NASIHAT AL-QURAN KEPADA BLOGGER

Jan 3rd, 2010 | By Admin | Category: DAP Melayu, Rencana, utama

Oleh DAP Melayu

WAHAI PARA BLOGGER SEKELIAN,

Firman Allah di dalam Al-Quran yang ertinya :

”Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6).

Sesungguhnya berbicara di laman blog atau mana-mana laman sesawang melalui internet hukumnya sama sahaja dengan berbicara dalam keadaan biasa atau face to face. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan kepada para blogger.

Dalam semua posting atau komentar hendaknya kita menyedari, bahawa segala tulisan kita, tetap diawasi oleh Allah SWT sebagaimana firmannya :

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaaf : 18)

Malaikat Raqib dan Atid sentiasa memerhati setiap patah perkataan tulisan atau ucapan para blogger.

Janganlah pula para blogger menulis sesuatu berita dia sendiri tiada pengetahuan mengenainya kerana semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Firman Allah SWT yang ertinya :

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya”. (Al-Israa’ : 36)

Para blogger hendaknya selalu mengucapkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan agar setiap mukmin memilih diam daripada berbicara yang sia-sia. Allah SWT berfirman:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fushshilat : 33).

Hendaknya perbicaraan selalu di dalam kebaikan dan penuh tanggungjawab. Allah berfirman yang ertinya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat baik atau mengadakan perdamaian di antara manusia”. (An-Nisa:114).

Janganlah di laman blog kita bersangka buruk, mengadu domba atau memperolok-olok seseorang atau kumpulan. Allah berfirman yang ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan syak wasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari syak wasangka itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengadu domba satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Hujurat : 12).

Para blogger hendaklah sentiasa memerhatikan firman Allah yang ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan)”. (Al-Hujurat: 11).

Blogger hendaklah menjadi penegak keadilan dan jangalah menyimpang dari kebenaran. Allah SWT berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran”. (An-Nisaa’ : 135)

”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar” (Al-Ahzab : 70)

Dan ingatlah bahawa Allah SWT mengetahui segala niat yang terselindung di sebalik hati para blogger.

”Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu menzahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Baqarah : 284)

Blogger penegak keadilan, blogger juga penyeru kebenaran. Mudah-mudah tulisan ringkas ini sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna buat kita semua.

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. TERIMA KASIH SAUDARA.

    INILAH YANG SEPATUTNYA DITITIPKAN SEJAK DAHULU LAGI.

    BAGAIMANA DENGAN BUKU DIBAWAH? ADAKAH SUADARA YAKIN DENGAN ISI KANDUNGANYA?

    http://perakex-press.blogspot.com/2009/11/buku-pendedahan-siapa-pengkhianat-agama.html

  2. Ntry terbaik setakat ini,terimaksih atas nasihat berguna itu.
    Saya sangat-sangat bersetuju..
    Benarlah Firman Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar kekuasaannya.

  3. TIADA JAWAPAN UNTUK PERTANYAAN SAYA? TERIMA KASIH KERANA GAGAL BERKONGSI JAWAPAN. SEMOGA ANDA TIDAK MENYESAL JIKA DISOAL KELAK.

  4. Osman,

    Sabar la. DAP Melayu mungkin belum membaca komen Sdr. Jangan bersangka buruk.

  5. Satu peringatan yang sangat baik.

  6. Peperangan biasanya berlaku bila semua kaedah komunikasi dan perbincangan tidak mencapai permufakatan bersama. Noktah.

  7. Ijoks menulis “Ntry terbaik setakat ini,terimaksih atas nasihat berguna itu.
    Saya sangat-sangat bersetuju..
    Benarlah Firman Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar kekuasaannya.”

    Saya bertanya ” Allah yang Herald sembah atau Allah yang orang Islam sembah?”

    “Nampaknya nyawa Islam sudah terletak di hujung lidah para hakim. Hakim bukan Islam juga sudah mempunyai kata pemutus tentang hak-hak dan kedudukan agama Islam di negara ini!!” kata Kamaruzaman Kamdias.

    Saya bertanya “Takkan kita nak senyap?”

    Namun, orang Islam di Malaysia belum cukup kuat untuk menentang dakyah Kristian. Ramai yang tidak nampak impaknya di masa mendatang.

    Sedangkan sekarang pun ramai yang dikristiankan, inikan pula bila mereka dapat senjata untuk mengelirukan anak cucu kita…Nauzubillah.

  8. Saudara Osman,

    Saya belum membaca dan juga belum memiliki buku tersebut. Jadi saya tidak boleh memberi sebarang ulasan terhadap kandungan buku yang saudara maksudkan itu selagi saya belum membacanya.

    Minta maaf kerana lewat memberi respon kerana hari ni sibuk mengurus kemasukan anak ke Tahun 1.

  9. kalau setiap rumah ada buku berkisahkan hadis dan sunnah Nabi, mungkin kita dibukakan hati..
    umat Islam ni adakalanya halal darahnya untuk dibunuh dan adakalanya haram…
    umat Islam adakalanya doanya diterima dan adakalanya terawang-awang..
    banyak perkara yang perlu dipelajari…tetapi bertambah ramai menjauhi..
    mereka berhujah dengan akal dan bukan dengan Nas yang ada…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.