1Malaysia pembunuh anak saya!

Dec 21st, 2009 | By Admin | Category: Berita, Sya reformis

Saya Ibarat Hilang Sebelah Tangan-En Vasudevan

sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin

En Vasudevan dari Gopeng : Beliau merupakan bapa kepada salah seorang mangsa yang telah menemui ajal dalam tragedi Jambatan Gantung Kuala Dipang yang lalu.Beliau hadir pada program ini untuk menyatakan bahawa betapa sedih dan hampanya hidup beliau sekarang dalam mengenang anak yang telah pergi.Sehingga kini guru-guru dan juga guru besar sekolah anak beliau masih tidak mengunjngi mereka apalagi menghulurkan bantuan sejak tragedi berlaku.En.Vasu juga menyatakan bahawa program tersebut telah Membunuh anak beliau dan menyifatkan mereka yang membawa anak beliau ke program tersebut sebagai Pembunuh.Beliau turut menyatakan bahawa sekiranya ibubapa tidak menghantar anak mereka maka mereka dituduh tidak menyokong saranan kementerian pendidikan namun apabila Beliau menghantar anaknya maka ini yang terjadi.

Kerajaan hanya mampu lihat,namun kami yang merasa.

sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin

En Nathan dari Mambang Di Awan : Beliau juga merupakan individu yang turut kehilangan ank di dalam tragedi tersebut.Beliau menyatakan sekiranya Yb Siva dan rakan-rakan tidak bertindak membongkar dan menyiasat kes ini pasti mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.Beliau turut mempertikaian mengapa kem tersebut di buat di kawasan hutan dan mengapa ia dibuat berhampiran dengan sungai.Tindakan menyelamat yang turut dikatan lambat merupakan punca salah satu dari punca anak beliau mati.Mungkin mereka ( Kerajaan ) hnya mampu melihat penderitaan kami namun yang melaluinya ialah kami.Beliau mengakhiri ucapannya dengan ucapan penghargaan kepada Pemimpin PR yang selama ini membantu mereka.

Saya Hanya Lihat anak saya 30 saat.

sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin

`Saya tidak akan mengulanginya lagi’..!Ia merupakan kata-kata yang keluar dari bapa ketiga mangsa tragedi ini yang mana baru-baru ini beliau menerima surat dari Kem Latihan Khidmat Negara yang memanggil abang sulung mangsa untuk menghadirkan diri dalam program tersebut.Beliau mengatakan cukup sekali beliau kehilangan seorang anak dan ia tidak akan berlaku lagi.Beliau yang mana ketika tragedi itu telah menghantar kedua-dua anaknya ke program Kem 1 Malaysia tersebut.

Diakhir ucapan kesemua mereka ini ialah penghargaan tidak terhingga kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sudi hadir dan menghulurkan bantuan sejak dari mula hingga kini.Untuk makluman kes ini masih berjalan yang mana saman berjumlah 2.5 juta telah difailkan.Mereka turut mengatakan bahawa jawapan dan keputusan sewajarnya dituntut agar segala persoalan berkaitan hal ini dijawab.

Didalam program ini juga Ds Nizar telah menyampaikan sedikit sumbangan daripada pimpinan PR kepada ketiga-tiga keluarga mangsa dan juga beberapa ahli Unit Amal.

Dato Seri Ir Hj Nizar dan pimpinan Pakatan Rakyat bergambar bersama keluarga mangsa dan anggota unit Amal

Dato Seri Ir Hj Nizar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ahli unit Amal yang membantu ketika tragedi

Tags:

Afiat

7 comments
Leave a comment »

  1. Rakyat yang BUKAN BNPUTERA dan bukan KRONIPUTERA..umpama wang siling SATU SEN sahaja…kepada KERA2jaan BN UMNGOKPUTERA..

  2. erm..PLKN pun ada bnyk kes..rogol, mati.. sumer ada…tp kebanyakannya “sapu masuk bawah karpet”..

  3. PLKN??membazir dt Rakyat shj sbenanya..lihat mesy agung ALUMNI nya semalam ,Berjalan dengan HURU HARA N CACAMarba

  4. MACAM TAK PERCAYA QADA DAN QADAR TUHAN JE….AJAL MAUT DITENTUKAN ALLAH WST.

  5. rina..mainan orang BN Umngok..nak halalkan yang HARAM tapi memang saje2 dilakukan..cakaplah Qodho dan Qodar..bila kalah PRU ..mulalah cari orang agama nak berbaik2 dengan PAS Arqam Abim Tabligh and so on….luluskan lesen judi banyak2..bila Melayu asyik berjudi..tak caya Qodho dan Qodar ke..

  6. Kepada yang suka komen keluarga mangsa kematian anak di Kuala Dipang. Jangan suka komen membabi buta. Mereka tu belum Islam, macam mana anda tuduh macam tak percaya Qadho dan Qadho Allah. Adalah lebih baik saudara terangkan kebaikan Islam kepada mereka. Usaha PAS dan PR terangkan kebaikan Islam pada bukan Islam kyususnya di Perak patut di puji. Nak tunggu UMNO - sampai ke liang kubur deme tak buat.,

  7. KORANG NI SUCI SGT KE?PR NI BAIK SGT KE?DUA2 PUN SAME JER…NK TLG ORG LEMAS KONON…NAPE SKRG BARU NK TLG?NAPE NK TLG TIGA FAMILI NI JER?ANAK2 MELAYU YG MATI LEMAS MASA CUTI SEKOLAH SKRG NI ADE KE PEGI TLG?SUDAHLA…AMIK KESEMPATAN JER NI…POLITIK JER…BUKAN IKHLAS PUN

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.