Polifiksyen 1: Ketua Umum Pakatan Rakyat Perak

Dec 29th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Banyak perkara yang tak diduga berlaku semasa kursus di Melaka. Pagi semalam…semasa aku sedang bersiap-siap untuk sesi Kemahiran Mendengar…aku dapat panggilan dari PA Nizar.

“Assalamualaikum bang Mat…ade kat mane?” kata Amran. Piau loghat Peghak Tualang Sekah.

“Kat Melaka. Ada kursus.” aku jawab.

“Tunggu kejap ye..Dato Seri nak cakap dengan bang Mat.”

Apa pulak hal Nizar nak cakap dengan aku pagi-pagi buta. Hari minggu pulak tu.

“Assalamualaikum Mat Saman.” kata Nizar.

“Waalaikumsamalam Yob.” aku jawab.

“Teman nak mintak mike datang ke Ipoh petang ni. Ade mesyuarat khas Pakatan Rakyat Perak pukui tiga petang. Mike kena datang..tak dapat tidak kena ada juga.” Nizar bagi tau.

Fuh!! Macam mana aku nak datang? Habih sessi aku dah pukul dua belas. Nak sampai Ipoh pukul 3 petang!!

“Mintak maap banyak-banyak Yob. Kalau pukui tiga petang…tak mampu teman nak sampei. Kalau naik rimau…lain la” aku bagi tau kat Nizar.

“Tak boleh Mat!! Mike kene ade juge.” kata Nizar. Kadang-kadang cakap Nizar ni pun macam dah tentu hala. Kadang-kadang dia cakap Perak loghat Tualang Sekah. Kadang-kadang dia cakap loghat Parit. Cuma bila dia cakap loghat Penang yang tak berapa sempurna. Banyak tajwid dia tak betui.

“Pasal apa yang beriya benor nak nyuruh teman datang mesyuarat Pakatan Rakyat tu Yop? Teman bukan ada jawatan apa-apa pun. Kalau takat nak suruh cover PC..suruh Sya pun boleh.”aku bagi tau Nizar.

“Idak Mat….mesyuarat PR hari ni nak melantik seorang Ketua Umum Pakatan Rakyat Perak.” kata Nizar.

Huh!! Cukup la PKR saja yang ada Ketua Umum. Tak kan PR pun nak ada Ketua Umum pulak?

“Ini la masaalah kita, Mat” kata Nizar.” Mula-mula teman cadangkan PR Perak lantik Mursyidul Am…teman cadangkan nama Ustaz Bakar. Tapi DAP pulak tak bersetuju…takut Perak ni macam negeri Pas pulak.”

“Betui la cakap DAP tu. Tapi…nak buat apa lantik Ketua Umum lagi? Mike sorang dah jadi Pengerusi..tak kan tak cukup kot?” aku tanya Nizar.

“Tak..tak..tak. Ketua Umum Pakatan Rakyat Perak nanti ada tugas-tugas khas. Kira-kira…jadi macam Selangor juga la. Ada Penasihat Ekonomi.” jelas Nizar. “Tapi kat Perak..kita tak lantik Penasihat Ekonomi, tapi kita lantik Penasihat Politik. Kita kena bersedia. Mengundi tak lama dah”

“Oooo…..kalau macam tu kira OK la.” aku jawab. ” Sapa yang nak dilantik jadi Ketua Umum merangkap Penasihat Politik Pakatan rakyat Perak tu?”

“Mike le. “jawab Nizar…pendek.

“Aku????”

“ha.ah. Ngape? tak percaya?”

“Kalau nak selogho pun..bior benda lain, Yob.” aku bagi tau Nizar.

“Betuiii!! Tu pasal teman mintak mike balik juga ke Ipoh petang ni?” balas Nizar.

Mata aku mula berkelamayor. Aku tengok kertas mahjong yang tertampal didinding bilik kursus. “Apa helah Nizar sebenornya?” dalam hati aku.

“Kat mana meeting tu, Yob?” aku tanya Nizar.” Kat SUK ke?”

“Bukan kat SUK….tapi dekat dengan SUK. Kat Kluang Cafe” kata Nizar. “Jangan lupa, Mat. Mika kena datang juga petang ni. Bertongkat ke , berpimpin ke…mike kena ada juga.”

Aku tak pasti apa helah Nizar. Memang dia suka berselogho. Tapi yang ini…selogho serius. Aku bagi tau Ustaz Huzaifah..aku kena balik Perak serta-merta. Aku mintak dia uruskan sessi seterusnya untuk kursus pegawai-pegawai masjid ini.

Aku bungkus pakaian kotor dalam kain pelikat. Tauk dalam but kereta. Semua barang-barang yang berselerak dalam bilik hotel..semua aku ghonjang kedalam beg. Start kereta..cabut!!! Mesti sampai Ipoh sebelum pukui 3 petang.

Seburuk-buruk Sentra aku…masih boleh lari 140-150kmj. Merc, BMW, Camry yang berhenti tepi jalan semua aku potong. Sampai dekat Tanjong Malim… ada roadblock. Cilaka!!!

Polis tu suruh aku ketepi.

“Saya pandu laju ke Tuan?” saja aku cuba bodek. Mana la tau kot-kot boleh terlepas.

“Tak…tak..tak. Encik tak laju pun. Tapi Encik terbang rendah sangat” kata polis tu. Pandai jugak dia berseloro.

“Tak boleh selesai ke?”

“Boleh…Encik pergi kat mana-mana cawangan trafik dan selesai kat sana.” kata polis tu.

Huh…dengan berat hati aku menandatangani autograph peminat.

Sampai di Ipoh..pukul dua suku petang. Kira OK la. Empat jam dari Melaka. Punggung kebas, pinggang lenguh. Aku terus ke Kluang Cafe di Medan Istana. Huh!! Restoran tutup!! Hari minggu. Cilaka!! Nizar penaya aku.

Tapi aku tunggu jugak. Aku pergi minum kat restoran mamak dekat situ.

Pukul 2.45 pm, aku kembali kekereta yang diletakkan dihadapan restoran Kluang Cafe yang tutup. Tak lama kemudian…sebuah kereta Estima buruk datang. Aku tengok, Amran yang bawak. “Dah lame sampei bang Mat?” tanya Amran dalam loghat Tualang Sekahnya.

“Dah dekat sejam aku nunggu.” aku bagi tau.

“Ade SB ngikut ke?” tanya Amran.

“Mana aku tau!!”

“Jom masuk dalam kereta teman. Deme dah nunggu.” kata Amran lagi.

“Nak kemana? Kata nak jumpa kat sini?” aku tanya.

“Syyyy..tak payah tanya. Jom… Dato Seri suruh teman ambik Bang Mat. Meeting kat tempat rahsia.” kata Amran.

“Kereta aku macam mana?”

“Isshhh..tak ade sape nak curi kere bang Mat tu. Lain le kalau pakai enjin kapal teghobang.” kata Amran.

Aku pun ikut Amran. Aku cuba cam jalan-jalan yang dia ikut. Dari Medan Istana dia masuk jalan ke Stadium…keluar depan Jusco. Lepas tu dia masuk jalan …aku tak tau jalan apa. Tapi sampai kat Sungai Rokam, dia masuk kekanan. Aku nampak ada dewan orang ramai. Masuk kekiri. Macam Taman Perumahan…tapi rumah lot, sebiji.sebiji. Lepas tu dia belok kekiri lagi…sampai satu banglo. Amran pakai remote control…kraaaaaang..pintu gate terbuka. Dah berapa lama tak bubuh grease…aku pun tak tau.

“Rumah sapa ni?” aku tanya Amran.

“Tak peghonah sampei sini ke?” tanya Amran balik.

“Tak.”

“Tak tau tak ape. Jom masuk….deme dah nunggu.” kata Amran.

Sampai dalam rumah…aku tengok..Nizar, Ngeh dan Mustafa Kamil Ayub sedang menunggu. Aku bagi salam. Masa bersalam dengan Ngeh, dia pulak bagi salam kat aku. Orang kata, Nizar ikut cakap Ngeh, tapi yang aku nampak…Ngeh yang dah ikut stail Nizar.

Masa kat UREKA hari tu, aku nunggu deme, tapi hari ni…deme pulak nunggu aku.”Tapi…pasai apa Ustaz Bakar tak ada?” aku bertanya sendiri.

“Ustaz Bakar kirim salam. Dia ada mesyuarat Pas Pusat di KL.” Nizar bagi tau aku. Macam tau-tau saja.

Selepas bertegur sapa…berseloro sedikit sebanyak…Nizar memulakan perbincangan.

“You know…we have to get ready for State Election.” Fulamak…dia cakap orang putih pulak!!

Memang aku dah agak dah!!! Bila nak ada pilihanraya..masu tu baru deme panggil aku. Bila lepas pilihanraya…mampuih pi la kat hang.

“Mintak maap Yob. Teman tak larat dah. Dah letih dengan pilihanraya.” aku bagi tau Nizar.

“Teman serius Mat” balas Nizar.

“Betul.” kata Ngeh.” Dan kami dari parti DAP, PAS dan PKR sudah bersetuju untuk melantik Encik Mat menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat Perak merangkap Penasihat Politik, dengan elaun sebanyak seringgit sebulan!!”

Pirrraahh!!

“Betui Mat.” Kata Mus dengan wajah serius.

Aku tengok muka Nizar. Aku tengok muka Ngeh. Aku tengok muka Mus. “What the hell are you trying to do?” aku sergah depa.

“Let me put this straight.” kata Nizar. Hek..eleh.. cakap orang putih dialek ACS Kampar. Macam la aku tak tau.

“Sepatutnya DUN Perak sudah dibubarkan. Keputusan Mahkamah Persekutuan sudah dibuat. Keputusannya ialah 4-1. Kita menang. Tapi Ketua Hakim Negara , Tan Sri Zaki meminta supaya keempat-empat hakim yang membuat keputusan menyebelahi kita itu, menimbang semula keputusan mereka kerana ia akan memberikan implikasi yang sangat berat kepada Umno. Itu sebab keputusan mahkamah itu ditangguhkan ke bulan Februari.”

Aku terpegun mendengar penjelasan Nizar.

“Keempat-empat hakim yang memihak kepada kita enggan menukar keputusan mereka dan Umno tidak mempunyai pilihan lagi. Pertengahan bulan Februari ini, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan” jelas Nizar.

“Pasai apa nak tunggu sampai bulan Februari” aku tanya.

“BN cuba mengambil masa untuk memenangi undi Cina. Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan pada minggu kedua, sebelum Tahun Baru Cina. Kita dah berjanji kepada rakyat..pagi kita dapat keputusan, malam tu juga kita akan bubarkan DUN. Jadi…kita kena pegang pada janji.” tambah Nizar.

“So?”

“So..DUN akan dibubarkan sebelum Tahun Baru Cina. BN akan menggunakan isu ini untuk memburukkan Pakatan Rakyat…kerana tidak menghormati orang Cina yang hendak menyambut Tahun Baru. Dan itu yang mereka mahukan…kerana mereka mahukan undi Cina kembali kepada BN.”

“So?”

“SPR akan bermesyuarat pada minggu keempat…dan mengumumkan tarikh Penamaan Calon pada minggu kedua Bulan Mac. dan tarikh pembuangan undi akan dibuat pada minggu ketiga bulan Mac!.” sambung Nizar.

“Pasai apa nak buat bulan Mac?”

“Sebab cuti sekolah!! SPR nak pakai sekolah untuk pembuangan undi!!” Mus menyampuk.

Aku garu kepala. “C’mon Yob!!” aku bagi tau Nizar. “Mike semuanya terror-terror belaka. Lawyer, Engineer…yang panggil aku nak jadi Penasihat Politik pasai apa?”

“Tentang undi Cina…yang tu kami boleh handle. Tapi kami ada masalah sikit dengan undi Melayu.” kata Ngeh.

“Pas dengan PKR kan ada?” aku tanya balik.

“Sebenarnya…kita mempunyai sedikit permasalahan dengan aliran pemikiran kaum Melayu.” kata Mustafa Kamil Ayub.”Justru itu..kita perlu merekayasakan pemikiran dan minda rakyat marhaen..terutamanya diluarbandar, supaya diakhirnya…mereka akan bersama-sama kita dalam menuntut keadilan dan bersama-sama memikul tanggungjawab perjuangan untuk merealisasikan hasrat untuk mewujudkan masyarakat madani. Disinilah kami memerlukan bantuan dan sokongan para-para bloggers untuk membantu kita mencapai kemenangan.”

“Mampuih Umno!!” sampuk Nizar.

Huuuuh!!! aku menarik nafas panjang.

“Tak mengapa.” kata Nizar lagi. “Kami beri peluang kepada Encik Mat, untuk memikirkan tawaran ini.”

“Berapa lama?”

“Sehingga pukul 3 petang esok.” kata Nizar.

Tags:

Afiat

38 comments
Leave a comment »

  1. hih hih hih . . . mike ajenyer handei! err… Mus dah lama jadi PPN idak madani-madani lagi dengan semua cabang kat Perak ke?

  2. Tahniah Abg Mat…………Terima aje lantikan tu, macam standard DSAI cuma elaun seringgit sebulan.
    Boleh Abg Mat merekayasakan idea-idea & strategi selama ini kat kertas kealam realiti.

  3. apa lagi Yob…memang kena…Yob kena usaha sedaya upaya ubah fikiran org Melayu..tak kesian ke..kita tgk bangsa sendiri dibodohkan oelh bangsa sendiri jugakk..masa dah tiba nak bagi org Melayu cerdik!!!

  4. bang mat….

    kalu da terima…..

    jaga jugak lah hati2 depa tu…..

    jangan dok membalun je…..

    kesian kat depa tu…..

    semua da berumoq……

  5. Salam..

    Tak kan setakat jawatan tu aja.. calo n mana-mana kerusi tak kan tak ada.. Behrang dah tentu kosong, Changkat Jering kosong..

  6. abg mat suka teman dengor cerita abg mat ni. moh kite gi perang. heheheh

  7. Salam Mat,

    Biaq real sikit. Tak kan dah teringin nak jadi calon?

  8. salam tuan tanah…

    mike kena pikior abih abg mat…klu dh terima tu tak buleh tinggal setitik pun ayor telor tu…kena perabihkan juga…jangan jd mcm kes padang rengas masa nk ngundi aritu…nazri ajiz gelak ke mike…

  9. Terime je abg mat… hehehe

  10. terima je yob..melayu kat rural nie kena ubah minda sket.kt kg aku nie masih totok ubn lg. kita gempur habis-habisan biar sapai londeh ubn kali nie.

  11. nak makan apa elaun seringgit sebulan beli sadin setin pun tak cukup…hak3.

  12. Salam MSK,

    Wa pinjam kata RPK, “pejuang politik tak akan jadi ahli politik”. Lu pikir la sendiri…………….. (pinjam tagline Nabil lak).

  13. Awat pi hebahkan storry nie dalam media maya? Bang Mat perlu hati2 … Ada yang boleh dan ada yang perlu tapis sikit … Silap hari bulan, depa change their modus operandi!!!

  14. awat ayat mus skema sgt?? wakakaka..abg mat pukui keliling..haha

  15. Salam. Elok Abg Mat terima. Utk berkhidmat dan memberi sumbangan bermakna kpd rakyat Perak. Anggap satu cabaran dan titik tolak ‘turning point” yg penting dlm karier Abg Mat. Ini menunjukkan orang sudah akui kredibiliti, integriti dan kebolehan Abg Mat. Memanglah memerlukan pengorbanan (masa, tenaga, akal budi, buah fikiran bahkan wang ringgit). Cuma kalau boleh, saya amat berharap, elaun ‘honorarium’ simbolik RM1 seringgit sebulan kurang sesuai. DS Anwar lain..dia establish dan kukuh dana dan sumbers sesuai dgn kedudukannya orang teratas, bekas TPM pulak tu. This cannot be applied to anybody else (pemimpin pertengahan). Takkan Pakatan tak boleh bawa berbincang untuk tetapkan misalnya, RM5 atau 6 ribu sebulan sekurang2nya.. Lebihpun boleh saya rasa.

    Kontribusi Abg Mat kpd rakyat Perak diperlukan..It is a noble job I think..

  16. DSAI dia ada sumber pendapatan.. selain daripada jadi MP, dia ada juga elaun sebagai pensyarah tamu.. rasanya kalau nak bg bang mat jadi penasihat, bior le berpadan dgn elaunnya.. lagipun itu je sumber pendapatan.. takkan nak ke sana ke mari pakei ayor lior je kot..minyak kete kena isi jugak…

  17. UMNO boleh merampas kuasa beberapa hari selepas CNY, apa masalah bubar DUN sebelum CNY. Nizar nak umumkan pembubaran DUN pada 14hb Feb pun saya sokong, undi saya janji pada PAS atau PRK (sorry tak dapat undi DAP sebab Cenderiang hanya ada wakil PKR & PAS). BN f.f.f.f.f.f.f.f……

  18. maklumat muttakhir ni..(tak konfirm)..PAS belum habis bermasalah di Kelantan. Awat la haru sangat.. Awatlah nak tukar SU TGNA Sdra Anual Bakri tu.. Aku tengok dari jauh, dia bagus, cemerlang dan patuh.

    Rasanya, kalu boleh tolong jangan mimpilah parti yg terlalu lemah mcm PAS ni nak berangan tumpang ke Putra Jaya. Takat Pudu Raya boleh le kut..

    Aku consider aku ni penyokong tegar PAS dulu, kini dan selama2nya. Tapi aku cukup geram dgn internal politiking yg remeh temeh. Elok kita undi parti lain pulak kut pad PRU-13 nanti, amacam ?

    Selamat berkrisis lah PAS ! Parti kg yang sangat lemah !

  19. 4-1 bior benor…… roper Brazil belasah Chile ler masa World Cup 1998…. heheheh

  20. nasib baik polifiksyen , kalau betul aku akan bantu yob habih2
    bang mat , aku tak berapa … caya kat pimpinan PR
    aku pikir masa depan ada kat korang

  21. Bro.MSK main silap mata lagi cerita betul dibubuh nya polifiksyen.

  22. salam bro! tahniah walaupun tidak menyetujui jawatan ini. teruskan usaha murni bro dalam kancah politik ke arah pembaharuan.

  23. setuju bebenor abg mat kite jdik hero time nih….takbiir

  24. prolifiksyen tu ape ke bendenye bang….hahaha…

  25. Salam.Betul benor ke citenye,dah habis baca baru perasan rupa2nya fiksyen rekaan semata je.Kalau ditakdirkan betul le kan bagus jika saudara MSK menjawat jawatan sepertimana yang ditawarkan. Nakkan kepastiaan cite pergi kursus di Melaka tu benar2 berlaku atau rekaan semata-mata.Kalau benar tu bagus le
    sebab elok sangat le diberikan kursus bagi petugas2/ajk masjid.Anyway tahniah and good luck.Semoga visi anda berjaya pd tahun 2010 akan datang.

  26. Salam, Big brader MSK terima jawatan tu sbb memang layak. Sbnrnya utk pru-13 saya akan up nama MSK sebagai calon ahli parlimen Pakatan Rakyat beserta beberapa nama yang layak. Tahun depan sy akan buat analisis dlm blog baganutama insya allah.

  27. sekiranya benar alangkah gembiranya hati ini melihat Dun perak dibubarkan

  28. ni cerita rekaan ke cerita betul ni bang mat ? kalau betul baguslah… minta la elaun lebih sikit ..

  29. entah 2 cite dongeng yang mana akhir cite msk terkejut dari mimpi sambil terkebil-kebil biji mata..dan berkata..cis..aku bermimpi rupanya..

  30. Salam..

    Seronok membaca hasil penulisan MSK.
    Teruskan perjuangan dari rakyat utk rakyat..

    Moga2 dipanjangkan umur dlm kebaikan dan dilimpahi keberkatanNya.

  31. kalau ada anugerah rekacipta terbaik..abg mat la juaranya..mmg best la…sekali rasa cm real jer..tapi abg mat punya cita penuh informasi yg logik..itu yg menjadikan penceritaan ini semakin dalam semakin debar..selangkah setiap baris mmg penuh suspen..perghhh..caya la lu bro..

  32. lawan tetap lawan…ya…YB.

    takan nak panggil lu mat lagi…kah kah kah.

  33. terbongkar la strategi, UMNO pula skrang atur strategi….
    lain kali dedah A-Z terus…

  34. MSK,
    Just take it! Grab it! Do It!

  35. tengah pikio.. ini kisah beno ke atau rekaan semata?

  36. Well, it’s just a fiction. However, anything can happen

  37. Takpa lah cereka atau fiksyen pun..kita pakat2 mendoakan moga ia jadi kenyataan. Siapapun (asalkan jujur) yang dilantik jadi tok penghulu atau pemimpin, tak kisah sangat. Realitinya.. majoriti mahu melihat negara kita ditadbir oleh sebuah kerajaan yg menjunjung amanah rakyat, yang bersih dari penyelewengan dan bukannya mengambil kesempatan atas mandat yang diberi (untuk memunggah kekayaan dan hasil mahsul negara utk. kroni dan diri sendiri). Mudah2an hasrat rakyat akan jadi kenyataan.

  38. best walau fiksyen pun,aplikasikan kat real

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.