Tidak timbul isu letak jawatan - Presiden Pafa
Dec 8th, 2009 | By Admin | Category: Anaz, Berita, PerakEX TV, Sya reformis, videos8 Disember, Ipoh : Petang tadi telah diadakan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAFA yang mana ia menyaksikan perlantikan ahli majlis yang baru iaitu YB Kesavan. Dato’ Seri Nizar menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini diadakan dan telah membincangkan apakah hala tuju PAFA dan keputusan ahli jawatankuasa yang lain dalam pelbagai isu yang melibatkan PAFA, bagi memudahkan pemain-pemain untuk terus memberikan permainan yang baik. Untuk itu PAFA telah pun mengenal pasti beberapa kelemahan-kelemahan dan beberapa perkara yang baik untuk kita laksanakan.
Dato’ Seri juga menyangkal desas-desus yang tersebar di akhbar yang menyatakan timbul pelbagai isu tentang PAFA. Beliau menyifatkan bahawa ia tidak berapa tepat dan segala macam permasalahan mengenai isu dan juga organisasi PAFA telah diselesaikan di dalam mesyuarat tersebut. Beliau juga memuji ketangkasan dan kebijaksanaan ahli-ahli majlis juga kematangan mereka dalam menangani isu. Ia yang sememangnya bertujuan untuk memajukan sukan bola sepak Perak,maka Presiden dan Timbalan Presiden telah berbincang dalam suasana profesional dan akhirnya ia mencapai keputusan yang menampakkan kemajuan buat PAFA. Dato’ Seri juga mengajak para penyokong,peminat dan semuanya untuk sama-sama kita memberikan ransangan semula kepada PAFA dan juga Pasukan Bola Sepak Perak. Untuk itu beberapa lantikan pengurus dan jurulatih yang baru telah pun kita buat dahulu dan beberapa lantikan ahli majlis baru telah disahkan dalam mesyuarat hari ini.
Beliau juga menyatakan bahawa dalam mesyuarat petang ini, PAFA akan terus berjuang untuk mempertingkatkan pretasi Bola Sepak Perak. Dato’ Seri juga merakamkan penghargaan kepada M.Karathu yang merupakan bekas jurulatih Perak yang telah banyak menyumbangkan tenaga bagi memantapkan Pasukan Bola Sepak Perak pada musim yang lalu.
Dato’ Seri Nizar juga menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana membantu menaikkan PAFA yang mana beliau menegaskan bahawa PAFA tidak akan menyelitkan apa-apa elemen politik di dalam sistem pentadbirannya.
Dato seri juga menyatakan kepada pihak media bahawa semalam Beliau telah hadir dalam mesyuarat FAM yang dipengerusikan oleh President FAM iaitu Tuanku Sultan Ahmad Shah,dan Beliau telah menerangkan kepada Tuanku Sultan tentang kedudukan PAFA dalam konteks ruang yang diberikan kepada beliau. Tuanku Sultan juga telah memberikan lonjakan penghormatan dan juga satu gaya ransangan kepada Dato Seri Nizar yang mana Tuanku Sultan tidak mahu melihat adanya eleman politik didalam corak pengurusannya.
Dato’ Seri turut ditanya mengenai perkara adakah berlaku di dalam mesyuarat ini usul bagi mendesak beliau melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAFA,dan Beliau menjawab bahawa tidak timbul dan tidak ada langsung satu usul yang bersifat demikian sambil dipersetujui oleh beberapa lagi ahli majlis yang hadir di dalam sidang media tersebut.
Sidang Media berakhir sekitar jam 6.00 petang.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














aik.. gambo nizar bawah gambo agong? deme tak berani letak gambo zambry ka? ke ada, tp aku yg tak nampak? hahaha.. racist betui aku.
Aku tengok Ustaz Azli ada juga dalam gambar tu. Ustaz dah jadi Ahli Majlis PAFA ker ? Atau jadi Penasihat Syariah PAFA ? hehehehhehe
Semoga Perak bangkit !
ustaz azli dah di lantik sebagai pengurus pasukan liga super perak utk season depan…
Ustaz azli memang layak dgn jawatan tersebut..pemain2 pun senang dgn dia sebab deme kata dia ni jaga betoi kebajikan pemain…dan senang berurusan…tak de protokol..dgn kate lain boleh bergurau mcm member2..hehehe
Pidato Rakyat ‘ Antara Royalti & Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa? bersama
1- YB Dato’ Husam Musa ( Exco Kerajaan kelantan) 2- YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah alam) 3- YB Mohamed Azmin Ali ( Ahli Parlimen Gombak)4- YB Dr Mohd Hatta Md Ramli ( Bendahari Agong PAS) 5- YB Saari sungib (ADUN Hulu Kelang) pada 13/12/2009 (ahad) jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Lembah keramat, Hulu Kelang…
semua di jemput hadir..
biasa la org gile kuasa…..
ada kebolehan apa kebendanya….semuanya disusun oleh juruletih pasukan perak 2010…teman nk tengok sejauh mana kaki ampu ni nk latih pasukan….
elok le lantik kesavan tu….hutan melintang pun tak terjaga…..
aku rasa pasukan perak perlukan pembangunan dari akar umbi,perlantikan ahli majlis yang baru amat bertepatan dan awok yakin pasukan perak akan meletup season depan,,moh kita penuhkan STADIUM PERAK
cantik baju presiden,jersi perak season depan mesti agi cantek,hakhak
ustaz tu teringat aku lepas je abis games bola tu , bila dia kluar stadium penyokong2 perak yg menunggu pemain2 dan pegawai2 kluar terdengar terikan ” Takbirr!!!! Allahuakbar ” …..hehehehhe
x kisah sape presiden pafa..janji perak boleh bangkit..(terkenang zaman2 pegi stadium sekitar penghujung 90an dgn ayah, time tu stadium penuh lagi (”,)