Majlis Memberi Sumbangan Anak Yatim - Ulu Kuang
Dec 23rd, 2009 | By Admin | Category: Anaz, Berita, PerakEX TV, videos
21 Disember, Ulu Kuang - Satu majlis menyampaikan sumbangan kepada Anak Yatim di Ulu Kuang telah diadakan disini sempena dengan menyambut Hijrahtul Rasul dan sempena sesi persekolahan yang baru pada tahun hadapan. Majlis tersebut juga meraikan anak-anak golongan orang miskin dan juga keluarga fakir setempat. Majlis dihadiri oleh Ketua Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak, Haji Mustapha Kamil Ayub dan juga Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato’ Seri Ir Hj Muhammad Nizar Bin Jamaluddin.
Dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Nizar menyeru semua rakyat untuk lebih menghargai anak-anak yatim tanpa mengira kaum. Ajaran Islam menyeru agar kita berbuat baik dengan anak-anak yatim. Beliau juga menyelar kepimpinan negara sekarang yang sering membazirkan wang kerajaan untuk perkara yang tidak menguntungkan sehingga gagal menyelesaikan masalah anak-anak yatim.
“Nabi Muhamad SAW adalah ketua kepada semua anak yatim ketika hari akhirat nanti” kata Dato’ Seri Nizar. Maka kalau kita mengecilkan hati anak-anak yatim, maka kita juga telah mengecilkan hati Nabi Muhamad SAW itu sendiri.
Dato’ Seri Nizar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang dan juga pihak MTD Ulu Kuang yang berkerja tungkus lumus untuk program hari ini.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh













