Kerajaan Najib Nyaris Tumbang Lewat Malam Tadi
Dec 15th, 2009 | By Admin | Category: BeritaOleh HASMI HASHIM
Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!
Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.
Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.
Proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.
Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam.
Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulai yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.
Saat-saat dramatik itu bermula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sudah mulai riuh dan bersorak menandakan lakaran sejarah baru ini di dalam Dewan apabila di antara mereka turut mengira bahawa Pakatan Rakyat mendahului kiraan dengan majoriti tipis, iaitu 1-3 undi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga berada di dalam dewan dilihat begitu tenang namun serius mengemudi ‘penentangan’ hebat tersebut. Turut bersama menggempur BN saat itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.
Menurut seorang ahli parlimen yang berada di situ, beliau ragu dengan jumlah undi yang tertulis dan diserahkan kepada Speaker oleh Setiausaha Dewan, Datuk Rosmini Ahmad.
“Setiausaha Dewan tuliskan angka itu dikertas dan dia sendiri pun kelihatan sudah menggigil dan pucat muka,” katanya.
Menurut sumber yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kiraan untuk Bajet 2010 itu bertambah bilangannya apabila dua lagi ahli dewan baru masuk ke dalam dewan iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, disusuli ketibaan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga merupakan Presiden MCA.
Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasah Rasiah bangun dan cuba membantah sewaktu usul bagi KDN yang diluluskan begitu cepat dan perlunya kiraan semula, tetapi telah ditolak oleh Speaker dewan.
Lebih mengharukan menurut ahli parlimen itu lagi, terdapat beberapa orang senator yang masih berada di dalam Dewan, yang memungkinkan turut dikira sedangkan senator adalah tidak layak untuk mengundi dan tidak boleh berada di dalam dewan sewaktu proses pengundian.
Selain itu, buat pertama kalinya, dua timbalan speaker terpaksa duduk di tempat ahli parlimen bagi dikira sekali undian mereka, iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Memang hal ini dibenarkan mengikut peraturan dewan, tetapi ia tidak pernah terjadi sebelum ini.
Para pegawai Perlimen yang bertugas juga menyaksikan episod tersebut. Andai tidak, kita akan menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya, BN tumpas dalam kiraan undi di Dewan Rakyat yang memboleh implikasi kerajaan Najib menerima usul undi tidak percaya.
Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














jgn salahkan sesiapa tetapi MP pakatan yg tak hadir. Hangpa buat pa di saat dan hari2 penting spt itu? hanga tauka buat pa rakyat pilih hangpa pd PRU lepas? hangpa tau ka napa rakyat bayar gaji hanpa sebagai MP? di saat2 penting spt itu hangpa xda utk mengundi .Tak boleh harap! kalo tak boleh berada d dewan, jgn jd MP. tak guna rakyat pilih ko org kalo benda mcm ni pn x ambil serius. aku blh terima lg kalo kita kalah undi d dwn kalo semua mp pakatan hadir dan atas kelebihan MP BN yg lbh ramai, tp ini aku nampak pasal ada MP pakatan yg x masuk dewan dan x hadir. so kalah tipis. tuhan dh bg peluang tp tak guna. kalo tak boleh berada di dwn bgs jgn jd MP. kita rakyat dh berjuang d luar, kerja ko org la berjuang di dlm dwn. tp kalo masa mengundi pn ada yg xdtg mcm na. pejuang rakyat kepala hanggok. sory bro mat saman kati. emo sikit.
Aku rase ada MP Pakatan yg sakit atau tak ada dlm negara sebab bertugas kat luar.. Yg aku nak marah ni, sial punya Umno ni dalam dewan pun nak bohong!! Betui ka dia kira 66, termasuk dgr senator skali kot!! Klau dlm dwn pun buhungggg, luaq dewan lagik teruk laaaah!! Haram jdah betui depa nie, eiiiiiiii
mana ada dewan besidang sampai tengahmalam tadi?
Peluang yang baik telah terlepas,mana pergi geng PR seramai 18 belas orang lagi tu?
mgkn yg lain tu msh berada di tanah suci kot…atau ada urusan lain le tu….
seorang mp pas berada di s.alam memberikan tazkirah/ceramah di sebuah surau
yang aku tahu dr badrul je pergi haji…itu pun bukan mp…tapi memang benggang la…aku akan cari jg kot mana2 pun sapa mp pr yg tk datang….benggang
[...] Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.PE [...]
Jangan kata kerajaan Najib je hampir tumbang…
Pasukan kebangsaan pun hampir tumbang jugak… nasib baik sempat bangkit !
Ambil Iktibar Pasukan Laos
oiii MP pakatan rakyat..
Dapat gaji MP , tolong jangan ponteng dewan..
kerana hangpa laa , sejarah tak dapat dilakar…
tolong bagitau list depa yg ponteng… biar rakyat tau , hangpa nii sebijik cam BN jugak !!
hancur..hancur..hancur
hancur BN UMNOGOK PENGKHIANAT AGAMA DAN BANGSA
kahkahkahkah…cket je lagik…
matgeramgiler, klu takde bersidang untuk undi “belah bahagi”, takkan la kecoh kat sana sini..hang baca paper meloya ja kot.. tu yg kata takdak persidangan tu…
sape tahu name2 mp pr yg mane g sunat tu sampai tkleh datang parlimen?mp bn aku tk heran la g mampos la..
Tlg check list Mp yg tak mai tu, biaq kita kerjakan depa lps nie! Ssiapa tlg chck
senaraikan MP PR yang 18 ekok tu ! pastikan PRU 13 jgn calonkan sibongok dajal tu lgi. pengundi pilih kau org semua utk buat keja. awat hampa 18 ekok byk songeh sgt. Terok sgt ke…utk hadir sidang parlimen tu. Habis tempoh bersidang buat kerja apa pon…Masa mengundi p/raya mintak sgt rakyat sokong keluar mengundi. La ni apa dah jdi…! MACAM CELAKA. ada sapa2 dpt imfo. KELURAKAN NAMA MEREKA
kalo tak reti berada d dewan, jgn jd MP. ko org ingat elaun ko org dapat tu suka2 utk x masuk dewan ke? pelik, time2 penting mcm ni la ada urusan lain la, itu la, ini la. kepla hangok ko org la. kalo ada mp yg x dtg pasal bg ceramah pn aku rasa x patut. agak2 la, time2 ko org bersidang, mengundi time tu la nk bg ceramah. curi masa kerja pasal nk bg ceramah yer? kepala hanggok ko org. mcm la bersidang tu hari2. kalo tak mau bilangan MP pembangkang ramai, bagitau awal2, tak payah susah2 nk berjuang berhabis taruk ko org sana. mcm xda beza ja, kalo xpandai berhujah pn sekurang2 berada d dewan. time undi, guna kan peluang. Kita bukan Majoriti patutnya ko org bg la komitmen. ni nk tiru perangai BN gak yg ponteng dewan. betul2 bangsat ke pa.
Anuar sbg ketua pkr kn bg amaran keras pd wakil pkr yg x berada d dlm dwn smlm. begitu juga haji adi dan lik kit siang. semua pn menyumbang kpd ketidakhadiran ke dwn smlm. tolong bg amaran keras pd ank buah masing2!!!!!
Ya! keluarkan name MEREKA! Tak basar aku nak tgk!!
P Ramlee kata: Hang yang bijak pandai..kena TIPU dek PENYAMUN tu pasal ape…BN Umngok memang PENIPU…tapi yang PR tak berjaga2 dan tak bersedia tu…PASAL APE…kan dah terlepas PELUANG kali kedua dah…Haji Hadi SELALU CERAMAH CERAMAH CERAMAH…orang Islam jangan masuk lubang BIAWAK dua kali dua kali dua kali…tak pe lah..ini LUBANG KATAK agaknya..kih kah kuh..
YB sudah dikesan tak mai.. 5 MP Pas, 7 MP pkr dan 6 Dap
korang jangan la camnie….
MP2 yang tak datang tu sume tgk Malaysia lwn Laos laaa. kan patriotik tu.. huhu
mangkaq2 sgh la MP2 Pas yg tlh diamanh kan oleh ALLAH dan rakyat sgp x dtg ke parlimen untuk pengundian yg sangat penting..mangkaq2
Hatiku luka hancur lebur dengan kejadian MP PR semalam… kenapa jadi begini… Wahai MP Pas yang telah diamanahkan carilah jawapan2 untuk mengubati hati kami dijalanan ni. Jangan sampai ada yang…. bukan nak mengugut tapi hakikatnya jiwa kami kacau dengan kejadian semalam 20 MP PR hilang
tahun depan. cukai GST diluluskan sebab mp pakatan ponting !!!!
sabar je la
18 MP tu ada hal…. bukan sengaja… bersangka baik la…. bukan BN nak tumbang pun
lankarim December 16th, 2009 13:15 :
18 MP tu ada hal…. bukan sengaja… bersangka baik la…. bukan BN nak tumbang pun
—————————————————————————————————————————————————-
elo mat, lu cerita pa? jgn nk tolong cover2 la. aku tak kira anak nuar ke , org pas ke org dap ke yg salah tetap salah. ko ingat mlm tu persidangan mengenai pa? kalo setakat bermesyuarat borak2 kosong kedai kopi mak janda , aku tak kisah sgt. ini bersidang pasal NAK LULUSKAN BUDGET. dan tugas MP pembangkang adalah sebaik mungkin memastikan ianya TIDAK DILULUSKAN.
mcm aku ckp, kalo semua dtg dan kalah pasal semua pn dh bt terbaik, aku boleh terima.. tapi kemenangan begitu tipis dan byk MP pakatan yg ponteng . time2 penting mcm ni pulak tu. kalo hari2 bahas budget lainla ini yg terakhir.. kena la paham.
aku tak heran kalo ramai yg memaki mereka2 ini. selayaknya mereka di maki! lg bagus d letak budak x tinggi belajar malam tu tetapi sanggup berada di dewan drpd yg educated dan kerjaya hebat spt lawyer tapi ponteng .
memamg sah la MP pakatan xda dlm diri mereka niat nak lawan sungguh2 BN ni. tak da niat mengagalkan budget2 jahanam BN yg pasti membebankan rakyat. yerlakan, ko org punya elaun tinggi, esok2 ada pencen lg. setakat harga brg tinggi sikit apa la sgt, celah gigi je kan. kemudahan pn byk boleh pakai. Ala duit rakyat. yer duit rakyat.. duit rakyat yg d perah keringat mereka…., yg d bebani dgn kesulitan dan kesempitan akibat dr pengurusan negara yg x cekap.. yg telah siang malam berdoa agar kerjaan zalim dan yg menindas segera ditukar… yg telah bertungkus lumus berjuang meletakkan kamu2 d sana dgn harapan mengunung agar pemimpin2 ini berkerja bersunggh2 demi rakyatnya , yg telah menahan semampu yg boleh utk sebuah krjn yg lebih baik, yg telah mengharapkan keajaiban dari TUHAN agar d tamat segera pemerintahan BN ini walaupun MP BN ini lbh besar jumlanya,
berkat doa rakyat tertindas dan dgn kuasa tuhan yg esa maka lalailah MP2 BN pd malam isnin lalu… malangnya sejuta harapan rakyat ini musnah angkara 19 MP yang sepatutnya menunaikan tanggungjawab telah mengkianati AMANAH yg telah RAKYAT berikan. kalo d negara lain, mereka2 ini awal2 lg d ludah!!!
kpd MP2 pakatan tersebut anda seharusnya malu . dan kita? kita nak cover org mcm ni? aku ucapkan tahniah teramat sgt pd semua MP yg telah hadir termasuk anuar ( tak termasuk anaknya) , lim dan haji hadi (walau aku anti UG). syabas kpd kalian semua yg sanggup berada d dewan sehingga lwt mlm.
walau mcm na pn aku harap ketiga2 anda dpt memberi amaran kpd ank2 buah anda yg telah buat ‘perangai’ itu dan sekiranya perlu, tindakan hendaklah d ambil. tolong pastikan tiada lg MP pakatan yg suka x masuk dewan.
Harap Ketua Pembangkang dapat dedahkan siapa MP yg tidak hadhir dan apa alasannya.Kalau Anwar gagal berbuat demikian,saya org pertama yg tidak akan memberi sokongan atas nama PKR,tetapi sokongan hanya saya beri kepada calun yg saya fikirkan baik tak kira Umno atau PKR atau Pas.Ini adalah kali kedua para MP Pakatan mengeciwakan rakyat kali pertama semasa pembentangan akta DNA dulu yg juga ianya di luluskan dengan kemenangan tipis.
BENGANGGNYAAA AKUUUU!!!!!!!
Salam,
Kewajipan atas Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat memberikan penjelasan kepada rakyat kenapa terlalu ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat hadir (jika tidak :dibaca:ponteng) dlm pengundian bajet di atas. Senarai nama-nama mereka yang tidak hadir mesti di nyatakan dan dinyatakan alasan2 mereka kerana mereka sebenarnya memikul AMANAH RAKYAT. Kalu MP Be eNd Umno jangan pedulikan sebab mereka memang TIDAK AMANAH dah jadi darah daging mereka… Selain banyak BERBOHONG dalam apa saja perkara dan mengambil kesempatan atas duit rakyat sebagai duit mereka dan rakyat wajib berterima kasih kepada mereka jika mereka beri duit itu kembali kepada rakyat.
“AMANAH RAKYAT” senang disebut tapi nak melaksanakannya adalah amat payah. Terutama jika “hal peribadi diutamakan, amanah di pinggirkan”.
Perjuangan kita terutama wakil pembangkang tidaklah sesukar mana jika di bandingkan dengan zaman sahabat yg terpaksa berperang, malamnya menjadi abid, siangnya menghunuskan pedang melawan musuh. Kita? Hanya perlu menghadiri sidang yang bukan tiap2 hari, dan hanya mengundi, bukan berlawan pedang atau berjaga malam.
Jika perangai kita sama sahaja dengan musuh, tidak menganggap penting sidang yg bagi rakyat amat penting, maka adakah ada PERTOLONGAN ALLAH BAGI KEMENANGAN KE ATAS MUSUH?
Sahabat2 Nabi sentiasa ada bersama Nabi sebagai ketua (sekarang Ketua Parti PAS, DAP dan PKR) semasa senang dan susah, adakah kita pon begitu… membiarkan Ketua berlawan, kita sibuk dengan hal lain…
Pada pendapat saya, Allah ingin menunjukkan kepada kita, ahli2 Parti PAS, DAP dan PKR, kenapa Allah SWT belum memberikan kepada kita KEMENANGAN KERANA KITA BELUM BETOL2 BERJIHAD SEBAGAIMANA YG DISURUH DAN KITA MASIH LAGI TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN PERJUANGAN PERIBADI DENGAN PERJUANGAN UNTUK UMMAH, jadi kita TAK LAYAK LAGI DI ANUGERAHKAN KEMENANGAN ITU.
Oleh itu, sedarlah, kalu kita masih lagi dalam zon selesa, maka KEMENANGAN jika kita dapat pon hanya sementara sepertimana kemenangan kita di Terengganu 1999-2004.
Lepas ni, kami tidak mahu lagi ada “alasan2 bodoh” yg sengaja di buat oleh sesiapa sahaja/ahli politik tak kira sama ada dr Pakatan Rakyat atau UmnoNgok, Be eNd, sebab rakyat nak tengok KAMU BEKERJA, bukan nak tengok kamu CIPTA ALASAN’. Sebab banyak bagi alasan menyebabkan KAMU BERBOHONG KEPADA RAKYAT.
Sesedap korang je menaip bagi komen… ada yang komen tanpa usul periksa pulak tu…
Kalau semua 18 MP Pakatan yang tak hadir pada malam tu, hadir sekalipun, aku pasti si pendekar Amin akan tetap menangkan undi BN,
Mustahil pendekar nak membiarkan mahaguru kecundang begitu sahaja….!!!!
[...] undi. Kalau tidak…. habis drop ler Najib punya water face. Nak tahu ceriter sebenornya, baca sini. Dengor ceriternya, 20 orang MP Pakatan Rakyat yang ponteng semalam. PASnya ada… PKR pun [...]