Kenyataan Media : Penafian Himpunan Desak Zambry Letak Jawatan Bohong
Dec 30th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog Terpilih, kenyataan mediaKenyataan Media/Cina Islam
13 Muharram 1431H
Berhubung dengan sebaran sms dan khabar angin yang mengatakan Pakatan Rakyat akan mengajurkan satu himpunan mendesak MB Kudeta, DR. Zambry Abd Kadir supaya meletakkan jawatan pada 31hb Disember(esok),dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan :-
1. Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan. Suka ditegaskan disini bahawa prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak.
2. Saya juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan sms dan berita yang tidak berasas langsung itu.
3. Saya juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan yang terperinci mengenai siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan berita yang saya anggap satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat Perak.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














PR perlu hati-hati.UBn akan cipta isu untuk dijadikan modal sebelum pembubaran dun…..keji betul gerombolan ubn nie.
sapa nak sokong pr ni….langkah gambar orang,bagi tanah kat cina sampai 999 tahun(melayu pun tak ada yg dapat 999 tahun),suka buat perhimpunan,mengusahkan rakyat khusus melayu,sedangkan lim kit siang ahli parlimen ipoh timur….tak pernah nampak pun kat ipoh….kita orang ipoh langsung tak pernah nampak bakti yg dicurahkan kat orang melayu warga ipoh…ini kah yang ni kita sokong….