UREKA 2: Perakexpress
Dec 18th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaApabila kami duduk membincangkan tentang apakah konsep yang hendap dibawa oleh Perakex ketika kami mula-mula menghidupkan kembali Perakex selepas PRK Bukit Gantang, kami berbincang tentang apakah matlamat Perakex? Apakah mahu menjadi seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysian Insider? Tidak.
Perakex perlu menjadi Perakex. Mempunyai identiti sendiri.
Perakex perlu bebas dari pengaruh parti walaupun kami semua penyokong Pakatan Rakyat. Dalam Perakex ada orang Pas, orang PKR. Ada yang berfahaman konservatif dan ada yang liberal. Semuanya bebas mengutarakan pendapat masing-masing.
Kalau ikut title…aku jadi editor. Tapi hakikatnya, semua team Perakex mempunyai password yang umum…masing-masing boleh terus menyiarkan artikel mereka tanpa diedit. Setiap team member Perakex mempunyai kebebasan untuk menulis apa yang mereka suka. Apa saja cara yang mereka suka.
Semasa PRK Bukit Gantang, aku cuma update Perakexpress.blogspot.com. Tak ramai pengunjung pada masa itu kerana kami bekerja didalam satu team. Albanjari menjadi anchorman dengan memuatkan berita yang terkini manakala Perisik Rakyat menjadi jurugambar. Nak berita masuk Albanjari…nak tengok gambar masuk Perisik Rakyat.
Hasilnya, Blog Albanjari dan Perisik Rakyat menjadi top. Pernah satu masa, blog-blog mereka tersenarai di top 300 Alexa. Lebih popular dari Tukar Tiub. Malah blog Idham Lim juga merupakan diantara blog yang paling popular.
Tetapi selepas itu, blog Perisik Rakyat dan Albanjari mula menurun. Ketika Perakex dihidupkan semula, tidak susah untuk mempopularkannya kerana kami hanya perlu mengalih (redirect) dari Perakexpress.blogspot.com ke Perakexpress.com. Dan seminggu kemudian , pada 28 April 2009, Perakex mendapat ranking ke 2107 di Alexa.
Manakala blog Albanjari dan Perisik Rakyat jauh didepan.Albanjari ditangga ke 629 dan Perisik Rakyat ditangga ke 639 Alexa.
Dari situ…Perakex terus naik. Dan identiti yang cuba diserlahkan ialah kesepakatan. Teamwork. Sekiranya kita bekerjasama tanpa memikirkan siapa lebih terror…siapa lebih otai…sapa Pas…sapa PKR…kita pasti berjaya. Dan pada masa itu, aku memberitahu Sam..Perakex perlu memecahkan benteng 1000 Alexa sebelum akhir tahun. Dan ketika blog-blog lain menurun, kami meningkat.
Pada 3 Ogos 2008, kami berjaya mencapai matlamat tersebut.
Dalam masa yang sama…Albanjari terus menurun sehingga ke tangga ke 1436 manakala Perisik Rakyat dapat bertahan ditangga 829 Alexa.
Dan Perakex terus naik sehingga mencapai tangga ke 889 Alexa pada 20/11/09.
Siapa yang menaikkan Perakex? Bukan aku. Tetapi semua team member..penulis tamu, dan ramai lagi yang menyumbang untuk menjadikan Perakex sebagai media rakyat. Dan apa yang aku cuba paparkan bukan lah untuk mencari populariti atau glamer..tetapi untuk membuktikan bahawa kita mampu mencapai kejayaan sekiranya ada kesepakatan. Dan inilah yang ditunjukkan oleh team member dan penulis tamu di Perakex.
Dan aku percaya, Perakex boleh naik lagi kalau aku pecahkan cerita-cerita disebalik isu PMBK, Isu Exco Selangor, Isu MB Kedah..tapi kalau aku sendiri dah fed-up dengan gelagat orang politik…apatahlagi ramai yang diluar sana.
Matlamat untuk menjadikan Perakex sebagai media rakyat tersasar. Dan sebelum tersasar jauh untuk mencari populariti..lebih baik aku stop. Itu sebabnya aku berhenti menulis seketika untuk merancang kembali apa yang telah ditinggalkan. Mampuih pi la kalau ranking Perakex jatuh. Mampuih pi la kalau ada member-member yang komplen aku tak tolong depa.
Aku tak mau campur masalah parti politik. Parti politik sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat..bukannya rakyat yang perlu menyelesaikan masalah parti politik. Kalau parti politik gagal menyelesaikan masalah sendiri..bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat?
Mampuih pi la kalau orang politik nak bergaduh. Mampuih pi la kalau blogger politik nak bergaduh.
Tapi aku bukan nak lari dari politik. Sebab politik adalah sebahagian dari kehidupan.
Tapi aku mahu kembali kepada politik rock..politik kedai janda bakaq..politik rakyat jalanan..politik puisi dan teater. Mampuih pi la dengan politik perebutan kuasa. Mampuih pi la dengan politik perebutan harta.
bersambung…..










Klik Imej Untuk Senarai Penuh














msk
makin ‘mengancam’ (tu bahasa kampong kota lama kiri, masa aku kecik kecik dulu), nampaknya
bukan bermaksud ‘ugut’ - tapi bermakna makin hebat
patut le pengujung selalu jolok, supaya mika ‘tulih’
sekali tulih pun, sakan punya buah
MSK dapat kemenyan baru nih! Bak sikit!
hhahaha..bang mat…
sy dah paham…masa 20hb nov ari tu..:D
terima kasih…
Salam MSK .. salam Perakex .. salam semua
Teman ambik ayat mike ni … “Parti politik sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat..bukannya rakyat yang perlu menyelesaikan masalah parti politik. Kalau parti politik gagal menyelesaikan masalah sendiri..bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat?”
Salam maal hijrah untuk semua
Tuan MSK
aku memang tunggu sangat-sangat spt dipara akhir tu.
selamat kembali.
Ehem. Yong tak pergi ke albanjari bukan tak suka. Tapi Yong tak larat nak tengok banner iklan2. Dah macam flyer yang menyumbat postbox kat rumah Yong.
Salam dari Istanbul.
haa.. lepaih rindu nak baca buah pukulan dan kilas abg mat. macam ni laa… abg msk, sambung lekas..
Komen liar LUCAH mencarut …sumpah seranah..patut dihalang dari dipaparkan…bukan pasal MINDA tertutup..tapi menuju ke arah Kesopanan dan Kesusilaan…AKHLAQ terpuji lah senang cakap..dan ketinggian mentaliti..
menanti kesinambungan dari entry ini..
hehe. diam2 berisi.