Ketika media pro-BN lumpuh

Dec 8th, 2009 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, Berita

MKini

Pada 20 November lalu, genaplah 10 tahun usia Malaysiakini, antara laman web alternatif yang tertua di Malaysia. Gerakan Reformasi 1998 yang menyaksikan kebangkitan rakyat pelbagai bangsa dan agama pula antara faktor pendesak yang menyebabkan tertubuhnya portal berita popular ini.

Selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet Dr Mahathir Mohamad, internet telah menjadi medan untuk melawan propaganda pemerintah yang didukung oleh media arus perdana.

Pada ketika itu lahirlah laman-laman web seperti Anwar Online, Laman Reformasi, Mahazalim, Mahafiraun, Laman Marhaean dan, pada penghujung 1999, Malaysiakini.

Perbezaan ketara antara Malaysiakini dan laman-laman web tersebut, hanya portal berita itu yang benar-benar independen sedangkan laman web lain menyiarkan apa-apa sahaja meklumat untuk “menghentam” pemerintah.

Penguasaan regim Dr Mahathir terhadap media arus perdana telah menyebabkan rakyat dahagakan sumber maklumat alternatif, tambahan pula media arus perdana seringkali “menggelapkan” berita-berita mengenai penentangan terhadap regim Dr Mahathir.

Pada ketika itu, akhbar parti pembangkang seperti Harakah dan akhbar independen seperti Eksklusif memainkan peranan besar yang mendorong perubahan trend pengundian orang Melayu untuk menyokong Barisan Alternatif.

(baca lagi)

Tags:

Afiat

4 comments
Leave a comment »

  1. flash back kejap …pernah ada satu artikel dalam laman mahazalim kalau tak silap, aku tak simpan pulak artikel tu,.. silap betull ah.. penulis rasanya kategori “org dalam” telah listkan beberapa perkara ..”future”.. berkaitan individu spt
    1) pengusung tilam akan jadi somebody di pdrm
    2) teku denan akan jadi “somebody”
    3) ajiz shamsudin akan jadi somebody”
    4) gani petal akan jadi somebody
    5)si hakim ..

    dan few lagi nama .. aku dah tak ingat…

    yang peliknya .. hampir 90% dari ramalan penulis tersebut.. (berkaitan konspirasi 1998 (anwar+azizan) tu) … jadi kenyataan… korang boleh tengok sendiri… siapa jadi superstar masa konspirasi dan di mana superstar tersebut bila anwar berjaya dihantar ke menara gading sg buluh.!!

    ada sapa lagi yg nak kata semua tu bukan konspirasi?!!!…. jawab!!!

  2. Kalau adalah CENDEKIAWAN yang bercendawan dalam BN Umngok…silalah buat gelombang radio yang boleh menghalang gelombang elektromagnet…daripada sampai kepada segala komputer penyokong2 PR…kalau BOLEH memanglah Malaysia NEGARA MAJU…maka layaklah Kamaruddin Kachau jadi NC dan Pengarah BTN..tapi kalau nak tutup MINDA rakyat dengan TEMPURUNG TIBI 3 suku dan Utusan MELOYA and the gangs…memanglah BN Umngok KETINGGALAN ZAMAN…sudahlah.. jangan memBODOHkan diri sendiri…TAPI perasan dapat membodohkan rakyat…kih kah kuh…

  3. Sedih jugak sbb org yg melalak menuntut perubahan pun tak menulis di Perakexpress sbb tak berbayar.. Mereka gile menulis di media perdana yg berbayar, termasuklah Mkini, Minsider dan lain2 lagi. Mana solidariti kita dgn teman ‘dibawah’ ini?

  4. WAKTU ITU…..

    MALAYSIA TODAY MENJADI KIBLAT KU UNTUK DAPAT BERITA….

    AKU DAN SEISI KELUARGA AKU DARI TOTOK UMNO……

    BOLEH MENJADI TOTOK PAS…..

    SEKARANG NI AKU INDEPENDENT TETAPI SOKONG PR WALAU PON SIKIT MELEKAT PAKU PAS DIDALAM DADA AKU…..

    KAT MALAYSIA TODAY LA AKU MENGENALI TOK JANGGUT YANG SUKE MENGHENTAM PAS IAITU
    BRO MAT SAMAN KATI DAN SEKUTUNYA GERAKAN ANTI PAS (GAP) @ TOPENG PERAK….

    kah…kah…kah….kah….

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.