Melayu berjiwa merdeka. Melayu sakit jiwa. Melayu berjiwa hamba
Dec 14th, 2009 | By Admin | Category: M3m, RencanaOleh: M3M
Bagaimana kita nak latih diri kita menjadi orang yang sedar diri, tak bangga diri, tak riak, tak sakit jiwa, malah… sentiasa feel good terhadap diri sendiri?
Senang jer… selalu beristigfar dan kita tengok sekeliling… tanya diri kita soalan-soalan ini. Kalau aku kaya… ada orang lebih kaya dari aku. Kalau aku susah dan miskin… ada orang yang lebih susah dan miskin daripada aku. Kalau aku pandai atau banggang…. ada orang yang lebih pandai atau banggang daripada aku. Kalau kita kuat beribadat dan islamik…. ada orang yang lebih hebat ibadat amalan serta islamiknya daripada aku. And… so on ler. Latih tubi soalan-soalan ini pada diri kita. InsyaAllah… kita akan jadi manusia yang down to earth serta dapat menghindarkan diri kita daripada sejenis ’sakit jiwa’ yang merasakan diri kita ini HEBAT segalanya.
Ini akan membuat kita rasa lebih bersyukur, lebih redha, lebih tenteram fikiran dan jiwa dan lebih bahagia.
Memang ler kekadang Allah SWT akan menduga kita dengan pelbagai dugaan, tapi.. deal with them dengan seberapa daya upaya dan jangan cepat putus asa. Berusaha… berikhtiar…. berdoa dan bertawakkal. Allah SWT pasti bersama kita.
Dari segi ekonomi… kita mesti hidup dengan mengukur baju ikut badan sendiri. Jangan terkecil dan jangan terlalu besar, sebab… yang akan menanggungnya ialah kita. Kita juga mesti tahu keutamaan kita, apa prioriti kita. Itu yang kita kena dahulukan. Yang dahulu kita dahulukan… yang kemudian kita kemudiankan.
Sejak dari dulu lagi, orang Melayu banyak bergantung kepada bantuan kerajaan. Sebab itu, mereka terlalu taksub dan sensitif dengan Ketuanan Melayu serta hak-hak istimewanya. Mereka jadi paranoid kerananya. Sentuh sikit.. maka mengamuklah mereka. Akibatnya… mereka menjadi mua, tiada bantuan mereka teraba-raba… hilang upaya… hilang daya. Macam si buta kehilangan tongkatnya.
Aku masih ingat kata-kata nasihat daripada seorang rakan berbangsa Cina. Dia bukan Cina kaya tapi macam aku juga… biasa-biasa. Kata dia… kita bukan orang kaya yang ada banyak harta. Harta kita ialah our children. Sebagai orang biasa, kita tak mampu nak tinggalkan harta kepada anak-anak kita. Apa yang kita boleh buat ialah give them good education so that they can survive later on. Untuk itu, kita kena set prioriti kita agar menjurus ke arah itu.
Dan… yang buat aku respek giler sama dia ialah he walks what he talks. Cara hidup dia simple giler. Tapi… untuk pelajaran… makan minum dan kesihatan anak-anak dia, dia berabis giler. Duit yang kita spend untuk education anak-anak kita, anggap sebagai investment kita. Anak-anak kita… tanggungjawab kita. Don’t be dependant on others. Now… anak-anak dia semuanya berjaya. Itu ler nasihat seorang rakan berbangsa Cina kepada aku. Nasihat itulah yang jadi pendorong aku.
Apabila tengok sikap kebanyakan orang Melayu…. sedih. Mereka terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Priority… lebih kepada benda lain. Pelajaran anak-anak tak diutamakan. Aaahh… apa risau, kerajaan ada untuk membantu kita. Masa depan orang Melayu terjamin punya… kerana, kita ada hak istimewa. Apa gunanya Ketuanan Melayu??
Itulah mentaliti orang Melayu… Malang sekali, mereka tak sedar yang sebenarnya hak-hak istimewa orang Melayu ini sudah mati… dibunuh oleh UMNO, parti yang mereka sanjung tinggi…. dulu, kini dan selamanya.
Namun.. ada juga Melayu yang miskin tetapi sedar diri yang ada maruah dan harga diri. Contohnya, seorang jiran terdekat aku. Suami isteri tiada pelajaran dan tiada kerja tetap. Malah, si suami membaca dan menulis tak berapa nak boleh. Tapi… pasal pelajaran anak-anak, mereka ambil berat dan perhatian. Untuk menyara dan menyekolahkan anak, macam-macam kerja mereka buat. Ambil upah potong rumput… bersihkan kawasan rumah orang…. basuh baju, jadi jadi baby-sitter…. dan apa jua kerja yang halal. Dengan duit itulah, mereka menyekolahkan anak-anak mereka hingga ke peringkat universiti tanpa mengharapkan duit PTPTN daripada kerajaan.
Resipinya mudah…. Sedar diri, ukur baju di badan sendiri, redha dengan apa yang ada, berusaha dan beriktiar, berdoa dan bertawakkal. Tidak pulak mereka nampak ’sakit jiwa’ dengan keadaan mereka, in fact, mereka sentiasa feel good about themselves…. bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada mereka. Mudahkan, resipinya??
Berapa ramai orang Melayu yang mempunyai kesedaran seumpama ini?? Ada… tapi masih ramai Melayu yang perasan… mereka Melayu HEBAT. Berasa hebat kerana ada Ketuanan Melayu. Ramai yang masih leka dan tidak sedar hakikat sebenar yang berlaku?? Kerana mereka tidak sedar, yang mereka kena tipu!! Ha ha ha ha… Melayu… TIPU… Melayu!!!
Mereka… masih tidak sedar diri, mereka…. masih angkuh dan bangga, masih bodoh sombong dan mereka… masih lagi ’sakit jiwa’ sebenarnya…. Inilah Melayu yang diperguna oleh UMNO demi mempertahankan kelangsungan kuasa mereka. Mereka ini…. Melayu yang masih BERJIWA HAMBA!!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Melayu berjiwa Iman…Islam dan Ihsan…maka jasmaninya akan Islam…yakni SELAMAT dirinya sendiri dan ORANG lain ( Islam ke tak Islam ke )..daripada NERAKA dunia dan NERAKA akhirat..kalau tidak…masuklah dalam syurga DAJJAL yang dirasai sebagai neraka dunia sebenarnya..
salam.
aku bukan nak komen apa-apa pasai artikel diatas. cuma nak tanya satu ja. awat abg matsamankati dah takmau menulih dah? dah cemuih ka? hilang semangat? kami di bahagian bawah ni dah celaru haru biru. abang matsamankati mana? bagi la semangat sikit, pencerahan ka apa ka tarbiah ka. balik-balik kalau bukak perakex, asyik-asyik orang lain yang menulih. aku bukak perakex sebab nak baca tulisan msk. bukan nak baca orang lain punya aspirasi. celaru dah aku tengok perakex la ni.
aukauk88.
Aukau88,
Bagi la abg mat chance cari rezeki nk tanggung anak2 n keluarga,perakex dah jadi satu jenama blog yg real,dah ada eureka,walaupun blum sepenuhnya capai stendet media cyber yg lain mcm malaysiakini,tapi kire oklah berkembang dgn penulis2 tamu yg lain nk bagi buah fikiran,n bawak issue2 yg tak terlalu berulangan mcm blog lain,aku pcaya msk sedang memacu perubahan,..(ayat stendet bodek2 melayu,tak kire la lebai putih ke songkok itam ke),izin ilahi,msk akan menyergah kita dgn artikulasi yg padu in time to come..
Ps. Mana nash ar rawy ar?lama tak menulis..
Ps2. Sian artikel rozaini mcm takdak respond..jebat mengkuda rakyat berdaulat takmau drop ur bombs there kah?muehehe