ini, ke siri akan datang.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














IR Nizar dh ok.. td imamkn solat jumaat kt majid muhibuddin syah..
orang mukmin memang kene concern sesama mukmin…tak gitu hasmi?
Kasehan tengok orang Melayu yang ramai-ramai ini, yang tak berdosa tetapi seperti ditimpa musibah dek lagak dua-tiga kerat jagoan palsu: sama kasehannya memandang orang Kristian yang rumah ibadatnya dibumi-hanguskan. Apalah nasib bangsa ini? ~ HH
keep up the good works with RAM. pedulikan org pas nk marah kalo ada penyanyi pompuan.