Akademi Bahtera 4

Dec 26th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Pukul lapan pagi… Pak Lang Pian, Imam Hj. Zain, Imam Mat Ripin dah tercagut kat kedai Janda Bakaq. Nasi lemak dah habih sepiring…kopi O dah habih secawan.

“Pak Din bilal tak ikut ke?” aku tanya bila tengok Pak Din tak ada.

“Dia tak dapat ikut…cucu dia balik dari Kelumpo malam tadi.” kata Pak Lang Pian.

Mak Datuk!!!! Bagus punya alasan.

Sementara menunggu Cikgu Mat Ali dan Tok Sidang Deraman, aku pekena kopi O dulu. Cukup pukul 8.30 pagi…kereta Cikgu Mat Ali sampai.

“Tempat Cikgu dah settle. Ganti tempat Pak Din. Tempat Tok Sidang…sampai Melaka nanti..kita tengok sapa pulak yang tak datang.” aku bagi tau kat Cikgu Mat Ali. “Jom jalan!!”

“Woi!! Nanti la…aku tak minum pagi lagi.” kata Cikgu Mat Ali.

“Lain kali…kalau nak minum, datang awal sikit. Janji nak bertolak pukul 8.30. Kalau nak minum…minum la. Kami jalan dulu.” Aku bagi tau deme.”Kejap lagi kita singgah la kat mana-mana.”

Pak Lang Pian duduk sebelah aku. Imam Hj. Zain dengan Imam Mat Ripin duduk belakang. Baru sampai Slim River, Pak Lang Pian dah mengelesek. “Aku nak terkencing!” kata Pak Lang Pian.

“Tunggu sampai R&R Ulu Bernam” aku kata.

Sebaik sampai R&R Ulu Bernam, sebaik saja kereta aku berhenti kat tempat letak kereta…Pak Lang Pian meluru keluar macam gasing kegheteh.

Aku ikut belakang perlahan-lahan. Sebaik sampai kepintu masuk jamban lelaki..aku bertembung dengan Pak Lang Pian yang tergesa-gesa keluar. Seluarnya basah bahagian depan.

“Pasai apa Pak Lang?” aku tanya.

“Silap masuk jamban. Yang ni jamban betina.” kata Pak Lang Pian.

“Ish…mana pulak!! Cer tengok gambor tu. Gambor orang jantan. Jamban betina sebelah sana.” aku bagi tau.

“Betui Mat!! Aku baru nak terkencing…tengok-tengok ada orang betina kencing sebelah aku. Aku punya terkejut…belum sempat tus..aku dah zip seluar…habih bercereco.”

“Pak Lang kencing duduk ke berdiri?”

Pak Lang Pian terpegun sekejap. “Ha..ah.” sambil menggaru kepala. “Aku kencing berdiri. Tak kan orang betina kencing pun kencing berdiri? Aku silap ka…dia silap?”"

Tengah aku bercakap dengan Pak Lang Pian, ‘wanita’ yang kencing berdiri tu pun keluar.

“Hah!! Tu dia!!” kata Pak Lang Pian.

“Kah…kah…kah..Pak Lang tengok tu. Halkum tersembui!!” Aku gelak besor.

Pak Lang Pian mengucap panjang.” Astaghfirullahilaziiiiiim!!” Pak Lang Pian terpaksa menyalin seluar.

Lepas minum dan makan pau panas..kami bertolak lagi. Dalam kereta…baru Pak Lang Pian bertanya.” Pasai apa buat kursus kat Melaka? Ngape tak buat kat Sauk je?”

“Kalau buat kat Sauk..semua orang ingat nak balik je. Baru satu hari kursus, dah ingat ayam itik. Baru satu malam kursus, dah gatal nak balik. Malam ni…sapa nak balik…balik la sendiri.” aku bagi tau. “Lagi pun..kursus ni untuk orang-orang selatan saja. Tapi pasai aku punya syarikat yang buat…aku bagi special kat AJK masjid Sauk.”

“Itu bukan menyalahgunakan kuasa ke?” Imam Mat Ripin menyampuk dari belakang.

“Ini kuasa veto. Bukan orang pilih aku…aku yang pilih orang. Lain la kalau Ketua Cabang…yang tu orang yang pilih.” aku jawab.

Sampai di Nilai dah dekat pukui satu. “Kita sembahyang Jumaat kat sini la.” aku bagi tau kat deme yang dalam kereta.

“Bersih ke masjidnya Mat?” tanya Pak Lang Pian.

“Pak Lang tengok la sendiri.” aku jawab.

Sampai kat masjid Nilai, kereta dah penuh. Terpaksa la berjalan kaki.

“Kalau kat masjid Sauk…boleh bawak kereta sampai laman tangga.” kata Imam Hj. Zain. Dia ada masalah sikit bila berjalan. Nak naik tangga mimbar pun kadang-kadang mengah.

Dalam masjid dah penuh. Khatib sudah mula membaca khutbah. Pak Lang Pian masih tercangak-cangak.

“Kat mana bilik ayor?” Pak Lang Pian tanya kat aku. Aku tunjuk arah bilik ayor dengan mulut. Khatib tengah baca khutbah…tak boleh bercakap!!

Panjang khutbah yang dibacakan oleh khatib. Khutbah pertama dalam bahasa melayu…khutbah kedua cakap orang putih. Ada kelas wooo!!

Habih sembahyang, aku cepat-cepat keluar. Takut kasut hilang!!

Sampai kat kereta, aku tengok Imam Mat Ripin dah ada kat kereta. Dia lagi cepat!!

“Huh!! cepatnya Tok imam sampai? Sembahyang satu rakaat saja ke?” aku tanya.

“Aku rasa tak sempurna je sembahyang aku tadi.”kata Imam Mat Ripin. “Ada ka khutbah cakap orang putih?”

“Apa salahnya?” aku tanya.

“Mat!! Tujuan khutbah adalah untuk menerangkan kepada jemaah. Kalau jemaah tak paham apa yang diucapkan oleh khatib..macam mana kita nak sampaikan mesej? Kita dalam masyarakat Melayu…kena cakap Melayu la. Tak kan pasai ada dua tiga orang putih nak sembahyang…kita pun kena cakap orang putih? Dimana martabat kita orang Melayu?

Lagi pun..Islam ni kena belajor dalam bahasa Arab…bukan bahasa orang putih. Kamu tengok Raja Petra tu…pasai belajor Islam dalam bahasa orang putih la dia jadi macam tu.” sambung Imam Mat Ripin.

“Macam mana Tok Imam tahu Raja Petra tu islamnya tak betui?” aku tanya.

“Ishhh…semua deme yang bagi kursus kat BTN tu semua cakap macam tu.”

Fuiyo!! Kursus BTN pun ada kurikulum khas tentang Raja Petra! Patut la dia kena hambat.

“Habih…kat Sauk nanti, Tok Imam nak berkhutbah dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab?” aku tanya.

“Mesti la dalam bahasa Melayu!!” jawab Imam Mat Ripin.”Kecuali ayat-ayat Quran kena baca dalam bahasa Arab.”

“Aaaahhh…tu pasai aku cepat-cepat bangkit tadi. Tak tunggu doa pun pasai Imam baca doa dalam bahasa Arab. Aku tak paham apa dia kata!!”

“Yang tu kamu kena belajor le?” herdik Imam Mat Ripin.

Dari jauh…aku tengok Imam Hj. Zain terhenggut-henggut. Sampai dekat kereta, dia minta air. ” Kalau macam ni…masjid Sauk seratus kali lebih elok.” kata Imam Hj. Zain.

“Nak sembahyang…bawa kereta terus depan tangga. Tak payah berebut-rebut nak cari tempat nak sembahyang. Sembahyang pun atas lantai…tak ada sejadah.” rungut Hj. Zain.

Aku gelak sorang. Baru sekali jadi makmum dah merungut. Biasanya dia sembayang ditempat khas. Jadi Imam, sejadah dari Turki. Ada karpet pulak. Hari ni sembahyang atas lantai tanpa sejadah dah merungut.

Kemudian Pak Lang Pian pulak sampai. “Kalau macam ni la…masjid Sauk sepuluh kali lagi elok.” kata Pak Lang Pian. “nak pergi ke jamban pun dekat sebatu. Jenuh aku tawaf keliling masjid baru jumpa!! Tak ada le aku teringin masjid besor macam ni. Lagi susah!! Kalau le masjid Sauk macam ni punya besor…aku pun tak teringin nak jadi Siak.” kata Pak Lang Pian.

Aku start enjin kereta. Kereta Cikgu Mat Ali tak tahu entah kemana.

Dalam kereta, aku berfikir sorang-sorang. “Macam mana la bagi depa tiga orang ni berubah. Ingatkan..bila bawa masjid yang canggih sikit macam ni…boleh ubah pemikiran depa. Tapi depa pulak merasakan, masjid yang kecik lagi bagus. Senang jaga. Tak ramai orang datang sembahyang lagi bagus. Boleh bawa kereta depan tangga.”

Huh!! Tak tau la…macam mana pulak dalam kursus nanti.

Aku telefon Cikgu Mat Ali. Takut nanti depa sesat jalan pulak.

“Kami ada kat R&R Seremban!! Makan tengahari. Singgah la!” kata Cikgu Mat Ali.

“Cepat nya sampai sana!! tak sembahyang Jumaat ka?” aku tanya.

“Musafir!!”

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. Ramainye yang kene head shot nih… Letih…….

  2. Teman suke bebeno bahasa mike! Lenggok Peghaknye amat memikat! Lepas kursus agaknya deme jalan kegheteh.. kah! kah!

  3. Akupun nak pi minum kopi O kat kedai Janda Bakaq. Hang belanja yer !

  4. Aiseh man. Nape tak habaq nak mai? Big Brader MSK, den solat jumaat kat masjid putra nilai tu. Memang khutbah kedua masjid tu ckp omputih. Ni ler first time den dongar tak sah solat jumaat bila khutbah dlm bhs omputih. Den ckp mangkuk karang marah.

  5. chin peng,

    Mai Sauk…takat dua cawan…no problem.

    Ali,

    Bukan dia kata tak sah. Cuma dia rasa tak sempurna. Maklumla…tak pernah sepanjang hayatnya dengar khutbah cakap omputih.

  6. best la cerita. ramai yang kena tapi… depa tak paham kot…sampai terlupa mana pi le cerita mami rokiah 4 bang mat ooi…….

  7. masa koje kat cyberjaya dulu, mmg khutbah ada 2 bahasa.. BM & BI… sbb jemaah bukan org malaysia aje.. campur2…

  8. a’ah betul le neo..masa duk cyber dulu mmg 2 bahasa bm ngn bi.Kenkadang ade gak bantai khutbah ckp arab..dah org arab yg jd pengkhutbah..lagi pon makmum melayu ngn arab sama ramai kot kat situ.hahaha

  9. kat cyber…? mesti kat masjid mmu kan? hehehe
    aritu imam mat saleh mana tah dtg bg khutbah..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.