Republik Anak Muda (RAM): Cerita T-shirt
Jan 3rd, 2010 | By Admin | Category: Hasmi Hashim, Rencana, utamaDia cantek; dia gadis dari kampung itu yang menyapa ~ saya berdiri agak ke tepi belakang dewan. Menonton show agak jauh. Tak tahan depan-depan.
Dekat sound box, berdesing telinga!
Tak sedar mulanya. Sampai dicuit-cuit bahu. “Emmm,” dia beri salam.
Saya toleh.
Dia, senyum. Macam buat-buat.
Segera soalan menyambar, “Nak tanya, apa itu Republik Anak Muda? Untuk apa RAM?”
Macam kilat.
Diam. Tak siap jawapan, walaupun tak sampai 5 minit tadi, di pentas, saya bercakap dan jelaskan mengenai RAM.
Malam itu, dua minggu lepas, 19 Disember 2009, adalah malam konsert “Rock the Vote” di Sungai Buaya, Selangor. Konsert yang himpunkan sedozen kumpulan gitar rancak (kugiran). Tak ada band luar. Tak ada nama besar. Semuanya dari sekitar Bukit Beruntung, Rawang dan Hulu Selangor.
Dan konsert julung kali ini dianjur Institut Kajian Dasar (IKD) bersama satu tim dalam AMK yang saya dengar diberi jolokan “Generasi Perubahan” (GP). Pada t-shirt krew, juga tertulis akronim “GP”.
Tak siapa sangka, IKD bikin konsert ini. IKD, sejak dahulu pun orang tahu sebagai sebuah badan pemikir dan institut yang serius. Dengan seminar, training dan berkajang kertas kerja.
“Rock the Vote” bergema dalam dewan yang betul-betul di tengah-tengah kampung; kampung yang cantik, dengan sungai, paya di tebing jalan. Permukaan tanah berbukit latar. Kawasan di sini terlindung rimbun pokok-pokok. Kala sampai, asap keluar dari tanah. Macam kayangan.
Bersama seorang kawan, kami tiba waktu renyai asyik mematuk cermin kereta.
Halaman dewan lecak. Beberapa gerai jual makanan dan air. Hujan sejak pukul 5. Bukan main lebat. Peniaga air, rasanya, tak senang hati. Sebelum disapa gadis itu, saya telah bercakap 5-10 minit di pentas.
“Dipersilakan pengerusi Republik Anak Muda…” suara MC ala-ala suara DJ majlis kerja kahwin.
Orang bertepuk seperti saya pula yang akan menyanyi. Tidak. Saya tak pasti, apakah hadirin bertepuk kerana suka, atau tepuk-tepuk sindir sebab bosan kalau program konsert, ada ucapan-ucapan bagai!
“Ibu-bapa yang ada dalam dewan, saya harap tak usahlah selepas ini kita anggap muzik, termasuk rock, sesuatu yang semestinya tak elok. Lihat malam ini, semuanya baik-baik,” kata saya selepas beri salam.
Mereka bertepuk sekali lagi. Agak ramai.
Wah, itu mesti di kalangan rockers yang senang kerana terasa mereka terbela.
“Ya! Yah!!!” suara di tengah-tengah orang ramai.
Saya sambung, “kalau begini ramai yang datang, kita dah tak perlu buat konsert di KL. Kita boleh buat tiap-tiap tahun di Kampung Sungai Buaya.”
“Trup-trup-truppp,” semakin kuat pula tepukan. Termasuk seorang makcik yang duduk betul-betul di hadapan pentas, yang tadi agak diam, sekarang bertepuk dan tercegat mata ke arah saya. Dia datang dengan anak, dengan suami. Duduk sederet, satu-dua-tiga.
“Kalau kita harap kerajaan yang dulu, tak akan mungkin ada program macam ini…”
Saya senggangkan sekejap. Manalah tahu kalau masih ada yang mahu bertepuk. Belum-belum.
“Kalau dahulu cuma ada ‘program makan kuih lapis’, baju batek kilat-kilat; tetapi sekarang ada konsert yang sebegini meriah untuk anak-anak muda dan penduduk Sungai Buaya. Oleh itu, kita perlu pertahankan Kerajaan Negeri yang ada sekarang.”
Trup-trup-trup!
Wah kali ini luar biasa gemuruh… Trup-trap, trup-trup trap-trap-trappp, panjang. Juga laungan bersemangat dari belakang.
Selepas itu, saya mula jelaskan, apa itu Republik Anak Muda. Ramai yang bertanya. Nak tahu lebih…
“Dengar tak? Saya tanya tadi, apa itu RAM?” si gadis tadi tuntut jawapan.
“Oh ya,” jawab saya, “RAM adalah jenama baju; jenama t-shirt!”
Dia diam. Macam tak percaya. Tarik “muka 14″. Pelan-pelan buat muka menyampah.
“Errr… jangan main-mainlah!” separuh marah.
Mungkin anggap saya tak serius.
“Emmm, siapa nama tadi?” tanya saya dengan nada agak serius.
Mukanya berubah. Sedikit ‘longgar’. Kemudian ketawa.
“Baiklah,” kata saya, “RAM adalah fesyen. RAM adalah jaringan anak-anak muda. RAM adalah kegiatan apa sahaja mengenai kepentingan anak muda. RAM antara lain adalah seperti apa yang saudari emmm…”
“Su!” katanya.
“Ya, seperti apa yang saudari Su lihat sekarang,” jelas saya.
Muzik di pentas sedikit reda.
“Saya nak satu, boleh?” tegasnya.
“Nak apa?” kilas saya.
“T-shirt RAM! Saiz “S”… “S” untuk Su. Ada?”
Dia senyum.
[1/1:bersambung...]
PESANAN: Siri akan datang, pengenalan prinsip asas dan logo RAM.




Klik Imej Untuk Senarai Penuh














bravo bro…jurus tulis lu makin best…cepat sket kasi sambung…
Here U are! Bro, continue cpt! X sabar nih..
Tulisan banyak perlambangan takpe, nak ngorat kena direct, baru cool! hih hih hih . . .
Hasmi…karang story ala-ala Kang Abik satu…he…he…
Tungguuu!