Reformasi Tanpa Anwar

Dec 10th, 2009 | By Admin | Category: Amin Ahmad, Rencana

Oleh: Amin Ahmad

Dan gendang perang pun dipalu – PRU-12 diumum DS Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau menafikannya sehari sebelumnya. Ia tidak lebih satu ulangan ketika beliau menafikan akan mengahwini DS Jeanne dan juga satu pengukuhan tentang imej ‘flip-flop’-nya.

Sebab itu, keputusan PRU-12 tidak wajar dilihat sebagai satu kejayaan dengan faktor tunggal bahawa rakyat sudah mesra dengan parti-parti yang membentuk Pakatan Rakyat.

Namun, persoalan yang kita sebagai rakyat boleh munculkan dari hal ini tentu saja: kenapa ada kuasa yang banyak di tangan seorang Perdana Menteri, yang partinya ikut bertanding dalam Pilihan Raya (malah mereka juga ikut bertanding!), berkuasa menentukan bila tarikh sesuai untuk proses besar dalam erti hidup bernegara ini?
Saya pernah menulis di kolum saya di majalah avant-garde, JalanTelawi.com pada keluaran Oktober 2009 tentang Pilihan Raya dan Maknanya (boleh dicapai di: www.jalantelawi.com/?p=963).

Dari persoalan Pilihan Raya saja kita boleh memunculkan banyak pertanyaan lain dari asas kewujudan dan gerak kerja, misalnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Maka tidak hairanlah sebelum PRU-12, tunjuk rasa awam dari Perhimpunan BERSIH telah memberikan impak yang tinggi kepada perjuangan demokrasi di Malaysia.

Tuntutan BERSIH sebenarnya masih belum dilayan sewajarnya di sebalik asas-asas tuntutan yang jelas. Rakyat tidak akan lupa dolak-dalik polis mengatakan ada laporan yang mengatakan dakwat diseludup bagi mengelakkan penggunaannya. Khabarnya, jutaan wang telah digunakan untuk membeli. Kita tentu saja ingin melihatnya, mengetahui siapa jurulapor yang mengatakan dakwat ini diseludup. Begitu mudah-kah penyeludupan ini akan diterjemahkan kepada jari rakyat untuk ditanda dan lebih penting, apa kepentingan mereka yang menyeludup dakwat tersebut (jika benar berlaku).

Usai PRU-12, ternampak parti-parti yang membentuk Pakatan Rakyat mengabaikan tuntutan ini. Beberapa siri Pilihan Raya kecil muncul tetapi desakan ini ditangguh dan mungkin hanya akan mengambil semula tempatnya saat PRU-13 datang nanti.

Kita tidak tahu, tetapi asas dari soal Pilihan Raya ini boleh saja mengambil bentuk lain misalnya – siapa yang memilih Perdana Menteri?

Khalid Jaafar dalam bukunya Tumit Achilles pernah memunculkan ‘konspirasi’ sejumlah wakil rakyat menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia. Hanya semata-mata misalnya si A menjadi Presiden sebuah parti yang memimpin gabungan parti-parti, maka secara automatik-nya beliau layak jadi Perdana Menteri. Haruskah ia begitu?

Saya percaya, politik Malaysia akan melonjak ke satu tahap yang berbeza dengan kehadiran reformasi.

Kita tengok, dalam Kongres PKR dan Perhimpunan Agung UMNO misalnya, mereka giat merakyatkan kuasa dengan memberi ruang yang lebih banyak kepada ahli di peringkat bawahan untuk mengundi perlantikan mereka-mereka dalam kerusi tanggungjawab (yang sering disebut kerusi kekuasaan itu). Ia satu kemenangan moral bagi reformasi, tetapi tidak cukup.

Dr. Asri Zainul Abidin pernah menulis kewajaran kemungkinan jawatan Perdana Menteri juga misalnya dibuat dalam bentuk Pilihan Raya terus sebagaimana pernah diamalkan di Amerika Syarikat sebelum ditukar kepada sistem kolateral.

Tapi, suka atau tidak, saya ada kepercayaan bahawa dengan wujudnya SPR di bawah kerajaan, dengan tidak bebasnya sistem dan institusi kita, dengan retorika perlindungan terhadap agama dan bangsa tertentu, akan wujud kecenderungan bahawa sistem Pilihan Raya yang ada hanya cuba memenuhi ideologi yang bersarang ketat dalam sistem kepolitikan Malaysia.

Antara hujah yang mungkin mengambil tempat ialah: mungkinkah nanti kaum bukan Melayu akan berpakat sebulat suara memilih seorang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri? Dari sana, hujah-hujah perkauman dan agama akan dimanipulasi semahunya bagi menghalalkan apa yang sering disebut ‘hak istimewa’.

Institusi Parlimen bukanlah benar-benar bebas sebagaimana sepatutnya. Kita tahu bahawa Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri pernah menggantung 2 wakil rakyat MCA (jika tidak silap saya) hanya kerana mereka tidak mengundi kerajaan dalam satu ketetapan yang cuba diambil di Parlimen.

Jika saya boleh memanjangkan hujah Dato’ Nazri Aziz, tentu saja saya mahu katakan: “Dr. Mahathir bukan saja cenderung rasis, tetapi juga diktator!”.

Tun Dr. Mahathir pernah dalam satu tulisan sinis berkaitan lantikan DS Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor, menulis dengan membayangkan bahawa jika beliau seorang diktator tak mungkin beliau letak jawatan.

Ia satu cubaan membodohkan rakyat dengan matematik diktator=tidak letak jawatan. Walhal, seorang tidak perlu mempertahankan jawatan untuk dianggap sebagai diktator. Helah ini hanya dipakai oleh mereka yang memahami falasi dan gunanya dalam mengalih perhatian rakyat.

Pilihan Raya juga, satu alat untuk mengabsahkan kediktatoran.

Mujur kita di Malaysia ini rakyat-nya berbudi bahasa dan sopan santun. Kita mahukan Pilihan Raya yang bersih dan adil, dan kita akan tetap menuntut-nya sampai bila-bila.

Tags:

Afiat

3 comments
Leave a comment »

  1. Hanya keimanan ISLAM dan syariahnya sahaja yang mengenal DIKTATOR dan sistem politik Kafir SEKULAR….selagi ciri2 pemimpin dan sistemnya TIDAK ISLAMIK,,,sebutlah Republik ke Demokrasi ke Dikdatorship ke Autokrasi ke…semuanya adalah berlandaskan akal fikiran dan nafsu serakah manusia sahaja…tidak dipandu oleh WAHYU KEIMANAN dan SISTEM bertuhankan ALLAH dan bernabikan Muhammad SAW…Pemimpin Rakyat Dan SISTEM Politik MESTI tunduk taat kepada ISLAM…barulah manusia SELAMAT SEJAHTERA…ini bukan teori.. tapi telah TERBUKTI dalam sejarah…cuma manusia hari ini…berdolak dalik…PERASAN…dirinya dan parti politiknya…terbaik…padahal..ia SEBODOH2 manusia yang perasan…

  2. rakyat berdaulat?
    Hehe,mau tukar sistem?
    Apa hang duk merapik ni?
    Dey macha,saudi arabia kingdom pakai sistem apa,habaq mai kat aku.sistem islam hang tuh ada ka ckp suh penyair2 king of the kingdom of saudi arabia memuja muji rajanya?the saudis,atau sistem menghukum tertuduh pesalah liwat@rogol di yemen dgn tembakan di leher menggunakan senjata buatan israel sebagai bukti sistem keadilan islam,atau bergerak secara terror mengebom kereta2 lama di pasar2 awam dan mematikan manusia yg tak tau2 apa2 sbg gerakan kepartian islam di baghdad sebagai simbol kesucian sistem islam?bukak mata telinga hati hang luas2 sebelum berdegar2 nk sembang pasal so called islamic system hang kat sini. Be it secular or non secular,pokok issue artikel di atas ttg politik n kepilihanrayaan malaysia,bahlull punya rakyat berdaulat.

  3. Bahalul ke tidak itu kau punye pandangan lah.. kata demokrasi..aku tak peduli Arab Saudi ke Arab Badwi..nabi Muhamamad tak kata Arab lebih mulia dari bukan Arab ke Melayu ke Pecacai Umno ke…Allah pilih SIAPA lebih TAQWA..tiap hari Jumaat ada perkataan TAQWA tu…kalau bukan Melayu…tengok ISLAM yang ada kat orang Melayu..lebih2 lagi Umno…dia orang tak akan masuk Islam..kita pun kalau tengok Arab…nak jadikan contoh…memanglah tak boleh jadi contoh..sebab dia orang pun dijajah macam Malaysia juga…oleh PEWARIS penjajah TAPI berkulit ARAB berminda Inggeris dan lain2 bangsa Eropah…macam Malaysia masih diJAJAH oleh PEWARIS Ingggeris TAPI berkulit MELAYU…kau faham ke parti politik dengan sistem politik tu…cuba BUKA MINDA..Umno kata ada anjakan PARADIGMA…hai tak ikut ke slogan tu…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.