Dato Seri Nizar di Shah Alam

Dec 30th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Sya reformis






30.12.2009 Shah Alam: Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dan beberapa pimpinan Negeri Perak telah mengadakan lawatan rasmi ke bilik berita Karang Kraf Sdn.Bhd di Kuala Lumpur hari ini.  Karang Kraf merupakan penerbit bahan bacaan terbesar di Malaysia iaitu Akhbar Sinar Harian yang semakin mendapat tempat dikalangan pembaca majoriti melayu diseluruh Negara.

Selepas sahaja selesai di sana Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah hadir pula pada satu Majlis Hi-Tea anjuran Ahli Parlimen Shah Alam Yb Khalid Samad di Dean Merbau Jalan Senangin Seksyen 17 Shah Alam.Ia merupakan majlis penerangan isu-isu semasa Negeri Perak.

Kehadiran Dato Seri Nizar sememangnya ditunggu oleh semua rakyat yang dahagakan penerangan dan kefahaman mengenai isu-isu semasa Negeri Parak dan Negara.Turut hadir sama ialah Yb Khalid Samad selaku MP Shah Alam.

Tags:

Afiat

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.