Beranikah Najib??

Dec 9th, 2009 | By Admin | Category: M3m, Rencana

Oleh: M3M

PI Bala Subramaniam telah menjatuhkan bom ke atas Najib, Piem Satu Malaysia. Ini bukan satu perkara yang boleh dianggap enteng kerana tuduhan disasarkan kepada seorang Perdana Menteri. Dan… tuduhan pulak bukan sebarang tuduhan tetapi tuduhan berat iaitu tuduhan terlibat dengan pembunuhan Altantunya. Malah… bukan setakat Najib saja yang dituduh tetapi isteri dan adik lelakinya turut dilibatkan sama.

Sebagai Perdana Menteri, Najib tidak boleh menepis tuduhan Bala begitu sahaja, dengan alasan ia tidak berasas. Berasas atau tidak berasas, bukan untuk Najib tentukan. Itu kerja Mahkamah. Sebab itu, sekiranya ia tidak berasas, Najib mesti saman Bala kerana menfitnahnya. Biar mahkamah yang menentukan. Dia tak boleh menepis tuduhan tersebut begitu saja dan terus mengambil sikap berdiam diri dan cuba mengelaknya.

Intergriti…. kredibiliti dan imej serta maruahnya sebagai Perdana Menteri sudah tercemar. Semuanya itu penting dan mesti dijaga. Kalau tidak… haparaklah dia sebagai Piem Satu Malaysia.

Persepsi rakyat…. Najib takut untuk berhadapan dengan Bala dalam isu ini, kerana sekiranya dia berhadapan dengan Bala di Mahkamah…. takut pula lebih banyak tengkorak akan bertaburan keluar daripada almarinya. Tengkorak-tengkorak yang akan membuka semua pekungnya dan mereka yang terbabit. Sekiranya ini berlaku, habislah masa depan politik Najib.

Berani kerana benar, takut kerana bersalah. Persepsi rakyat…. Najib takut!! Apakah mungkin dia betul-betul bersalah!!

Inilah persepsi yang Najib kena perbetulkan. Tidak boleh tidak….wajib!!! Kalau tidak…. adalah lebih bermaruah sekiranya dia letak jawatan sebagai PM.

Tetapi… kalau dia letak jawatan, dia akan lagi susah kerana terpaksa menghadapi lebih banyak masalah. Maklumlah sudah tidak ada kuasa…. siapa yang akan melindunginya lagi. Sekarang, tengah berkuasa, bolehlah memperkudakan PDRM… Jabatan Peguam Negara… dan Mahkamah untuk berpihak kepadanya. Kalau sudah tidak ada kuasa…. siapa nak pedulikan dia lagi. Mampus kaulah!!

SD Bala dibuat di hadapan para peguam, maka pihak berkuasa mempunyai alasan dan sebab kukuh untuk bertindak dan memulakan siasatan terhadap tuduhan si Bala ke atas Najib.

Mengapa tak dipanggil Najib, Rosmah dan Nazim untuk mendapatkan keterangan awal?? Apa… takut ke?? Sekurang-kurang, polis Malaysia pergi cari dan bawa Bala pulang ke sini untuk diambil keterangannya. Tetapi… jangan pulak, dia diugut seperti mana yang berlaku dahulu. Polis sepatutnya memberi perlindungan kepadanya…. bukan memberi tekanan dan ugutan.

Sebab itu, Bala buat SD pendedahan tentang kes pembunuhan Altantunya di luar negara, jauh dari pihak berkuasa Malaysia. Dia… tak percayakan pihak berkuasa Malaysia kerana dia tahu, mereka akan bertindak bukan atas prinsip keadilan dan ketelusan, tetapi… atas arahan pihak yang tertentu. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah hanya sekali….

Kes ini serius… jadi semua pihak juga mesti serius dalam membuat penyiasatan. Tak boleh setakat lepas batuk di tangga. Untuk mendapat kebenaran hakiki, penyiasatan mesti rapi dan terperinci dan tidak ada hanky panky. Tetapi, dalam kes ini, apa sudah jadi??

Yang peliknya…. cerita ini hanya tersebar luas di alam maya. Ke mana menghilangnya media arus perdana?? Sunyi sepi… tiada pun berita tentang SD pendedahan Bala Subramaniam. Bukankah ini cerita sensasi yang melibatkan individu sensasi dalam the corridoors of power. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Apakah ada arahan agar cerita ini di’blackout’kan untuk mengurangkan publisiti bagi menjaga intergriti dan kredibiliti tuan Perdana Menteri???

Itu tak menjadi masalah… Kita tak perlukan MSM, sebab kita sudah ada media alternatif sendiri untuk mendedahkan sebarang ketidakadilan dan kezaliman. Dan… pembunuhan Altantunya adalah satu kezaliman dan cara kes dia dikendalikan adalah satu ketidakadilan!!

Orang yang dedahkan maklumat diugut dan dibawa lari tetapi orang yang dikaitkan, yang sepatutnya dipanggil untuk disoalsiasat, lepas bebas. Orang yang bermotif tidak didakwa…. orang yang tidak bermotif pulak yang ke tali gantung. Tak ke gila pihak berkuasa dan sistem kehakiman kita!!

Tetapi, kerana kuasa berpusat di tangan mereka, maka apa boleh kita buat?? Yang boleh kita lakukan ialah meneruskan desakan untuk memberi tekanan kepada mereka, supaya Altantunya mendapat keadilan yang sepatutnya, agar rohnya aman dan sejahtera. Dan, pendedahan PI Bala ini merupakan satu peluang baik untuk mengheret mereka yang bertanggung jawab ke muka pengadilan. Biar mahkamah yang menentukannya.

Seperti yang telah diduga, pihak berkuasa kita juga buat acuh tak acuh saja. Malah, ada pulak yang menyarankan agar PKR yang bawa Bala pulang ke Malaysia. Mengapa pulak PKR?? Itu, bukankah tugas dan tanggung jawab mereka?? Buat lawak pulak SPRM ni!!!

Sebagai Perdana Menteri, Najib membawa imej negara. Oleh itu, dia mesti bertanggung jawab menjaga imej Malaysia di mata dunia. Jadi, mau, tak mau…. suka, tak suka, Najib terpaksa membersihkan imejnya yang tercemar teruk akibat dakwaan terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya. Jika tidak…. ke mana Najib pergi, dia dan Malayisa akan disinonimkan dengan Altantunya. Malu kita!!

Kita tak mahu mempunyai Perdana Menteri yang terpaksa memikul beban dituduh sebagai pembunuh di bahunya. Justeru itu, Najib mesti ada keberanian untuk berhadapan dengan tuduhan tersebut dengan menyaman Bala Subramaniam di mahkamah.

Rakyat akan mempunyai persepsi yang dia tak perlu gusar kerana sistem kehakiman berada dalam cengkamannya dan hakim-hakimnya boleh dibeli. Tetapi, sekurang-kurangnya dia akan nampak berani untuk lawan pertuduhan tersebut di mahkamah, kerana di situ sajalah keadilan dilihat dapat ditegakkan. Selain mahkamah di Malaysia, apa alternatif lain yang kita ada??

Semakin Najib cuba melarikan diri dari masalah tersebut… integriti dan kredibilitinya sebagai PM akan terus dipersoalkan. Rakyat dan dunia akan hilang hormat kepadanya dan hantu Altantunya akan terus menghantuinya.

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. dahlah The Liberation Front dan 10 lagi agensi akhbar luaq negeri mempaparkan disuratkhabar mereka beberapa bulan yg lalu melibatkan beliau dgn pembunuhan gadis itu, sampai hari ini piem umno duk diam2, tak berani nak saman depa.

    kalo bagi aku, aku saman depa bertrillion2 dan bagi duit itu untuk semua Rakyat kat Malaysia ini………berani kerana benar, takut kerana salah!!!

    tapi kalo kes Bala tu, kalo disaman kat mahkamah Malaysia, mungkin beliau berani……kah kah kah.

  2. Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan (iya ker?)
    Tun Razak - Bapa Pertanian aka Bapa Najib
    Tun Hussein Onn - Bapa Si Lidah Pendek
    Tun Mahadet - Bapak Peghabih Duit (Nazri kata Bapak racist)
    Mat Bedawi - Bapak Megholoh
    Najib - Bapak anak Altantutya

    Macam gampaannnggg!

  3. assassin..

    Najib - Bapak anak Altantunya!!
    Ha ha ha… that’s really funny. Lawak… lawak…

  4. PM kita tu sabar orgnya.

  5. memang le sabar lempentalam ooiiii…kena le sabar sebab memang betul benda tu..lain la kalau tak buat…mana leh sabar…

  6. Apa kata kalau kita selaku rakyat yang bertanggung jawab pi saman The Liberation Front dan 10 lagi agensi akhbar luaq negeri yang telah memalukan PM kita satu malaysia? Boleh pitih ni.

  7. Semasa ditanya soal PI Bala, Najib kata “frivolous” - terjemahan dlm bahasa membawa erti kata suka-suka tuduh mahupun cerita rekaan ie. kelentong.

    Pendedahan terkini amat menakjubkan kerana adik kpd Najib bernama Nazim ‘dikatakan’ muncul pada perjumpaan di The Curve, Damansara malam sebelum PI Bala bersama ahli keluarga lari lintang pukang dan terus hilang menuju sempadan. Nama telah disiar tapi IGP masih tidak membuat sebarang kenyataan. Mungkin pening kepala si Musa setelah ‘interview’ Bala luas tersebar di Youtube.

    Banyak yg boleh Najib dan sekutunya menafikan, buat bodoh langsung tak nak tahu tetapi ‘duit hantaran’ yg diterima PI Bala(dilapurkan berjumlah RM750,000) akan menjadi bukti kukuh dan inilah yg mungkin menyebabkan kutu-kutu Najib dan Rosmah kantoi.

    Harus kita imbas kembali - mengikut kes perbicaraan Altantuya - Razak Baginda menuduh simati dgn kelakuan peras ugut meminta tolong wang berjumlah US500,000. Setengah juta US punya pasal, gadis Mongolia mati berkecai sambil menunggu tarikh gantung 2 ahli anggota UTK dan Razak Baginda sekeluarga tak senang nak tunjuk muka di M’sia.

    Kini, kita semua tunggu IGP Musa buat ‘press statement’ kalau pun dia berani nak kemukakan/siar nama PI Bala.

  8. taiping sini,

    kau pi saman depa dulu, ok? kalau boleh menang, jom kita 28 juta Rakyat M’sia pi saman sama depa.

    pm umno boleh rileks dan duk diam2 kat sini…..kah kah kah….aku rasa baik ko jadi kambing hitam dulu.

  9. kalau berani atau boleh saman, awai2 lagi dah depa saman la bodoh. bila samapi nak tunggu rakyat “yg bertanggungjawab” pi saman???……jadi, pm umno tidak “bertanggungjawab” kerana tak berani nak saman depa ke?…..kah kah kah…..memalukan Rakyat Malaysia saje piem ni…….kah kah kah.

    buat apa piem ni tak saman, habis kena dikutuk oleh Rakyatnya sendiri??? mana MARUAH???

    hello taiping sini, lu pikiak sendiri la……kah kah kah x 10

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.