Lupakan Terus Utusan

Dec 28th, 2009 | By Admin | Category: Hasmi Hashim, Rencana, utama

Oleh HASMI HASHIM

Pembodohan, persendaan dan kebiadaban akhbar Utusan tak pernah berlaku sebegini buruk, meskipun selepas lebih 10 tahun.

Lihat sahaja misalnya Utusan yang seolah-olah jadi tok dalang utama untuk memecah-belahkan parti-parti dan pemimpin dalam Pakatan Rakyat, membakar sentimen perkauman bahkan langsung tidak mahu menuliskan perkataan “Pakatan Rakyat”. Mereka tulis hanya sebagai “pakatan pembangkang”.

Kepala-kepala editor di media itu masih tak belajar dan menginsafi bahawa orang Melayu sendiri sudah berubah. Mereka cuba menentang kenyataan bagaimana pembaca pernah menolak dengan begitu kuat akhbar tersebut pada period awal Reformasi dahulu sehingga jualannya merosot teruk.

Waktu itu, pekerja di pejabat kerajaan sekalipun tak mahu membeli dan membaca. Sesiapa yang memegang di tangan, akan terasa dan dipandang jelek kerana menyokong puak pemfitnah. Jualan Utusan Mingguan dikhabarkan jatuh teruk daripada lebih 500 ribu pada setiap Ahad (sebelum 1998), menjadi kurang separuh iaitu sekitar 250 ke 300 ribu sahaja selepas itu.

Laporan Biro Audit Pengedaran (ABC) yang terkini juga menunjukkan bagaimana edaran Utusan Malaysia merosot sehingga 8 peratus kepada sekitar 181 ribu naskhah, sementara Berita Harian pula turun 5 peratus kepada sekitar 183 ribu naskhah. Edarannya semakin parah berbanding audit dari tahun 2005 ke 2006 yang masing-masing mencatat edaran sekitar 213 ribu dan 203 ribu sehari.

Corak penolakkan (khususnya orang Melayu) terhadap dua media propaganda utama Umno-BN ini tetap kuat dan prestasi kedua akhbar tersebut nampaknya sukar untuk pulih berbanding sebelum 1998.

Namun begitu, jumlah kehilangan pendapatan hasil kemerosotan jualan itu ‘ditampal’ pula oleh akhbar tabloid terbitan syarikat yang sama. Edaran Kosmo! naik sebanyak 12 peratus kepada sekitar 129 ribu naskhah, manakala Harian Metro naik 4 peratus kepada sekitar 338 ribu naskhah.

Kurangnya mainan propaganda yang mengongkong minda tidak pula bermakna rakyat digalakkan membeli akhbar yang penuh dengan sampah sensasi. Ternyata ada kekosongan luas di mana pembaca mahukan sesuatu yang lebih bermakna sebagai ‘panduan’ dan sumber berita mereka yang lebih seimbang.

Oleh itu, akhbar milik Pakatan Rakyat harus segera mengambil peranan lebih besar. Tak cukup seperti lembaran surat khabar lama, dengan paras wajah (lay-out, grafik dan foto) serta gubalan kandungan masih seperti dulu-dulu juga. Ia harus lebih muda, lebih segar.

Dalam kata lain, akhbar-akhbar hubungan Pakatan harus siap untuk benar-benar ‘memimpin’ dan mempertajam pandangan rakyat. Berita harus lebih luas, termasuk kepada bidang yang sebelum ini tidak menjadi keutamaan untuk dilapor atau dijadikan kandungan.

Realiti masalah rakyat di bawah seperti kes jenayah, kebakaran, kemalangan dan banyak lagi perlu mulai menjadi laporan bentuk baru bagi akhbar-akhbar Pakatan yang sebelum ini hanya dilihat sebagai ‘akhbar politik’. Begitu juga segmen sosial lain termasuk seni-budaya, hiburan, sukan, bahkan laporan ekonomi yang lebih berwibawa perlu dijadikan keutamaan selain kekal dengan ulasan, wawancara dan berita politik atas keperluan perjuangan.

Beberapa contoh akhbar luar negara, yang walaupun milik parti politik, misalnya The Guardian di UK menjadi akhbar nasional dan bukan lagi hanya dibaca oleh penyokong Parti Buruh sahaja.

Saya pernah menyebutkan hal ini, lebih-lebih lagi sejurus Anwar Ibrahim bebas 5 tahun lalu di mana segera saya yakin bahawa lanskap politik Malaysia akan segera berubah sejak itu. Saya kira, ramalan tersebut ada benarnya.

Harus diingat, Pakatan kini ’separuh memerintah’ dan bukan sepenuhnya pembangkang seperti dahulu.

Saya faham bahawa perubahan sedemikian hanya bisa dilaksanakan dengan persetujuan pimpinan parti, dan tidak cukup diperingkat editorial sahaja. Kerana itulah, pimpinan wajar menginsafi bahawa perubahan yang perlu ini tidak lain adalah formula untuk memenangi hati rakyat keseluruhannya, dan bukan hanya untuk kekal dengan pasaran kalangan ahli dan penyokong tegar sesama sendiri.

Maka hanya dengan itu, kemenangan lebih besar mampu kita capai apabila media kita sudah benar-benar hidup dalam denyut nadi rakyat.

Kita perlu terus lupakan media perdana yang keterlaluan sepertimana yang ada hari ini. Mahu tak mahu, perniagaan mereka tetap bergantung kepada kuasa beli rakyat. Kalau rakyat tolak untuk membeli, maka nasib akhbar itu kini di tebing liang lahad… menunggu masa untuk dikebumikan. Mungkin kita perlu lancarkan sekali lagi kempen besar-besaran untuk itu.

Empayar yang lebih besar pun bisa tumbang, inikan pula sesebuah syarikat media. Setiap kehancuran itu hendaknya jadi pengajaran kepada anak cucu kita agar jangan keterlaluan terus-terusan angkuh dan sanggup memperbodoh bangsa sendiri.

Tags:

Afiat

19 comments
Leave a comment »

  1. aku sokong!!!..
    aku mmg xbli pon pepa utusan melayau ni..meluat aku nk baca.
    tp bila blk kmpong ja,pepa ni la yg slalu tok aku bli..yG ni ja yg ada!!(tok aku ckp)..

  2. Bagus, masalahnya….adakah semua negeri yang Pakatan merintah telah melaksanakan PEMBOIKOTAN yang sama ke atas Utusan ni? Sila pastikan semua premis dan agensi kerajaan negeri tidak membelinya langsung. Masih ada anak-anak syarikat kerajaan negeri yang beriklan di Utusan…habis tu?

  3. Elok dipanggil surat kabor untuk…SAPU TAIK KUCING..dan.LAPIK PUNGGUNG..untuk duduk aje..

  4. Maka akhirnya taik nombor ekor sahaja menjadi pembeli setia utusan!

  5. kalo seseorang tu menjual berita palsu, penuh dgb fitnah dan putar belit….

    maka pendapatan secara bagini dikatakan pendapatan HALAL atau HARAM ???

    takan kita nak beli berita palsu dgn duit darah peluh kami kan?

  6. Tak payah Majlis Fatwa bersidang…akupun boleh bagi fatwa…..haram membeli surat khabar yang menyebarkan fitnah.

    Janganlah duit dari rezeki yang halal dibelanjakan kepada perkara yang haram !

  7. Alhamdulillah, di zaman cyber ni rakyat tidak mudah diperbodohkan lagi dgn berita2 yg secara halus menyelitkan elemen2 dakyah mereka. Kita tahu, dengan hanya mengguna perkataan2 tertentu, atau memilih perkataan yg “lebih sesuai” (bagi memenuhi agenda mereka), sesuatu berita akan memberi makna atau maksud yang berbeza. Kalau guna “Pakatan Rakyat” mungkin memberi kefahaman yg tidak diingini kpd akhbar Usetan Meloya. Mungkin mereka takut gelombang kebangkitan rakyat. Perkataan “rakyat” itu yang ditakuti.. Di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang pembangkang bukannya Pakatan Rakyat tapi BN !

    Biasala..orang sanggup berbohong bagi memenuhi agenda tersembunyi mereka. Saya tengok akhbar2 utama di negara kita lebih hebat dari di luara negara ..tiap2 hari siarkan wanita berkemban, dedah aurat, tunjuk paha, tunjuk punggung.. anak2 yang tengok (kalu kita beli akhbar haramjadah tu..). Duit tu bawa balik beri makan anak bini ?? Hanya orang2 yg benar2 beriman takut utk berbohong. Jika mereka wartawan, tentu mereka punyai etika kewartawanan yang baik. Journalism yang beretikan ajaran Barat ?

    Kita tak patut bertolak ansur dgn akhbar2 satanic mcm tu. Tidak perlu kita berlembut kpd pihak yg tidak endahkan ajaran Islam ! Jangan beli ! AKu pantang beli..betui.

  8. masalahnye kerajaan pakatan ada kuasa dan sepatutnya kena haramkan makalah yang haram ni, buat apa dibenarkan urrusan dalam negeri mereka?

  9. ada negeri dok puja lagi utusan ni…..aku naik heran dengan pemimpin pakatan ni

  10. segera cadangkan kepada mb/km negeri2 yang d perintah pakatan…haramkan jualan utusan/ berita harian…!!!..buat mcm BTN…masa utk menyerang balas…

  11. Mntaklah bbdak mude lancr kempen boikot suratkhabar haram jdah tu! Jgn dok diam jer, pemuda pas, pemuda pkr, pemuda dap kena lbih aktif! Klau org mude dah bngkit, baru betui!!

  12. Bravo bro bravo!! Bior lantak le negeri pakatan nak haram ke idak,,,,, yg penting klau rakyat dahhh tolakkk,, bleh jadik bankrup utusan meloya!! Hahahahehhihihi

  13. akhbar arus perdana dari PAKATAN RAKYAT perlu kini lebih terbuka… bukan aper walaupun populariti utusan & berita harian merosot tapi kedudukan mereka masih di tahap teratas…. orang baca paper bukan nak baca politik dari muka depan sampai belakang….. tunjuk 3,4 muka surat cukup ler… paper PAKATAN seperti suara keadilan, harakah kini perlu lebih ke hadapan…. paparkan informasi lain2 seperti sukan, hiburan..

    aku rasa kalo dari segi bahagian sukan, hiburan dan lain2 berita dalam negeri xberkait dgn politik, paper utusan, harian jauh lebih ke depan berbanding suara keadilan & harakah…… pelbagaikan berita…..

  14. manusia macam air yang mengalir kalau disekat2 lama2 dia akan pecahkan bekas atau kalau bekas tak cukup tinggi air akan melimpah sendiri, kena bagi lorong alternatif kepada manusia.

    tak payah haramkan yg ada, kalau ada alternatif yang ” bagus ” orang akan beralih dengan sendiri

  15. Salam. Maaf lewat membalas komen. “Blues Monday” kata orang selepas cuti agak panjang!

    Saya teliti semua pandangan di atas. Rata-rata mahu akhbar tersebut ‘diajar’ sekali ~ meski saya sendiri ada sentimen terhadap akhbar tersebut kerana bapa saya adalah bekas wartawan di sana. Hanya, kita tak ada pilihan demi kebaikkan masa depan bangsa dan negeri kita.

    Dalam masa sama, akhbar Pakatan Rakyat juga harus mempersiap diri, berjiwa besar dan tidak terikat dengan rasa kepembangkangan sahaja. Daripada semangat komen di atas, ternyata ramai yang mahukan akhbar Pakatan benar-benar menjadi “akhbar nasional”.

    Sedikit pengalaman di Berita Keadilan (kini Suara Keadilan) masih berguna untuk saya mengamati akhbar Pakatan yang masih banyak ruang bisa diperbaiki asalkan tak terjerat dengan politik kecil-kecilan dan intrik dalaman parti.

    Harapan rakyat terlalu besar. Begitu juga penyokong. Itulah yang pertama harus kita insafi bersama.

    HASMI HASHIM,
    Telawi.

  16. boikot beli je…tp kena baca gak skit2 mana yg berkaitan,klu tak kita tak tau apa yg depa duk kata kat kita ataupun propaganda depa.sape yg xde internet tu gi la ke kedai kopi ke atau mana2 kedai mkn yg ada sediakan s/khabar tu.
    klu gi kedai runcit sambil tunggu bini duk beli brg, bleh gak jeling2 skit kat s/khabar tu.

  17. “….akhbar milik Pakatan Rakyat harus segera mengambil peranan lebih besar. Tak cukup seperti lembaran surat khabar lama, dengan paras wajah (lay-out, grafik dan foto) serta gubalan kandungan masih seperti dulu-dulu juga. Ia harus lebih muda, lebih segar.”

    sayang sekali,keadaan yang berlaku pada surat khabar-surat khabar haprak ini sedikit pun tak mencunggit media akhbar pakatan rakyat untuk menjadi lebih sempoi!masih ramai lagi yang tak mampu melayar internet.pakatan rakyat harus fikir dan fikir baik- baik agar dalam bentuk apakah maklumat yang boleh pakatan rakyat sampaikan dan dalam bentuk medium yang manakah yang paling baik untuk pr sampaikan.

  18. Setuju untuk baikot, sambil tetap membaca. Mudahnya jangan keluar sesen pun lagi! Kita wajar jadi jagoan kalangan rakyat terbanyak dan bukan hanya jaguh kalangan pengikut sendiri- HH

  19. tumpang tanye, apsal bende senang mcm nih pun pmimpin PR xbuat sungguh2? :(

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.