Bahaya Gangrene Dan Cara Merawatnya.

Dec 7th, 2009 | By Admin | Category: M3m, Rencana, utama

Oleh: M3M

Che Det kata… UMNO sudah busuk sampai ke ususnya. UMNO membusuk dari dalam… ibarat terkena gangrene. Malah, seluruh badan dan sayap UMNO sudah terkena gangrene yang membusukkan UMNO. Sebab itu, UMNO terpaksa mewujudkan sayap-sayab baru untuk membantunya terus berfungsi.

Siapa sayap-sayap baru UMNO??

Mereka ialah, PDRM… pasukan tentera… SPRM… SPR… Badan Kehakiman… Tanpa mereka, UMNO akan kaput!! UMNO ibarat lelaki yang dulunya perkasa tetapi kini telah hilang kelakian mereka. Ini adalah disebabkan alat kelamin mereka juga sudah reput dan kaput kerana terkena jangkitan gangrene. Lantaran itulah, zuriat UMNO tak berkembang.

Institusi-institusi inilah yang menjadi perisai UMNO. Sekarang… mereka ini pulak yang sedang diserang bertubi-tubi supaya mereka juga cedera parah. Kita doakan supaya kecederaan ini akan menjadi gangrene yang akan mereputbusukkan mereka pulak. Ini mungkin memberi kita sedikit advantage kerana kepala bagi setiap badan ini memang sudah membusuk. Serang mereka habis-habisan supaya sekurang-sekurangnya kepala yang busuk tersebut tercabut…. terlerai daripada badan. Kot-kot…. dapat menyelamatkan keseluruhan badan daripada membusuk sama.

Menyedari hakikat inilah, Najib beriya-iya mahu memulihkan UMNO segera, supaya mereka bersedia untuk menghadapi PRU13 nanti. Left right mereka diserang dengan hebat. Kita mahu mereka mampus cepat dan dikebumikan kerana rakyat sudah tak tahan dengan bau busuk mereka. Kerana mereka…. rakyat menderita, kerana mereka, memalukan negara!!!

Pelbagai isu mereka timbul dan manipulasikan supaya dapat mengalihkan perhatian kita daripada masalah yang sedang mereka hadapi. Sampai ke tahap, sanggup menggunakan gunting-gunting dalam lipatan untuk mengatur konspirasi jahat, menabur fitnah dan mengadu domba supaya timbul kemelut dalam Pakatan Rakyat. Inilah jahat dan busuknya hati UMNO!!

Oleh itu, mari kita beramai-ramai mengaminkan doa Tok Guru supaya perut mereka pecah dan juga semoga Allah SWT menghapuskan segala agenda jahat mereka. Mampuuss UMNO!!!

PAS juga, kalau tak berhati-hati akan dijangkiti gangrene yang dideritai UMNO. Kerana… di dalam PAS dan Pakatan Rakyat sudah ada orgamisma yang berupa bakteria-bakteria yang boleh menyebabkan gangrene berlaku. Mereka inilah yang cuba mereput dan membusukkan pula PAS dan Pakatan Rakyat dari dalam untuk mengelirukan jemaah dan para penyokong. Dari luar… nampak cantik tetapi, di dalam… sedang membusuk. Bahaya bakteria-bakteria perosok ini. Kalau dibiarkan, kita juga akan kaput dalam PRU13 nanti.

Nasib baik, gejala ini dapat kita kesan awal. Orang kata… mencegah lebih baik daripada merawat. Penyakit yang dihidapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat rasanya belum ditahap yang parah. Baru peringkat awal… Sebab itu, kena cepat-cepat cegah dan segera dirawat. kalau tidak… bahaya!!

Bagaimana nak mencegahnya??? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil??

Sebenarnya senang saja. Antara mahu atau tak mahu saja?? Apa ke susahnya? Nama-nama bakteria gangrene tersebut telah dikenal pasti. Antaranya, Hassan Ali, Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa, Roslan SMS dan ada ler lagi… Kalau bakterianya sudah dikenal pasti…. senang kita nak hapuskannya.

Oleh sebab, mereka ni suka sangatkan UMNO, kita gunakan cara rawatan maggot therapy. Ambil ulat-ulat daging busuk daripada UMNO dan kita biorkan ulat-ulat tersebut makan daging mereka pulak. Sekiranya, daging mereka yang sedang membusuk tu tak baik-baik juga, kita gunakan pula rawatan surgical debridgement atau amputation, kalau ia sudah kronik sangat. Senang… mudah…. dan habis cerita!!

So… Tuan Man Tuan Ibrahim, tak payahlah susah-susah perah otak, macam mana nak buat dengan bakteria-bakteria durjana yang cuba men’gangrene’kan PAS dan Pakatan Rakyat. Ikut saja cadangan di atas. Tindakan segera perlu…. agar masalah tak menjadi barah yang parah!!

Bagi bakteria-bakteria yang masih berada di luar yang sedang kelaparan untuk makan dan membusukkan daging PAS/Pakatan Rakyat, kita sembur saja mereka dengan antibiotik biar mereka koik dan tak berpeluang untuk membusukkan kita.

Namun demikian, kita mesti sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap organisma-organisma gangrene… anasir perosak, yang masih berkeliaran di dalam dan di luar sana… yang menunggu masa dan kesempatan untuk menjahanamkan ukhuwah kita dalam Pakatan Rakyat. Jangan sekali-kali biarkan ini berlaku!!

Bertindak sebelum kalah… lawan jangan mengalah!!!

Tags:

Afiat

3 comments
Leave a comment »

  1. sory ah,, aku tgk tulisan m3m ja aku mmg tutup bang mat, bukan pa, cara dia tulis mmg cam hampeh, jadi nak ambik isi pun aku tak lalu,,,, soh la dia baiki cara tulisan dulu,,,, blajar dari tukartiub, mso cara menulis yang baik, kalau isu best tapi tulisan cam sampah . WTF?

  2. Biasanya gangrene ni kalau tak dijaga dan tak betul rawatannya boleh membawa padah. Apakah UMNO akan mati? Aku memang menunggu saat itu. Bila UMNO mati banyak perkara boleh selesai.

  3. TAM..

    Ada orang suka… ada orang tak suka. Lu suka… lu baca. Lu tak suka… lu boleh tutup dan keluar. Lu bebas buat apa lu suka. Aku no hal punya. Aku tulis ikut cara yang aku suka. Peduli aku, apa orang nak kata. Apa-apa pun thank you, atas pandanagn lu itu. Chao..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.