Gajah?
Dec 8th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, labu-labiOleh: Labu-Labi
Mari kita lihat gajah gajah yang diimport. Tak kira le, gajah tu putih ke, kuning ke, hijau ke, hitam ke, kelabu ke. Yang tentunya gajah.
Gajah gajah ni sekarang ni dah jadi biawak hidup yang sedang meragas belakang negara (sebut rakyat). Bila negara berhutang, kita sebagai rakyat yang kena tanggung. Menteri dan seangkatan dengannya semua free. Dah le tu, songlap lagi duit rakyat, dengan pelbagai cara dan nama. Ada yang namanya elaun le, komisen le, bunga le, saham le, dividen le, dan sat nike jenih nama lagi yang indah indah.
Gajah gajah yang aku nak sebut ni, semuanya jenih yang besar besar. Yang kecik kecik tu, kome fikir le sendiri. Menungkan dan senaraikan sendiri melambak lambak.
Semua gajah gajah ni diimport sekadar untuk kutip komisen dan untung kemudiannya nak ‘grand’ atau sekadar untuk ‘ex’ je. Pastu gunapun ala kadar je, gah lebih.
Gajah yang pertama diimport dari jepun dengan bayaran dalam yen (yen masa tu masih rendah, la ni tak tau le, dah berapa kali lambung dah, hutang dah habis ke belum ? ke bunga saja pun dah jadi pokok berduri ?). Cerita ni aku dengar masa mula mula gajah ni sampai. Tapi aku tak le mengkaji lebeh detail, dari segi perjanjiannya. DAYABUMI (Gajah pertama, sampai, dizaman mahathir).
Ketika gajah ni sampai, Shahrir Samad (masa tu Menteri Wilayah Persekutuan), kata “keluasan lot kedai dan pejabat di Wilayah Persekutuan mencukupi untuk menampung keperluan hingga tahun 2000″
Gajah kedua sampai PWTC. Ni aku tak pasti dari negara mana. Boleh semak dan ‘check’ sendiri. Kemudian dari itu, pelbagai gajah yang tiba. ‘Berjujot’ aje tibanya. Lepas satu, satu. Tak berhenti.
Bangunan: MAYBANK. Tabunghaji. KLCC. KLIA. LRT dan seangkatan dengannya. Litar Sepang (SIC). MSC. Putrajaya. KL Tower (telekom). Alor setar Tower (telekom). Sampaikan tiang benderapun, gajah juga. Nakkan Tiang bendera tertinggi didunia. Pelbagai stadium. Banyak lagi le, gajah gajah yang besar besarnya.
Apa yang kita semuaperlu perhatikan adalah dari sudut berikut.
Berapa jumlah tanggungan bulanan semua tu. Bukan dari segi harga asal(semasa dibuat) bagi gajah gajah tu : Harga pokok (asal) hutang nya yang perlu dibayar secara bulanan atau tahunan dan berapa lama perlu ditanggung. Bunga dari hutang pokok tersebut. Senggaraan (maintanance) berkala. Pembaikan ketika berlaku kerosakan. Servis serta mencucinya.
Tak ketinggalan juga semua harga yang perlu di bayar secara bulanan atau tahunan. Samaada kepada pemiutang atau kontraktor yang terlibat secara langsung atau tak langsung untuk menjaga semua tu.
Agak agaknya sebulan berapa nak kena tanggung. Juta juta RM. Tak kan kot . Itu congak kita yang tak pandai bisnes. Takat toreh getah je. Tapi, pastinya jumlah keselurahan mencecah Billion RM. Jangan tengok secara terasing. Kalau dilihat begitu, memang lah tak banyak. Tapi cuba dicampur secara menyeluruh. Pastinya terkejut.
Memang le bangunan maybank, Tabunghaji atau lain lain tu bukan secara terus kerajaan yang tanggung. Cuba kaji balik Kalau depa tak sanggup bayar, siapa yang jamin. Lepas tu pulak duit duit yang digunkan kan tu, kalau tak ada semua gajah gajah tu, sapa yang akan untung, kita juga. Kita tu sape, rakyat le. Duit tu kalau tak ada semua tu, masuk kemana, masuk cukai kerajaan.
Siapa tanggung pihak pihak yang import gajah tu. Kerajaan. Contohnya PWTC. Siapa punya ? UMNO punya. Depa ambik duit dari mana nak bayar. Dari kantong kerajaan le. Bagaimana caranya. Rompak le cara terhormat. Bagaimana ? Ujudkan pelbagai ‘bisnes’ antaranya PLUS. Kutip duit. Sekerat masuk poket. Sekerat bayar hutang. Boleh ‘check’ tengok, siapa pemegang saham PLUS. Dia tak tulis le UMNO pemegang saham utama. Tapi syarikat ‘proksi’ je. Tu sebab dulu dulu heboh pasal orang ni proksi orang tu dan sebagainya.
Tu baru contoh mudah dan kecik. Semua cerita diatas, siapa sebenarnya yang tanggung, hutang hutang tu. Pi mai pi mai dari khazanah negara lah jawabnya. Negara tu sape ? kita le, sape lagi. Bermakna duit harian kita telah dicukai, sekadar untuk memenuhi keperluan gajah gajah, yang telah mula bertukar menjadi biawak hidup. Biawak ini akan terus mencakar belakang kita.
Aku tak bermaksud semua gajah gajah tu tak berguna, tetapi kebanyakkannya membebankan. Kebaikannya sedikit sangat, berbandingkan keburukannya. Ada juga yang baik dan berguna. Tapi sikit sangat. Kebanyakannya sekadar untuk gah sahaja.
Kita sebenarnya tak perlukan semua itu. Ramai lagi rakyat yang merana dan menderita. Di nafikan hak mereka. Sebelum adanya gajah gajah tu, banyak yang kita boleh dapat dengan percuma atau berharga murah. Tapi sekarang ni, semuanya perlukan duit. Sampaikan AMBULAN pun dicaj. DANA PELAJARAN pun kena bunga. Dulu dikenali sebagai BIASISWA kemudiannya DERMASISWA. Sekarang PTPTN.
Cukup dulu takat tu. Lain kali kita tengok ada sekor dua lagi gajah yang lebeh istimewa.




Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Bik mama gajah cool je.. heheh
ada gajah lagi satu..terbaru punya… 1Malaysia F1 Team (Lotus F1)… yg tu bakal jd gajah campur biawak…
hantar sekor gajah pi angkasalepas, ribu2 rakyat menderita!
hehehe… santai ….UBN Boleh!!!
Kerja BODOH dah datang balik..buat bendera terbesar…kapal layar keliling dunia..berenang Selat Inggeris…naik Gunung Everest…itu semua nak butakan mata dan hati rakyat…nak sahkan slogan Malaysia KETINGGALAN ZAMAN…sepatutnya buat..macamana nak jimat tenaga letrik…petrolium…hasilkan beras mutu tinggi…hasilkan..produk lain dari sampah sarap..banyakkan pasaraya MELAYU..projek hiliran industri durian..kelapa sawit…kelapa kat Bagan Datoh diindustrikan…pengkalan ikan kat Trengganu diindustrikan..
industri sayuran dan bungaan…industri ayam telur dan ayam daging…industri robot dan automasi…macam2lah..TAPI..BN Umngok dah LUNYAI dengan RASUAH, Hasad Dengki..MARA pun TIPU Melayu…abih camno…masih lagi nak memerintah MUKA tak malu…rakyat yang sokong pun BENGAP…nak bagi lagi dia orang MEMERINTAH 50 tahun lagiiiiii….
toloooooooooooooooooooooooooooooooooong le jadi org2 yg beriman umno ooooiiiii!!!!!…….
Imho,aku sokong pembangunan material n infrastruktur strategik mcm klia,klcc, etc etc,dulu takdak klia pyah jugak bersesak ke subang,takda klcc org mungkin kurang kenal malaysia,pengalaman aku sendiri bersembang dgn awek2 argentina 3 tahun dulu di sebuah bandar kecil san lorenzo di sebuah pub depa ckp malaysia canggih ada twin tower yg tinggi,aku tak ckp apa la sbb pepaham la da bedepan awek2 latin mis tres hermanas ni nak teringat pasal klcc apa jadahnya. Tapi betui gak ckp senoritas2 itu,nk harap org kenal malaysia sebab bola mcm argentina lagi hagham,mcm sepang circuit,sebab aku hantu f1,aku rasa f1 punya penganjuran bg exposure yg cukup2 luas,cuma ya lah,pengisian track tu selainrace f1 amat ceroi,tak abis2 moto kapcai ceroi,stendet level motorsport msia masih ceroi,f1 lotus msia nie aku nk tgk jugak tony mampu ka bawak,hehe..
hm.. aku bukan sokong hang pasal ‘agenda peribadi’ kita. hehehe, tapi benda2 kat atas tu ok, except pengurusan n marketing tak betui jek. pendek kata, kalo buat semua benda kat atas, and the same time tolong org susah, thats perfectly fine for me. ni tidak, nak megah satu hal jugak, songlap melampau2 satu hal juga.
tapi pasai f1, pi mampoih team 1malaysia. in less than 10 years, ntah2 tak wujud lagi f1. lewis hamilton pun last skali join pussycatdolls (org politik paham ka kita ckp apa ni.. hahhaa)
talking about organizing event, yang ni org PR especially tak paham… yg depa nampak, anjur benda besaq jek, semua rugi, kononnya berapa kerat org kita boleh pi tengok. tapi tang depa terlepas pandang ialah broadcasting rights yg bagi untung gila2 (walaupun skang kurang). sebab broadcasting right juga la singapore buat f1 malam.
sad to say, ni la jadinya kalo bagi PR atau PAS pegang negeri. amik contoh perak la, selama nk dekat setahun pegang negeri apa depa buat? benda kecik2/tanggungjawab kerajaan takpayah cerita la. kalo takda bloggersnetwrok dulu lagi la apa jadah pun takda.
aku nk make it clear aku takda maksud nak masuk jarum slow2 (lankarim - take note), tapi recently kerajaan haram ni buat ‘perak eco adventure’ memang baguih la. not many people know, event tu dapat coverage dari espn for 1000 hours. maksud dia - buat duit la.. duit masuk mana tolak tepi dulu.. aku cakap pasal kejayaan organize event and persuade espn buat coverage. mungkin nak undi puak haramjadah tu tak kot, but im impressed.
take me as ‘PR sympathizer’, yg skang ni tgh impressed dengan kerajaan haram. fence sitters macamana? PR, you got a hell of work to do. hentikan la agenda picisan/tak berakademik hangpa tu.
masalahnya
buat benda besar besar
kemudian duit lingkup
rakyat semakin terhimpit
negara - tuhan anugerah kekayaan dari pelbagai sumber
minyak - minyak sawit - getah - dulu bijih timah
dan pelbagai lagi
tapi pasai apa pegi himpit rakyat serapat rapatnya.
sat nike jenih cukai diperkenalkan
kemudiannya harga barang keperluan semakin meningkat
Pelajaran - kesihatan - dan segala keperluan asas dah mula nak di ‘bisness’kan
tu yang aku persoalkan
aku tak halang - untuk bina yang besar besar - tetapi rakyat perlu diberikan keutamaan
ni dak - sekadar untuk gah dan terkenal - lingkup duit dan himpit rakyat.
tekan selagi mau
tengok brunei - negara gah - tapi rakyat dia selesa - bukan mewah - tapi selesa.
kemudahan kesihatan - pelajaran - dan keperluan asas terjamin.
kita ? yang kaya terus kaya - yang papa terus kayap
Hehe,amboi baguih hang no jenin,amik tau jugak apa yg zambry n co dok buat,semalam aku tgk berita ada la zambry n co pi usa kot carik n meeting dgn possible investors dlm industry solar,aku nmpk jugak ambry n co punya team ni mcm more on green n eco tech,
Labi2,betul aku pun stuju basic aspects of rakyat’s happiness kena jd priority at all time,tp agak kejam la kalau nk suh mana2 pihak yg jd kerajaan federal kat malaysia even pktn rkyt tu give similar treatment mcm people kat brunei..if u’ve been there u know what i mean. Viva la senoritas.
nahkhoda melayu
aku tak mintak jadi cam brunei
tu cuma contoh terdekat - kekayaan di rasai oleh rakyat
they give basic needs to their rakyat - sekurang kurangnya
dak le terjadi - yang kaya terus kaya
yang papa terus kedana
tu je….
tak kira le sape memerentah
baik negeri atau pusat
kalau negeri cara negeri
kalau pusat cara pusat
tak terlalu ‘political’
kalau terlalu ‘political’
ni lah jadinya….
masing masing ‘kemut’ untuk kelompok sendiri
yang jahanam dan rosak serta terhimpit - kita leee - rakyat terbanyak