Polifiksyen 2: Pengarah Pilihanraya

Dec 30th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Semalam…pukul dua petang aku dah memecut ke Ipoh lagi sekali. Pukul tiga petang kena bagi keputusan. Sampai pekan Ipoh, aku ikut jalan semalam tapi bila sampai kat simpang nak masuk ke Sungai Rokam…aku dah lupa jalan.

“Abang Mat ade kat mane?” tanya Amran bila aku call dia…aku tak jumpa jalan nak pergi rumah semalam.

“Ada kat Restoran Ehsan.” aku jawab.

“Tunggu situ..teman datang naik motor.” kata Amran. Tak sampai lima minit..Amran pun sampai dan aku ikut dia.

Sampai dirumah banglo tersebut, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat Perak dah sedia menunggu…dan kami terus kebilik mesyuarat. Depa senyum…aku senyum.

Nizar memulakan mesyuarat dengan bacaan umul-kitab. Sebaik habis saja bacaan Fatehah..Nizar terus tanya aku. “Macam mana?”

Amboi makkk!! tak sabar-sabar depa nak tau.

“Setelah berbincang dengan rakan-rakan dan setelah beristikarah….maka dengan sukacitanya dimaklumkan…. bahawa teman menolak tawaran tersebut.” aku bagi tau depa.

“Aisehhhmannn…” kata Ngeh sambil terus berdiri sampai terlondeh seluar dia. Aku pun tak faham dengan Ngeh. Pakai seluar siap dengan talipinggang…tapi seluar selalu londeh bawah pusat. “Why?”

Nizar relax saja. Cool sungguh dia. “tolong bagi tau kat teman…tiga sebab yang cukup baik mengape mike menolak tawaran tersebut.” kata Nizar.

“Pertama: Selepas dibuat kira-kira…tolak, campur, bahagi, darab….elaun yang diberikan tak cukup modal. Kalau la kereta teman pakai ayor sekalipun…seringgit cuma dapat 600ml mineral water. Satu liter ayor dah sama dengan satu liter petrol.

Kedua: Kalau teman jadi Ketua Umum..tiap-tiap malam orang panggil ceramah. Kalau tak pergi..deme kata sombong. Kalau pergi…bila masa nak buat kerja? Akhirnya badan letih…apa pun tak dapat. Yang untung, orang jual kacang rebus…orang jual bihun sup.

Ketiga: Teman tak minat nak jadi Ketua Umum…tapi teman minat lagi satu jawatan. Yang ini…kalau mike tersilap sebut pun..teman terima.”

“Apa dia?” tanya Nizar.

“Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak!!” aku bagi tau.

Mus tersandor. Nizar nepuk dahi.

“Yang ni…Hj. Asmuni dah lama lobby kat teman. Nanti teman bagi kat mike..merajuk pulak dia. Silap-silap…nama teman pulak yang tercicior.” kata Nizar.

“Ha..ah.” kata Mus. “Hj. Mail pun dah lama bagi tau saya. Kalau boleh…dia pun teringin nak jadi Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak.”

Ngeh senyum saja. Dia tau..Nizar kena bodek Asmuni. Kalau tidak…silap-silap nama dia kat Pasir Panjang digantikan dengan orang lain. Ngeh juga tau, Mus kena jaga Hj. Mail. Kalau tidak..silap-silap Mus tak bertanding. Musnah harapan nak jadi Menteri Besar. Secara tak langsung…orang yang paling berkuasa dalam Pas dan PKR ialah Hj. Asmuni dengan Hj. Mail!! Gotcha!!

“Pasai apa nak jadi Pengarah Pilihanraya? Susah teman dibuatnya.” kata Nizar.

“Macam ni la Yob. Kalau susah nak buat keputusan..bagi kat teman jawatan Penasihat Pengarah-Pengarah Pilihanraya. Ambik la Hj. Asmuni dengan Hj. Mail jadi Pengarah. teman jadi Penasihat saja. Tak payah bayor seringgit pun tak apa.” aku bagi tau.

“Kalau itulah yang dipinta…selesai masalah kita.” kata Nizar.

“Setuju ke?” aku tanya. “Tak kan bertiga pun nak undi angkat tangan?”

“Setuju!!” ketiga-tiganya berkata serentak.

Yahoo!!! Aku jadi Penasihat Pengarah Pilihanraya.!!!

“Pasai apa mike seronok benor nak jadi Penasihat Pilihanraya? tak mau bertanding ke?” tanya Nizar.

“Semalam…mike tawarkan jawatan Ketua Umum…dengan tugas-tugas sebagai Penasihat Politik. Skop tugasan ialah menumpukan bagaimana hendak mematangkan pemikiran politik orang-orang Melayu. Jadi teman rasa…jawatan dan tugasan tak compatible. Itu sebab teman tolak jawatan Ketua Umum, tapi teman minta Penasihat Pilihanraya…sebab tugasan yang diberikan lebih sesuai dilaksanakan oleh Pengarah Pilihanraya. Tapi oleh kerana mike susah nak buat keputusan…maka jawatan Penasihat tu pun dah kira ok dah.” aku jelaskan.

“Pernah ke mike jadi Pengarah Pilihanraya Negeri?” tanya Mus.

“Tak peghonah. Lagi pun…mike bukan nak bagi kat teman jawatan tu!!” aku balas balik. “Tapi teman nak buat apa yang orang lain tak pernah buat.”

“What are you going to do?” tanya Ngeh.

“I want everybody in Perak to get involved in decision making. From seats distribution, selection of candidates…right to EXCO’s appointment. Kalau Pakatan Rakyat menang…ianya bukan kemenangan Pas, PKR atau DAP. Tapi kemenangan rakyat. Pas tak boleh kata Menteri Besar mesti dari Pas. PKR pun jangan angan-angan lebih sangat…Menteri Besar mesti dari PKR. DAP pun jangan tepuk dada…”kita orang ada 18 kerusi ma!!”

“Pertama sekali…manifesto Pakatan Rakyat perlulah memahami kehendak rakyat. You can have your own manifesto…but that’s not important…because this time..the people will have their own manifesto. And before they put a cross on ballot papers, all of you have to sign on the dotted line…and agree to what the people want.” aku tunjuk kat muka Ngeh.

“Aiyah!! Susah la like that.” kata Ngeh. “Saya tak fikir kita ada cukup masa untuk membuat satu perubahan yang mendadak. Selama ini pun..BN pun tak buat macam tu.”

“That’s right!!! Kita buat apa yang BN tak buat. Kalau kita buat apa yang BN buat..what’s the difference between BN and PR?” aku tanya balik.

“Bukan senang Mat. Sapa nak buat semua tu? Nak harap cabang PKR? Nak harap Unit Amal?” tanya Mus.

“Internet.” aku jawab.

“Berapa kerat orang Melayu kat kampung yang ada internet?” Mus tanya aku lagi.

“Aku cuma perlukan seorang petugas yang celik IT dari setiap DUN. Boleh cari tak?” aku tanya Mus.

“Yang tu tak ada masalah.” kata Nizar.

“Aku bukan tanya Pas!! Aku tanya PKR.”

“”OK…saya akan mulakan secepat mungkin. Pertama sekali, saya nak buat kursus kesedaran secara online. Nak bagi tau setakat mana kekuatan kita. Bukan setakat nak ukur berapa ramai orang datang ceramah. Bukan setakat nak berucap berdegor-degor..bagi motivasi kat petugas… kita dah kuat. Bukan setakat nak kutuk Umno…depa buat semua salah.

Dalam pilihanraya yang lepas, Perak ada 1,189,779 pengundi. 871,050 keluar mengundi. Dari jumlah itu..443,113 mengundi Pakatan Rakyat. 400,487 mengundi BN.

Dari jumlah 443,113 pengundi yang mengundi Pakatan, lebih kurang 120,000 adalah ahli-ahli PAS, PKR dan DAP. Baki seramai 323,000 dari mana? 66% daripada mereka yang mengundi Pakatan bukan ahli mana-mana parti dalam Pakatan. This is our strength!! BUT WHAT IS THEIR RIGHT? They don’t even have the say in selection of candidates!! Rubbish!!

Kalau Pakatan Rakyat mahu terus menggunakan slogan Ketuanan Rakyat…then you better walk the talk.”

“Ok…ok!!” kata Nizar. “Kalau macam ni punya Penasihat…mati la Hj. Asmuni dengan Hj. Mail.”

Tags:

Afiat

21 comments
Leave a comment »

  1. hang bubuh lagi Mat..hahaha…

  2. Masa PR mula-mula memerintah Perak, saya ada syorkan dalam blog Nizar, setiap DUN satu pusat Informasi. Pusat tersebut boleh jadi deretan rumah kedai, atau mini plaza or something like mini shopping complex.
    Didalam pusat tersebut akan diletakkan Pejabat ADUN dan yg berkaitan dengan ADUN, Kedai makan/minum, jual baju or apa-apa la. Dan mempunyai Bilik seminar/dewan kecil. Mempunyai Cyber Cafe (bukan CC di convert jadi kedai Game).
    So Pusat ADUN tersebut menjadi One Stop Centrel bagi setiap DUN. Lepas tu Setiap data rakyat yg tinggal didalam DUN tersebut akan dikemaskini (mesti mempunyai system IT la) utk setiap DUN. Kegunaannya ialah utk pilihan raya, utk salurkan bantuan, kenduri-kendara kalau org luar tersesat cari sanak-saudara boleh berhenti diPusat DUN, disediakan satu KIOS utk cari tang mana mereka duduk (GPS kan ada).
    Jadikan pusat DUN tersebut sebagai tempat tusyen ka, so dengan kata lain, Pusat DUN mesti dihidupkan.
    Dan matlamat dari Pusat DUN tersebut ialah untuk mendekatkan Wakil Rakyat dengan Rakyat.. So wakil rakyat janganlah dok sibuk jaga periuk nasi sendiri.. sebab bila wakil rakyat sendiri tidak memakmurkan Pusat DUN.. rakyat akan tahun nak menghukumnya kelak..
    Pusat DUN kena letak dibawah kerajaan negeri.. so BN ka, PR ka.. boleh pakai dengan kata lain jika PR memerintah, so Pusat DUN tu jadi PR la.. kalau BN memerintah, jadilah BN.
    Sekadar pandangan..
    From Taiping with love

  3. Salam MSK .. salam semua
    Perlantikan mike untuk apa2 jawatan belum muktamad selagi PJ PAS Ustaz Abu Bakar tak masuk mesyuarat. Takkan dia tak balik lagi. Takkan nak lantik jawatan pentingpun takat wakilkan pada Nizar jer? Ketua PKR datang, ketua DAPpun datang. Tapi PAS tetap PAS …
    He he

  4. TAK PA LA…….

    BANG MAT….. AKU SETUJU….

    100 %…..

    tapi masa time cuci otak tu…….

    slow2 sikit…..

  5. Salam Mat,

    “Kalau Pakatan Rakyat mahu terus menggunakan slogan Ketuanan Rakyat…then you better walk the talk.”

    Yang ni susah Mat. Perkara ni jugaklah yang Raja Petra dok tekankan. Orang politik ni tak kira BN ka atau PR apabila dapat kuasa mula lupa rakyat. Semua janji muluk-muluk sebelum pilihanraya jadi mamai dan bersepai. Rakyat las-las tinggai dok tungkat dagu apa ke jadah dah jadi dengan tok wakil. Dulu cakap lain sekarang bikin lain. PR dan BN sama saja. Pakat-pakatlah berdoa moga rakyat didahulukan tapi bukan macam slogan Najib tu sebab slogan tu rakyat didahulukan benda yang ‘mengena’ rakyat saja tapi bila ada habuan depa dahulu, rakyat tercicior jugak. Lebih jelas lagi apabila kerajaan buat keputusan menaikan harga barangan rakyat kena dulu, menteri tak kena. Naikkanlah apa jugak rakyat yang kena dulu. Menteri semua percuma - rakyat tanggung. Sampai bawak anak bini pi bersantai kat luaq negheripun rakyat tanggung. Macam tu tak pakai, tak aci. Jadi, harap-harap PR tak pekena rakyat macam BN dok buat.

  6. giler babi punye taruk nih…kekekeke…nasib la dpt penasihat cam abg mat.. baguih dok ada…kekeke

  7. Bagus..model yg bagus utk PAKATAN cuba di Federal level sama..test teori ni kat Perak dulu!!

  8. Saya setuju dengan cadangan saudara mrasyidi tu.

    Kalau ada pusat khidmat DUN yang seperti beliau cadangkan, saya sanggup berhenti kerja, balik Parit dan jadi salah seorang tenaga pengajar pusat tuisyen tu.

    Takyah elaun-elaun seringgit. Saya kasi free of charge…

  9. Tahniah abg mat……makan keliling, harap ada yang bukak mata hati luas-luas.

    Teman dapat jadi pembancuh kopi kepada Penasihat Pengarah Pilihanraya ….cukup le . Tanpa bayaran…sukarela.

  10. 1.apasal bang mat tak nak ambik cabaran membina manusia melayu semula ,
    wo itu melayu punya cerita banyak susah mau pikir mau bikin ,
    contoh - mus masa dia letak antara misi utama hadari (harapan darul riduan)
    (yang mus tu bongok bewok sangat pi buh nama hadari mcm islam hadari aku pun tak tau)
    ok , dalam misi hadari dia tu - nak counter melayu kampung tapi rupanya mus pun tak tau
    how malah barangkali tak tau gak where to start ? dengan buat program bagi bantuan ?
    berapa banyak bantuan pkr boleh bagi?
    masih banyak melayu yang bewok dan bengong pun begitu tetap mesti ada
    perjuangan untuk melayu , mampuih pi hampa nak kata rasis , dey , itu kaum cina ma
    lantaran mereka telah lama berusaha memajukan kaum mereka , lu pegi pekan lama ipoh
    lu boleh jumpa signboard persatuan tukang jahif . . . , nizar kaya ? kaya tera mana ngat banding
    dengan ngeh yang punya saham besar di ipoh tower regency ,
    tapi nak membina melayu ni yang dah dijahanamkan umno memang payah skit
    jadi hal melayu tak perlu cakap tapi buat dulu baru cakap . . .
    orang melayu pun banyak dah faham ini negara malaysia cina punya juga india juga
    tapi melayu mesti dibina bangunkan semula - satu perkara aku tak nampak melayu mana
    yang boleh buat tu ……….
    2. manifesto rakyat sendri yang buat bukan pimpinan PR ?
    aku suka hampa laju-laju kedepan ni
    sewajarnya rakyat sendiri yang buat manifesto . . . sebab depa yang mengundi
    apa pulak kita kena ikut apa yang dimaifesto hj hadi anwar kitsiang ngeh nizar mus - NO WAY
    hampa jangan main-main wahai pemimpin , kami nak senang tak pening kepala
    masalah dan hak dan keistemewaan kami masing-masing
    bukan nak bagi hampa title YB , MB , toyota camry . . . no way ……..
    kami rakyat hanya pikir bahagian kami semata-mata . . . .
    kami tak pangkah utk bagi bahagian hampa , cukuplah dengan umno perompak
    korang pemimpin jadi hamba kami rakyat plak , OK . . .,

  11. salam

    mat, aku cadangkan satu manifesto rakyat , manifesto ni adalah kehendak rakyat sendiri , pi turun setiap dun tanya depa sendri apa yang depa perlukan sebagai rakyat perak dan setempat, manifesto ni bukan yang hangpa dok pikir tapi depa yang buat dan pikir, barulah ada ummph!

  12. Buat yang terbaik.. aku cabar kau… :D.

  13. kat perak tu nasib baik ke highjack, mb, EXco n Yb pakatan ada la sedo diri cket.. Kat slngor lagi best, mb pilih exco yang konpom dgr ckp dia, buduh pas tu dah strt nak sombong plak tu pon xper!! Hahahahahaha

  14. gila punye criter dulu man raman marah,ni nak bagi asmuni&aji mail marah pulak ke..kalih kalih esok jadi pengarah pilihanraya UPU sauk.hak3

  15. Salam tuan tanah…
    mulut hang mmg capui, tak serik lagi duduk kt luaq masa convensyen kt ipoh, tp alang-alang hang nak bagi, bantai cukup2…

  16. Aku supply lempeng pisang inti nyor untuk penasihat udah ler !

  17. tahniah msk
    aku bawak kek straberi ngan roti planta - macam hari tu
    kita buat kenduri kat ureka
    amacam chor …. setuju

    msk dah naik pangkat - penasihat pilhanraya PR
    sam, nampaknya makin sebok leee, mika nanti

    msk
    ‘rembat’ ajeee - banyak lagi bahan, yang rakyat perlukan
    teman nak ‘rembat’ pun tak gheti

  18. ..aku nk jadi penasihat abg msk pulak…kalo tak bagi, jage…!!!…

  19. Salam MSK & semua..

    “Kalau pergi…bila masa nak buat kerja? Akhirnya badan letih…apa pun tak dapat. Yang untung, orang jual kacang rebus…orang jual bihun sup.”

    Terpikir bila ada program memberi bantuan zakat, bantuan anak yatim dan sbgnya, mesti nak jemput MB la, Exco la, ADUN la..
    Pada aku biarla wakil2 parti diperingkat kawasan/cabang yg sampaikan, biar depa dekat dgn rakyat/pengundi. Nak kempen pun senang. Kecuali la buat lawatan ke kawasan, sesi dialog, dll yg penting.
    Jangan nak promote individu ajer, sepatutnya promote parti. Pengundi akan memangkah logo parti, bukan muka calon!

    Berubah lah ! Jangan dok ikut sgt perangai dan kelaku UMNO/BN.

    ‘Menjana Perubahan’

  20. salam, bro. apapun ada baik dan buruknye dan bukan mudah utk merealisasikan sesuatu yang baru, dan bro pun tahu kancah nya on your experienced, but jika tak mulakan bila nak mulakan - hat ni ayat nasihat bro buat gua.

    whatever, bro dah ’sekolah’kan nizar, ngeh, mus. tak semua dpt di ‘launch’kan idea bro, atleast lontaran ini untuk ke arah pembaharuan! tidak sekarang kejayaannya, mungkin hasilnya tercipta di masa anak cucu cicit kita, insyaalah. may god bless u! do the best for perak!

  21. reformasi reformasi reformasi!

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.