UREKA 3: Sekolah Budaya Rakyat
Dec 19th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaSemasa pilihanraya umum 2008, Pakatan Rakyat mendapat undi terbanyak dari saluran anak muda. Dan tewas banyak melalui saluran 1…atau saluran orang tua.
Tetapi selepas menang…perhatian melalui program-program lebih tertumpu kepada saluran yang menentang Pakatan Rakyat manakala anak muda yang banyak membantu Pakatan Rakyat tidak dipedulikan. Betul…ada program-program yang dibuat oleh Pemuda-Pemuda Pas atau PKR…tetapi lebih banyak kepada program kosmetik.
Dalam PRK Bukit Gantang, Nizar kehilangan banyak undi…terutama dari saluran orang muda…satu petunjuk bahawa anak muda mula memberontak.
Ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak… satu perkara yang tidak diberi perhatian ialah kemahuan anak muda. Banyak program-program tertumpu kepada bantuan kepada ibu tunggal…warga tua…tetapi tidak ada program-program untuk anak muda.
Bila anak muda mahu berbuat sesuatu yang sesuai dengan kemahuan mereka..banyak pula yang memprotes. Bila ada penganjur mahu membuat konsert Ella…ada pihak yang berdemo. Konsert artis barat tak payah cakap la.
Bila aku nak buat konsert rock untuk menyambut setahun Pakatan memerintah Perak…tidak dibenarkan. Bila aku tanya apakah garis panduan hiburan…masing-masing tak tau. Tanya kat orang DAP…depa suruh tanya orang PKR. Tanya orang PKR…depa suruh tanya orang Pas. Bila tanya orang Pas..semua tak boleh.
Konsert muzik..tak kira apa bentuk pun…seolah-olah semuanya haram. Menggondol hutan untuk balak tak haram. Apa yang orang muda mahu…terpaksa memenuhi piawaian orang tua..tok imam dan ustaz.
Apa yang boleh dan apa yang tak boleh? subjektif. Bergantung kepada siapa yang ditanya.
Kalau Pakatan memerintah Perak kembali…apakah piawaian hiburan yang mahu digunakan?Apakah perlu diadakan satu lembaga Penapis Hiburan? Atau perlu mewujudkan satu Majlis Fatwa Hiburan?
Kalau nak tunggu inisiatif dari pemimpin-pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat… tak boleh harap. Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat negeri Perak yang lalau, berbagai resolusi di buat.
Meningkatkan status kakitangan masjid, bantuan kepada sekolah ugama, bantuan kepada ibu tunggal, miskin dan warga tua. Malah orang mati pun mendapat perhatian apabila Pakatan Rakyat bersetuju menggazetkan tanah-tanah perkuburan…siap dengan subsidi. Tapi tak ada satu pun resolusi untuk seniman dan karyawan.
Bila konvensyen PKR dibuat di Ipoh, Biro Budaya AMK mempersembahkan budaya feudal untuk menyambut Anwar. Budaya P. Ramlee…hulubalang pegang tombak diiringi dengan gendang dan serunai. Yang tu boleh. Tapi kalau anak-anak muda underground, rockers, punk membuat persembahan…ia dianggap tidak bermoral.
Itu sebabnya mengapa aku berusaha untuk mewujudkan sekolah budaya rakyat. Diperingkat awal, ianya dinamakan Akademi Seni Rakyat. tetapi setelah berbincang dengan penggiat seni, kami bersetuju untuk menamakan Sekolah Budaya Rakyat.
Kali pertama kami membuat persembahan “Pentas Kita Karya Kita” di Sungai Sumun, ramai yang mempunyai prasangka dan prejudis. Terutama bila melihat anak-anak muda berambut panjang membuat konsert didalam kampung. Ketika persembahan berlangsung, hanya kanak-kanak yang memenuhi ruang tetamu…manakala orang tua menyorok didialam gelap dicelah-celah pokok kelapa dan pokok pisang.
(Boleh tonton disini… Pentas Kita Karya Kita)
Tetapi apabila mendengar lagu-lagu yang didendangkan..mereka merasa satu kelainan…tertutama apabila Airmas menyanyikan lagu-lagu penderitaan anak-anak Palestin. Mereka hairan apabila melihat pelajar-pelajar tahfiz bermain percussion. Dan apabila Meor menyampaikan lagi I.S.A, barulah mereka tampil kehadapan.
Anak-anak muda ini bukanlah artis-artis mainstream seperti Awie, Mawi atau Amy. Tetapi mereka adalah artis-artis rakyat…yang membawakan mesej-mesej rakyat didalam lagu-lagu mereka. Mereka adalah reformis yang juga mahukan perubahan didalam sistem kehidupan kita. Mereka juga adalah pejuang..malah lebih baik dari sesetengah ahli politik, yang apabila mendapat kemenangan…hanya tahu berebut harta ghanimah.
Anak-anak muda ini tidak perlu berebut jawatan atau kuasa. Apa yang mereka mahukan hanyalah ruang untuk berekspressi.
Kali kedua…anak-anak muda ini membuat persembahan dalam ‘Malam Seni Rakyat’ di Kajang.
Anak-anak muda ini tidak meminta peruntukan atau sponsor untuk membuat persembahan. Apa yang mereka mahukan hanyalah pengiktirafan terhadap cara mereka berjuang.
Maka lahirlah idea untuk menyediakan satu landasan dan ruang untuk anak-anak muda ini menunjukkan kemampuan mereka. Dari Pentas Kita Karya Kita…dan disusuli denga ‘Malam Seni Rakyat’..maka terlahirlah ‘Sekolah Budaya Rakyat’.
Sekolah Budaya Rakyat adalah salah satu cabang didalam UREKA. Dan amat menggembirakan apabila Pemusi-pemuisi, penggerak teater, pemuzik dan kartunis bersatu untuk merealisasikan idea ini.
Pelancaran Sekolah Budaya Rakyat akan diadakan hari ini…Sabtu (19/12/09) di UREKA Kuala Kangsar. Jam 8.30 malam.
Pyanhabib akan menjadi tetamu istimewa untuk melancarkan Sekolah Budaya Rakyat ini. Pyan akan menyampaikan beberapa puisi…dan seperti kebiasaannya.. Pyanhabib merupakan star attraction dalam program-program sebelum ini.
Disebelah siang, bermula sekitar jam 10 pagi, Raduan Norudin akan membuat lakaran grafitti untuk menghiasi ruang tonton Dewan UREKA. Apa yang akan di lukis oleh Raduan boleh dilihat disini.
Kamal Sabran akan mempersembahkan satu persembahan yang unik bagi kebanyakan orang. Tidak pernah membuat persembahan didalam TV, tetapi hasil kerjanya mendapat pengiktirafan di luar negeri. Untuk mengetahui lebih lanjut siapa Kamal Sabran…kunjungi blognya disini.
Tronoh Theatre Shop akan membuat persembahan dalam bentuk teater. Apa mesej yang hendak disampaikan….datang malam ini. Mereka terdiri dari anak-anak muda, pelajar Universiti Teknologi Petronas di Tronoh. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa mereka…lawati blog mereka disini.
Airmas bukan Ramli Sarip. Banyak lagu-lagunya menyentuh tentang alam dan manusia. Tentang derita rakyat Palestin…derita mangsa Tsunami Aceh…tentang derita anak-anak Iraq. Dia menyanyikan lagu-lagu kemanusiaan.
Manakala Meor Pestajiwa pula sering membawa lagu-lagu kemsyarakatan..tentang hak asasi manusia..tentang alam dan anak muda. Dapatkan album Dari Rakyat Untuk Rakyat nyanyian Meor di UREKA. Dan sudah pastinya…lagu hits “I.S.A” akan menjadi bualan penonton nanti.
Dan ramai lagi seniman yang akan hadir. Nikbinjidan, Nurhaneem, Ronasina…Lupakan tentang politik buat sementara. Fikirkan tentang alam, manusia, penderitaan, perjuangan. Fikirkan tentang apa yang dimahukan oleh anak-anak muda….fikirkan tentang apa yang boleh kita sediakan untuk mereka.
Malam ini jam 8.30 malam. UREKA Kuala Kangsar. TEMBANG DI KUALA.
(Untuk menampung kos pementasan, masuk adalah dengan membeli poster Tembang di Kuala bernilai RM10.00)











Klik Imej Untuk Senarai Penuh














sayang sekali
teman tak berpeluang bersama
meraikan sejarah UREKA - Sekolah Budaya Rakyat
semoga permulaan yang jelas menuju kejayaan dan kesejahteraan yang jitu
Syabas
dari jauh jeee
nampak nya perjalanan dan perjuangan teman jauh kerdil dari mika MSK, sam dan team asas perakex.
pengorbanan mika mika semua ……… ish ish ish jauh bagai langit ngan bumi banding dengan teman.
Minta nanti disemak asas dasar kebudayaan Pakatan Rakyat yang, inshallah akan diterbit dalam dokumen bersama Pakatan Rakyat menjelang konvensyen esok. ~ HH
Ralat : Aturcara di poster ada kesilapan typo di ruangan aturcara. Sila rujuk aturcara di bawah.
Aturcara :
11.00 pagi - 6.00 petang : Graffiti oleh Raduan Norudin, karikatur oleh para kartunis, jualan produk seni. (masuk percuma)
8.30 malam : Persembahan teater, musik dan puisi. *Bagi menampung kos pementasan, masuk adalah dengan membeli poster Tembang Di Kuale bernilai RM10.00.
Menarik sangat..tapi sayang kami tak dapat bersama.
Harap buat lagi di lain waktu.
Tahniah. InsyaAllah bila berada di KK nanti pasti akan cari kesempatan ziarah..paling kurang setiap bulan kami perlu ke sana.
sori tak dtg. bini ngandung byk hal skang ni. hehehe.
p/s.. menanti saat anto dia ke umah mentua dan err… bujang jap!
Hang mana bujang dah jenin..
Salam MSK,
Nampaknya MSK ingin menjadi ‘juara’ kepada golongan muda.. yang kononya MSK ni faham dan tahu aspirasi anak muda.. anak muda zaman sekarang bukan macam zaman MSK dulu.. Saya sarankan kepada MSK tolong lah jangan nak jadi ‘juara’ kepada anak muda. Adakah kerana ramai dikalangan pengunjong blog adalah anak2 muda jadi MSK ingin menjadi ‘juara’??.
Anak2 muda sekarang sudah bosan dengan ‘ketua’nya adalah orang ‘tua’. Pergi masjid dan surau ‘ketua’nya orang ‘tua’ , nak masok jadi ahli mana2 parti di peringkat cawangan atau ranting pun ‘ketua’nya orang ‘tua’. Bila anak muda bagi cadangan terus disanggah disebabkan cadangan dari anak muda.!
Biarlah program diatur dan diuruskan oleh anak muda sendiri. Hari ini sudah terlihat di seluroh negara yang anak muda sekarang kurang ‘menyengat’ dalam segala aspek pun disebabkan campur tangan orang ‘tua’. Akhirnya anak muda jadi kurang berikari dan ke’kreatif’an dan fikrah mereka terbonsai. Adakah kita mahu mengikut jejak langkah 4B malaysia yang mewakili golongan belia dan muda berpresidenkan seorang ‘tua’??
sudah2lah orang ‘tua’ menyibok disana sini..jangan nak menyibok didalam urusan orang muda.
Dan lagi 1 saya telah mengikuti blog PerakEx sejak tsunami politik 0308 lagi, Pada permulaan bagus, tapi semakin lama semakin teruk, malah setengah2 posting langsung tiada isi. ( dan ini adalah penyumbang kenapa PE semakin jatuh ‘hitz’nya). Anak muda semakin bosan dengan gelagat orang ‘tua’.
Kemudian biasalah ayat penulis blog ”Saya akan cerita lain kali” - kononya untuk membiarkan pengunjung tertanya tanya dan ternanti-nanti. dan agar blog tetap dikunjungi secara konsisten. Cara ini memang bagus.. Tapi kalau dah selalu sangat guna orang jadi bosan dan muak apatah lagi apa yang hendak di’reveal’kan tu adalah benda yang remeh temeh..
saya harap saudara MSK dpt belapang dada dalam menerima teguran dan kritikan.
sekian terima kasih..
hamza, wa org muda.. tp wa suka baca blog msk, tukar tiub , aduka dan yg lain2. pasal pa? pasal ada kelainan.. bro msk tak ckp pn nk jd juara org muda. MSK x suruh pn org muda ikut jin program yg d buat. nk join, join .. kalo x mau mampuih kat hang.. hamza, lu org grombolan kot? lu punya pandangan poyo la geng… lu jgn marah arr .