Presiden PAFA lancarkan jersi dan barisan pemain Perak

Dec 30th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Sya reformis

 

Presiden PAFA disambut oleh pemain

Wakil SPECS
Presiden PAFA
Proses menandatangai perjanjian
Memetrai perjanjian dengan wakil SPECS
Sesi perkenalan jersi baru Pasukan Perak
pihak pengurusan sesi 2010
  Barisan pemain bergambar bersam pengurusan

29.12.2009 Ipoh : Bertempat di Ipoh Parade telah berlangsung satu majlis Pelancaran Jersi dan Pasukan Bola Sepak Liga Super 2010.  Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil  Specs yang menaja Pasukan Bola Sepak Perak untuk saingan tahun 2010.  Dato Seri selaku Presiden Pafa telah hadir sama bagi merasmikannya dan menandatangani surat
perjanjian  bersama dengan Syarikat SPECS.

Majlis diakhiri dengan memperkenalkan 6 jersi dan memperkenalkan para pemain yang akan beraksi tahun hadapan.  Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan barisan pengurusan dan juga jurulatih baru skuad Kejor Yob Kejor iaitu Raja Azlan.

Di dalam majlis tersebut Dato Seri meletakan harapan kepada skuad ini yang mana dengan kembalinya K.Nathakumar ke Perak akan membawa skuad ini terus mara dan memenangi saingan tahun 2010.

Tags: ,

Afiat

4 comments
Leave a comment »

  1. cayalah Yob… kejor yob kejor….. mari sama2 kita yob & yong sokong pasukan kita tidak mengira apa fahaman politik pun… meriahkan stadium perak.. supaya kantung PAFA tidak lagi kekeringan…..

    GAME LIGA SUPER SEPANJANG JANUARI

    9 Jan 2010
    Pahang vs Perak
    Stadium Darul Makmur, Kuantan

    Perak vs Terengganu
    Stadium Perak, Ipoh

    Johor vs Perak
    Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin

    Perak vs Perlis
    Stadium Perak, Ipoh

    Kedah vs Perak
    Stadium Darul Aman, Alor Setar

    Perak vs Kelantan
    Stadium Perak, Ipoh

    Perak vs Johor FC
    Stadium Perak, Ipoh

  2. Ada orang komplen, DS Nizar dan Ustaz Azli bersubahat dengan pendedahan aurat. Ada masa nanti aku nak tolong jawab.

    Kejor Yob Kejor !

  3. kejo yob kejo, moge perak sentiasa menang….
    nanti tarbiah lee pemain suroh pakai seluar panjang….

  4. tajuk apa-cerita apa…….

    gambar jersi baru tak ada pun kat sini …. kah..kah..kah…kah……..
    gambar pemain pun kecik aje ……..
    senarai nama depa pun tak ada …kah..kah..kah..kah…………..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.