Pot Of Gold

Dec 11th, 2009 | By Admin | Category: labu-labi, utama

Oleh: Labu Labi

Ketika aku membelek buku buku lama, aku terjumpa satu buku ‘Federal Readers book seven’, terbitan Federal Publications Limited, Pudu Building, 110 Jalan Pudu, Kuala Lumpur (ada lagi ke syarikat ni dan alamat ni ?). Diterbitkan dan dicetak pada 1961.

Dalam banyak banyak cerita didalam buku tu (dalam bahasa inggeris), aku tertarik satu cerita ia itu ‘The Pot of Gold’. Pada ketika itu.

Aku tertarik kerana, ianya mengesahkan dua pemuda yang ingin mendapatkan kemewahan secara mudah. Tidak minat untuk ‘bekerja keras’.

Setelah berjalan begitu jauh dari kampong asal mereka. Suatu ketika, semasa berada diatas sebuah bukit, mereka ternampak pelangi (rainbow) dan hujungnya menuju kesebuah padang di sebuah kebun getah. Dipendekkan cerita, berdasarkan dongeng, mereka percaya, bahawa dihujung pelangi terdapat ‘pot of gold’ (dalam dongeng melayu, dikenali sebagai Batil Emas - bekas air untuk pelangi minum, serta ditambah satu lagi, ia itu, tak boleh tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti kudung jari).

Mereka turun bukit dan menuju ke padang di tengah kebun getah. Mencari ‘pot of gold’. dipendekkan lagi cerita. Mereka akhirnya menjadi kaya dan berjaya, tetapi bukan berjumpa dengan POG. Mereka berjaya, setelah insaf, bahawa tiada yang boleh diperolehi secara mudah. Perlukan usaha, yakin dan tekun.

Ini antara ayat yang begitu menarik untuk dikongsi bersama:

“We saw a beautiful rainbow when we were sitting on that hilltop” … “It seemed to end here, on this field.”

The old man laughed and said, “I suppose you were looking for the pot of gold.”

“Yes,” … “We were looking for treasure.”

Berikut ini, ayat paling kaw bagi aku leee, walaupun ianya simple dan biasa.

“People do not find treasures so easily. They have to work hard for their pot of gold,” said the old man. “When I was young like you, I also wanted to get rich quickly and easily. I wandered around looking for that pot of gold. I did not know that I must work for it. In time I learnt that the road to happiness and wealth is the road of hard work. I worked hard and saved my money.”

…. “All belongs to me. Now other people work for me.”

Apa yang nak aku kongsi bersama, bukan dari segi ketekunan mereka atau kejayaan mereka, tetapi dari segi ‘pot of gold’ yang dinikmati oleh sebuah golongan ‘pelangi’. Mereka ini benar benar mendapat POG. Tanpa perlu “worked hard”.

Siapa kah golongan ‘pelangi’ ini ? Mereka adalah golongan yang sebelum ini aku namakan sebagai ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’. Ditambah lagi beberapa golongan lain, yang mendapat kemudahan secara percuma.

Kini aku bagi nama baru untuk golongan tersebut ia itu golongan pelangi, sesuai dengan cerita POG. Kerana pelangi sahaja yang minum dari batil emas (mengikut dongeng melayu). Selain dari pelangi, hanya boleh berdongeng sahaja.

Bagi golongan ini, negara telah memberi mereka semua kemudahan secara percuma. Sebut sahaja apa yang mereka mahu. Pasti ditunaikan. Pasti ada dalam peruntukan negara. Sebut sahaja, apa keperluan mereka, semua dimakbulkan. Tiada kekurangan sedikit pun. Rumah, kereta, makan, minum, mengembara, joli, lawatan, berehat, bercuti. Semua ada disebut dalam peruntukan negara. Bukan terhad untuk mereka sahaja, tetapi termasuk ahli keluarga dan saudara mara, dekat dan jauh.

Setelah begitu mewah kemudahan mereka perolehi, tanpa perlu dikenakan sebarang cukai atau tax. Walau apa cukai pun tak ada. Sebutlah apa jenis cukai. Mereka terkecuali. Semua jenis cukai, jangan kan nak kena, dekat pun tak berani.

Mengapa mereka masih merebut, merompak, menyamun dan melanun hak rakyat ?

Maksud aku:

Mereka masih mahu terlibat dalam perniagaan, serta menjadi pemegang saham dalam syarikat syarikat tertentu. Dilantik menjadi ahli lembaga pengarah. Menjadi pengerusi serta pelbagai jawatan dalam syarikat dan perniagaan. Menjadi penasihat serta penaung kepada beberapa pertubuhan serta syarikat dan perniagaan tertentu. Mengapa semua ini harus terjadi.

Kalau disenaraikan syarikat, serta pemegang saham bagi syarikat, atau syarikat dibawah GLC atau lain lain. Pemegang saham dan pengurusan atasan nya siapa ?

Pasti kita akan nampak nama nama yang biasa kita lihat dan dengar. Serta begitu terkenal di seluruh negara. Terlalu banyak. Tak tersenaraikan oleh kita. Akhirnya kita sendiri akan muak dan meloyakan.

Dengan kemudahan yang dianugerahkan, melalui peruntukan negara, itupun, sudah cukup untuk menampung keperluan meraka serta kaum kerabat mereka. Tak habis digunakan. Namun mereka tetap masih mahu merompak dan menyamun hak rakyat. Sehingga rakyat semakin terhimpit jadinya.

Bukan aku cemburu (dalam inggerisnya disebut ‘jelous’) pulak, dengan ketinggian kedudukan mereka. Cuma persoalannya, bagaimana mereka boleh duduk disitu, walaupun ada yang sememangnya tak layak untuk jawatan tersebut. Mungkin kah, disebabkan mereka ini, dari golongan pelangi yang berwarna warni, maka mereka layak mendapatkan POG tersebut.

Jawatan, saham serta semua kemudahan dalam syarikat, atau pertubuhan dianggap sebagai POG, kerana ianya sememangnya ‘batil emas’ bagi golongan pelangi tersebut. Dapat dengan mudah dan didalamnya pula tersedia semua kemudahan yang ‘miracles’.

Semua syarikat atau pertubuhan itu pulak, boleh hidup atau mati mengikut keperluan semasa. Yang kadang kala menjadi seperti ‘fatamorgana’ sahaja.

Berapa banyak syarikat yang timbul dan tenggelam, sebahagian nya hilang tanpa kubur. Namun penguasa semasa, ketika syarikat atau pertubuhan itu wujud, mendapat kemudahan yang lumayan. Kemudiannya hilang dan mana mana hutang yang tertinggal, akan dimasukan kekantong negara melalui pintu NPL. Apa NPL ni – cara senangnya ‘No-need Pay Loan’ (itu bahasa aku – bahasa betulnya cari sendiri lee – sebabnya – banyak NPL ni lenyap ditelan masa).

Bagi golongan yang ‘di hina dina’ pulak, terpaksa berhempas pulas sekadar untuk mendapatkan sedikit kemudahan hidup. Sekadar mendengar dongeng sahaja boleh lah, berkaitan POG tersebut. Tak berpeluang langsung untuk menjumpai POG tersebut.

Aku ulang balik ayat dari buku yang aku baca tu:

“People do not find treasures so easily. They have to work hard for their pot of gold”

ayat ni, untuk golongan yang ‘hina dina’.

Untuk mendapat serta menyerahkan ‘pink form’ saja, perlu beratur panjang. Lepas tu pulak, nak dapat ’satu lot’ saham kena undi. Nak pinjam bank, sorry. Kalau ada cagaran, ok. Kalau tidak, balik ‘noreh’ lagi baik.

Puak pelangi ni pulak, depa dapat saham bukan satu lot, atau sepuluh lot, atau seratus lot atau seribu lot, itu semua tak main leee. Lekat celah gigi jee. Tapi berjuta juta lot saham, dah le tu, dapat pulak secara hadiah, diletakkan dalam talam emas pulak. Begitu lah ‘bright’ nya golongan pelangi ni.

Dari segi pinjaman pulak, cuma atas kertas je, pinjamna tersebut dinamakan ‘pinjaman mudah’. Kalau tidak atas nama pinjamanpun, akan diberi dengan nama ‘dibawah jaminan bank’. Bila tak mampu bayar, tolak kat NPL.

Contoh mudah, menantu Rafidah. Samy and Maika Holding ‘Crisis’. Scomi. Avenue. Tongkah holding. MISC ‘crisis’. Banyak lagi leee. Kome senaraikan sendiri le. Ini aku bagi, cuma sebagai ’simple example’ je.

Jangan ingat pulak, aku mengharapkan, rakyat diberikan subsidi atau elaun tanpa bekerja. Seperti beberapa negara Eropah dan Amerika. Cumanya, mengapa agihan pendapatan negara harus berkisar dikalangan orang tertentu sahaja. Peruntukan orang lain tersekat.

Dalam Islam sendiri, telah diatur dengan begitu tersusun, kaedah pembahagian yang terbaik. Ini tidak, dah le duit negara di’sebat’, duit zakat pun dilanun juga.

Siapakah kumpulan ‘pelangi’ tersebut ?

Pemimpin negara serta kerabat dan kroni, raja raja serta kaum kerabat, sultan sultan serta kaum kerabat, pegawai atasan kerajaan, mereka yang berkuasa dalam sesuatu urusan, serta ramai lagi yang mempunyai peluang untuk melanun. Tak kira dari kumpulan mana sekalipun.

Mengapa terjadinya demikian ?

Semua nya demi menjaga perut dan dibawah perut. Mereka merasakan, mereka akan menongkat dunia. Tak mati mati. Mereka lupa, Firaun mati. Qarun mati. Haman mati. Iblis dan syaitan pun akan mati. Malaikat pun akan mati. Yang kekal, Allah.

Mereka juga lupa, semua yang mereka miliki, adalah sampah semata mata. Tiada satupun permata, yang boleh sentiasa bersinar. Kecuali, dengan apa yang mereka belanjakan, untuk perjuangan di jalan Allah.

Contoh:

Duit (wang ringgit), hanya angka sahaja yang dilihat.

Tetapi mereka lupa, wang bukan segala galanya. Walaupun segalanya perlukan wang.

Bila sakit, perlu berubat, untuk berubat perlu duit, tapi duit tidak boleh menyembuhkan penyakit.

Bila lapar, perlu makan. Untuk makan perlu dibeli dengan duit. Tapi duit tidak boleh mendapatkan selera makan. Sekiranya kita tak berselera untuk makan.

Banyak lagi lah contoh yang boleh di ibaratkan. Segalanya perlukan duit, tapi duit bukan segalanya.

Rumah, mana perginya istana yang hebat hebat dahulu. Hancur, hilang tak meninggalkan kesan. Jadi sampah yang tak dipedulikan.

Kereta, mana perginya kereta yang hebat hebat dahulu, menjadi besi buruk. Sebahagiannya, ‘keling botol’ pun tak mahu beli. Jadi sampah.

Makanan yang hebat serta sedap sedap, bila tak habis dimakan, kemana perginya. Masuk tong sampah, menjadi sampah. Contoh mudah, dibulan puasa. Beli mahal mahal. Bila tak lalu makan, masuk tong sampah.

Banyak lagi lah, contoh contoh sampah yang disimpan, akhir menjadi sampah juga.

Penutup dari cerita diatas, aku bawakkan sebahagian dari ayat dalam buku tersebut:

“I’ve heard people say that there is a POT OF GOLD (BATIL EMAS) at the end of a rainbow”

“You don’t believe that foolish story, do you ? ”

“Look at that rainbow. I’ve never seen one so beautiful before,” …. “I am sure it is traying to show us something.”

Pembaca pulak bagaimana, percaya ke dengan POG serta adakah pelangi membawa sebarang petunjuk ?

Tags:

Afiat

8 comments
Leave a comment »

  1. menarik …. syabas!. Bila datang KK kita pekena ‘roti boom’ dengan geng semua.he he he

  2. Undilah lagi BN Umngok dan konco2nya untuk PRU13 akan datang ni…kalau kita nak jadikan RM Malaysia setaraf dengan RUPIAH Endon atau India..bawaklah RIBU2 RM nak beli.. Sebakul ikan dan sayur SEKALI masak…Kalau TIDAK… kita tak ada PILIHAN lagi…bagi PR menang dan RAMPAS balik… harta benda orang BN Umngok yang tak meneSABAH…siapa kata KEJAM…undilah BN Umngok lagi…dan biarkan mereka…KEJAM atas kita… dulu kini dan selamanya…

  3. Biule nak UREKA lagi

  4. Good article labu labi. Lets go republic!

  5. Ini aku bukan cerita dongeng, tapi realiti..

    Blog Kelab Greenboc kata , MB Selangor kesal Kerajaan Pusat cuma berikan RM408.5 juta setakat Oktober 2009, sedangkan Selangor bayar RM16,000,000,000 kpd Pusat ! Maklumkah Selangor sangat kaya, cukai2 dan hasil mahsulnya dari perindustrian dan lain2 banyak.

    Aku terfikir sendirian… TAK MALU ke Kerajaan Pusat ? Buat apala sekat atau melambat2kan peruntukan ?
    Selangor dah mula terasa bahana yg telah dialami Kelantan 20 tahun..

    Orang lain takleh berbeza ideologi politik dgn kita… Kalau tidak kita sekat wang peruntukan/ gran ?

    Semua hasil mahsul beri kepada BN ke, atau kepada NEGARA? Tak faham…

  6. Inilah bukti kita diJAJAH oleh BRITISH bermuka MELAYU…tak malu nak jerit Merdeka Merdeka…atas pentas tiap tahun..

  7. Aku tak guna ayat rakyat di hina dina tapi
    rakyat dihulukan dan pencapaian ditamakkan

  8. aku guna di’hina dina’

    untuk bezakan,
    antara golongan pelangi yang diberikan kemudahan tapi masih melanun
    dengan
    orang rupa aku ni - nak bajet bulanan pun pitam

    sinar 2010 - kita tunggu - misteri yang telah mula menampak belangnya
    ramai ‘tokeh’ kedai runcit, dah mula tolong sampaikan pesanan pemborong
    ‘bersedia’ menghadapi kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian, perbelanjaan persekolahan dan sebagainya - diluar jangkaan
    ‘jangan ada yang pengsan sudah’

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.