Kenyataan Dr Haron Din dipertikai

Jan 5th, 2010 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, Berita

Jimadie Shah Othman/MKini

Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah ‘Allah’ boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

“Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, ‘Allah menciptakan alam’, adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

“Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?” kata bekas mufti Perlis.

[baca lagi]

Tags:

Afiat

3 comments
Leave a comment »

  1. Dengar kata, di Mesir org2 Kristian Coptics membahasakan “allah” bg merujuk apa yg kita faham Tuhan mereka, dimana Jesus (Isa a.s) dianggap satu daripada 3 integeral parts in the Trinity. Di Indonesia dan di Sabah sudah lama jugak digunapakai oleh mereka yg mendapat bekalan bahan2 cetak dari Indonesia. Tak semestinya kita ikut negara lain yg MEMBIARKAN saja (membiarkan bukan bermakna bersetuju..cuma tak ada guts utk ambil tindakan !).

    Di dalam 66 kitab2 Bible, TIADA satupun ditemui perkataan ‘Allah’. Yang ada ialah “God”, “Ellohim”, “Elli”, “Jehovah” (atau YHWH). Dan “God” itu pula dimengertikan oleh orang Kristian SEKARANG sebagai triune (tritunggal) atau atau kita kata ‘trinity’. (Orag2 Kristian terawal,sebelum peristiwa Necaea Council (325M) kebanyakan tidak percaya konsep Trinity, God the Father, God the Son dan Holy Spirit. Maka Raja Constantine memutuskan demikian (trinity). Saya tak taulah kut2 “tuhan” beri hak dan kuasa kpd dia (Konstantin) utk menyemak atau membuat semakan/revision ke atas Bible..) Kita tak percaya penyekutuan 3-in-one ini. Ia syirik yg paling teratas ! Nauzubillah..

    Pengunaan bukan utk penghinaan tak jadi masalah kata TGNA dan Dr. Mohd Asri. Saya setuju. Allah adalah Tuhan sekelian alam. Yang dibimbangi ialah masa hadapan..dikhuatiri berlaku penghinaan, penyalahgunaan - misalnya pakai lambang Allah di leher ketika masuk tandas dan berak..kalau lambang salib tak jd masalah kut..kita tengok ramai org2 Kristian pakai..di mana saja, termasuk ketika mereka sedang mentakadarah sup daging khinzir dan menghirup wine, arak..

    Ataupun kita bimbang, nama Allah akan diletak pada patung Jesus yg disalib/ crucified, amacam.. Ini kebimbangan kita ! Ataupun..diletak pada patung2 lain Virgin Mary, dan sebagainya (dah kita kata “takpa”, boleh guna jika tidak utk memghina..). Siapa yang akan dipertanggunjawabkan utk kawal semua ni nanti ? JAIS? Jakim? Yang agak pasti..orang mukmin/ Islam yang bertanggungjawab menjaga kesucian Islam..(tak boleh kita harapkan orang2 Kristian atau Hindu/Buddha utk menjaganya !).

    Apa MOTIF, tujuan sebenar mereka nak gunakan istilah Allah itu ? Sedangkan nama tuhan depa menurut Bible ialah ‘GOD” (bukan Allah).. Apa niat disebaliknya ? Ini yang harus ditanya. Nak proselytize kpd pembaca2 yang menggunakan BM?

    Kita mahu semua pihak menghormati agama lain. Kita mahu keharmonian dan pesefahaman, keamanan dan solidarity antara inter-faith dipelihara..dihargai.. bukan mencari jalan provokatif, bukan disrespect. Bukan apa. Malaysia Boleh !

    Apa motif sebenarnya ..Itu soalan yang harus dijawab..

  2. lepas ni demer akan juwey rantai kalimah Allah di tengah2 lambang salib tu…

  3. orang tak pi ngaji je takut…orang pi ngaji tak rasa apa pun…biasa je…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.